Translate

Mesti Baca

Isnin, 20 Mei 2013

Adam Adalah Tahanan Politik Pertama Dari Kerajaan Haram BN.

 

Adam Adli adalah mangsa pertama yang ditahan selepas PRU13 dan penahanannya lebih berunsur politik dari kerajaan haram BN. Beliau didakwa menghasut bijak pandai untuk menentang kerajaan dan beliau telah disabitkan bersalah sebelum perbicaraan dengan dakwaan di bawah Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan. Mengikut pandangan gua yang buta undang-undang, gua boleh terima dengan dakwaan Hasutan tetapi yang menjadi kemusykilan gua ialah kenapa beliau didakwa dengan satu lagi dakwaan iaitu Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan. Adakah Adam seorang penjenayah sehingga beliau didakwa dibawah Kanun Keseksaan.

Kerana penahanan beliau lebih kepada permainan mengugut agar suara mahasiswa/anak muda disekat, kita patut mencela perbuatan yang tidak bermoral dari kerajaan haram BN yang mana menterinya ialah Zahid Hamidi. Siapa tak kenal Zahid yang menjadi penyokong kuat Anwar ketika menjawat Ketua Pemuda Umno.
Beliau antara individu yang hampir ditahan dibawah ISA selepas sujud menyembah Maha firaun dan diberi pengampunan oleh Maha firaun dengan syarat menentang kembali Anwar. Kerana jasa-jasanya, beliau sekarang adalah antara orang paling berkuasa di Malaysia dengan jawatan Menteri Dalam Negeri.



Penangkapan Adam adalah tugas pertama beliau sebelum itu beliau mengeluarkan kenyataan bodohnya agar dibuang kerakyatan sesiapa yang menentang kerajaan haram BN dengan mengambil warga Bangla, Indon, Myanmar dan pendatang asing sebagai warganegara yang baru. Ugutan terhadap kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan mula disekat demi mempertahankan kerajaan haram yang mula ditolak oleh rakyat Malaysia. Dengan menggunakan SPR sebagai balacinya maka menanglah kerajaan haram BN pada PRU13 yang lalu dengan segala tipu helah yang meloyakan.

Selepas pilihan raya, gua ada bersembang dengan seorang warga tua yang menyokong Umno dan beliau begitu kesal dengan tindakan kerajaan yang memberi kerakyatan kepada warga asing dengan begitu mudah. Gua lihat matanya berair mengenangkan apa akan jadi pada anak-cucu dan generasi akan datang dan beliau kata rakyat Malaysia sudah mula menjadi pengemis di negara sendiri di mana peluang kerja untuk rakyat telah di bolot oleh warga asing, gua cukup setuju dengan penyataannya. Kerana itulah gua sokong Umno sampai mampus kerana Umno lah kita dinaik taraf menjadi pengemis./GANR

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah yang dimaksudkan oleh DAP haiwan2 peliharaan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Menang pakai bangla cakap banyak.

Ni nak bagi tau kat hang, tak pernah dalam sejarah buat pertama kali dua DUN di Pulau Pinang BN hilang wang deposit.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...