Translate

Mesti Baca

Selasa, 30 April 2013

Untuk Norman, Istilah Apa Yang Sesuai Dilabelkan 'Bodoh Sombong' Atau 'Jahil Sombong'.


Apabila si jahil bercakap tentang agama yang dianutinya dan mempertahankan kenyataannya apa yang beliau kata adalah betul dan tepat sedangkan tanpa disedarinya beliau bertambah takbur. Seperti yang beliau katakan, 'Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagi pun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata'.

Cukupkah dengan meminta maaf dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan orang yang tak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan samalah dengan penyamun yang meminta maaf dahulu kepada orang yang nak disamunnya. Tidakkah penyamun itu menunjukkan rasa hormatnya kepada yang kena samun sebelum menyamunnya. 

Kenapa beliau begitu takut dengan bidang yang diceburinya akan berkubur sekiranya PAS mendapat mandat. Kita semua maklum yang beliau mempunyai kepentingan dengan Umno dan Umno telah berjaya mendidik beliau dengan begitu baik sekali. Kerana selama ini Umno yang memberi beliau rezeki dan kekayaan, kerana itulah beliau bersyukur kepada Umno, bukannya Allah. Tidak cukup dengan itu beliau dengan niat jahat berkata, 'Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang Islam tetapi bukan agama PAS'. Semua bangsa baik Cina, India, Iban, Kadazan atau penganut agama lain tahu yang PAS bukannya sebuah agama, PAS hanyalah sebuah parti politik yang berteraskan Islam.

Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak.

Adakah PAS menghalang segala hiburan sehingga beliau begitu takut pintu rezeki beliau akan tertutup terus. Bagi PAS, apa sahaja hiburan yang dibolehkan mengikut syarak lantak kamulah nak buat selagi kamu mampu. Apa yang PAS lakukan hanya untuk menyelamatkan akidah dan dosa kerana ia adalah satu perkara yang WAJIB, bukannya perkara main-main. Lu ambil contoh di Iran, hiburan mereka terus berkembang malah diiktiraf di peringkat dunia. Adakah sesuatu filem berpandukan kepada aurat semata-mata dan jika tidak didedahkan seperti filem-filem barat maka filem itu tidak laku.

Lu mengaku sebagai umat Islam dan lima kali sehari lu memperbaharui ikrar lu didalam solat, lu baca Surah Al-Fatihah 17 kali sehari, apa yang lu minta...

"Segala puji-pujian bagi Allah seru sekalian alam. Yang bersifat pengasih  penyayang. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya engkau sahaja wahai Tuhan kami yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau sahaja tempat kami minta tolong. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan-jalan orang yang terdahulu yang telah engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat"

Lu sendiri pilih jalan mana lu mahu, jika dunia lu mahu dunialah Umno bagi dan jika akhirat yang kekal abadi lu mahu maka insyaallah PAS akan tolong tunjuk jalan kat lu. Lu mengaku sahaja Islam tetapi lu sendiri tidak yakin dengan rezeki yang Allah bagi. Industri hiburan tidak salah jika lu mengikut jalan yang betul, ia bukan sahaja memberi lu rezeki malah rezeki lu sendiri ada keberkatan. Jika lu tanya gua yang tidak sepandai lu yang belajar dan memiliki ilmi yang tinggi, gua rasa lu masih jahil tukil kerana kata-kata lu memang jahat kerana menyamakan PAS dengan agama. Ini adalah seburuk-buruk manusia kerana menolak satu ayat yang menyatakan Islam adalah agama terakhir dan Rasul Nya adalah penutup para-para nabi.  Kalau dibanding dengan apa yang ditulis oleh Ahmad Idham, memang lu sudah hampir kepada jalan orang-orang yang sesat.

Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al-Hadid (57:20)- Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Tanpa Nama berkata...

Al-Kahf (18:103-106)-Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

888jackaroo berkata...

andaikata benar tweet norman yg dipaparkan, norman tak patut fikir begitu. mereka hanya memperjuangkan agama. mana yang tak boleh, memang patut di tolak. itu kepastian yang nyata... cuma cara bagaimana bentuk hiburan yang bakal dibawa mereka itu yg patut didalami. norman patut dptkn penjelasan dulu drpd mereka.
gua pun jenis yg tak suka hiburan... tambah2 yang melampau2 ni. gua jadi pening.

Tanpa Nama berkata...

kalau pawagan di asing kan lelaki dan perempuan agak - agak ramai tak g tgk wayang??

klu x ramai kenapa? adakah pawagam ini sarang maksiat?

Tanpa Nama berkata...

norman@kru kan pernah suatu ketika dulu di selamatkan oleh BNUMNOGK prihal lagu duet nya dgn p ramlee,mamak kuty yg tolng hapuskan dosanya

Tanpa Nama berkata...

penganut ISLAM ala UMNO


Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...