Translate

Mesti Baca

Khamis, 2 Mei 2013

Anda Dan Undi, Samalah Lu Dengan Gua.


Sudahkah anda bersedia untuk menunaikan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia dan agama bagi rakyat yang beragama Islam. Ada yang mengatakan undi hanya undi semata-mata tanpa memikirkan bahawa ia sudah menjadi fardu kifayah buat umat Islam. Jangan sesekali memandang remeh perkara ini kerana politik dan agama tidak dapat di pisah sama sekali. Anda akan menjadi kufur apabila mengatakan yang politik dan agama tidak boleh disatukan. 

Maka dengan sendirinya undi anda adalah satu amanah buat anda di dunia ini kerana akan jatuh akidah tanpa mengira kamu PAS atau Umno jika kamu mengandaikan undi hanya sekadar melantik pemimpin yang akan memimpin anda bukan sahaja di dunia tetapi ia juga akan memimpin anda sehingga ke alam kubur. Kepada para pemimpin pula sudahkah anda bersedia memikul amanah yang cukup berat itu sehinggakan gunung pun menolak apabila Allah S.W.T menawarkan sebagai khalifah di muka bumi ini. Jangan kata nak memikul amanah, belum apa-apa lagi dah berebut-rebut untuk menjadi calon. Seorang Islam yang mukmin pasti akan menolak jika amanah itu diberikan kepada mereka kerana mereka tahu dan arif tentang perkara ini melainkan jika sudah tiada lagi umat yang beramanah  ditempat itu.

Baik pemimpin yang anda pilih maka beruntunglah anda tetapi buruknya pemimpin yang anda pilih maka celakalah anda kerana seksaan dari Malaikat Malik yang menjaga neraka dan Malaikat Zabaniyah yang akan menyeksa dan amatlah dahsyat sehingga anda tidak boleh memikir melalui akal fikiran kamu. Jika kesakitan akan seksaan itu bermain di fikiran anda, maka pemikiran anda itu adalah salah kerana akal anda tidak mampu membayangkannya sebagaimana kenikmatan di syurga.

Jangan anda mengira undi hanyalah pelekat kepada sesebuah kerajaan yang berteraskan demokrasi ciptaan manusia tanpa mengira akan kesan daripada undi yang anda berikan itu. Jika anda penganut agama lain, ia tidak menjadi kesah tetapi jika anda mengaku sebagai seorang Islam yang mengamalkan hukum Islam 5 perkara dan rukun Iman 6 perkara, anda sebenarnya meletakkan diri anda bagaikan telur di hujung tanduk. Anda boleh memperlekehkan pemimpin yang berjuang demi Islam seumpama anda memperlekahkan arahan Allah S.W.T, Tuhan seru sekalian alam yang tiada sekutu baginya dan tidak akan berkompromi dengan anda.

Anda boleh merasuah rakyat marhaen yang dahaga wang ringgit di atas desakan hidup mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Anda mesti ingat akan dua pengawal di kiri kanan anda yang mengawal anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun tanpa sedikit pun mereka tidur atau makan kerana mereka tidak akan menerima rasuah anda walau semua harta di muka bumi ini dikumpulkan, tidak walau satu sen pun mereka akan menerimanya.

Dalam pada itu malaikat yang kamu tidak kenali melebihi syaitan yang kamu kenali masih bersikap jujur terhadap kamu. Mereka akan menulis dengan cepat akan kebaikan yang kamu lakukan tetapi mereka akan melambat-lambatkan menulis kejahatan yang kamu lakukan kerana bagi mereka, mungkin kamu akan berubah kerana itulah keburukan amalan kamu sengaja di lambat-lambatkan laporannya. Bukan kerana kamu berjaya merasuah mereka tetapi itulah sifat yang Maha Pengampun yang ada pada Maha Pencipta anda.

Walau sehebat mana kamu menyembunyi undi anda sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Mengetahui dan tangan yang memangkah itulah akan menjadi saksi anda selepas mulut anda di kunci kerana mulut-mulut kamulah, kamu menjadi celaka bak kata pepatah 'kerana mulut badan binasa'. Gua tidak si hebat lu all kerana gua belajar takat darjah enam sahaja jika di bandingkan dengan anda yang memiliki M.D. atau PHD apatah lagi dengan kedudukan dan taraf lu yang cukup hebat sehingga mencapai darjat Prof-Prof ditambah dengan gelaran dunia,Sahibuh Samaha, Mufti-Mufti, Datuk-Datin, Datuk Seri-Datin Seri, Tan Sri-Puan Seri, Tun- Toh Puan.

Apa pun ia sebagai nasihat untuk lu all yang berdarjat tinggi agar kamu tidak tergelincir demi mengejar dunia yang sementara ini. Dengan ini maka terlepaslah gua akan amanah yang perlu gua tunaikan kepada lu all dan gua pun tidak tahu akan kedudukan gua di sisi Allah S.W.T, Tuhan yang penuh dengan sifat Rahmat dan Penyayang.

3 ulasan:

Berita dari gunung berkata...

TERKINI!! SAH, ANWAR BERSUMPAH DEPAN KAABAH!!! http://www.youtube.com/watch?v=nKZIPJ0PMTw

888jackaroo berkata...

terbaik bro GAN/R... sebagai tambahan: tangan2 yang menulis/menaip juga akan menjadi saksi diatas apa yang dituliskannya yang mana penulisannya itu telah dan boleh menyebabkan seseorang yang membacanya itu memilih pemimpin yang salah..

berita dari gunung: biar betul ni? dia ni tak takut ke bermain dgn sumpah? depan kaabah plak tu... ada yang tersungkur kat situ jer tu... tapi steady la dia. gua respect dgn dia. kalau dah prinsip tu tetap prinsip. lu org pikir la sendiri...

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Berita sampah dari gunung, apa jika nak bersumpah mesti dihadapan Kaabah ker dan buar bro 888, gua tulis sebagai pedoman untuk kita semua dan nasihat itu termasuk pada diri gua sendiri. Thanks diatas komen lu.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...