Translate

Mesti Baca

Rabu, 10 April 2013

Guru Dan Undi.

 

Guru merupakan kakitangan kerajaan yang teramai merangkumi hampir 70 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam. Kerana tulah setiap kali ada pemimpin kerajaan mahu pun parti yang mewakili kerajaan datang, gurulah yang menjadi mangsa kerahan. Mereka bukan sahaja dipaksa, malah kehadiran mereka akan direkodkan oleh pengetua masing-masing.

Apa yang gua tahu, kerjaya sebagai guru semakin membebankan kerana semua kerja terpaksa mereka lakukan. Kerja mereka bukan setakat mengajar malah merekalah tukang kebun, pentadbir, Pengawal keselamatan dan juga kerani sekolah. Ada kerani pun macam haprak, berlagak lebih daripada pegawai sedangkan mereka hanya kerani dan guru adalah pegawai mereka. Majoriti guru mengeluh dengan beban kerja yang terpaksa mereka lakukan dan ada kala tidak setimpal dengan gaji yang mereka perolehi.

Gua bukannya seorang guru tetapi gua cukup tahu akan beban kerja mereka, jika ada kerani yang amanah maka legalah sikit kerja mereka. Tetapi kebanyakan sekolah yang gua pergi, gua cukup meluat dengan perangai sesetengah kerani lagaknya mengalah pengarah. Diletakkan kerani di setiap sekolah adalah untuk meringankan kerja-kerja guru tetapi sebaliknya tanpa rasa malu mereka pula memerintah guru sedangkan guru-guru itu adalah boss mereka. Apatah lagi dengan kerani yang kaki mengampu pengetua, makin bertambah-tambahlah lemaknya.

Jika hendak di bandingkan pada era 70'an sehingga awal 80'an, gua lihat tiada guru yang mengalami stress kerana di setiap sekolah ada tukang kebun yang kerani pula memang betul-betul menjalankan amanah yang diberikan. Berbanding dengan sekarang ini, guru-guru terpaksa membawa urusan sekolah balik ke rumah kerana beban kerja yang betul-betul melampau. Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran mana tahu tentang beban yang dipikul oleh guru-guru kerana mereka hanya pandai mengarah ajer. Suruh buat itu buat ini, cuba turun padang ke akar umbi melihat sendiri apa yang guru alami.

Gua jumpa ramai pengetua yang mengejar kedudukan dan pangkat dengan menghiaskan sekolah masing-masing untuk mendapat tempat terbaik tetapi mereka langsung tidak bekerjasama dan mengerah tenaga guru sedangkan kerjaya guru adalah mengajar bukannya melakukan kerja-kerja yang mengarut ini. Disebabkan itulah kebanyakan kakitangan awam yang mengalami stress adalah dari kalangan guru. Ada pengetua, pengetua kaki buli, ada kerani langsung tak boleh pakai. Bukannya semua pengetua dan kerani mempunyai sikap sebegitu, tetapi jika diketogorikan yang bagus hanya minoriti sahaja. Jika pengetua itu adalah penyokong Umno, maka parahlah nasib guru-guru.


Maka pada PRU13 ini, warga pendidik usah takut untuk memangkah parti dalam Pakatan Rakyat kerana gua pernah berjumpa dengan seorang guru yang menyokong PAS tetapi semasa mengundi beliau memangkah dacing pasal dia takut pihak JPN akan tahu. Salah satu yang beliau takutkan kerana beliau kata ada nombor siri pada kertas undi, jadi JPN senang nak attack guru mana yang sokong BN dan yang mana sokong pembangkang. Jadi gua nasihatlah beliau tak payah takut ler kerana ia sekadar nombor siri sahaja dan JPN tak ada masa nak semak dan bila sampai masa diwartakan, kertas-kertas undi itu akan dilupuskan.

Lu jangan tanya gua tapi lu tanya guru sendiri tentang kenaikan gaji antara 7 hingga 13 peratus, seronok atau tidak dengan kenaikan itu kerana mengikut maklumat yang gua dapat, mereka kata naik macam tak naik pasal cukai pendapatan dinaikkan secara melampau. Ibarat dia beri melalui pintu depan, dia ambil balik melalui pintu belakang. Kita memang tak menafikan bila pendapatan dah meningkat maka cukai pendapatan pun naik jugalah. Itu memang kita boleh terima, masalahnya peratusan kenaikan cukai oleh LHDN terlalu tinggi dan tidak sepadan dengan kenaikan yang mereka dapat.

Jadi jalan terbaik bagi guru-guru ialah dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat, buang sikap takut itu kat pejabat Umno. Pakatan Rakyat dah berjanji akan memberi kepada guru-guru tambahan sebanyak RM 500 sebulan dan cukai pula akan dikaji semula agar ia tidak lagi membebankan para guru. Pakatan Rakyat cukup menghargai jasa yang dicurahkan oleh guru-guru kerana guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang menyuluhi kegelapan. Jangan takut pada ugutan daripada JPN yang menjadi pencacai kepada Umno kerana dengan izin Allah s.w.t. kita akan menguburkan Umno yang sudah diberi peluang memerintah selama 56 tahun.

