Translate

Mesti Baca

Rabu, 24 April 2013

Ingauan Mimpi Ngeri Umno Mula Menjadi Kenyataan. RM 7 Bilion Sudah Di Pindahkan Keluar Negara Oleh Najib.


Berjaya atau tidak PR menawan Putrajaya bukan menjadi soal walau pun ia adalah matlamat rakyat untuk sebuah kerajaan zalim. Mimpi ngeri yang selalu mengingau Umno mula menjadi kenyataan apabila rakyat mula celik politik. Selama berpuluh tahun Umno cuba membutakan rakyat tentang politik dengan berbagai sogokan diberikan demi menguasai pemikiran rakyat. Rakyat telah digula-gulakan oleh Umno agar terus mengundi BN dan kononnya biarlah ahli politik yang memikirkan tentang negara. Setiap kali jawatan Perdana Menteri berubah tangan, maka mereka akan menjaja slogan-slogan mereka yang cukup sedap didengar seperti penerapan nilai-nilai Islam, Islam Hadhari dan yang terbaru ialah slogan 1 Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Jika dulu mereka menjual slogan tetapi sekarang mereka mula menjual produk dan barangan yang berkonsepkan 'Produk-Produk Dahulukan Rakyat 1 Malaysia' dan gua melihat naskah-naskah berada di merata-rata tempat. Gua mengambil satu naskah yang setebal 32 muka.surat untuk membacanya dan naskah ini lebih kurang sama dengan yang dihantar oleh pusat beli belah terkemuka seperti Jasco tetapi ia lebih hebat, sehebat kroni yang mendapat kontrak mencetakkannya.

Daripada makanan sampai kepada semua tok nenek produk 1 Malaysia dijual oleh bekas kerajaan Najib/Rosmah dan tak mustahil jika Najib/Rosmah diberi mandat 5 tahun lagi, rakyat Malaysia pun mereka akan jual demi menambah tabung yang Rosmah buat ketika beliau masih kecil lagi. Kerajaan Malaysia telah bertukar menjadi syarikat menjual produk 1 Malaysia dengan Rosmah sebagai CEO dan Najib sebagai Pengerusi syarikat 1 Malaysia.

Usaha keras Umno selama 55 tahun untuk membuta politikkan rakyat Malaysia mula menampakkan kegagalan bila rakyat mula berani mempertikaikan salah guna kuasa oleh pemimpin Umno/BN, lebih-lebih lagi dengan Rosmah yang dilihat sebagai pemimpin di sebalik tabir. Rakyat mempertikaikan bagaimana Rosmah begitu berkuasa untuk berada sebaris dengan ahli kabinet suaminya tanpa ada teguran dari sifu Mahathir yang selalu lantang mengkritik setiap perkara yang tidak disenanginya dan beliau menjadi begitu bacul apabila berhadapan dengan Rosmah.

Najib dan Rosmah sudah mula nampak dan mendapat laporan risikan yang BN akan tumbang kali ini kerana itulah beliau melewatkan pembubaran parlimen. Adakah beliau saja-saja melakukannya sehingga meresahkan semua mangkuk ayun dalam Umno/BN adalah tidak betul sama sekali. Beliau cuma mencuri sedikit masa yang tinggal untuk melakukan sesuatu yang belum selesai iaitu pemindahan harta-hartanya keluar negara.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar The Edge, satu perpindahan secara sulit ke satu akaun yang di dakwa sulit telah dilakukan di Cayman Islands melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Sejumlah RM 7 bilion telah di masukan ke dalam akaun itu oleh 1MDB yang dikawal sendiri oleh Najib. Adakah ini tanda-tanda yang Najib dan keluarganya cuba melarikan diri jika BN tumbang pada PRU 13 ini masih menjadi tanda tanya. 

Apabila rakyat dipestakan dengan pemberian BR1M sebanyak RM 500 selepas 55 tahun memerintah, Najib, Rosmah dan keluarga mereka pula berpesta dengan berbilion RM yang mereka rompak dari pembendaharaan. Adakah RM 500 begitu besar sehingga kita perlu bersyukur kepada kerajaan Umno/BN. Jika kita kira berapa sebenarnya jumlah yang diberi oleh rejim Umno/BN ialah RM 500 bahagi 55 tahun = RM 9.09 setahun dan dibahagi pula dengan 365 hari maka jumlahnya ialah RM 0.024, tak sampai 3 sen pun satu hari. Bangganya kita mendapat 2 sen setengah sehari dan baiknya 1Malaysia pasal bagi kat kita RM 9.09 setahun dengan cukai yang kita bayar beribu-ribu setahun, inilah yang kita dapat.

