Translate

Mesti Baca

Sabtu, 15 Jun 2013

Patutlah Mukriz Mula Tunjuk Belang Sejak Jadi MB Kedah....!!!!



Lebih dua minggu gua tidak menulis sejak melawat kawasan angkat gua (Parlimen Dungun) walau pun gua pergi empat lima hari sahaja, sempat juga gua jumpa Adun Sura tetapi tidak kesampaian untuk berjumpa dengan MP Dungun yang baru. Gua faham akan kesibukan Ustaz Wan Hassan sejak menjadi ahli parlimen berbanding ketika beliau menjadi Adun Sura selama dua penggal. Gua ucapkan ribuan terima kasih buat blogger Musafirlalu yang sudi menjemput gua dan menyediakan tempat tinggal selama berada di Dungun (selamat bajet gua untuk bayar hotel). Terima kasih juga untuk keluarga beliau di atas layanan class A untuk gua dan kemesraan yang diberikan oleh saudara mara Musafirlalu penuh dengan keikhlasan. Gua rasa mereka dah macam keluarga gua sendiri, semoga Allah S.W.T membalas segala kebaikan yang mereka berikan kepada gua. Terima kasih for you all, jika nak sebut nama sorang-sorang mungkin berjela-jela panjangnya. Sebenarnya kepulangan beliau ke kampungnya adalah untuk berubat kerana beliau sudah lama sakit, mungkin buat seketika beliau tidak akan update blognya. Semoga sempat sembuh bro dengan diiringi doa oleh gua.

Apa yang gua lihat Musafirlalu mempunyai keluarga yang cukup besar di daerah Dungun dan hampir kesemuanya adalah penyokong kuat PAS, itu belum campur dengan saudara beliau di Marang, Bukit Payung, Kelulut, Pulau Kerengga, Seberang Marang dan beberapa tempat lagi. Gua juga di perkenalkan rakan-rakan beliau dari kem Umno yang mana walau pun berlainan parti tapi masih boleh kutuk mengutuk sesama mereka. Salah seorang yang di perkenalkan ialah seorang kontraktor Umno yang mana beliau menceritakan betapa susahnya untuk mendapat projek sejak Mat Said jadi MB dan beliau kata kerajaan negeri sekarang nih tiada duit memandangkan projek yang beliau telah siapkan sudah hampir setahun tidak dibayar oleh kerajaan Mat Said yang cakap bukan main besar lagi, projek sana projek semuanya dapat kat kroni-kroninya yang paling rapat.

Bila lama tak buka internet, rupa-rupanya banyak isu yang gua tertinggal jadi terpaksalah gua menyemak kembali artikel-artikel dari pro dan kontra Pakatan Rakyat. Yang menarik perhatian gua ialah tentang MB Kedah yang baru iaitu Mukriz Mahathir. Beliau mula menunjuk belangnya yang sebenar selepas beberapa minggu mengangkat sumpah. Patutlah beliau begitu keras terhadap PR, rupa-rupanya segala tindak tanduknya atas arahan bapaknya, Che Det 'Separuh Melayu Mudah Lupa'. Baca sini untuk lebih jelas.

Apa yang boleh katakan ialah pelantikan beliau sebagai MB Kedah atas arahan Che Det kepada Najib semata-mata untuk mempersiapkan diri beliau untuk ke jawatan yang lebih tinggi, iaitu sebagai Perdana Menteri. Mungkin Che Det ingat dia boleh hidup 20 tahun lagi untuk melihat anaknya menjadi pemimpin no.1 sedangkan pemimpin-pemimpin Umno hanya menunggu beliau dijemput dengan penuh gemerlang oleh Malaikat yang tidak dikenali iaitu Tan Sri Izrail alaihissalam. Memang beliau masih lagi berpengaruh dalam Umno dan disebabkan pengaruhnyalah Najib terpaksa angkur segala kehendaknya tetapi sampai bila kerana kubur beliau sudah pun digali oleh pemimpin-pemimpin Umno yang akan memijak-mijak Mukriz son of Mahathir.

Lihatlah macam mana arahan beliau kepada Najib agar jangan berlembut lagi dengan pembangkang, gua pun tak tahu siapa sebenarnya Perdana Menteri Malaysia sekarang ni adakah Najib atau Rosmah atau Che Det. Gua lebih kepada Che Det dan Najib hanyalah boneka beliau semata-mata kerana Najib tahu jika kehendak Che Det tidak dituruti maka beliau bakal mengikut jejak Pak Lah. Lu ingat jadi Perdana Menteri semasa Che Det masih ada nyawa senang ker, kalu lu tak percaya gua lu tanya sendiri Najib.

Silap-silap Najib dimasukkan ke Hospital Bahagia kerana tekanan emosi yang beliau hadapi dengan kerenah Che Det dan ketidak puasan hati parti-parti komponen BN berkaitan jawatan Menteri. Ini semua adalah kerana terlalu lama berkawan dengan syaitan yang dikenali sehinggakan semua menjadi cacamarba, ada parti yang menang banyak kerusi dapat 1 jawatan menteri, ada parti yang menang kerusi sedikit dapat 4 jawatan menteri dan ada yang tak menang-menang pun dapat jawatan menteri.

Inilah perangai buruk syaitan yang dikenali, dah lah jadi PM 22 tahun tapi bila dah pencen pun tak reti-reti duduk diam. Nama pun syaitan, walau dah tua pun masih mengaku muda dan siap duk suruh orang ikut semua arahannya. Kalau dah pencen buat cara pencen, pi layan cucu cicit dan perbanyakkan buat amalan. Urusan negara bagi syaitan yang dikenali yang terpilih uruskan, jangan duk kemaruk sangat mentang-mentang merasakan dirinya masih ada pengaruh dalam politik Umno. Gua cuma nak tengok apa akan jadi anak bapak bila bapak dah dijemput oleh Malaikat yang tak dikenali. Kita tunggu dan lihat apatah lagi dengan khabar-khabar angin yang Ku Li yang bertanding untuk jawatan Presiden Umno, nampaknya Haji Najib terpaksa hantar SOS kat Che Det demi untuk terus bernyawa di arena politik negara.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...