Translate

Mesti Baca

Jumaat, 31 Mei 2013

Bila Ahli Sudah Tidak Tahan Mendengar TGHH Di Hentam, Anaksengat Mula Menyengat.

 

KHIANAT ANTARA DUA DARJAT.... semenyih di lupakan..

Rupanya kisah kota Damansara masih tak habis... Tempat lain yang senasib atau secerita dengannya senyap macam sapa pun tak peduli... Kenapa??? Apa bezanya??? Jika di Kota Damansara PAS dikatakan khianat... kenapa di Semenyih dan Jelapang tak jadi cerita...??
Maka ada yang jawab... sebab Kota Damansara calon PKR kalah (sebenarnya PSM)... di Semenyih macammana... ini keputusan di DUN semenyih  ...

1. ARUTCHELVAN A/L SUBRAMANIAMS (PSM)               5,568      

2. JOHAN BIN ABD AZIZ (BN)     17,616                 

3. HAMIDI BIN A. HASAN (PKR)                13,471                                   

Penyandang: Johan Aziz (BN - UMNO

% keluar mengundi: 88.70%

Majoriti: 4,145


Dan ini pulak di Kota Damansara...

1. RIDZUAN BIN ISMAIL (PAS)   7,312                   

2.HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN (BN)      16,387                 

3. MOHD NASIR BIN HASHIM (PKR)        14,860

4. HALMI BIN OMAR (BEBAS)                    116

5. EDROS BIN ABDULLAH (BEBAS)           57

6. SUPPIAH A/L ANANDAN (BEBAS)       39
                           
Penyandang: Dr Mohd Nasir Hashim (PKR)
Peratus mengundi: 87.70%
Majoriti: 1,527

Berbeza sikit dengan suasana di Jelapang...
  1.  M. Sarasvathy (PSM)                2,568                     
  2. S. Mokan (BN)              4,655                     
  3. Teh Hock Ke (DAP)      16,921
Penyandang: Teh Hock Ke (DAP)

Undi: 24,654 (82.1%)

Majoriti: 12,266

Dari senario yang ada, jelaslah bahawa PSM adalah parti yang mengganggu Pakatan Rakyat.  Mereka sanggup bertanding atas tiket sendiri setelah Pakatan Rakyat berkeras meletakkan calonnya... Cumanya... di Kota Damansara PSM tak perlu berkeras kerana PKR memberi laluan kepada calon PSM Dr Nasir.

Aku pelik akan sikap PSM.. Mereka kata sokong Pakatan Rakyat tetapi lawan Pakatan Rakyat. Di Kota Damansara lebih pelik apabila PKR memberi laluan kepada PSM bertanding di atas tiketnya walaupun tahu tindakan PSM di Jelapang dan Kota Semenyih... Macammana pemimpin PKR yang terlalu bijak berpolitik boleh memberi laluan kepada Dr Nasir hanya kerana PSM berkeras untuk bertanding . Jangan lupa siri ugutan pemimpin PSM sebelum PRU 13 untuk menuntut kerusi dari Pakatan Rakyat  Sepatutnya PSM di ajar tidak diberi ruang kerana khianat mereka di Jelapang dan Semenyih... malah di Jelapang lebih mengelirukan kerana mereka mendakwa mewakili Pakatan Rakyat... alasannya wakil mereka bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara...

Persoalan pertama... Mengapa PKR bagi pada PSM sedangkan PAS dari awal menolak PSM.. ada yang kata ia adalah wakil sejak 2008...jangan lupa... PSM hanya di daftarkan selepas 2008, maknanya tiada PSM sebelum 2008 sebagai parti politik.... Di fahamkan bahawa TG Presiden telah memberi ingatan awal sejak 2 tahun lalu agar PKR tidak meletakkan PSM di Kota Damansara... PAS hanya serahkan kepada PKR...

Apakah dengan hanya memakai baju PKR, PSM boleh dianggap PKR.. sepatutnya PKR menjaga sensitiviti rakan sebelum mereka menyalahkan PAS  seperti hari ini.. Ia berbeza dengan Lumut yang diwakili ahli PAS memakai baju PKR kerana dalam keluarga yang sama... dan PKR sememangnya tiada calon berkelayakan.... harus diingat PSM bukan Pakatan Rakyat!!!! Apakah kerana PKR tiada calon layak maka dibenarkan meminjam calon PSM... sejauh mana komitmen yang akan diberikan PSM??? BACA LAGI.....

