Translate

Mesti Baca

Isnin, 6 Mei 2013

Kenapa Sarawak Membubarkan DUN Berasingan.


Ada orang bertanya kenapa Sarawak melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri berasingan daripada negeri-negeri lain. Jawapan mudah dari gua ialah kerana Taib Mahmud ingin terus kekal sebagai Ketua Menteri sampai mati. Beliau melakukannya kerana semua jentera dan pemimpin kerajaan dari seluruh negara akan berkampung di Sarawak.

Andainya beliau membubarkan DUN bersama dengan negeri-negeri lain maka jentera kerajaan akan bertumpu disetiap negeri seperti PRU 13 yang terbaru ini. Beliau tahu jika beliau tumbang maka nasibnya sama dengan diktator-diktator dunia seperti nasib bekas presiden Mesir, Algeria, Libya dan jiran terdekat iaitu Filipina.

Kekuatan yang ada pada kerajaan Sarawak ialah wang kerana mereka boleh membeli undi seperti mana mereka membeli barang keperluan di pasar-pasar. Dengan keputusan terbaru telah menunjukkan Sarawak sudah mula dapat ditembusi oleh Pakatan dengan memenangi 6 daripada 31 kerusi yang dimiliki seperi mana Sabah yang mula menerima kemasukan Pakatan dengan memenangi 3 dari 25 kerusi. 

Kerana itulah kemenangan yang diperolehi BN hanya mengharapkan kerusi-kerusi dari Sarawak dan Sabah dengan menyumbang sebanyak 48 kerusi parlimen. Dengan 133 kerusi yang dimenangi oleh BN, tanpa Sarawak dan Sabah pasti BN akan tersungkur kerana BN hanya memenangi 85 kerusi sahaja di Semenanjung. Menang dan kalah adalah adat bertanding tetapi kemenangan BN kali ini mungkin tidak akan bertahan lama kerana penipuan yang mereka lakukan telah tersebar kepengetahuan rakyat.

Kehidupan rakyat Malaysia sekarang ini terletak ditangan pendatang asing yang mana mereka diberi taraf warganegara walau pun baru dua tiga hari sampai ke Malaysia. Adakah Najib cuba berlepas tangan yang mana banyak agensi kerajaan terlibat, lebih-lebih lagi Jabatan Pendaftaran Negara dan Imegresen. Dan kita akan pastikan petisyen-petisyen disegerakan selepas keputusan pilihan raya umum ini diwartakan oleh si barua SPR.

PARLIMEN 
  1. BN  - 133 kerusi
  2. PR   - 89 kerusi
  • PAS  - 21 kerusi
  • PKR - 30 kerusi
  • DAP - 38 kerusi
DUN
  1. BN  - 275 kerusi
  2. PR   - 229 kerusi
  • PAS  - 85 kerusi
  • PKR - 49 kerusi
  • DAP - 95 kerusi
  • STAR - 1 kerusi

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...