Translate

Mesti Baca

Khamis, 27 Jun 2013

Edisi Tibai Dari FZT

CONTOH ULAM MAMAK KEH KEH KEH, TERTIPU DENGAN JUANDAJAYA
setiap kali muktamar pas akan bersidang dan ada pemilihan, setiap kali itulah ada maloan maloan dalam pas akan menulis kononnya akan memperkasakan majlis syura ulama pas, 2 tahun dulu timbalan presiden pas sekarang haji mohd sabu berkempen akan memperkasakan majlis syura ulama pas, baru dua hari dilantik menjadi timbalan presiden pas, mat sabu kembali membuat ucapan yang berapi rapi untuk meningkatkan daya saing majlis syura pas. akhirnya setelah 2 tahun upacara janji janji mat sabu akhirnya tinggal kenangan.

kali ini selepas pru ke 13, ada lagi maloan maloan pemimpin pas yang menulis lagi untuk memperkasakan majlis syura pas, kali ini lebih hebat, lebih cerdik lebih sosialis lebih komunis lebih kapitalis akan dibawa masuk ke dalam majlis syura ulama pas, ulama tidak diperlukan dalam majlis syura pas sepatutnya. ada 2 orang je yang layak mengganggotai majlis syura ulama pas iaitu dr maslee dan juga asri zainal abidin bekas mufti perlis. kedua duanya bukan ahli pas bagaimana pas nak melantik mereka menggangotai majlis syura ulama pas. bangang punya penulis. jika dalam pas semua tak layak, jika diluar pas layak. asri kata: apakah itu keadilan jika satu dihukum potong tangan satu lagi dipenjara kerana berlainan agama" inikah kenyataan yang sangat sangat hebat diantara ulama yang terhebat. bangangggggggg.

mujahid sedang berusaha keras untuk memastikan kali ini dia akan berkempen dan apakah ura ura dia akan mencabar jawatan presiden pas sebab sudah terbukti kehebatan dia dalam urusan menuju PAS BARU. apakah mujahid hanya berani melemparkan kenyataan lepas tu masuk dalam selimut dan berpura pura tidak tahu apa apa seperti masa lalu, apakah golongan sosialis akan memberikan sokongan terbuka kepada mujahid yang lebih rapat dan tidur bersama sosialis. fahaman sosialis semakin hebat dan semakin mengambil alih fahaman islam sebab itu dijadikan satu fahaman baru yang lebih hebat dari islam.

ulama mesti proaktif hebat dan perlu segera buat kenyataan walaupun kemudiannya akan menyusahkan umat islam, disini perbezaan antara maloan maloan yang bangang yang sengaja meniup api untuk rakyat memusuhi islam dengan segera. ulama tak boleh menjawab kritikan sebab ulama hanya perlu menerima kritikan, itulah perkataan bodoh yang cuba dijadikan persepsi hebat untuk menekan ulama. lambat buat keputusan, lembap, membodohkan diri, selekeh berhujah, kena hebat pakai kot walaupun memperlekehkan islam, tak adil hukuman hudud, itu cara lama kolot, islam kena ubah semua sama dengan pendirian mahathir tak ada bezanya asri dengan mahathir dalam hukum hdud tapi diiktiraf ulama proakatif, cerca yang lain sebab lambat buat keputusan. FreeZoneTerengganu

3 ulasan:

Din Serati berkata...

