Translate

Mesti Baca

Ahad, 29 September 2013

Barua-Barua Mula Menyerang Ulama Walau Pun Mereka Tahu Yang Mereka Adalah Bangang.

 
Gua cukup pelik dengan kritikan yang dilakukan terhadap Resolusi Multaqa Ulama baru-baru nih, nak kata bodoh tak boleh pasal semuanya cerdik-cerdik belaka mengalah yang belajar sampai tahap Phd. Gua nak tanya lu all yang bijak dan semua apa yang lu tulis betul sebetul-betulnya. Adakah Resolusi itu sudah dijadikan undang-undang dan digezatkan oleh dengan undi dari seluruh perwakilan, Dewan Harian dan Majlis Dewan Ulama sampai isu nih dah diangkat ke langit pertama disebabkan kehebatan pengkritik-pengkritik yang mengaku merekalah yang paling bijak daripada Ulama-ulama yang hadir pada Multaqa Ulama Semalaysia. Inilah sikap bodoh sombong yang ada pada para mengkritik demi mengaku apa yang mereka bagi pendapat telah di jadi perkara yang perlu di ratib setiap kali lepas solat.

Nama jer kononnya ialah penyokong PAS yang maha hebat dan segala tulisan/kritikan mereka adalah wajib dibaca dengan bertahanun. Tapi tahukah apa yang lu kata teguran/kritikan dan yang lebih besar adalah hinaan terdapat pemimpin yang lu tak berkenan dan inilah masanya lu boleh lancar peluru yang telah lama lu simpan tetapi tidak boleh digunakan tiada bukti.

Gua nih bukan belajar tinggi memandangkan gua hanya memiliki sijil berhenti sekolah untuk tahun 6 kerana itu pelajaran tertinggi gua. Walau pun begitu gua bukan seorang yang tak boleh berfikir antara Resolusi dengan cadangan yang telah disahkan melalui badan tertinggi dengan sokongan yang tidak boleh dipertikaikan.

Apakah lu all yang mengaku pandai dan belajar sampai ke langit tidak boleh membezakan di antara cadangan dengan undian yang memerlukan tapisan-tapisan demi tapisan sehingga ke peringkat tertinggi yang tiada siapa boleh menolaknya kerana ia bersumberkan dasar Tertinggi PAS iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Apakah lu all terlepas pandang yang Dewan Ulama, Dewan Pemuda/Muslimah, DHPP adalah benteng kepada kekuatan PAS yang boleh mengeluarkan resolusi untuk dipertimbangan walau pun usul-usul itu menyakitkan hati untuk didengar oleh pemimpin PAS sudah mula terikut-ikut corak kehidupan yang dibawa oleh pemimpin Umno yang telah murtad daripada Umno Baru yang diasaskan oleh Che Det.

Gua ada perhati satu blog mungkin pro-pakatan dari Perak yang mana beliau akan terus bersemangat walau pun mempunyai beberapa penyakit yang gua tak pasti serius mahu tidak penyakit. Kalau ada jer komen-komen dari TGHH atau TGHT atau pemimpin dari Terengganu, bukan main lagi beliau akan mencari kesalahan walau pun perkara itu ada sedikit kesalahan teknikal pasti akan menjadi tajuk besar diblognya. Apa yang gua baca/renung dari apa yang beliau tulis, di Perak segala kata-kata dari pemimpin DAP adalah muktamad dan tidak boleh disanggah., Jika disanggah, beliau pas akan ke depan membela pemimpin DAP itu walau pun beliau adalah Ketua Cawangan PAS.

Jika mengikut sumber yang boleh dipercayai, beliau adalah penyokong kuat kepada pergerakan Al-Alqam yang diasaskan oleh Abuya (semoga Allah mengampun dosa-dosanya). Adakah dendam beliau terhadap TGHH, TGHT dan pemimpin PAS Terengganu disebabkan para pemimpin PAS Terengganu yang diketuai oleh TGHH tidak memberi sokongan kepada pertubuhan itu sehinggakan dendam beliau tidak dapat dipadamkan. 
 