Adakah kita cerdik atau bodoh dan siapa yang merempat di negeri sendiri, rakyat 1Malaysia. Siapa yang menjadi kaya raya, Najib/Rosmah dan keluarga, Mahathir dan anak-anaknya, pemimpin MCA, MIC dan anak-anak mereka. Jadi apa yang patut kita katakan Umno/BN ialah..... Ini Kalilah.

35 ulasan:

888jackaroo berkata...

jika PR mcmana pulak? jika kita tukar, pastu sama jgk mcm yg ada sekarang mcmana? apa perlu rakyat buat?

org lama berkata...

Tolak dulu yg dah tentu tak betul tu, cuba yg belum kita tau. Klu sama juga, pilih juga salah satu, pas lima tahun.

888jackaroo berkata...

saya setuju sgt lh kalu mcm tu... tapi kalu mereka letak org mereka dalam agensi2 tertentu (SPRM, POLIS dll) utk kekal lama berkuasa mcamana tu nanti? masa tu mereka dah jd kerajaan. mcm2 boleh buat... mcm sekarang ni jgklah..

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Apa susah, kita akan lakukan sebagaimana rakyat mesir dan asia timur. Kitakan Malaysia springlah pulak..... ada setuju

888jackaroo berkata...

sampai kesudah pn Xsettle2 mcm ni... anak2 saya nk jugak hidup dan belajar dgn aman. Xkn nk suh anak2 saya baling2 batu kot kt pihak berkuasa... tuan,;mesir dan asia timur tu da settle ke tuan? xikuti perkembangan la...

888jackaroo berkata...

gerakan anti najib/rosmah: anda setuju @ tidak dengan saya, jika perkara yang anda sebutkan itu berlaku (malaysia spring), keadaan pada masa itu akan lebih teruk dari apa yang kita nikmati sekarang ini?

kapt_shiqaqi berkata...

bro jackaroo, Lu dan keluarga Lu jgn takut buat perubahan, Pemimpin PR dgn BN sgt jauh beza perangainya, Lu tgk sendirila kehidupan presiden PAS, MB Kelantan , MB Kedah , Ketua Menteri P.Pinang... dll lagi yg dah memerintah negeri masing2, adakah mereka2 ini perangai mcm perangai pemimpin BN/UMno ?
neh wa mau habag kat Lu , sejak dulu PAS menentang umNO kerana dasar umNO tu tidak berpandukan ajaran Tauhid, pemimpinnya menyalahgunakan kuasa, berlaku rasuah yg melibatkan sejumlah besar wang negara(rakyat), Lu baca laporan odit negara Lu akan sedar betapa celakanya puok2 bn/UMNo kedarah duit negara.

888jackaroo berkata...

kapt_shiqaqi...maaf cakap la. gua memang Xpernah ikut mereka2 yang lu sebut tu. gua pun tak tahu kehidupan mereka mcmana. lu jadi anak angkat mereka ke atau apa, wa tak tau la pulak. itu hal lu la. dan mmg wa tak nafikan, mmg UMNO ada buat semua lu ckp tu... itu dah pasti. tp wa tanya ini moderator, kalu tukar tak ok mcmana? ini moderator kata nk buat mcm luar negara... malaysia spring. wa tanya dia. dia pun Xjwb... akan lagi teruk ka dari keadaan sekarang? kalu wa jd ni moderator, wa dgn lantang akan kata apa yang wa rasa akan berlaku (tu pun kalau berlaku lah...). itu pun dia Xboleh nak jawab... wa kasi lu jawab la apa lu rasa... boleh?

kapt_shiqaqi berkata...

bro, Lu tak payah nk jd anak angkat mereka pon untuk tau kehidupan mereka, melalui bahan pembacaan akai Lu yg sihat bole menilai.
mende2 yg Lu rasa tu takkan berlaku sbbnya pemerintahan PR tak sama dgn BN/UMno bro, yg mungkin berlaku bila PR menang adalah Gerombolan2 umNO yg byk duit lari ke luar negara, tinggai juok2 bodo yg akan buat kepoh sedikit, juok2 bodo umNO ni sonang je nk setel..hahaha

888jackaroo berkata...

