Translate

Mesti Baca

Ahad, 14 April 2013

Perjuangan Gua.


Gua bukannya pemimpin cawangan, bahagian atau yang lebih tinggi lagi kerana gua sedar akan kedudukan gua. Ilmu gua tidak setinggi ilmu Mat Nor, Dollah Saamah, Fathul Bari, Masitah atau yang sewaktu dengannya. Gua pun bukannya alim sangat macam alim-alim Umno yang sentiasa pegang tasbih. Apa yang boleh gua banggakan hanya kerana gua mula kenal erti politik ketika kejatuhan kerajaan PAS di bawah Datuk Asri (semoga Allah merahmatinya) dan gua cukup suka mendengar pidatonya tetapi gua bukan jenis mengambil masak-masak apa yang dipertuturkan. 

Gua akan mengambil hujah para pemimpin jika jika mengikut logik akal gua ianya betul atau pun sokong mengikut tajuk yang menjadi pegangan seorang blogger. Mungkin lu kenal siapa blogger itu kerana beliau cukup terkenal selepas kemangkatan Sultan Johor. Gua langsung tidak memusuhi beliau walau pun banyak perkara yang tidak sependapat dengan gua. Banyak juga apa beliau tulis gua menerimanya. 

Macam gua jugalah, bukan semua apa yang gua tulis disukai ramai tetapi hampir 100 peratus blogger pro Umno memang memusuhi gua. Gua cukup dimusuhi oleh otai-otai Umno yang mana otai mereka Papagomo pernah ugut bunuh gua dan yang lain nak bakar gua hidup-hidup kalau mereka jumpa gua. Gua tak kesah pun dengan ugutan mereka kerana gua tahu tahap kejantanan yang ada pada mereka. Mungkin kalau jumpa bersemuka pun gua berani kata yang teluq-teluq mereka akan tenggelam. Mereka ingat mereka cukup taiko, tapi taiko orang dia tak tahu.

Gua tahu mereka-mereka nih dah lama cuba nak attack blog gua dengan kepakaran yang mereka miliki tetapi Allah Maha Berkuasa. Setiap kali mereka cuba attack blog gua, pasti IPnya berada dimerata tempat. Pernah satu kali itu IP bloh gua berada kat Mongolia, antara sebab yang mereka marah sangat ialah ketika gua isytihar perang besar-besaran terhadap blog-blog otai mereka yang mana dengan kuasa Allah ada blog mereka hilang terus dialam siber. Lu jangan tanya gua macam mana gua buat, semuanya adalah dibawah kekuasan Allah SWT, tuhan sekalian alam yang kekal abadi.

Sejak gua berada dalam politik seingat gua satu sen pun gua tak pernah merasa, jangan kata nak masuk poket yang dalam poket sendiri dikeluarkan. Gua berparti bukan kerana nak kaya walau pun dalam hati memang ada niat nak kaya, naik kereta besar, ada banglo besar dua tiga buah dan yang utama ada empat bini (ini Sunnah Nabi lah bro). Sekarang nih pun gua bukan kaya, hanya cukup makan pakai jer apatah lagi pada pilihan raya umum nih. 

Apa yang mampu gua buat, gua buatlah dan ada kala kerja gua gi kutip derma dari kawan-kawan baik gua demi perjuangan yang gua yakini iaitu Islam mesti didaulatkan. Jika ada sesiapa nak buat pahala bolehlah sumbangkan melalui akaun CIMB Islamic yang tertera diatas. Jangan rasa rugi dengan menghukurkan sedikit sumbangan kerana kita telah diajar satu akan dibalas dengan sepuluh. Kalu derma RM 5 Allah akan gandakan menjadi RM 50, kita tidak mengetahui bagaimana Allah membayarnya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Allah akan membayar setiap sen yang kita dermakan melalui banyak cara yang mana tak perlulah kita memikirkannya kerana kita wajib mempercayainya.

Gua berhajat jika Pakatan menang kali nih, gua nak minta sebidang tanah pertanian untuk menyara hidup. Kalau dapat menawan Terengganu gua akan membuat permohonan secara telus walau pun gua ada kabel kat sana dan kalau menang kat Perak, gua akan minta sebidang tanah pertanian kat Perak. Gua tak mahu dua-dua tempat, gua hanya mahu satu tempat sahaja. Jika tak dapat pun tak apa, gua tak marah pun kerana itu bukan matlamat gua dalam perjuangan, jika dapat syukur... Alhamdulillah ..... Amiiiiiiin.

1 ulasan:

888jackaroo berkata...

insyaallah... kalu menang boleh la minta. untung sabut timbul... dapatlh tanah sebidang dua. tapi kalu ini berlaku, bkn ke sama dgn apa yg berlaku sekarang? org2 tertentu dapat apa yg org lain Xdpt?

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...