Anda memang mengenalinya kerana beliau adalah seteru kepada bekas Exco BN, Hamidah Osman, seorang guru pencen dan bekas ketua kampung di Sungai Rapat sebelum kerajaan haram Kudeta berjaya merampas kembali Perak dengan cara yang memalukan. Sedar tak sedar, beliau mempunyai saham dengan kejatuhan kerajaan yang dipilih rakyat kerana kehilangan 3 ekor katak beberapa tari tidak diambil tindakan sedangkan beliau seorang tua yang rapat dengan DS Nizar masih boleh menyelamatkan kerajaan PR dari digulingkan tetapi disebabkan terlalu selesa dengan jawatan Ketua Kampung telah mengelabukan matanya. 
 
Dari maklumat yang sahih gua tahu, satu nasihat telah diberikan kepada pimpinan Pakatan semasa kehilangan 3 ekor katak itu agar kerajaan Perak mesti dibubarkan secepat mungkin tetapi kerana sikap ingin tunggu dan lihatlah Kudeta berjaya merampas kuasa di mana ia melibatkan beratus juta duit rakyat digunakan, baik melalui projek-projek yang ada hitam putih dan juga kemasukan sampul-sampul surat ke dalam poket para pengkhianat.

Tentang Resolusi Multaqa Ulama pula, gua tidak sebijak lu all kerana gua mungkin berada ditempat paling bawah sekali tetapi sedarlah wahai blogger-blogger, Prof-Prof, alim-alim yang kecerdikannya sudah tidak dihormati adakah dewan-dewan harian tidak lagi boleh mengeluarkan resolusi untuk dibawa keperhimpunan. Atau setiap resolusi daripada Pemuda, Muslimah, Dewan Ulama, DHPP mesti disemak oleh segelintir bangang-bangang yang hampas yang berpakaian PKR baru usul itu boleh diluluskan.

Gua pun nak tahu juga siapa sebenarnya mastermind yang marah sangat dengan kajian semula Talaaluf Siyaasi dengan PKR yang dibawa oleh Multaqa Ulama dengan mengatakan yang PAS akan mundur kebelakang sekiranya ia dikaji semula. Jahat sungguhlah puak-puak yang berpaksi kepada DS Anwar kerana mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap gaya hidup yang dibaca oleh 'Boss' mereka itu. 
 
Multaqa Ulama PAS tidak bermaksud membawa keluar PAS dari PR tetapi mereka menyarankan agar PAS lebih diperkasakan lagi setelah mereka mula melihat bagaimana pemimpin PAS yang berpegang kepada Al-Quran As-Sunnah mula hilang jati diri mereka sendiri di mana Islam menekan agar pemimpin Islam menunjukkan contoh yang baik, bukannya menunjuk-nunjuk dengan berkereta besar. rumah besar, tidur di hotel mewah dan ke sana kemari dengan menaiki Jet persendirian walau pun mereka dijemput, tidak bolehkah mereka menolaknya.

Jika perkara ini tidak diambil serius oleh para pemimpin PAS yang mendapat laba dari hasil susah payah para pemimpin terdahulu, gua cukup pasti yang PAS tidak sesekali akan menjadi Tuan tetapi PAS akan menjadi  Balaci yang boleh diarah seperti LEMBU KONDO.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hoi penulis gerakan anti najib-rosmah, lu ni ada masalah apa? kalau lu ada simpan dendam kesumatpun itu lu punya hal la...Gua mau kasi ingat sama lu,kalaupun lu ada masalah dengan sapa-sapa dalam Pas, lu boleh bersemuka dengan dia dan lu diskas la baik-baik sama dia.lu tak payahlah cakap banyak2 dalam lu punya blog. Haiyaaa... ini macam olang pun ada ka? manyak busukkk oooo lu punya hati. Din Kubur Panjang Kedah.

bat8 berkata...

Bhai,

Apa punya sengal ni melalut meraban sampai jadi undang-undang, lulus oleh perwakilan, Dewan harian.

Isunyanya senang sahaja. Resolusi tersebut adalah tindakan berterusan segelintir pemimpin PAS yang berminat sangatnak berUG dengan UMNO. Kali ini mereka menggunakan platform rasmi dalam koponen kepartian PAS: Dewan Ulamak PAS untuk meneruskan agenda peribadi sekumpulan kecil pemimpin PAS.