bagus. lu bagi pandangan lu. terima kasih bnyk. lu punya pandangan, memang langsung tak akan berlaku. moderator punya pandangan, andai berlaku dia nk wat malaysia spring. ok la... skang gua paham la. gua akan guna akal gua yg hebat ni utk pilih la... sebab gua kena pikir jgk masa depan gua, family gua. ini kita bukan cerita nk tukar 1-2 hari. silap2 boleh la tukar terus. mcm gua tulis awal2 tu la. andai kata tak ok nanti, nak tukar pun mereka dah jd pemerintah.. mmg susah la nantikn (mcm skarang jgk la, pemerintah guna semua sumber yg ada). jd moderator kata nk wat cam mesir dll... so skang gua paham la... sekurang2nya gua da bole prepare apa yg patut. diri gua, family gua. tp lu pnya pandangan takkan berlaku langsung... ok lah. gua accept jgk. Xada hal...sebab gua jenis guna akal. bkn ikut2 punya org...

888jackaroo berkata...

lu moderator gerakan anti najib/rosmah, lu punya tulisan memang hebat. pung pang pung pang... tanya sikit je lu Xleh jwb.. org lain yg jwb (walaupun Xberapa nk tepat jawapan dr soalan, Xpela...) len kali jgn tulis lagi la. bikin malu jer... apa la.. chau.

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Gua tak mahu dan minta agar dijauhi perkara seperi itu dan gua hanya buat andaian sahaja. Jika nak buat dah lama berlaku dan jika lu baca dari sumber yang betul bukan melalui prof-prof kangkung, peristiwa 13 mei berlaku bukan kerana DAP tetapi dari parti Gerakan yang berhimpun dalam satu perarakan orang mati dan ia diambil kesempatan oleh Umno dengan menghasut orang-orang Melayu selepas Umno dan sekutunya kalah teruk pada pilihan raya ketika itu.
Jadi siapakah yang akan menghuru harakan negara jika BN kalah pada PRU kali ini???. Jangan babitkan PAS dan DAP kerana mereka biasa dengan istilah kalah tetapi tidak bagi BN, lebih-lebih lagi Umno yang sudah duduk selesa dikerusi empuk.
Fikirlah 888 dengan berfikiran terbuka dan jangan hanya mendengar disebelah pihak sahaja tanpa mengira parti baik PAS atau Umno, DAP dan PKR atau MCA dan MIC. Waraskan minda lu dan jawapan kepada soalan lu ialah memang gua setuju kerana siapa yang mahu hidup dalam keadaan huru hara cuma gua memang tidak setuju BN diberi mandat 5 tahun lagi selepas 55 tahu diberi peluang.

kapt_shiqaqi berkata...

bro, wa nak tambah sket.. Lu jgn pikir utk Lu dan kelaurga Lu saje, Lu kena pk untuk seluruh masyarakat dan negara..mcm slogan PAS 4ALL.. tu baru punyai akai yg hebat ke guane bro.. haha

ps: PR offer untuk semua rakyat termasuk keluarga Lu pendidikan percuma, fuel turun dan lain2 (sekadar sedikit sedutan drp manifesto PR ) yg lain2 Lu bole cari dan baca utk pikir dan buat pilihan yg bijak.

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Sorrylah bro 888... Gua bukan tak nak jawab tetapi waktu gua cukup ketat apatah lagi dalam keadaan gua yang memang tak sihat. Gua bukan menulis dilaman ini sahaja tetapi ada 7 lagi lagi laman yang terpaksa gua tulis itu pun belum masuk lama sosial yang berjumlah hampir 12 dan gua sudah menjawab soalan lu diatas. Thanks kerana melayari laman ini dan gua cukup suka apabila akan yang mengkritik kerana ia adalah satu ilmu bgi gua.

888jackaroo berkata...