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan Pakatan Rakyat dibubarkan.

Jadi PKR, PAS, DAP dan PAM lawan BN sendiri-sendiri.

Akhir kata, untung tetap pada BN.

Aku akar umbi, bekerja keras di lokasi sendiri untuk kemenangan PR. Tetiba berlaku pertindihan dan kalah. Kalau mereka ingat aku gembira, minta maaflah.

Kalau tak sepakat, lebih baik tak payah berpakat.

-Yang penat berkempen dan Letih berfikir

Tanpa Nama berkata...

Bubarkan PR kalau x boleh bersatu...saya pengundi atas pagar sudah bosan dgn perangai macam nie....

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Nazri bin Mohd Yusof
Kelulusan Ijazah Sains Farmasi
Universiti Sains Malaysia
No Pendaftaran :Ahli Farmasi :1590
24000 Chukai Kemaman

TUDUHAN PENGEDARAN UBAT BATUK DAN PIL KUDA

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan sebagai pengedar ubat batuk dan pil kuda.

Untuk makluman sehingga kini tidak ada satu pun tuduhan atau siasatan polis terhadap farmasi dan kelinik saya. Semua tuduhan tersebut dibuat kerana hasad dengki dan khianat diatas kejayaan farmasi dan kelinik saya “KLINIK NABILA” yang sehingga kini merupakan farmasi dan kelinik yang terbaik di Daerah Kemaman serta kejayaan saya diangkat sebagai calon di N11 Seberang Takir.

Saya juga bersedia disiasat oleh pihak Parti dan juga Polis pada bila2 masa.

Sekian pernafian saya

Yang benar.

(AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF)
I/C:660421-11-5003

melingkup bahana berkata...

dakwat kekal= pil kuda... ada persamaan walaupun tak serupa...

Tanpa Nama berkata...

hahaha...pakatan harapan rakyat..yup rakyat je yg mengharap...depa kt atas berebut2...lagi besar serban lg besar nafsu...

DinAyamPAS berkata...