Common dominator dalam kesemua tindakan-tindakan kumpulan kecil ini adalah beberapa individu yang menggunakan jawatan mereka dalam semua agenda-sgenda untuk memporakperandakan PAS dan Pakatan rakyat. Mereka inilah yang selalu muncul menabur tuba dengan perlbagai cara dan pelbagai isu.

Yang anehnya dimana kepatuhan kepada keputusan jamaaah. Perwakilan memalui sattu Muktamar PAS yang diadakan di Ipoh beberapa tahun dulu...BEBERAPA TAHUN DULU ( BUKAN SEMINGGU DUA LEPAS TAU!) telah membuat keputusan untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO...RESOLUSI ITU MASIH KEKAL HINGGA HARI INI...

Pemimpin-pemimpin yang dok menjaja isu berUG ini tahu dan berada didalam Muktamar tersebut semasa keputusan itu dibuat. Mana kepatuhan kepada kepada keputusan jamaah dari puak yang beberapa kerat ini sahaja? INI ISU POKOK YANG LEBIH BESAR DARI ISU-ISU YANG BARU DICIPTA YANG SDRA KEMUKAKAN DIATAS.

Dalam hal ini, Tuan Presiden PAS sendiripun terlupa dengan resolusi Ipoh itu apabila menyatakan kesedian PAS berbincang dengan BN/UMNO dalam pelbagai isu yang sedang melanda negara.

Apa juga hujah sdra nak mempertahankan serangan terbaru segelintir puak yang kemaruk nak berUG dengan UMNO yang bertopengkan jawatan dan koponen parti - hakikatnya sama. Tujuannya masih sama tapi caranya sahaja dipelbagai ibarat orang sama cuma baju yang dipakai berubah-ubah.

Juga, dimana letakknya kepatuhan kepada keputusan jamaah, keputusan yang wajib dipatuhi kerana tidak ada keputusan itu tidak pernah dibatalkan.

bat8

ps: Tau ke sdra bahawa UMNO bukan lagi sebuah parti melayu Islam sejak memasuki Sabah. UMNO secara rasmi dah jadi parti bumiputra dimana semua bumiputra samada melayu atau tidak, Islam atau tidak boleh menjadi ahli. UMNO dah jadi seperti parti Taib mahmud dari segi undang-undang.

UMNO dok cerita perjuang melayu dan Islam tu bohong je, kerana dari segi undang-undang mereka bukan parti melayu Islam. Depa nak tipu hangpa dan PAS memelepas masaalah sokongan orang melayu di semenanjung je. Mereka boleh kuat di semenanjung dengan sokongan ahli-ahli PAS kerana sokongan mereka semakin mengecil.

Fahm masaalah UMNO ini. faham dimana mereka tersepit dengan teruk. Mereka tak risau dengan sokongan yang mereka dapat di Sabah. Kat sabah mereka konfiden dengan jumlah kerusi yang mereka boleh menang dalam PRU 14 ni. Cuma kat semenanjung je mereka risau giler dalam PRU 14. Mereka akan selamat di semenanjung jika boleh menipu PAS agar bekerjasama dengan mereka.

Tanpa Nama berkata...

wa sokong pandangan gerakan anti rosmah
jangan ahli pas jadi barua pada pr

Tanpa Nama berkata...

Macam yang selalu dikata, lepas 50 tahun PAS akan mula hancur. Itulah akibat selalu sebut kat parti lawan dah lebih 50 patut berkubor dan berbagai kejian kini PAS sendiri dimakan sumpah seranag tersebut. Renung renungkan lah wahai ustaz ustaz

