Translate

Mesti Baca

Sabtu, 29 Jun 2013

Warga Kuala Besut Bakal Mencipta Sejarah Negara.


Meletakkan namanya dalam sejarah dan bakal menjadi rujukan dalam perlembagaan negara terletak ditangan pengundi/penduduk Kuala Besut. Mereka akan menentukan semuanya pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung dalam tempoh dua bulan. Mencipta sejarah dan meletakkan nama Kuala Besut dalam sejarah negara adalah satu kebanggaan kerana ianya hanya satu peluang sahaja.

Pilihan sudah berada ditangan para pengundi Dun Kuala Besut jika mereka mahu nama tempat tumpah darah mereka meniti di bibir para sejarahwan dan ahli politik, maka mereka perlu melawan arus dengan memberi undi kepada PAS. Walau pun BN menang selesa dengan majoriti 2434 undi tetapi tidak mustahil angka itu akan berubah.

Sekarang kerajaan Mat Said hanya mempunyai kelebihan 1 kerusi sahaja selepas kematian Adun mereka, Dr A Rahman (takziah kepada seluruh keluarga beliau) yang mana selepas PRU13 mereka memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi Dun yang ada di Negeri Terengganu. Pada PRU13 yang lepas PR dan BN masing-masing memenangi 4 kerusi daripada 8 kerusi parlimen yang ada. Jika calon PAS memenangi pada pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, maka PR dan BN memiliki kerusi yang sama banyak iaitu 16 kerusi dengan pertambahan 1 kerusi dari 15 kerusi yang dimenangi mereka.

Tidakkah penduduk Besut amat tidak menyenangi perlantikkan Mat Said selepas Deris Natang ditolak oleh pihak Istana dan sudah tiba masanya penyokong Umno Besut memulang kembali paku buah keras kepada Mat Said. Apatah lagi dengan kata-kata yang keluar dari mulut Mat Said yang tidak akan sesekali menyalurkan bantuan kepada kawasan yang dimenangi oleh PAS/PR yang mana kawasan yang diketepikan itu mungkin di di diami oleh sanak saudara warga Kuala Besut. Secara tak langsung apa yang dilakukan oleh Mat Said itu sedikit sebanyak akan tempias juga buat warga Kuala Besut.

Lihatlah bagaimana Mustafa Mohamad yang cepat-cepat menggantung pelaksanaan GST demi menjaga undi mereka semata-mata. Bolehkah warga marhaen akan percaya dengan kata-kata manis Mustafa Mohamad yang GST tidak akan dikenakan kepada warga miskin. Sepatutnya kita peka akan perkara ini kerana ianya sudah pun di laksanakan dan sebagai contoh jika kita topup RM5 handphone kita, penjual akan meminta tambahan 20 sen. Bila kita tanya penjual mereka akan kata ia arahan dari kerajaan, kalau topup RM10 dicajkan sebanyak 40 sen dan suka tak suka terpaksa juga membayarnya kerana ia adalah satu keperluan.

Kerajaan pimpinan Najib terpaksa menahan buat sementara waktu kenaikan harga barang dan GST demi menyelamatkan kerajaan Terengganu dari jatuh ke tangan PAS/PR. Ramai yang bertanya gua bagaimana jika PAS/PR menang pada PRK Kuala Besut kerana jumlah kerusi akan menjadi sama banyak iaitu PR mendapat 16 kerusi dan BN juga mempunyai jumlah yang sama iaitu 16 kerusi juga. Ada dari kalangan Umno/BN kata Dun Terengganu akan tergantung, itu dari pandangan mereka tetapi gua jawab inilah masanya Sultan Mirzan akan memainkan peranannya sebagai Sultan.

Walau pun kuasa Raja-Raja Melayu sudah diragut oleh rejim Mahathir pada awal 90'an, Sultan masih lagi mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana pemimpin yang diutarakan oleh parti masing-masing. Sultan akan menggunakan budibicara baginda untuk membuat pilihan. Walau pun kekebalan Raja-Raja Melayu telah dinyahkan oleh rejim Mahathir, baginda masih mempunyai kuasa yang mana rejim Mahathir dan penasihat undang-undang terlepas pandang.

Perlu di ingat tentang beberapa perkara berkaitan pelantikan Menteri Besar di beberapa negeri seperti Perlis, Perak, Selangor dan juga Terengganu. Sultan dan Raja Melayu telah dan boleh menolak mana-mana Menteri Besar walau pun watikah perlantikkan itu adalah atas usul PM sendiri. Raja-Raja Melayu juga adalah Panglima Besar Angkatan Tentera Malaysia, satu pasukan yang masih lagi berada dibawah pemerintahan Raja-Raja Melayu. Selain dari itu semuanya dikawal oleh Menteri Dalam Negeri dan mereka memang cuba merampas pasukan tentera dari genggaman Raja-Raja Melayu tetapi tidak berjaya.

Andainya tentera berjaya diambil dari Raja-Raja Melayu, pasti Mahathir akan menjadi Maharaja Malaysia dan Raja-Raja Melayu akan dihumbankan ke longkang. Kita boleh lihat semua laporan daripada jeneral-jeneral dari darat, laut dan udara akan berada ditangan Raja-Raja Melayu kerana tentera bernaung dibawah Raja-Raja Melayu. Selain dari itu semua pasukan beruniform hanyalah menggunakan nama 'Di Raja Malaysia' di belakangnya.

Adakah Umno berbangga dengan majoriti 2434 yang dimenangi dengan penipuan?. Walau sekuat mana penipuan kamu dengan pertolongan SPR, ia tidak akan kekal kerana rakyat sudah muak dan loya tentang apa yang pemimpin Umno lakukan. Tapi ingatlah bahawa janji Allah itu benar walau pun ia mengambil hayat umur kamu, Islam pasti akan menang dan PAS tidak pernah kecewa dengan kekalahan tetapi PAS kecewa dan kasihan dengan apa yang kamu akan jawab nanti. Bagi warga Kuala Besut, ambillah apa sahaja yang mereka berikan kerana semua itu adalah milik kamu sebenarnya tetapi hasil daripada putar alam mereka hak rakyat ada hak mereka. Najib dan pasukan war roomnya akan memberi apa sahaja yang kamu pinta dan kamu akan lihat bagaimana wang ringgit akan bertukar tangan tanpa dapat disentuh oleh SPRM.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...