gua Xdgr sebelah pihak. lu tahu kenapa gua ikut blog lu? sbb 'anti' rosmah/najib tu. gua pn Xsuka dia ni. fine. itu hal gua. gua suka bc lu pnya blog gua pnya suka la. gua pun Xbaca/dgr dr prof kangkung yg lu ckp. sbb gua guna A.K.A.L gua yg sihat ni pikir dan gua bkn org taksub (tulisan lu ni gua rasa lu da taksub sgt nih..itu hal lu la)
13 may bkn sbb DAP? lu mana tau plak? prof bayam mn plak lu cedok? lu yakin sumber prof bayam lu betul, prof kangkung salah? gua Xada masa kejadian. gua Xboleh komen. mcm gua cakap la, gua cuma guna AKAL. tp sbb lu taksub sgt, lu smpi blh ckp yang BN yg akan buat huru hara kalu kalah. mintak maaf ckp la. gua rasa sapa2 pn boleh buat huru hara
tak kira parti mana BN/PR. sbbnya, jom kita guna akal la yer... cth parti gua menang (parti baru). gua mesti nk bunuh betul2 parti lwn gua walaupn dah kalah. bagi terduduk. gua pakat buat huru hara. gua ckp 'nilah dia org yg Xbole terima kekalahan'. org makin benci parti lwn gua tu. boleh X gua buat mcmtu? Xblh pn gua akan pastikan boleh. POLIS/SPRM gua dah kawal maaa... gua blh lg lama perintah... Xde org blh lwn (kalu ada pun lambat sikit la). gua cerita pasal sifat manusia tu sendiri yg gua, lu dll, yg gua rasa mungkin ada perasaan mcmtu (sbb tu la lu buat blog ni, betul X? nk kasi habis sama BN) dan gua tau lu akan ckp 'tgk la pemimpin PR skarang... mana ada mcmtu'. come on la... kuasa ambik alih negara dgn negeri lg besar negara bro. mcm2 blh jd. jgn ckp besar sgt... (taksub sgt kalu ckp Xmungkin terjd)
gua rasa lu baca laju sgt komen/pertanyaan gua. gua bkn soal lu, kejadian lps 2-3 minggu ke bulan lepas PRU. itu short term. gua tanya utk mungkin lps 5 (paling awal pn)-20 thn punya kejadian. tak mungkin awal2 perubahan pemimpin akan tunjuk salahguna kuasa. betul X?
dulu BN pn sama. mula2 ok (lu setuju tak pandangan gua?). lepas tu dah salah guna kuasa.
mula2 gua tnya kalu PR sama jgk nanti mcmana? salah guna kuasa (sprm/polis dll) jugak? lu sendiri yg jwb nk buat mcm arab spring... malaysia spring. gua cuma tanya lu setuju ke kalu gua cakap keadaan masa tu akan lebih teruk dari sekarang yg aman? dan lu pun da jwb. lu SETUJU... mcm lu ckp, gua akan waraskan minda gua utk pilih. sbb gua ada A.K.A.L, gua bkn ikut2 pnya org, gua pikir masa dpn anak bini family gua, masyarakat dan negara. gua tak nak setiap 5 tahun gua kena berarak (sbb nk tumbangkan kerajaan lah kononnya...) wasting... tima kasih sbb lu sudi jwb.

888jackaroo berkata...

kapt_sjaqiqi.. betul. gua setuju dgn lu. kena pikir masyarakat dan negara jugak...

PR kalu perintah, gua ambik apa yg dioffer... tapi gua serius ckp gua tak pandai ekonomi. lu pandai ekonomi X? lu da buat kajian ke kesan dr offer tu? lu jgn ckp lu ambik info dr prof bayam ke prof kangkung plak... tapi kalu lu ckp pemimpin yg lu sokong bagitahu blh...baik lu lantik gua. gua pn blh ckp gua bagi semua free... lu mau ka? jgn taksub sgt dgn pemimpin. tu baru punyai akai yang hebat ke guane bro.. haha.

888jackaroo berkata...

wah... betul2x lu nk bagi BN jam ni.. hahaha. gua cadangkn lu, fokus 1 jer... ke lu dibayar PR ni, buat blog bnyk2 nih? lu kena ada pendirian lah...kalau lu sokong tu salah. lu ckp la salah. kalau betul lu kena ckp betul.. ingat tu. org pikir & buat keputusan salah sbb lu bwk, lu kena jwb kt sana nnti bro.

kapt_shiqaqi berkata...

bro, bagusla Lu mengaku Lu xreti ekonomi. meh wa jelaskan sket ketakutan Lu ttg jika kasi free pendidikan (bkn semua free mcm Lu tulis tu bro, kalu semua bg free, rakyat akan jd bodo, anak2 Lu nanti tak bijak berfikir mcm Lu...hahaha)
bidang pendidikan adalah satu pelaburan jangka panjang yg melibatkan byk kos yg terlibat dan tenaga yg dihabiskan. dan bidang ini juga menjana pendapatan untuk sesbuah negara bila pelajar2 dah abih belajar, mereka ni akan keluar dgn ilmu yg ada bekerja dlm bidang2 yg depa minati dgn kepakaran masing2.. tdak kah ini akan membantu ekonomi mereka dan negara?
berbanding dgn sekarang pelajar2 dibebankan dgn hutang PTPTN ( dgn % riba' yg melampau celakanya), maka apabia depa kluag bekerja , depa terpaksa membayar hutang ini secara tidak langsung kuasa membeli depa kurang, maka secara tidak langsung ekonomi tidak berkembang disebabkan tiada permintaan walaupon byk pengeluaran. ( ni teori ekonomi macro, klu wa citer ekonomi micro nanti Lu yg xreti ekonomi jd penin...wa kasi yg mudah faham je...hahaha)