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Terima kasih atas komen dan makian, Adakah lu tahu bagaimana sayangnya gua pada PAS walaupun gua bukan ahlinya.Apa yang gua lihat dan kaji, PAS sudah hampir hilang jati diri kerana terikut-ikut perangai PKR yang masih mempunyai saki-baki perangai Umno. Lu cakap cakap lu sayangkan PAS tetapi sedarkah lu yang PAS semakin hilang sengatnya dan PAS seperti dibuli oleh pemimpinnya sendiri yang lebih menghormati pemimpin PKR daripada pemimpin sendiri. Mereka sanggup memperkecil-kecilkan pemimpin sendiri dan ada yang lebih PKR dari pemimpin PKR sendiri. Jika lu seorang yang berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah fahamilah apa makna kerjasama politik dalam Tahaaluf Siyaasi yang mana Islam mesti memimpin bukan menjadi pak sanggup semata-mata. Lu nak marah pemimpin Umno tetapi lu menghalang PAS dari mendekati para pengikutnya kerana menarik ahli Umno lebih penting daripada menarik pemimpin mereka sendiri disebabkan ahli Umno masih boleh diletur. Jika lu bagi gua pilihan, gua lebih suka bersama dengan DAP daripada bersama Umno atau PKR. PAS dan DAP adalah pembangkang yang cukup lama berbanding dengan pemimpin tertinggi PKR yang lebih tergila-gilakan jawatan PM walau pun baru setahun jagung menjadi pembangkang. Gua tak nafikan yang PAS masih memerlukan rakan dalam PR jika ingin terus berjaya tetapi janganlah sampai mengadai prinsip perjuangan yang meletakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi. Jika PAS terpaksa membuang dasar parti maka lebih baik keluar dari gabungan itu walau pun PAS terpaksa menunggu 50 tahun lagi dan perjuangan Islam tidak boleh dibeli dengan harga yang murah.... Wallahualam.

azmie berkata...

ulih kerna dah ada resolusi utk tolak semua btk kerjasama dgn amenu, gue ingin cdangkan agar semua ahli pas brenti dr keja kera jaan sbb tu pun kira kerjasama jgk tu
kalu ada urang amenu ajak buat rondaan mlm sbb byk pnyamun dlm kpg, jgn ikut, biar dia ronda sorang2, kalu diorang ajak tangkap org beromen jgn pegi, kalu ada mtg penduduk perumahan jgn msk. apa pun gue teringat kata2 hekmat saifudin smasa nak baca doa pnutupan pre-bersih dulu: "pelik, org pas mnyanyi, org pkr baca doa" kahkahkah

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

inilah kesilapan lu azmie... kerajaan dan bn bukannya identiti yang sama. bn diberi amanah untuk memerintah negara dan bukan bn yang membayar gaji kakitangan awam tetapi rakyat. jangan kerana telalu taksud sehingga tak boleh membezakan parti dengan negara. siapa kata tiada kerjasama dalam rondaan mencegah jenayah antara PAS dan BN.

Tanpa Nama berkata...

Cerita mudah hal rumahtangga urus secara dalaman.BN kuasai media negara dan apa yang di terbitkan di anggap betul 100% oleh orang awam.Saya bukan org BN atau PAS atau PKR.Saya orang awam sy ya kenal atau jumpa Tuan Man.Tetapi tulisan dan komen 2 beliau sudah cukup buat saya benci dia

bat8 berkata...

Bhai,

"Jika lu seorang yang berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah fahamilah apa makna kerjasama politik dalam Tahaaluf Siyaasi yang mana Islam mesti memimpin bukan menjadi pak sanggup semata-mata..."

Aku tak mengaji secara talaki mengenai tahaaluf Siyaasi. Aku akui.

Yang menjadi kemusyikilan aku berdasarkan realiti dan sejarah UMNO baru yang ditubuhkan oleh TDM, aku rasa UMNO barulah parti politik yang terakhir yang PAS sepatutnya mahu berTahaaluf Siyaasi.

Segala masaalah yang timbul hari ini segala angkara yang menimpa orang melayu,Islam dan negara hari ini adalah angkara pemimpin-pemimpin UMNO.

dalam soal cadangan supaya PAS bekerjasama dengan UMNO Baru ini, hujah yang dimaklumkan hanyalah untuk perpaduan melayu dan Islam. Isu ini aku dah ulas kat atas.