Tuan blog,
Maqalah mustawa bawahan pun kau sumbat masuk dalam blog kau! aku nak hurai pun tiada nafsu, rasa geli gemang.
aku terima dan kau pun terima! PAS bukan milik mana-mana puak, hanya mereka yang ikhlas dgn perjuangan Islam sahaja yang sanggup istiqamah. Pimpinan pula boleh diamanahkan kepada sesiapa, asalkan mereka yang memiliki kebolehan dan menepati syarat seorang pemimpin. Cuma nasib dan masa terbaik seseorang sahaja boleh menentukan siapa layak memimpin PAS.
Dakwaan ulamak atau profesional yang layak memimpin PAS cuma tektik orang yang malas berkerja, tapi mahu jadi pemimpin. Hakikatnya, PAS boleh dipimpin ulamak atau bukan ulamak, namun yang penting adalah kebolehan, kecerdikan, kewarakan dan keikhlasan. Kalau hanya asyik mengaku ulamak kehulu hilir, namun perangai bodoh tidak boleh diajar cerdik tidak boleh ditumpang, pemimpin begini hanya akan menjadi biawak hidup dalam parti sahaja.
Lihat ikhwan Muslimin di Mesir, sejarah mursyid amnya tiada dari kelompok ulamak, namun berjaya melahirkan pejuang Islam diserata dunia. Bahkan pada hari ini, ahli syura ikhwan Mesir hanya seorang sahaja yang berstatus ulamak (ab.Rahman al-Bir). Namun ikhwan Mesir boleh menjadikan bukan ulamak dalam ikhwan sebagi ulamak. Berbeza pula dengan dewan ulamak PAS, kejayaan paling besar adalah mengulamak ulamak dalam dewan ulamak PAS sahaja, yang diluar dewan ulamak baca attahiyat pun tersangkut-sangkut.
muktamar lepas, ahli PAS mula tunjuk sikap positif dan melawan arus, mereka pilih Abe Mat Sabu (AMS) jadi tim. Presiden, sedangkan dua orang calon ulamak bersaing dengannya. Orang PAS pun rata-rata mengetahui bahawa AMS bukan tokoh besar yang disegani dalam PAS. Namun pemilihan tersebut merupakan pemberontakan dalaman ahli PAS, mungkin kesan dari kegagalan kelompok ulamak bersikap lebih profesional dalam memimpin jemaah Islam. Kelompok ulamak, khususnya Dewan ulamak, mestilah melihat ke cermin berulang kali, janganlah asyik jadikan orang lain sebagai musuh. Harapan ahli PAS kepada kelompok ulamak terlalu besar dan harapan mereka menggunung seperti gunung Kinabalu.
(Aku bukan puak Din Ayam, tapi Din Serati)

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Lu ahli PAS atau tidak gua memang tak tahu kerana gua bukan ahli mana-mana parti dan bagi gua PAS bukan milik ulama atau umarak kerana ia adalah milik umat Islam dari kesenambungan Hisbul Muslimim yang diangkat dari tokoh-tokoh Islam seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbung dan ramai lagi. Sejarah telah memperlihatkan bahawa PAS pernah diketuai umarak yang mengambil alih daripada ulama.
Bagi gua sesiapa sahaja boleh memimpin jika ia merasakan layak untuk memikul amanah dan bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Sebagaimana calon yang berideologi sosialis yang diperkatakan kerana kita tahu yang ia memang sosialis. Jangan kerana sedikit kesilapan yang dilakukan maka kita melupakan terus jasa-jasa besar mereka sebagaimana isu politik suku agama suku yang telah menyentap jantung pemimpin Umno. Walau pun PAS mempunyai Dewan Ulamak berketuakan Harun Taib yang dikatakan lemah tetapi PAS masih mempunyai Majlis Syura PAS yang paling berkuasa untuk memutuskan satu-satu perkara. Tidakkah didalam Majlis Syura ada ulamak dan umarak yang mana ianya boleh dikatakan hampir 50-50. Walau pun ada suara yang mahu ulamak terus memimpin ianya bukan dari suara majoriti tetapi dalam keadaan sekarang ini peranan ulamak masih diperlukan kerana PAS mesti masih mempunyai pemimpin yang masih lagi bersih. Berapa puluh tahun Ikhwam Muslimim dipimpin oleh para alim sebelum diambil alih oleh umarak. TGNA terpaksa mendidik kembali umat melayu kembali kepada Islam pun memakan masa lebih 20 tahun. Lu pun boleh tengok macam mana belia di Kelantan dididik walau pun mereka skinner yang melepak di pusat belibelah tetapi apabila masuk waktu solat, ada kumpulan tersebut menjadi iman sehinggakan orang luar dari Kelantan pun terkejut. Itu baru Kelantan, bagaimana pula dengan satu negara dan kerana itulah ulama masih diperlukan untuk memimpin. Lu memandang presiden PAS dari jauh dan cuba lu dekati beliau baru lu tahu sebagaimana gua kata tak kenal maka tak cinta. Sebagaimana di Mesir walau pun Mursidul Am adalah dari kalangan umarak tetapi lihatlah bagaimana ahli-ahli mereka berkaitan dengan Islam. Apa pun gua cukup suka dengan komen-komen lu yang gua boleh katakan berisi dan tahniah.

Din Serati berkata...

kah kah kah!
apa-apa pun,

Ikan keli ikan sembilan,
gulai kari ditambah lada,
tukar ketua pemuda tukar timbalan,
asyik beteori habuk pun tak ada.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...