Translate

Mesti Baca

Ahad, 23 Jun 2013

Kenapa PAS Perlukan Sosialis????


Gua masih ingat lagi bagaimana gua tolong kawan gua membuat banner berlambangkan kepala lembu di era 70 an. Bapak kawan gua adalah orang kuat parti kepala lembu dan ketika itu PAS masih tidur sebantal dengan Umno dan apa yang gua lakukan bukan kerana gua penyokong parti kepala lembu tetapi kerana itu sahaja parti pembangkang yang ada. Jika di daerah gua ada parti roket pasti gua pun akan tolong tampal poster-poster mereka. Sehinggakan ada pemimpin PAS yang bertanding menumpang parti lain kerana tidak bersetuju dengan kemasukan PAS dalam Barisan Nasional yang sebelum itu di panggil Perikatan.

Ini menunjukkan betapa tidak setujunya gua terhadap pergabungan PAS dengan Umno dan betapa bencinya gua terhadap parti cauvis Melayu iaitu Umno. Sehinggalah PAS ditendang keluar oleh Umno selepas mereka sudah kuat dan Kelantan berjaya ditawan semula oleh Umno dengan menggunakan jalan kotor iaitu mengisytiharkan Mageran di Kelantan. Sampai sekarang gua tidak tahu siapa sebenarnya yang membawa masuk PAS ke dalam Perikatan/Barisan Nasional kerana ramai pemimpin tertinggi PAS menafikan yang mereka adalah orangnya.

Sekarang ini ada pemimpin PAS yang terliur untuk membawa masuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) ke dalam PR. Gua nak tanya pemimpin-pemimpin PAS itu kenapa PSM begitu penting buat mereka, adakah PSM mempunyai ahli melebihi 5 juta atau pengaruh PSM semakin merebak ke seluruh Malaysia Barat dan Timur atau kerana PSM yang ada sekarang nih dekat sangat dengan Islam. Mungkin mereka berfikiran musuh kepada musuh kita adalah kawan kita. Sedangkan parti sosialis yang lahir terdahulu pun sudah bergabung dengan PKR kerana mereka umpama hidup segan mati tak mahu.

Dekat atau jauh dengan Islam, ideologi sosialis tetap bertuhankan Karl, Lenin, Stalin atau pun Mao kerana mereka berasal daripada idea Karl Mark. Gua tak kesah jika penyokong sosialis itu penganut Kristian atau Buddha atau Hindu atau Ateis atau apa sahaja tetapi adalah amat mengecewakan ialah ramai ahli PSM di negara ini adalah beragama Islam. Tidakkah ajaran sosialis ada menyebut yang agama itu candu atau mungkin mereka mengatakan itu aliran lama dan sekarang sosialis sudah berubah mengikut peredaran masa. Cerdik atau bodoh bagi yang mengaku Islam tetapi tetap dengan hujah-hujah dangkal seperti menegakkan benang yang basah.

Allah S.W.T telah menurunkan wahyu kepada Rasulullah S.A.W melalui Malaikat yang dikenali (Jibrail a.s.) iaitu Al-Quran. Kitab yang berada ditempat tertinggi yang tidak berhuruf dan bersuara, sampai kepada Rasulullah S.A.W dengan bersuara dan apabila sampai kepada para Sahabat r.a. ianya bersuara dan berhuruf. Betapa hebatnya kitab yang diturunkan kepada Muhammad Bin Abdullah sehinggakan baginda deman setiap kali ayat-ayat itu dibawa oleh Jibrail a.s. sedangkan kekuatan yang ada pada baginda melebihi kekuatan manusia berpuluh-puluh kali ganda. Itu pun setelah hati baginda telah dicuci oleh Jibrail a.s. dengan air Zam-Zam (bukan Zam Maidin) ketika baginda masih kanak-kanak pun boleh sakit, deman sehingga berpeluh. Andai kata kitab Al-Quran diturunkan kepada orang biasa, gua percaya pasti hancur tubuh orang itu disebabkan kehebatan Al-Quran.

Tiba-tiba kita yang mengaku Islam merasakan yang kita lebih bijak dengan mengambil kitab-kitab karangan Karl, Oretalis Barat dan tangan-tangan musuh Islam lebih hebat. Allah S.W.T memberi kepada umat Muhammad S.A.W sebuah kitab yang mana ianya tidak diberi kepada umat-umat para Rasul a.s. sebelum Rasulullah S.A.W. dengan tiada cacat celanya kerana ia merangkumi semua aspek ilmu dan sekiranya di himpun semua pengarang dari Adam a.s. sampai kiamat pun tidak akan dapat menandingi kehebatan Al-Quran. Cuba tanya diri sendiri adalah mereka-mereka ini bodoh atau cerdik. Dah ada daging lembu berlambak-lambak kat pasar, sanggup pergi kejar kerbau hanya kerana nak kan daging sekilo.