Jadi mana alasan dan hujah syarie puak yang beberapa kerat dari pemimpin PAS yang tergila-gila sangat nak berUG dengan UMNO Baru ni? Yang kita nampak hanya tindakan-tindakan hendak mensabotaj yang dilakukan oleh mereka terhadap keputusan Mukatamr yang berlangsung di Ipoh beberapa tahun lalu je.

Dari segi lain, hang tak pertahan tindakan peneraju-peneraju idea berUG yang bertentangkan dengan keputusan muktamar tersebut yang sekaligus tidak mematuhi keputusan jemaah. Kepatuhan kepada jamaah juga disebut oleh hang - sebaliknya hang mengelak dengan cerita menghina ulamak pulak.

Poorahhh.....aku juga seperti hang, bukan ahli PAS. Aku percaya. dari gaya penghujahan hang, aku tak heran kalau hang adalah ejen UMNO.

Cerita UG ni senang je dari perspektif UMNO Baru. Kerusi kat Sabah depa dah kowtim dengan bumiputra bukan melayu bukan Islam kat sana. Aku kerat jari depa nak lepaskan kerusi-kerusi depa di sabah tu semata-mata nak berUG dengan PAS atas dasar perpaduan melayu dan Islam. Lagipun kerjasama ini tidak akan menyumbang kerusi tambahan bagi UMNO di sabah kerana PAS tak pernah menang di Sabah.

Yang depa risau adalah kerusi-kerusi UMNO yang mereka menangi dalam PRU 13 yang kebanyakannya berada di kawasan luar bandar. Depa tau depa menang dengan cara terdesak dan dengan penipuan yang belum tentu boleh digunakan sekali lagi dalam PRU 14 nanti.

Kalau UMNO kehilangan banyak kerusi di semenanjung dalam PRU 14 nanti, kerusi-kerusi kat Sabah belum tentu boleh menyelamatkan mereka dari tewas.

Tu pasailah depa umpan PAS melalui agen-agen mereka yang beberapa kerat yang berada dalam barisan pimpinan PAS. Depa nak memastikan mereka akan tetap menang juga dalam PRU 14 nanti dengan undi-undi orang PAS dikawasan luar bandar disamping tektik-tektik kotor dan penipuan yang begitu sinonim dengan mereka. Itu je plot cerita UG yang UMNO Baru dok rancang yang tok lebai-tok lebai UG dalam PAS entah faham ke tidak.

Bhai,

Dipendekkan cerita, katakan PAS akhirnya berUG dengan UMNO Baru. Hang boleh pasti kah UMNO tidak melakukan penindasan-penindasan kepada orang melayu dan Islam, tidak akan merompak khazanah negara. Tidak akan melakukan pelbagai penipuan dalam PRU-PRU.

Kedua, tergamakkah PAS bersongkol dan bersama-sama berUG dengan UMNO Baru yang melakukan pelbagai kedurjanaan yang menyalahihukum-hukum Allah hanya kerana nak merasa jadi pak menteri-menteri, nak hidup mewah seperti orang-orang UMNO yang pi holiday kat Paris, naik kereta mercedes/BMW dll?

bat8

bat8 berkata...

Bhai,

"kerajaan dan bn bukannya identiti yang sama. bn diberi amanah untuk memerintah negara dan bukan bn yang membayar gaji kakitangan awam tetapi rakyat. "

Amat naif sekali hang. Hampir sebahagian besar kontrak-kontrak untuk bumiputra difaraid oleh geng-geng UMNO. Semacam satu sistem. Dari sinilah UMNO di peringkat-peringkat bahagian dan cawangan UMNO seluruh negara. Bukak minda...tengok realiti sekeliling, jangan jadi macam katak bawah tempurung.

Kedua, buta agaknya hang ni tak nampak bagaimana duit kerajaan dibelanjakan dengan begitu boros sekali menjelang PRU 13 yang lalu untuk membeli undi-undi terutama undi-undi orang melayu diluar bandar. Depa tak segan silu bila tabur duit-duit kerajaan ni, suruh rakyat mengundi BN!

