Translate

Mesti Baca

Isnin, 27 Mei 2013

Anwar Tidak Lagi Layak Menjadi Pemimpin Dalam Pakatan.


Apabila timbul isu pertemuan gelap Anwar/Najib yang mana mantan naib presiden Indonesia, Yussuf Kalla sebagai saksi, Anwar sudah tidak layak untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat. Semua blogger pemuja Anwar diam seribu bahasa tanpa mengeluarkan apa-apa ulasan atau kritikan berbanding serangan yang mereka lakukan terhadap Haji Hadi berkaitan UG.

Mereka menyerang pemimpin PAS dari semua penjuru dan ianya masih lagi kedengaran sebelum PRU13. Bukan itu sahaja, semuanya diungkit sampaikan kuliah agama di Selangor yang mana ustaz-ustaz dari Terengganu telah dituduh menuntup periuk nasi mereka dan 'Geng Terengganu' cukup senonim dengan UG. Betapa jahatnya mereka-mereka ini dan gua rasa Haji Hadi dianggap sebagai ketua musuh dalam selimut. Mereka sentiasa mencari kesalahan yang dilakukan oleh Haji Hadi dan Geng Terengganu supaya senang untk mereka menyerang. Lu ambil contoh kes Kota Damansara sudahlah, sampai sekarang diungkitkan dengan kritikan terbuka ketua AMK samsu haram yang menyerang Haji Hadi.

Sebenarnya mereka sudah mendrafkan artikel serangan untuk ditujukan kepada kepimpinan Haji Hadi di Terengganu jika PAS kalah. Perancangan jahat mereka telah digagalkan dengan Allah memberi kemenangan besar PAS Terengganu, maka artikel-artikel yang ditulis sebelum PRU13 terpaksa dibangkul sampahkan. Apakah serangan samsu haram terhadap Haji Hadi adalah untuk menutup pertemuan sulit Anwar/Najib.

Mereka tidak boleh memberi alasan yang pertemuan itu tidak melibatkan Pakatan sedangkan apa-apa perbincangan dengan Umno/BN mesti melibatkan PAS dan DAP. Kerana ia melibatkan perjalanan pilihan raya maka Anwat telah menikam PAS dan DAP. Bagaimana jika perkara ini dilakukan oleh pemimpin PAS, pasti mereka akan menyerang PAS 24 jam sehari sehinggakan ianya dijadikan ratib mereka.

Paling menduka citakan ialah ada pemimpin PAS yang bersekongkol dan mereka lebih mengutamakan PKR daripada parti mereka sendiri. Bukan itu sahaja mereka juga menjadi pemberi maklumat parti kepada PKR. Gua rasa mereka patut keluar daripada PAS secara terhormat dan masuk kedalam PKR jika perangai lebih PKR daripada PKR sendiri. 

PAS sudah menjadi pembangkang lebih daripada 50 tahun, menang dan kalah PAS tetap menerimanya dengan penuh kesyukuran. PAS bukan seperti PKR yang baru 3 kali menghadapi pilihan raya sudah tidak sabar untuk memerintah negara. Sedangkan gerak kerja mereka masih lagi rapuh berbanding dengan PAS dan DAP, layakkah mereka untuk memerintah walau pun Anwar adalah mantan PM Malaysia bukannya tiket untuk skim cepat jadi PM.

Mana menghilangnya balaci-balaci yang menyerang kepimpinan Haji Hadi untuk menjawab perjumpaan gelap Anwar/Najib. Gua nak dengar dan baca apa komen mereka tentang isu ini jika isu UG/Geng Perpaduang mereka paling kedepan menyerang PAS yang kononnya mengkhianati PR. Gua nih bukan ahli mana-mana parti tetapi jika lu nak kritik, biarlah berlaku adil. Disebabkan itulah gua tidak suka menjadi balaci mana-mana pihak supaya gua tidak terikat dan senang gua hendak hentam mana-mana yang gua nampak tak kena.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sdr...DSAI berjanji apa dengan Najib? Lihat dan selidik dulu apa yang dibincangkan dan dirundingkan... tentang hal apa? Nak masuk UMNO ke? Nak bagi UMNO menang dan terus memerintah ke? atau apa-apa lagi yang aku rasa kamu sendiripun kurang tahu... jadi selidik dulu dan tanya khabar pada yang empunya diri... tanya DSAI, tanya Najib, tanya Jusof Kalla... maudu' apa yang dibincangkan, syarat apa yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak....dll.....

AKU berkata...

AKU ADALAH PENYOKONG PAS...DAN AKU TIDAK MEMPERCAYAI ANWAR SEJAK DR DULU LAGI...KEBANYAKAN POLITIKUS PKR ADALAH NAJIS YG DIBUANG DR USUS UMNO....TETAP BUSUK!!!!

Kawasaki Z800 berkata...

Kalau DSAI tak layak, jadi siapa yang layak memimpin PR? Apakah pertemuan tersebut bertujuan untuk menubuhkan Kerajaang Perpaduang atau berkhalwat dengan umno seperti yang PAS lakukan? Nasib baik ada TGNA, jika tidak? Aku sokong PAS kerana TGNA, Mat Sabu, Mahfuz, Khalid Samad dan Dr Zul sahaja. Yang lain2 hamPAS!!!!!!

maie1958 berkata...

betul kata komen diatas,selidik dulu dan pastikan fakta yg sahih,baru buat kenyataan dan keputusan..baru alh pejuang islam!!!

