Translate

Mesti Baca

Sabtu, 18 Mei 2013

Rayuan Seorang Ibu, Meh Kita Sama-Sama Tolong.

 
Siti Maimunah kini terlantar manakala tahap kesihatan dua anaknya, Siti Zulaika (kanan) dan Mohd Sharil juga semakin merosot.

"Hanya simpati yang diminta sebab saya tidak mampu lagi buat kerja berat atau terlalu banyak bergerak,” demikian harapan seorang ibu yang juga pesakit talasemia, Siti Maimunah Abdul Halim, 44.

Siti Maimunah berkata, kehidupannya semakin terhimpit sejak sembilan tahun lalu kerana terpaksa menanggung perbelanjaan penyakitnya termasuk dua anaknya, Siti Zulaika Sahar, 12, dan Mohd Sharil Sahar, 9, yang juga mengidap talasemia.

Menurutnya, dia telah mencuba pelbagai cara untuk mengubati penyakit talasemia dihidapinya dan dua anaknya itu, namun segalanya usahanya hanya sia-sia. Lebih malang, suaminya tidak tinggal bersama berikutan penyakit dialaminya.

“Saya berharap Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dapat menambah jumlah bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada jumlah lebih munasabah, sekali gus dapat mengurangkan bebanan saya menanggung perbelanjaan diri dan dua anak,” katanya yang kini bergantung kepada bantuan keluarga terdekat dan suami yang tinggal berasingan disebabkan tuntutan kerja.

Siti Maimunah berkata, jika dia menerima bantuan tambahan, sedikit sebanyak meringankan beban hidupnya yang serba kekurangan dan menampung kos peningkatan perbelanjaannya kerana pada setiap minggu, mereka terpaksa berjumpa doktor.

Kesan sejak lahir

Bercerita mengenai penyakit dua anaknya itu, Siti Maimunah berkata, penyakit itu dikesan beberapa bulan selepas Siti Zulaika dan Mohd Sharil dilahirkan. Menurutnya, pada usia itu, keadaan fizikal kedua-dua anaknya itu tidak seperti kanak-kanak normal lain.

“Wajahnya mereka sentiasa pucat, badan lemah serta tidak aktif dan keadaan berlanjutan sehingga kini.

“Selepas dilahirkan, mereka menjalani beberapa rawatan sebelum doktor mengesahkan mereka menghidap talasemia major. Pada awalnya saya memang sukar menerima kenyataan ini tetapi akhirnya saya reda,” katanya.

Rawatan pindah darah

Mengulas lanjut, wanita kelahiran Kampung Alor Limbat ini berkata, disebabkan kurang kemudahan di klinik, pembantu perubatan meminta mereka merujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan.

Walaupun sudah semakin memahami mengapa dan apa sebenarnya menyebabkan seseorang mengalami penyakit berkenaan, jauh di lubuk hati Siti Maimunah, dia masih sukar menerima hakikat kenapa dua anaknya harus menerima takdir itu.

Namun sebagai hamba-Nya, dia akur dan tidak berterusan menyalahkan takdir yang ditentukan ALLAH SWT.

Namun sesekali ketika berbicara mengenai masa depan anaknya, isteri kepada Sahar Mohd Tap, 50-an itu pasti menitiskan air mata.

“Sejak lahir mereka terpaksa keluar masuk hospital untuk menjalani rawatan pemindahan darah, sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan. Selain rawatan pemindahan darah, mereka juga perlu mengambil ubat yang  mengandungi asid folik,” katanya.

Sambil menahan sebak, Siti Maimunah berkata, ibu mana di dunia ini yang tidak berasa sedih mengenangkan nasib anak mereka yang sebegitu rupa, tetapi dia perlu reda kerana apa yang berlaku adalah ujian Tuhan terhadap hamba-Nya.

“Bagaimanapun, saya percaya, jika mendapat rawatan baik dan sempurna, penderitaan dua anak saya ini dapat dikurangkan dan mereka m"Hanya simpati yang diminta sebab saya tidak mampu lagi buat kerja berat atau terlalu banyak bergerak,” demikian harapan seorang ibu yang juga pesakit talasemia, Siti Maimunah Abdul Halim, 44.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan kepada Siti Maimunah yang tinggal di Alur Limbat melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional, 1111541000108707 atau menghubunginya menerusi talian 013 7545164.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah menyiarkan kisah dan penderitaan ditanggung Siti Maimunah tetapi sehingga kini tiada bantuan diperoleh daripada mana-mana pihak. SH

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...