Kerajaan Malaysia ada masuk bertanding dalam PRU 13 yang lalu ke? Dalam kertas undi aku, aku tak nampakpun pari yang bernama "KERAJAAN MALAYSIA" bertanding.
Yang aku pasti tak ada. yang ada BN.

Sebab dah perabih duit kerajaan unuk membolehkan BN menang PRU 13 lalu le, maka apabila dah tubuh kerajaan mereka menaikkan harga Ron95/diesel baru-baru ni.

yang herannya, hang dan bos hang yang kemaruk nak berUG dengan UMNO boleh menerima perbuatan seperti ini mengikut ilmu dan martabat keilmuan mereka? Tak tahulah pulak aku, hukumnya halal pulak perbuatan UMNO Baru cam ni bila segelintir tergila-gila nak berUG deengan UMNO Baru.

bat8

Tanpa Nama berkata...

he he he...

bukan ahli lawan bukan ahli...

kih kih kih...

senyum aje la...

tak perlu kata apa-apa...

ketawakan tak pe...

kah kah kah.

bat8 berkata...

kehkehkeh....yang ahli sorang tu wallanya melebihi ahli....kehkehkeh

bat8 berkata...



"kehkehkeh....yang ahli sorang tu wallanya melebihi ahli....kehkehkeh"

dibaca:

kehkehkeh....yang BUKAN ahli sorang tu wallanya melebihi ahli....kehkehkeh

DinSerati berkata...

kuang kuang kuang,

MASA TERBAIK UNTUK KEPIMPINAN DEWAN ULAMAK PAS MEMUHASABAH DIRI.

Bala apakah yang menimpa kepimpinan ulamak, sehingga mereka terpaksa menggunakan status ulamak untuk menghadapi pemilihan parti?.
Malu aku menjadi ahli dewan ulamak, bila geng aku sendiri terpaksa memecah belah ahli PAS semata-mata untuk menjadi pemimpin dalam parti.
Si A syiah, si B anti ulamak, si C erdogan, si D anwari, si E tidak wala'. Semua ini dijaja ke hulu ke hilir untuk membersih diri daripada seribu satu kelemahan.
Bukankah dewan yang paling lemah dalam parti hari ini adalah dewan ulamak?. Dewan sepatutnya bekerja keras untuk membina syakhsiyah ahli parti, namun keadaan sebaliknya. Ahli dewan ini seolah-olah menjadi tunggul kayu yang meminta-minta supaya orang ramai memuja mereka.
Ikhwan Mesir berjaya mentarbiyah ahlinya yang berlatar belakang profesional menjadi ulamak, sedangkan dewan ulamak PAS berjaya mengekalkan ahli yang berlatar belakang profesional dengan kejahilannya.
Lihat apa yang ada dalam kepimpinan PAS. Bagaimana seorang menjadi ahli PAS dengan alasan kagum dengan "kepimpinan ulamak". Namun setelah berpuluh tahun dan menjadi pemimpin tertinggi dalam parti, tapi mereka masih jahil mengenai akidah dan membaca al-Qur'an seperti india cakap cina.
Siapa yang mesti dipersalahkan, adakah Mat sabu salah?, adakah Husam musa salah?, adakah Mahfuz omar salah?, adakah salahuddin ayob salah.
Paling terbaik dan amat baik adalah, tukar ketua dewan ulamak dan ahli jawatankuasanya. Beri kesegaran dengan kepimpinan ulamak yang berwibawa.
TUKAR HARUN DIN, DIN AYAM, NASARUDDIN TANTAWI DARI MAJLIS SYURA.

anti munafik berkata...

dia ni bloger anjing ug yg kelaparan tulang...jgn m arah dia,biarkan dia merapu dan menyalak mcm anjing

rantai berkata...

dah mantap ke pas ni ..? dalam satu daerah ada berapa cawangan dah ditubuhkan ..? ada berapa ramai ahli dah didaftarkan..? di kelantan mungkin ok, bagaimana di negeri lain .. johor ... melaka ...n9 .. pahang dll..?

Yogi Marsahala berkata...

hendaknya tidak ada saling bertentangan

Yogi Marsahala berkata...

hidup rukun dan damai itu indah, komentar juga ya ke blog saya www.goocap.com

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...