Translate

Mesti Baca

Khamis, 16 Mei 2013

Gua Dan Cikgu.


"Saat paling seronok dan gembira untuk dikenang selepas kamu berusia ialah waktu persekolahan", inilah ayat yang dilontarkan kepada gua dan member sekelas oleh cikgu gua. Gua kata kat member gua seronok apanya, tak sekolah lagi seronok. Gua ni bukan nak memuji tetapi dalam keluarga gua IQ gua paling tinggi kerana gua boleh membaca akhbar dalam usia 5 tahun dan Ilmu Hisab (Meth) adalah paling mudah untuk gua tetapi gua memang jenis malas bersekolah. Semasa sekolah rendah, pencapaian gua boleh dikatakan terbaik walau pun gua selalu ponteng class. 

Masa nak ke sekolah gua bersiap dengan uniform tetapi sekerat jalan gua dah masuk gua punya pot, bila habis class gua balik sama-sama dan itulah rutin gua hari-hari. Repot kad yang patut diserahkan kepada ibu bapa, gua tak bagi dan gua tiru tanda tangan bapak gua. Akhirnya gua tertangkap bila cikgu datang jumpa gua punya bapak, lepas tu lu faham-fahamlah bila penyapu bulu ayam melayang. Gua boleh dikatakan cukup samseng kat sekolah, rotan panjang dah jadi makanan kat tapak tangan dan punggung.  Andainya masa dapat dipusing kembali, gua pasti akan belajar bersungguh dan tidak akan ponteng sesekali tetapi masa itu berjalan ke depan tanpa berundur walau sesaat.

Walau apa pun gua cukup menghormati cikgu dan tiada menyimpan dendam pun kerana gua tahu yang gua nih memang jenis degil. Waktu sekolah rendah, guru yang paling gua geruni ialah guru disiplin yang bernama Wan Muhammad dan gua rasa rotan dan penamparnya paling banyak hinggap kat badan gua. Lu jangan haraplah gua nak balik mengadu kat mak bapak bila kena rotan atau penampar kerana gua tahu bila gua mengadu pasti kat rumah pulak gua kena rotan. Cukup berbeza dengan zaman sekarang nih kerana dulu cikgu paling berkuasa tetapi sekarang murid pula yang berkuasa.

Guru dulu diberi amanah 100 peratus oleh ibu bapa untuk memukul anak-anak mereka janji jangan sampai berdarah sudahlah, lebam-lebam biasalah. Murid sekarang jangan kata nak pukul, kena tegur pun mereka berani melawan balik cakap cikgu dan ada yang kena jentik sikit pun terpaksa menjawab di hadapan ibu bapa sampai tahap laporan polis. Gua cukup kasihan dengan cikgu-cikgu sekarang nih yang tidak lagi dihormati oleh ibu bapa dan murid-murid, mereka bagaikan diikat tangan sedangkan mereka ingin memberi ilmu kepada generasi sekarang.

Sebab itulah di antara kakitangan awam, cikgu-cikgu yang paling ramai mengalami stress (tekanan perasaan) kerana sudahlah menghadapi murid pembuli, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak dan ditambah dengan pengetua yang jenis suka mengarah. Gua rasa mungkin ramai cikgu setuju dengan pendapat gua yang cikgu boleh menerima kerenah murid-murid daripada menerima kerenah pengetua yang gila glamor, apa lu ingat artis jer yang gila glamor. Gua jumpa lebih ramai spesis pengetua yang suka mengarah dari pengetua yang betul-betul bekerja.

Masa era gua, guru besar masuk mengajar sama dengan cikgu-cikgu lain tetapi sekarang gua rasa kalau 10 buah sekolah mungkin ada seorang pengetua yang masuk mengajar, itu pun jika ada. Kebiasaan pengetua yang gila mengarah a.k.a. glamor tidak akan masuk mengajar kerana mereka lebih suka melihat sekolah mereka cantik daripada melihat murid-murid mereka cemerlang. Jika sekolah itu cemerlang dalam peperiksaan, pengetualah yang melebih-lebihkannya sedangkan ia adalah hasil daripada ketekunan cikgu-cikgu yang memegang amanah. Ini disebabkan mereka gilakan pangkat dan anugerah, jika boleh mereka ingin berada di class JUSA walau pun semua kerja dilakukan oleh cikgu-cikgu..

Jika lu tak percaya lu tanya Jaga Sekolah (JS), siapa tukang kebun JS akan jawab cikgu, siapa potong rumput kat padang JS akan jawab cikgu, siapa cat itu line dibalapan JS akan jawab cikgu, siapa tanam/hias pokok bunga JS akan jawab cikgu, siapa baiki atap bocor JS akan jawab cikgu, siapa mengajar murid-murid JS akan jawab cikgu, pengetua mana JS jawab keluar, bila pengetua ada JS akan jawab besok pagi lu datang tapi jangan awal sangat dan jangan lewat sangat, habis pukul berapa JS jawab saya pun tak tahu.

Inilah realitinya seorang pendidik yang mendidik anak bangsa mereka sekarang ini dan profesional guru bukan lagi bidang yang dihormati. Tenaga mereka di perah bagai buruh paksa dengan gaji yang tidak setimpal berbanding dengan apa yang telah cikgu lakukan. Itu pun belum masuk bab PPD lagi yang mana songel mereka lebih dari kerja. Kerana itulah pengetua yang gila pangkat dengan PPD cukup ngam dan kalau lu tak jumpa pengetua kat sekolah mereka, lu pergi kat PPD pasti lu akan jumpa mereka sedang berborak macam isi dengan kuku.

Gua dulu ada juga buat kerja-kerja kat sekolah yang sebenarnya gua bukan suka pun tetapi kerana gua kasihankan cikgu-cikgu maka gua buat juga, kasihan bro kalau diingatkan pengetua mampus gua tak buat pasal banyak sangat songelnya. Ada menteri pun bukannya mereka nak turun padang, tolonglah jenguk-jenguk sikit permasalahan cikgu dan jangan dengar cakap penasihat-penasihat yang berada di sekeliling. Kabinet baru Najib ada dua orang menteri pelajaran, dari satu tambah satu lagi dan timbalan-timbalannya. Kalau turun padang tu jangan dok dengar sangat cakap pengetua kerana lu akan dengan yang enak-enak jer, jumpa terus cikgu-cikgu tanpa kehadiran pengetua dan balacinya baru lu tahu cerita sebenar. Gua cukup sokong jika BN memberi tambahan sebanyak RM 500 kepada setiap guru kerana ia berpadanan dengan kerja keras mereka.

Sebelum gua mengundur diri, gua mengucapkan Selamat Hari Cikgu kepada semua warga pendidik tanpa prejudis kerana cikgulah lilin yang membakar diri demi menerangi anak bangsa. Tidak ketinggalan keistimewaan buat cikgu-cikgu di SMK Tasek, Ipoh (bersebelahan Tesco) teruskan perjuanganmu, jasa dan pengorbananmu tetap akan dikenang.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...