Translate

Mesti Baca

Jumaat, 5 Julai 2013

Dr Mohamed Morsi Pemimpin Besar Yang Ramai Tidak Mengetahuinya.


Musuh-musuh Islam berpesta dengan kejatuhan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi selepas tentera merampas kuasa bersama para ulama yang menjadi sahabat Israel Laknatullah. Apa yang memilukankan ialah kerajaan haramyang diterajui Najib/Rosmah sama berpesta dengan mengelarkan Dr Mohamed Morsi sebagai diktator. Siapa sebenarnya diktator yang merampas kemenangan rakyat pada PRU 13 yang lalu?. Kenalilah seorang muslim yang hafiz sebelum kamu menuduh dengan tuduhan yang memalukan umat Islam.

  • Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.
  • Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.
  • Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).
  • Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.
  • Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."
  • Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.
  • Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.
Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga. Kata-kata Dr Najlaa isteri Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi tentang suaminya..

"di hari -hari yang penuh ujian , tatkala aku masuk ke dalam bilik..kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada Allah dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya.. apabila dia hendak tidur, tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau berada di atas katilnya..sehingga basahnya umpama mandi.. Demi Allah wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada Nya disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih.. Maralah wahai Sang Presiden.. Demi Allah , jika Dia menggoncangkan Sungai Nil dan laut nescaya digoncangkan mereka bersamamu!" .

Dengan kejatuhan Dr Mohamed Morsi mereka mengira yang mereka telah menang?. Sesungguhnya Islam tetap akan tertegak walau pun dibelakang mereka terdiri para ulama-ulama yang mengejar dunia dan janji Allah itu benar walau sehebat mana kuasa yang mereka miliki. Laknatlah kepada pendokong yang mengambil bahagian dalam pengulingan Dr Mohamed Morsi yang dipilih secara sah oleh rakyat Mesir kerana kamu pasti akan diberi ganjaran jika tidak di dunia, di akhirat adalah satu kepastian.

2 ulasan:

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Ulama ikhwan akan menggerakkan Ummah membela Mursi InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Ikhwan sepatutnya memperkasakan para mujahideen sebagai pelindung.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...