kuang kuang kuang!
Jika difikir dan dinilai, isu Kota Damansara dan isu pil kuda bukanlah besar sangat. Semua isu ini tiada kaitan dengan dasar parti PAS, bahkan isu ini hanyalah melibatan "ijtihad siasi" seorang presiden parti sahaja. Jika berlaku kesilapan, ianya adalah kesilapan dalam "ijtihad politik" yang dimaafkan. Presiden parti boleh menyelesaikannya dengan mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti pakatan.
Namun isu ini nampak celaru bila mereka yang tiada kaitan dalam pengurusan parti cuba berlagak menjadi orang besar dalam parti. Melalui sijil nikah, seseorang tidak boleh berlagak hero menentukan hala tuju parti.
Melalui hujah dan fakta yang dikemukakan, dapat difahami bahawa mereka menunjukkan mereka masih di alam kebudakkan dan khayal dalam alam sendiri. Jika tingkah laku begini dibiarkan, PAS akan kembali ke belakang. Memang benar komen yang dibuat Khalid Samad, virus "pembodek" boleh merosakan masa depan parti.
Apa yang aku fahami dari guru aku TGNA dan TGHH, bahawa tujuan penyertaan PAS dalam politik untuk mendaulatkan Islam dan menegakkan keadilan kepada semua manusia. Medan politik pilihanraya tidak mempunyai erti jika kita tidak mendapat sokongan dan undi. Bagi mendapatkan undi yang menyeluruh, kita mesti memiliki kawan dan menjadikan musuh sebagai kawan kita. Untuk mendapatkan kawan yang maksima kita terpaksa "tahaluf siasi" yang dijana dengan penjanjian dan pakatan.
Sebagai parti Islam, kita mestilah menunjukkan contoh kepada orang lain bahawa Islam menolak perbuatan melanggar perjanjian yang dibuat. Amat mengaibkan bila kita bersedia untuk melanggari perjanjian atas alasan yang bersikap prajudis dan furu'. (rujuk sejarah perjanjian Hudaibiyah).
Hujah takut kepada calon parti lawan akan berpaling tadah dan berfahaman sosialis bukan hujah dasar untuk melanggari sesuatu perjanjian merupakan suatu prajudis.
Bukankah sebelum kita mengadakan akad "tahaluf siasi" kita telah kenali akidah dan fahaman mereka. Namun secara tiba-tiba ketika peperangan berlangsung kita melanggari perjanjian. Amalan seperti ini bukan contoh terbaik gerakan Islam.
Kita telah mendakan pakatan dalam bentuk "tahaluf siasi" dengan manusia yang mempunyai pelbagai akidah dan Ideologi untuk menumbangkan UMNO dan menubuhkan kerajaan yang adil untuk semua. Dalam kita sibuk menjaja ABU ke hulu dan hilir, kita telah menolak calon yang diberi ruang menentang untuk menjayakan misi kita. Adakah ini dinamakan setia kawan dan manusia yang menghormati akad perjanjian.
Terlalu tidak adil, bila kita mengungkit jasa dan kekuatan kita, sedangkan kita mendiamkan kekuatan dan jasa orang lain kepada kita. Inilah perangai dan hujah geng "perasan dan khayal" yang dipanggil "pembodek" oleh Khalid Samad.
Lihatlah sejarah, kejayaan PAS hari ini, tidak pernah terfikir oleh akal untuk 20 tahun dahulu. Dengan kemenangan tipis di DUN Manir, kita berjaya menjadi tunggak kerajaan Selanggor. Bahkan boleh mencabar parti lawan diN9 dan Johor. Selain daripada bantuan tangan dari langit, kita juga dibantu oleh tangan-tangan dari bumi. Bukankah sokongan dari Anwar Ibrahim yang tidak layak jadi PM, PKR sosialis, DAP anti melayu dan Islam, PSM Karl Mark, Hindraf hindu dan NGO kafir harbi yang menjayakan cita-cita kita. Bahkan PAS berjaya memerintah Trengganu pada 1999 atas bantuan tidak langsung dari Anwar dan PKR. Kita janganlah berlagak sombong dan nersikap takabur, kerana bukan Allah sahaja yang membenci, bahkan manusia yang berak pun membenci sikap seperti ini.
Aku mengharapkan individu geng "perasan dan khayal" berilah peluang untuk PAS berkembang, jangan dibebankan parti yang diharapkan membawa keadilan ini dijadikan contoh parti jumud dan tidak bertamaddun.
"Anak muda yang mengundi dan menyokong PAS bukan sebab mereka sukakan PAS, namun mereka bencikan UMNO. Jika PAS sama taraf dengan UMNO, tiada lagi guna faedah mereka menyokong PAS"

Tanpa Nama berkata...

Persoalannya mengapa isu Kota Damansara diperbesarkan,,, isunya mengapa hentam presiden sendiri... isunya telah diperjelaskan... isunya mengapa ambil peluang lagi.... permukahan dalam gelap ok jer... kalau rasa PAS sudah tak relevan dengan anda... pi la cari parti yang sesuai dengan selera... kaum india sendiri ada 12 parti... boleh jer join...
isunya sebab kita rasa sendiri hebat... tak gitu MP Shah Alam?

Tanpa Nama berkata...

Nazri ni calon Bukit Besi ke???? ada lagi ke yg di tuduh macam tu...
Yg Tak di tuduh, tak payah la jawab....

cikmatgelap berkata...

lebih baik pas keluar dari pakatan,bergerak sendiri bewrtanding sendiri,org pas tak boleh bekawan dgn sesiapa kerana org pas kan islam tulen,org lain semua nya munafik,komunis,sosialis,org lain tak islamik,olih itu tak sepatutnya pas b erkawan dgn bakal2 ahli nertaka ni, org2 pas di jam in ahli surga,buat fitnah pun takp;e,....MAKSUM tu,di jamin surga....apa lagi keluar le dari pakatan,aku nak tengok berapa ramai calon pas yg tah hilang deposit....sila kan 'AKU CABAR PAS BUKTI KAN PAS KUAT'

mrsyah lya berkata...

geng dlm pas yg pro-anwar dan x suke TGHH serta dok canang UG..di kenali sebagai syaitan yang tidak di kenali lebih teruk dr dyaitan yg di kenali..puak2 golongan munafiq kepala paling besar dia khalid samad

Tanpa Nama berkata...

kalau dok jadi macam ni..mcm mat sman kati bgitau la..sampai bila pun pembangkang tak leh perintah malaysia...

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...