888jackaroo berkata...

lu mcm emosi kenapa bro (anak gua genius la mcm gua..)? rileks la... lu, org dah mengaku Xtau pun, lu nk marah... sekurang2nya gua mengaku jgk gua Xreti ekonomi. berbanding dgn lu... lu kena la ckp 'jgn risau, aku ni prof. aku da buat kajian'.. steady la sikt. ke lu cedok dr mana tu? prof kangkung ke info tu? jgn taksub sgt dgn pemimpin... lg 1, gua Xtakut PR bg pendidikan percuma sbb gua kalau PR perintah, gua ambik je apa dia bg. mcm skarang jgk. BR1M tetap gua sapu.

gua setuju dgn lu pasal pelajaran:
libatkn kos, tenaga banyak. boleh jana pendapatan negara. pelajar kena bayar balik ptptn (nama pinjaman mmg kena la bayar blk) dgn bunga tinggi. kalu pelajaran free. pelajar kerja dpt duit (lebih la kononnya sbb tak byr hutang). boleh beli barang. ekonomi naik.
secara teori. itu gua setuju. Xada masalah dgn statement lu... tapi mcm lu ckp la, itu TEORI makro. nama pn teori... pelaksanaan?

kita bercerita ttg waktu sekarang. ekonomi; siapa pegang? politik; siapa pegang? (bagi gua sekarang dah seimbang sebenarnya. da cantik.. betul X? cuma isu skang rosmah beli cincin 24juta. itu je... memang melampau tul dia ni)

lepas PRU? maaf ckp la... yg gua lihat/fikir/rasa dgn akal gua ni ( bkn dgr prof kangkung) dua2 akan dpt kt mereka. (gua tahu lu akan ckp gua berbaur racist. dgr prof kangkung dll) tapi itu hakikat yg gua, lu dll kena terima. kerana mereka juga fikir yg sama. itu kita jgn nk nafikan... betul tak?

jika sekarang pn (soalan waktu skrang kt atas tu) kita kat bwh walaupn belajar tinggi2. bagaimana akan dtg? lu belajar tinggi2 pn, tetap di bawah. (yg gua cerita ni berdasarkan pengalaman gua. bkn prof kangkung). lu kalu kerja gov senang la citer. swasta? tlg jgn nafikan. Xelok... tapi pada masa tu apa yg lu ada? dua2 dah Xada bro...

dan tak mustahil, apa yg gua tanya2 tu akan berlaku... betul tak? sbb benda Xseimbang... jgn nafikan... lu time tu pn dah lost both of it.
jgn ckp dgn gua 'kita bagilah dulu tgk cmana'. sbb gua dah tanya awal2, senang @ tak nak tukar balik? dan lu moderator pn dah jawab...

so nasib baik lu Xcerita pasal mikro. gua pun Xtau benda tu...

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Disini silap lu, gua tidak dibayar kerana gua bukannya barua mana-mana malah gua tidak kata gua betul pasal diberi akal untuk berfikir. Jika lu baca apa yang gua tulis dulu-dulu, gua akan kritik tanpa mengira siapa tetapi bukan secara membuta tuli. Ini adalah fakta yang umum mengetahuinya dan jika salah sudah lama gua disaman. Gua boleh dikritik oleh sesiapa saja kerana gua mengkritik apa yang gua rasa tak kena.
Jika sekali baru layar blog gua terus tak puas hati maka memang lu belum matang berpolitik. Gua nak tanya lu, lu kenal ker diri lu sebenarnya. Adakah lu polan bin polan tahu apa tugas lu sebagai hamba Allah dan cukupkah dengan apa yang lu ada sebagai khalifah dimuka bumi ini. Apa lu nak jawab nanti bila lu ditanya akan peranan lu sedang banyak perkara yang berlaku dihadapan lu, lu buat tak endah ajer. Apakah cukup hanya dengan solat dan amal yang lu lakukan hari-hari. Kerana itulah lu sebagai hambaNya mesti kenal diri lu dulu, siapa aku.
Gua bukan nak ajar orang yang bertaraf ilmuan atau wali kerana gua hanyalah insan kerdil yang serba kekurangan.

