Translate

Mesti Baca

Jumaat, 3 Mei 2013

Sekadar Renungan Gua : Pembangkang Dan Islam.



Seandainya Umno yang dipimpin oleh Najib menjadi ketua pembangkang di parlimen selepas pilihan raya umum nanti, Umno akan mula membuka minda mereka ke arah Islam kerana mungkin beliau tahu parti yang berasaskan perkauman sudah tidak lagi diterima oleh rakyat Malaysia yang majoritinya adalah Islam. Apakah Umno akan menjadi lebih ekstrem daripada PAS demi memenangi hati orang-orang Islam yang berbilang kaum.

Sebagaimana PAS yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah mempunyai ahli-ahli dari penganut agama lain dengan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai bangsa Cina, India, Kadazan/Dusun dan juga orang asal. Tidak mustahil perkara ini akan berlaku jika kesedaran Islam masih ada dihati mereka walau sebesar zarah pun.

Mungkin kita akan melihat Haji Najib dan Hajah Rosmah memakai busana muslim dengan menunjukkan kesederhanaan mereka dalam kehidupan seharian. Tiada lagi cincin bertatah berlian yang bernilai USD 24 juta atau gelang tangan bernilai USD 1.4 juta satu atau beg-beg tangan berjenama yang bernilai USD 100,000 setiap satu dan tidak lagi menginap di hotel mewah yang mencecah RM 100,000 untuk satu malam.

Mereka tidak lagi menggunakan jet-jet mewah untuk setiap kali lawatan dan mereka hanya menggunakan penerbangan murah Air Asia dan tinggal di hotel-hotel bajet sebagai menunjukkan betapa mereka sudah berubah demi untuk mendapat mandat baru pada PRU 14 nanti. Tidak mustahil perkara seperti ini akan berlaku kerana kita sebagai hamba Allah S.W.T dan umat Muhammad S.A.W percaya kepada Qada dan Qadar yang berada didalam Rukun Iman.

Maka beliau menjadi seorang pemimpin yang beriman kepada Qada dan Qadar yang disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu beliau yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam karier dan alam ini semuanya di atas ketentuan dan ketetapan Allah S.W.T. Ketentuan yang mesti berlaku ke atas setiap makhluk, sesuai dengan batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak Azali lagi sama ada yang baik mahu pun yang buruk.

Gua tetap berdoa untuk kebaikan semua tetapi gua tidak mewakili rakyat marhaen yang dianaiya kerana itu urusan mereka, Jika yang dizalimi memaafkan maka beruntunglah sesiapa sahaja baik Mahathir, Ibrahim Ali, Zul Kulim dan itu sekadar beberapa nama besar sahaja. Jika yang dizalimi tidak mahu memaafkan maka celakalah kamu di akhirat nanti....... Wallahualam.

1 ulasan:

888jackaroo berkata...

sekadar renungan gua:
gua berharap, seandainya PR berjaya menawan putrajaya dan seterusnya membentuk kerajaan, PR akan tetap dgn pendirian untuk meletakkn Islam paling atas. Sebagaimana bagusnya PAS dalam membentuk sokongan2 dr pelbagai kaum dgn penubuhan DHPP, diharap ia tidak akan menjadi hanya topeng yg hanya ingin memperlihatkan sokongan terhadap parti Islam.
mungkin juga kita akan melihat perubahan dr pemimpin2 PR. pembelian cincin2 bernilai lebih dr 24 juta. gelang tangan lebih dr 1.4 juta. beg2 tangan l3bih dr 100000 setiap satu dan menginap di hotel2 dgn kadar lebih 100000 setiap malam.
tidak lagi menggunakan penerbangan tambang murah air asia dan tidak lagi tinggal di hotel2 budget dan hanya mahu menggunakan jet2 mewah setiap kali lawatan mereka. tidak mustahil perkara seperti ini akan berlaku kerana kita sebagai hamba ALLAH SWT dan umat Muhammad SAW percaya kepada Qada dan Qadar yang berada dalam rukun iman. ketetapan dr ALLAH itu telah pasti. gua hanya berdoa yang baik sahaja untuk negara dan masyarakat. andai lain jadinya, gua tetap bagini. tetapi gua tak tahu org2 lain yang dizalimi. andaikata nanti org2 yang dizalimi tak memaafkan. maka celakalah kamu nanti dgn kepastian yang nyata. Wallahua'lam...

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...