Gua tidak tolak seratus peratus kajian-kajian ilmuan barat kerana gua tahu banyak hasil kajian mereka bersumber Al-Quran dan As-Sunnah dan selagi ia tidak bercanggah dengan apa yang di perintahkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya melalui Rasulullah S.A.W, gua tiada masalah untuk menerimanya kerana kita diajar agar mencari ilmu walau sehingga ke negara China apatah lagi dengan era internet yang penuh dengan maklumat. Kenapa perlu kepada ideologi sosialis sedangkan ideologi Islam lebih hebat daripada ideologi-ideologi yang ada di dunia sekarang ini.

Yang menjadi kemusyikalan gua ialah kenapa ada pemimpin PAS yang sanggup menepikan pemimpin mereka sendiri demi mempertahankan orang lain walau apa pun alasan mereka melainkan pemimpin sendiri sudah tidak layak memimpin, itu pun masih ada Majlis Syura Ulama. TG Nik Aziz pernah menghalang Syed Husin dari bertanding di parlimen Kelantan kerana beliau bekas seorang pemimpin sosialis walau pun beliau bertanding atas tiket PKR.

Ini bermakna TG Nik Aziz meletakkan Islam di atas segala-galanya tanpa ada kompromi dengan anak beranak komunis walau pun mereka mengatakan PSM yang ada sekarang ni dekat dengan Islam. Kalau dah dekat dengan Islam, kenapa tidak terus menjadi ahli PAS daripada menjadi pembawa gambar-gambar Lenin, Stalin atau pun Karl Mark. Pendirian gua tetap tiada kompromi dengan sosialis walau sehebat mana pemimpin yang memimpin PSM.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahah tulisan jumud dan tersangat jumud, buang mase aku duk baca, intipati tetap jumud dan bodo

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

pandangan yg telus mempertahankan jati diri PAS. tahniah!

DinSerati berkata...

"Kenapa PAS Perlukan Sosialis?"
Penilain akidah menjadi tajuk apabila seorang insan istimewa (bukan OKU)berjaya mendapatkan watikah pelantikan calon untuk ahli PAS bagi menentang calon PR di Kota Damansara.
Yang amat membingungkan semua orang, kenapa dengan tiba-tiba hanya calon di Kota Damansara sahaja diperiksa akidahnya, sedangkan semua maklum terdapat calun PR yang bertaburan menganut akidah sosialis atau lebih sosialis daripada sosialis tidak dinilai akidah mereka.
Bagi penulis yang pendek akal, mempertahankan kesilapan ijtihad pimpinan PAS (membawa wadah parti Islam) merupakan suatu perjuangan. Hakikatnya, PAS lebih baik menjadi parti dalam selimut, daripada menjadi parti berjiwa besar yang membawa bendera kedaulatan Islam.
Apa yang berlaku pada Pak Lah menjadi pengajaran, anak menantu bukan segalanya untuk membangung sesuatu organisasi.

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Kesian sungguh gua kat DinSerati atau ItikSerati bila cuba menilai apa yang gua tulis. Apa yang gua tulis adalah perkara yang sudah nyata dan bukan pakai main tembak bhai. Jika lu rasa dalam PKR ramai yang berideologi sosialis, kenapa lu tak sebuat sekor-sekor supaya ramai yang akan tahu bahawa sianu bin sianu itu sosialis atau lu memang dari baka sosialis yang dekat dengan Islam jugak ker bhai.

DinSerati berkata...

tuan punya tulisan,
meletut kentut aku bila baca apa yang kau jawab.
jenis manusia bagaimanakah yang ajar kau mengenai tahaluf siasi?.
Bukankah kita buat tahaluf ini dengan mereka yang bukan seideologi dengan PAS?. Kalau dah sama ideologi, buat apa kita bertahaluf?.
Bukankah DAP dan PKR tidak seideologi dengan PAS, kalau seideologi kita tidak buat bertahaluf, kita ajak bergabung.
Disini jelas, bahawa DAP dan PKR parti sosialis atau demokrat.
Tapi kau kena ingat! sosialis bukan bererti mereka bertuhankan karl mark dan bernabikan Lenin. Bahkan sosialis bererti mereka pro rakyat.
Itulah kau, kalau nak mengaji, janganlah kau cari Din Ayam,carilah Din Serati, barulah jadi orang alim.

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Wah... pandai betul ler DinSerati bila sebut bab Tahalluf Siyasiyy dan boleh perturunkan sikit kat gua yang buta tentang Tahalluf Siyasiyy dan Siyasah Syar'iyyah.
Tidak kira apa ideologi DAP dan PKR kerana lu yang warak bab nih pun boleh faham tentang tahaluf siasi adalah hubungan dua hala antara suka sama suka dan adakah PAS bertahaluf siasi dengan PSM?.
Mungkin lu anggap dalam PKR ada yang sosialis disebabkan pengabungan PSRM dengan Keadilan sehingga tertubuhnya PKR tetapi adalah lu tahu bahawa kebanyakan sosialis yang berada didalam PKR sudah keluar menyertai semula parti PSM itu?.
Bertuhan atau tidak dengan karl mark itu cara lu berfikir kerana bagi ideologi mereka 'agama tetap menjadi candu' sampai bila-bila.
Seperti gua tulis apa guna mengambil ideolgi selain Islam sedang Al-Quran adalah selengkap-lengkap kitab sehingga kiamat.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...