kapt_shiqaqi berkata...

wooo pjg Lu punya tulis kali ni hahaha.. tp ianya hanya berkisar dgn prof kangkong dan kebimbangan yg tidak berasas jika kepimpinan berubah.
bro! Lu jgn hanya duk depan TV , sambil baca utusan/berita harian lalu merasa takut untuk buat perubahan. wa sarankan Lu cari laporan ketua odit negara, kat situ Lu bole buat perbandingan negeri yg diperintah oleh PR dgn umnO/BN perintah. kalu Lu pon tak percaya laporan ketua odit negara sbb Lu hanya org bawahan yg tak percaya kat ketua atasan (ketua odit negara) atau ketua odit negara pon mcm kangkung jugak Lu rasakan, wa buat cadangan Lu buat research sendiri, cari maklumat tentang perancangan dan pelaksanaan kerajaan2 negeri yg diperintah oleh PR dan buat perbandingan sebelom PR perintah dan semasa PR perintah kadar pertumbuhan pendapatan negeri tersebut.
wa ingatkan Lu gunakan akai Lu yg bijak tu bkn hanya dgn bermain agak2 tanpa ada asas.
yg Lu bimbang sgt ekonomi nanti sapa yg pegang selepas PRU13 nanti. wa nk kasi tau Lu skrg dgn dasar ekonomi yg di plan oleh BN/UMno dimana 30% ekonomi hendaklah dikuasai oleh bumiputra ( baca umnO putra). tp realiti apa yg terjadi ( yg ni Lu cari sendiri, kalu wa kasi nanti Lu ckp wa suap kangkong dlm mulot Lu plak..hahaha)
uiks dah pjg wa menulis ni..dah Lu p cari maklumat utk buat pilihan yg bijak dgn akai yg hebat.

888jackaroo berkata...

nampak beremosi lu ni... rileks la. santai2. jgn la taksub sgt. 1st, gua Xtuduh lu dibayar. gua tanya. lu jgn marah... gua boleh dikritik kerana gua juga akan mengkritik apa yang gua rasa tak betul. pn bkn secara buta tuli. sebab selalunya gua akan kritik manusia. manusia bg gua sama sahaja. tidak maksum mcm nabi. Xkira la dia ulama, bloggers dsb.. dia boleh untuk cenderung menbuat salah. apa yang gua rasa salah, gua tegur. kalu lu nampak gua salah pulak, lu tegur...
kalaupun gua baru sekali layar lu punya blog, tak semestinya gua tak boleh komen mengikut tajuk yang lu tulis. betul X? ke lu nak nafikan jugak? lu nk gua kena baca sampai khatam lu punya blog baru blh komen?
gua pun nak tanya benda yg sama dgn lu.. lu kenal ke diri lu yang sebenarnya? adakah lu polan bin polan tahu apa tugas lu sebagai hamba Allah dan cukupkah dengan apa yang lu ada sebagai khalifah dimuka bumi ini? Apa lu nak jawab nanti bila lu ditanya akan peranan lu sedang banyak perkara yang berlaku dihadapan lu, lu buat tak edah. apakah cukup hanya dengan solat dan amal yang lu lakukan hari2? gua bukan nak ajar orang yang bertaraf ilmuan atau wali kerana gua pun sedang belajar mengenali diri gua yang kerdil ini. tulisan lu yang beremosi tu mcm lu dah kenal sgt diri lu. mcm tak boleh di kritik langsung. bkn tujuan gua nak jatuh air muka lu. tapi jgn sampai taksub sgt...

888jackaroo berkata...

woo lebih kurang sama pjg dgn wa tulis... hahaha. 1st, gua lama dah tak tgk tv. utusan/berita harian pn wa tk baca. tipu lebih sgt. laporan odit pun wa tak reti tafsir. lu reti? tafsir sendiri ke prof bayam tafsir?
gua memang guna akal yang bijak di samping pemerhatian/pendengaran dan pengalaman.psl ekonomi tu mmg gua ambik berat. dan skarang mmg Xtercapai mcm yg lu tulis. dan gua yakin kalau PR pegang pun tak tercapai juga... rasa pendek plak wa tulis. lu pn jgn lupa guna akai yg hebat.

kapt_shiqaqi berkata...

