TUNJUK SOKONGAN ANDA

GERAKAN BEBASKAN MEJAR ZAIDI AHMAD
MejarZaidi

Mesti Lihat

Sabtu, 27 April 2013

PRU 13 : PR Tidak Boleh Menang Tipis Jika Ingin Berkuasa.


Jika Pakatan Rakyat menang tipis maka berkemungkinan BN akan terus berkuasa kerana mereka mempunyai banyak wang dengan tauke-tauke besar berada di belakang mereka. Oleh itu Pakatan Rakyat mesti memenangi sekurang-kurangnya dengan kelebihan 10 kerusi atau 121 kerusi berpandukan dengan kejadian rampasan kuasa di negeri Perak selepas PRU 12.

Kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu kejadian buruk berlaku memandangkan bibit-bibit keganasan sudah bermula dengan kejadian letupan dan membakar kenderaan dan pos-pos parti yang bertanding. Mengikut pengamatan gua, provokasi mula digunakan untuk menakut-nakutkan pengundi jika kerajaan yang ada sekarang ini berubah tangan.

Siapakah yang tidak sanggup menerima kekalahan selepas 12 kali mandat diberikan jika menuduh pembangkang sebagai pencetus keganasan adalah satu sikap yang tidak bermoral kerana PAS dan DAP sudah sebati dengan kekalahan. Rakyat harus faham tentang demokrasi yang mana apabila terbubarnya parlimen, maka mereka yang memegang jawatan kerajaan sementara tidak hak untuk menggunakan agensi milik kerajaan untuk kepentingan parti.

Masalah utama ialah demokrasi mengikut acuan Umno/BN ialah jentera kerajaan adalah hakmilik mutlak mereka dan mereka akan mengguna sesuka hati mereka. Penjawat awam dikerah setiap kali pemimpin BN hadir dalam satu-satu program parti mereka. Kerana itulah bagi Umno, kesedaran politik tidak diperlukan dan mesti disekat dari pengetahuan rakyat. Mereka sedar jika rakyat sedar tentang politik maka kehancuran bagi mereka dulu, kini dan selama-lamanya.

Najib belum lagi menjawab tentang isu RM 7 bilion wang rakyat dilarikan ke satu akaun sulit di Cayman Islands yang mana agensi itu dikawal selia oleh beliau sendiri. Adakah itu tanda-tandanya yang Najib memang berhasrat untuk melarikan diri jika BN tewas pada pilihan raya umum kali ini. Mungkin Rosmah pun sibuk berkemas dan Mahathir mula merampu tak tentu hala kononnya beliau akan dipenjarakan jika BN tewas kepada PR sebagaimana beliau bersyukur kerana akta drakula ISA sudah dimansuhkan. Hanya orang yang merasa dirinya bersalah sahaja akan berkata begitu sedang tiada niat bagi PR melakukan perkara-perkara sepertimana mereka lakukan kepada musuh-musuh politiknya.

Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain pun akan berlaku pendakwaan terhadap pemimpin yang melakukan kesalahan dan bukannya sepertimana dilakukan oleh Mahathir yang memenjarakan beribu-ribu musuh politik beliau dibawah akta drakula ISA. Jika kamu tidak melakukan kesalahan, kenapa kamu kalut sangat tetapi rakyat akan ingat dan sejarah sudah tertulis akan pembunuhan di Memali oleh Mahathir. Ingatlah akan dosa-dosa kamu ketika kamu masih bernafas dan sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengampun tetapi dosa kamu terhadap rakyat yang kamu zalimi pasti akan mereka tuntut di Akhirat nanti.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang yg terlalu angkuh memang susah untuk insaf atau mwngigati hari akhirat dgn eetikata yg sebenarmya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau diizinkan Allah SWT Mahadet akan dilanjutkan usianya untuk diadili oleh mahkamah atas apa yang telah dibuatnya semasa pemerintahan dia dula. Dulu dia pemompin yang disanjung kerana rakyat tidak tahu pekung yang disoroknya. Jika PR memerintah pohon dibuat siasatan semua skandal yang melibat Mahadet dan jika terbukti bersalah hukumlah dengan hukuman yang setimpal. Hidup PR!!!!

Tanpa Nama berkata...

semoga peralihan kuasa kerajaan berjalan dgn aman.. insyaAllah.. INI KALI LAH...

888jackaroo berkata...

Insya'Allah... Mahadet dan TGNA kedua2nya akan dilanjutkan usia intuk menjadi saksi akan apa mereka telah lakukan... takbir!!!

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Bro 888.... Apa pun pegangan lu, gua tetap suka lu kerana lu berfikir apa sahaja yang dilontarkan dan bukannya pakai tangkap muat jer.

888jackaroo berkata...

lu suka cara gua berfikir, itu hal lu. gua suka baca blog lu, itu hal gua... yang penting kita sama2 cari kebenaran... gua bkn maksum. kadang2 gua pn salah. kalau gua salah. tlg bagitahu salah... kalau salah gua mengaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Paling Popular