Translate

Mesti Baca

Isnin, 6 Mei 2013

Terkini: PR Terus Menambah Kerusi Walau Pada Peringkat Awal Ketinggalan.

Pakatan Rakyat sehingga kini berjaya membentuk tiga kerajaan negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan manakala hilang kerajaan negeri Kedah.


Pakatan paling berjaya di Selangor apabila menang dengan banyak kerusi di mana PAS sahaja berjaya menang di 15 daripada 20 kerusi DUN yang ditandinginya.

Selain Selangor, PAS juga membuat pencapaian baik di Terengganu apabila menang 15 kerusi DUN berbanding BN 17 kerusi. PAS juga menang empat kerusi Parlimen daripada lapan kerusi di Terengganu.

Empat kerusi Parlimen itu adalah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

PAS juga membuat pencapaian sulong di Melaka apabila menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Baru di bawah Parlimen Bukit Katil.

Sehingga kini PAS menang 22 kerusi Parlimen, PKR 26 manakala DAP 36 kerusi.

Ahli Parlimen baru PAS adalah Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan (Temerloh), Setiausaha Dewan Ulamak Dr Khairudin Aman Razali (Kuala Nerus), Datuk Raja Bahrin (Kuala Terengganu), Wan Hassan (Dungun), Timbalan Ketua Pemuda. Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas), Mohamad Hanipa Maidin (Sepang), Ustaz Idris Ahmad (Bukit Gantang), Ahmad Marzuk (Bachok) dan beberapa nama lagi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas hilang banyak kerusi yg dimenangi pd PRU lpas d peringkat DUN & Parlimen tetapi diganti oleh kerusi lain yg dmenangi pd PRU kali ini... Kebanyakannya di Kedah, Perak & Kelantan... Pas hilang kerusi Parlimen Baling & Pendang (Kedah), DUN Lubuk Merbau, Pasir Panjang, Changkat Jong (Perak)... d Kelantan pula Pas hanya brjaya menang majoriti mudah saja sperti mana PRU 11 pd 2004.. tiada daya selain Allah...

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...