Lu dah ngaku undr bn/umnO gagal, dan Lu jugak yakin under PR nanti akan gagal hahaha.. Lu masih berelusi dgn pengalaman ngeri Lu bwh bn/umNO hahaaaaa Lu rajin2 la membuat comparison negeri yg PR perintah dgn umnO perintah. jgn jdkan pengalaman ngeri Lu bersama umnO membatasi akai Lu yg hebat tu...hahaha

888jackaroo berkata...

gua jenis mengaku kalau salah. gua tak ambil pil kuda. waras tak berelusi. pengalaman tu taklah ngeri sgt.. dan gua harap Xberlaku kat gua lagi dan lu atau sesiapa lg. kalu umno yg dah lama pn ngeri, inikn pula yg baru. yg belum pasti... syak mesti ada. gua akan guna akal yg hebat ini.. harap lu pn sama.

kapt_shiqaqi berkata...

seorg artis melayu Abu Bakar Omar berkata lebih kurang begini "bila saya melihat anak muda di hidangkan oleh UMNO dengan hiburan songsang, saya memikir apa akan jadi pada anak cucu saya akan datang jika kerajaan yang ada terus memerintah"
org tua yg berpengalaman sanggup berubah demi anak bangsa, dia tak sanggup nk gadaikan masa depan pd umnO... Lu bagaimana? hahaha.. masih sangsi masih teragak-agak dgn tiada fakta? masih taksub dgn umnO lg? huhu

888jackaroo berkata...

bagus dia dah berubah. alhamdulillah. doakan dia kekal begitu.. tp jgn lupa... hiburan sonsang ke hiburan tak sonsang pn sama je. dalam zaman canggih ini hiburan tu boleh dpt di mana2. hujung jari jer. ianya terletak pada akal dan nafsu. kalau tukar PR pn benda yg sama jgk. hiburan songsang tetap ada kalu seseorang tu nak. betul X? internet, video dll. (kalu lu tak setuju, Xtau lg la apa gua nk ckp. blh kata lu ni taksub sgt lah..) kecuali PR kata akan haramkan internet dll yg disebutkn td. berserta kelab2 hiburan, pusat urut (sekarang selangor banyak sgt... ini mmg plg jelas lah berbeza masa BN dulu). jgn nafi. kalau betul kata betul... huhu

kapt_shiqaqi berkata...

wa ckp dgn salah org la...duk kalu2 memanjang.. hahahaha

bro, Lu kena siasat lesen2 utk kelab mlm ke lesen judi ke lesen juai arak ke diluluskan oleh kerajaan negeri ke pusat...adussss
hiburan songsang yg artis tu kata yg dihidangkan di tengah2 masyarakat, kebanyakan masyarakat menonton, yg dlm internet tu Lu dgn bini dan anak2 Lu aje tonton dan sengaja mencari, kalu Lu tak larang bini dan anak2 Lu terpulang pd Lu la. berbeza sgt tu bro... lg pon video2 dlm u-tube dan sebagainya boleh aje diblok dgn software tertentu kalu depa nak. nk taksub pon biorla bertempat ke guane..huhu

888jackaroo berkata...

jwb pun nak tension2.. smpi cara gua type pn nak ambik kira.. santai sudah..
lu dah siasat saper kuar lesen? gua Xtahu. yg gua tahu, bnyk kat selangor dah pusat urut... memang banyak dr dulu. itu pasti. hahaha.cmana pun lu tetap tak nak kata 'ya, memang bnyk' kn...? nak tasub pon biorla bertempat ke guane... huhu
pasal hiburan tgh masyarakat tu, gua setuju dgn lu... tp sbg masyarakat, lu blh pilih. nk tgk ke tak nak. mcm gua. serius ckp, gua Xtgk sgt hiburan ni. gua jd pening. sure heboh sekali pn gua, bini dan anak gua tak pernah pergi. lu ada bwk anak bini lu pergi X?

888jackaroo berkata...

kapt_shiqaqi info tambahan: lesen rumah urut tu rupanya di bawah kerajaan tempatan la... PBT. under kerajaan negeri rupanya. oooo... aku pun baru tahu. bnyk sgt dah. lu setuju ke tak, banyak sgt rmh urut kt selangor ni? lu jgn bawak anak bini ke sini. Xelok...

kapt_shiqaqi berkata...

