Translate

Mesti Baca

Khamis, 11 April 2013

Malaikat Dan Syaitan ; Siapa Menyesatkan Siapa....!!!!

Apabila ulama belajar agama/hukum Islam dengan umarak penganut ajaran sekular, maka haram mengundi parti Islam.

Percaya kepada para Malaikat adalah termasuk dalam Rukun Iman yang mana kedudukannya berada ditempat ke 2 daripada 6 Rukun Iman. Malaikat adalah mahkluk Allah SWT yang ghaib dan mesti diyakini keberadaannya sesuai dengan firman Allah SWT :

"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; pentunjuk bagi mereka yang bertakwa (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka".
(Surah Al-Baqarah /2:2-3)

Iman kepada malaikat Allah merupakan salah satu dari rukun iman yang menjadi tanda seseorang itu beriman kepada Allah, perkara ini dijelaskan oleh Allah dengan firmannya:

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yan“bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang-orang yang bertakwa.”g menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-Baqarah ayat 177)

Beriman kepada malaikat menjadikan manusia berhati-hati dalam tindak-tanduknya karena mereka yakin ada dan akan diminta pertanggung jawabannya di akhirat kelak. Iman kepada malaikat mempunyai pengaruh positif dan manfaat yang besar bagi kehidupan seseorang, antara lain sebagai berikut:
  1. Semakin meyakini kebesaran, kekuatan dan kemahakuasaan Allah SWT.
  2. Bersyukur kepada-Nya, karena telah menciptakan para malaikat untuk
    membantu kehidupan dan kepentingan manusia dan jin.
  3. Menumbuhkan cinta kepada amal shalih, karena mengetahui ibadah para
    malaikat.
  4. Merasa takut bermaksiat karena meyakini berbagai tugas malaikat seperti
    mencatat perbuatannya, mencabut nyawa dan menyiksa di neraka naar.
  5. Cinta kepada malaikat karena kedekatan ibadahnya kepada Allah SWT, dan
    karena mereka selalu membantu dan mendoakan kita.
"Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, Maka Sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir".
(Surah Al-Baqarah ayat 98)

Para malaikat dicipta oleh Allah sebagai mahkluk yang patuh segala arahan, yakni mahkluk yang amat taat baik yang kita kenal mahu pun yang kita tidak kenali kerana ia bertetapan dengan apa yang Allah firmankan:

"Padahal Sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu). Yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu)
(Surah Infithar ayat 10-11)

Adakah Mahathir kenal semua malaikat selain daripada Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, Mungkar, Nakir, Atid, Raqid, Ridwan, Malik atau Zabaniyah sebagaimana yang beliau ucapkan. Dimana perginya para ulama-ulama Umno yang tersohor dan lantang menghentam PAS. Beranikah Mat Nor atau Dollah Saamah atau Fathul Bari atau budak yang mengeluarkan fatwa tiada jihad di Palestin untuk menegur setiap apa yang diucapkan oleh Mahathir. 

Mungkin bagi mereka, ilmu ketuhanan yang dimiliki Mahathir terlalu tinggi untuk ditegur kerana bagi mereka setiap ucapan Mahathir adalah fatwa yang tidak boleh disanggah. Inilah kenyataan tentang parti perkauman Melayu yang mana ulama belajar tentang Islam dengan umarak. Jika tidak pasti ada ulama Umno yang akan menegur perbuatan anak Mahathir yang membeli saham syarikat pengeluar arak terbesar di Filipina.

Lebih baik sokong/undi syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tak dikenali. (Fatwa Dr Mahathir)

Adakah para ulama-ulama tersohor Umno tidak yakin dengan Kitabullah berbanding dengan Kitabamahathir kerana sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin/syaitan. Malaikat diciptakan mulia baik kamu kenal mahu pun tidak kamu kenali. Syaitan adalah mahkluk yang jahat kerana keingkaran mereka terhadap Allah SWT. Sejahat-jahat boss mereka (Iblis), beliau tetap mengesakan dan sujuk kepada Allah tetapi Iblis dilaknat kerana keingkarannya untuk sujud kepada Nabi Allah Adam a.s.

Berbanding Mahathir yang bukan sahaja menolak apa yang diperintahkan oleh Allah, malah beliau mempersenda-sendakan hukum syariah. Oleh kerana ulama-ulama tersohor yang kerja mereka mengampu dan menjadi pencacai Umno celaka, makin galak Mahathir mempertikaikan ciptaan Allah iaitu para malaikat. Adakah patut kita walau sejahil mana pun menyamakan sifat malaikat dengan manusia dan syaitan.

Sedarkah Mahathir yang malaikat itu tidak diberi nafsu seperti hamba manusiaNya. Kerja malaikat ialah mengikut setiap perintah dari Tuhannya dan para malaikat yang Mahathir tidak kenal inilah yang memerhati setiap perkataan yang beliau lafazkan dan mereka berzikir, bertasbih mengESAkan Allah sehingga kiamat. Adakah para malaikat membuat silap seperti yang Mahathir katakan itu, melainkan ia sendiri melakukan kesilapan walau pun umur sudah menjangkau 87 tahun. Seperti mengikut kata para-para alim, jika umur 40 tahun masih duk tang tu jugak alamatnya payahlah sikit walau pun semua itu adalah kehendak Allah SWT.

Kalau TGNA kata solat orang Umno tidak sah dan Umno itu sendiri adalah parti murtad, bukan main lagi Perkasam, songkok tinggi dan ngo-ngo yang mendapat dana dari Cina Jlom bingkas bangun sebagai muslim yang lebih muslim darpada yang lain demi mempertahankan kesucian Islam. Dengan semangat yang berkobar-kobar mereka menghukum TGNA dan orang PAS dihalalkan darah mereka untuk ditumpahkan kerana mereka adalah umat syaitan.


Hakikatnya merekalah umat syaitan yang melawan pencipta mereka dan ia telah pun difatwakan oleh Mahathir dalam amanatnya, 'Lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali' dan 'Malaikat itu bukanlah golongan yang suci kerana kadang-kadang, malaikat juga boleh buat perkara salah'.  Dua amanat daripada Mahathir sudah cukup buat penyokong Umno membuat penilaian mereka sendiri. Gua tahu dan cukup faham yang amanat dikeluarkan itu ditujukan kepada PAS kerana hanya PAS sahaja parti yang memperjuangkan Islam. Bila berlaku persepakatan antara PAS, DAP dan PKR maka mereka menuduh PAS sudah lari dari landasan perjuangan mereka apatah lagi bila PAS mewujubkan istilah 'Kerajaan Berkebajikkan'. Walau dengan parti mana pun PAS sepakati, PAS tidak pernah membunag dasar yang berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Berbanding dengan ideologi sekularisme yang dianuti Umno, jadi gua berseru kepada pentokong Umno agar kembali kepada Islam yang syumul. Kita semua akan mengadap Tuhan semesta alam dan apa bekalan yang kita bawa untuk menjadi saksi kita. Kerana manusia adalah semulia kejadian yang Allah ciptakan untuk menjadi Khalifah dimuka bumi ini. Jangan kamu sia-siakan hayat kamu yang semakin pendek kerana menyokong perjuangan Islam adalah fardul kifayah buat semua umat Islam di Malaysia tanpa mengira apa bangsa mereka. Kita adalah bersaudara dan syaitan itu adalah musuh kita yang nyata, maka pilihlah diantara syaitan dan malaikat.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...