Tanpa Nama berkata...

ini hanya pendapat aku seorang ahli pas biasa. bagi aku keduanya dsai dan haji hadi meraka tiada masalah, yg menjadi masalah sekarang adalah orang-orang dibawah meraka yg cuba menjadi duri dalam daging,cuba menaikan nama meraka dengan kata lain pengampu-pengampu kelas A.cuba kita fikir diatas kerja kuat diantara MERAKA maka dap bersama dalam pr sedangkan kita tahu dap dan pas dahulunya tidak mungkin duduk semeja.tetapi disebabkan ada pengampu kelas A ini suasana politik pkr dan pas tegang.sedangkan dap langsung tiada masalah dgn pkr mahupun pas.kerana dibawah pemimpin dap tiada kaki pengampu kelas A.aku berharap dsai dan haji hadi duduk berbincang tanpa ada kaki-kaki ampu kelas A ini.kenal pasti pengampu kelas A ini dan campak meraka ke pulau,kerana meraka ini la perosak,parasit,kayap,kudis buta dan sewaktu dgnnya didalm pkr dan pas,lupakan sengketa kerana musuh utama kita sedang mengintai mencari peluang dan ruang untuk memusnahkan pakatan rakyat.sekarang ini bukan masa untuk berbalah sesiapa betul siapa salah yg penting jatuhkan umnobn dahulu.dan kepada pimimpin pr utamakan rakyat bukan diri.TAMPA RAKYAT YG MENYOKONG KAMU SIAPA KAMU SEBENARNYA.mungkin kata-kata aku ini akan dipandang sebelah mata oleh pemimpin-pemimpin besar pr.tapi aku tidak kisah kerana aku bukan umnobn yg sekeling pemimpin meraka ada PENGAMPU KELAS A.PENGAMPUUU KELAS A.contohi la sikap almarhum Ustaz Haji Fadzil bin Muhammad Noor.dan tok guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Tanpa Nama berkata...

tu sebab masih lom monang, lom ado kuasa bocokek yo kojo eh...

Tanpa Nama berkata...

saya pun setuju dgn komen diatas.. admin janagn mudah sgt buat kesimpulan melulu..

musafirlalu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Boboi berkata...

Aku pun sokong PAS sebab nama2 yang disenaraikan seperti di atas tu... golongan minda yg terbuka... seriously aku tak yakin dengan presiden pas skrg ni, pikiran nya mcm sempit susah nak buat perubahan ke arah lebih baik... even TGNA yg berumur tu pun fikirannya masih muda dan terbuka, moga golongan progresif dalam pas akan terus bertambah dan buat perubahan

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Bila kena kat Nuar kena selidik dulu bila kena kat pemimpin PAS terus menyerang, ada ker lu selidik dulu. Adakah pertemuan yang dikatakan UG tanda tangan apa-apa perjanjian macam yang Nuar sign. Kenapa lu suka sangat pemimpin PAS kat atas pasal merekalah balaci Nuar dalam PAS. Kalu nak bagi komen agak-agak ler jangan berlagak pandai sampai dia ajer yang betulnya.
Lu tahu ker yang Nuar dah lama khianati perjuangannya sendiri apabila berada dalam tong taik bersama Umno pada 1982 kononnya nak baiki Umno dari dalam. Apa dia ingat Umno tu macam tiang lampu ker dan kesudahannya beliau sendiri bergemlumbang dengan taik.

Tanpa Nama berkata...

Apabila PKR/nuar berahim kena selidik dulu betul2.... he3
Apabila PAS/TGHH tibai dulu kaw2... tak perlu selidik cuma perlu seligi... hahaha!
Ada makhluk tu siap mencalonkan THNA vs TGHH dlm muktamar dulu... he3
Apa pun jom kita tibai PAS/TGHH... hahaha... sleeper umno/bn dalam pakatan rakyat

Yadzid Zaidi berkata...

Hehehe..ramai blogger pro PR yg dah tulis kes dun kota damansara, paya jaras dan sg aceh. Ko dgn fzt je bermati matian bekap hj hadi@Ug..
Mmg dasar pemimpin pelepah pisang hehe...

Tanpa Nama berkata...

PRU11 JIKA TIDAK SILAP...TGNA menolak syed hussin ali yg dikatakan ingin bertanding di kelantan. Alasan TGNA ialah syed husin adalah sosialis...rakyat kelantan tidak terima. Kenapa x heboh. Kenapa puak KS cuba nak bezakan TGNA dan TGHH.

Tanpa Nama berkata...

tak menarik baca blog kat sini,cuma isu krisis dlm PR.Tiada bentuk ilmiah,cuma gosip politik,tapi tidak ke mana.Sebenar,isu islam di malaysia sgt banyak,perlu ada penyatuan demi kekuatan ummah dan menolak semangat kenegerian.Islam adalah agama global.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...