nampaknya tugas wa kat sini dah hampir selesai kerana wa nampak Lu dah semakin hebat, tidak mcm awai2 dulu byk dgn andaian@ kalu-kalu.. hahah skrg Lu dah mula mencari info dan fakta.. bagus teruskan. sikap begini memudahkan org kasi input info kat Lu, kalu tidak Lu asik dgn prof kangkung Lu sokmo, bkn apa nanti kangkung tu jugak akan masuk dlm mulot Lu..hehehe
ok, ttg byknya rumah urut di selangor wa mmg tiada maklumat sbb wa bkn tinggai di selangor, Lu atau org selangor lebih mengetahui, kalu boleh Lu dedahkan bilangan rumah urut yg beroperasi masa umnO perintah dan masa PR perintah sapa byk yg keluarkan lesen rumah urut..hahaha
dan satu lagi wa nak supaya Lu faham dan bykkan lagi info ttg pengurusan ekonomi ni...wa mau jelaskan sedikit peranan dan bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat : kuasa meluluskan premis perniagaan kerajaan negeri yg keluarkan lesen manakala kerajaan pusat pula kuasanya meluluskan lesen perniagaan itu sendiri.
wa rs dah terlalu pjg wa menulis, rsnya cukupla sekadar ini shj wa crack yr head supaya Lu dpt melebarkan lg maklumat untuk Lu menilai dan memilih siapa yg layak utk diangkat sbg pemimpin

888jackaroo berkata...

gua lebih berminat guna akal, pemerhatian, pendengaran dan pengalaman gua. gua tak perlukn auta opsss silap la, fakta... dr prof2 bayam yg tah betul @ tidak. gua Xdpt info ttg perbezaan bilangan rumah urut masa umno dan pkr.. tapi gua pasti keadaannya sama di penang. kalau betul kata betul. jgn nafi.
gua tak faham kenapa kerajaan negeri perlu utk keluarkan lesen rumah urut. padahal mereka ada option utk tidak berbuat begitu walaupun kerajaan pusat keluarkan lesen perniagaan itu sendiri. so gua begitu pasti atas penilaian gua (tak ada kalu2 dah. hahahah) lepas PR memerintah, benda ni akan jadi kesinambungan... lagi makmur la ekonomi negara. ye tak? kong kali kong la. 2x5...

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Ini silap lu bula lu bakap gua marah tapi ni cara blog ini ditulis ada orang baca dia dah kata beemosi dan gua tak suruh lu khatam gua pun ya blog. Nak suruh lu sedar nilah car penulisan dibloh ini. lu jangan kata gua tak boleh dikritik atau terus beremosi bila dikritik. Senang macam nihlah, gua dah dikeluarkan kontrak untuk di bunuh kerana fakta-fakta yang gua keluarkan tidak dapat ditangkis dengan hujah. Kerana itulah lu kena baca banyak lagi apa yang gua tulis tapi jangan sampai khatam. Lu tegur atau sesiapa pun bagi gua satu ilmu dan satu pahala buat lu kita lu betul.

888jackaroo berkata...

ok. ok.. rileks bro. kalu lu tak suka cara wa komen. wa mintak maaf la.. wa hanya nak org lain pun bole bkk minda guna akal. baca jgk komen2 dan pandangan org lain jgk. sama ada satu aliran atau menentang arus. fikir dengan waras..
mcmana lu tau ada kontrak nk bunuh lu? itu satu benda yg serius... wa nasihat lu buat report polis. tp lu kena yakin la dgn polis... jgn tuduh polis mcm2 bro. orait? tapi mereka yg nk bunuh lu tu tau ke siapa lu sebenar? pihak menentang arus @ sama aliran?
andaikata pihak yang ugut tu baca komen gua ini. lu org jgn buat benda2 mcmni la. tak profesional
guna la lu org punya akal. mcmana nk bagi org lain sedar. jgn kita stopkan pemikiran org lain yg nakkan kebenaran. uishhh.. bahaya la teknologi skarang ni.... ok bro. chau. insya'allah, semoga lu selamat dr ancaman pihak yg lu kata tu... insya'allah. gua akan terus baca dan komen andai ada gua nak komen di blog lu ni..

888jackaroo berkata...

kapt_shiqaqi... aritu isnin lepas gua tertngk youtube. sekali gua tgk video debat rafizi & khairy jamaludin. citer pasal pemansuhan ptptn... sebelum ni gua mmg tak tau mereka ada berdebat sama2. tp idea rafizi sama la mcm lu punya pandangan. hapus ptptn, pelajar Xperlu bayar, boleh belanja, ekonomi naik... mmg sama la bro... gua respek sama lu.
tp masa tu gua senyum jer tgk video tu... nk tau kenapa?? lu mesti cedok prof rafizi ni punya idea kn?? kan gua dah ckp. jgn cedok mana2 prof punya idea. tak kira la prof kangkung @ bayam... ke guane? hahaha.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...