Selama 56 tahun diberi mandat oleh rakyat marhaen, apa sebenarnya yang kita dapat. Adakah kita akan memberi 5 tahun lagi mandat selepas 56 tahun mereka melanun negara sendiri sehinggakan paras hutang negara sudah melepasi tahap. Pemimpin Umno akan jaja tentang pembangunan, subsidi, pendidikan, hospital dan bermacam-macam lagi yang mereka lakukan. Sedangkan semua itu sudah menjadi kewajipan kepada kerajaan yang memerintah. Apa mereka ingat duit yang digunakan untuk membangunkan negara adalah milik mak bapak dia orang ker.

Perangai Umno nih kalau melibatkan wang, kawan akan menjadi musuh, jangan kata nak beri kepada rakyat, duit rakyat pun mereka pau sampai kering. 56 tahun Umno memerintah Singapura dan Pulau Batu Putih terlepas dari gengangan, tanah rizab Melayu dari 3 juta hektar yang tinggal 1.4 juta. Pulau, gunung, tanah rizab semuanya dijual kepada kroni-kroni mereka yang mana sebahagian masuk ke tabung parti dan sebahagian besarnya masuk ke poket para pemimpin tinggi Umno/BN. Apa lagi yang tinggal untuk bangsa Melayu sejak Umno/Melayu memerintah selama 56 tahun, hanya 'Baju Melayu', 'Kereta Api Tanah Melayu' sahaja yang tinggal. Bahasa Melayu pun nak dikuburkan oleh Umno dengan menukar ke 'Bahasa Malaysia'.

Jadi..... Ini kalilah/GANR

7 ulasan:

Rod berkata...

Lu betol bro.....Wa punya kerani malah Pembantu Am Rendah (PAR) menga1ahkan JUSA. Anak anak main dalam opis, makan nasi bungkus balut suratkhabar dalam opis. Pengetua yang sudah tua yang di extand hayat kerjanya buat tak tau aje sebab PAR tadi kasi ampu sama dia. Tapi...cikgu yang DG 48,44 dan 41 ni pon BODO.Tak berani nak tegur. Terlalu baik sehingga suruh kutip sampah. pasang banner angkat pasu pon..dia buat. BODO. PAR gelak sambil cekak pinggang. BOLO punya olang.

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Sebenarnya gua cukup kesian kat guru-guru kerana ramai kenalan gua yang kerjaya mereka adalah guru. Mereka mengadu kat gua tentang beban kerja mereka dan gua pun ada juga buat urusan dengan sekolah-sekolah. Ada pengetua yang baik dan ada pengetua yang sombong nak mampus. Gua tengok kerani-kerani berlagak sedangkan tahap mereka hanya PAR macam lu kata ler tapi tak nak kalah dengan guru walau pun guru itu adalah pegawai mereka. Tahap gaji mereka berapa sangat jika hendak dibandingkan dengan guru yang bertaraf DG41, DG44, DG48- DG54 dan Jusa. Last gua malas nak berurusan dengan pihak sekolah pasal ada pengetua yang minta imbuhan untuk sesuatu projek, jika tak bagi maka bayarannya akan memakan masa ler jawabnya.

Tanpa Nama berkata...

Aku guru. Pilihan aku Pakatan Rakyat. Aku dan seluruh keluarga aku akan mengundi PAS dalam PRU-13 ni. Betul bro, kami para guru diperhambakan oleh Kem Pelajaran yang banyak kerja tidak berfaedah untuk murid. Kami amat kesian akan anak-anak murid yang dahagakan ilmu untuk berjaya. Namun dasar-dasar KPM membataskan kerja guru untuk mendidik murid kerana menggalas kerja-kerja bodoh yang membebankan. Hidup Pakatan Rakyat. Guru-guru bersama PR.

Tanpa Nama berkata...

Aku juga guru.Aku pangkah PAS sejak mula mengundi.Nak takut apa.Rakyat yang menentukan kerajaan.Gunakan hak kita sebagai pengundi.Tumbangkan pemerintah yang zalim dalam PRU 13 ni.Tapi.........kalau nak rasa hidup susah lagi........pangkahlah BN (Barang Naik )

SOS CILI KAK CIK berkata...

Kerajaan pernah umumkan cuti sabtu dan ahad..apakah benar benar wujud..

888jackaroo berkata...

tlg terangkn kezaliman yg disebutkan secara terpeinci? bg paham skit... rasa2nya kalu pangkah PR boleh ke hidup saya senang? anda cikgu, kerja dgn kerajaan. tak nampak org yg kerja swasta ni. bnyk company2 dimiliki oleh org bkn melayu yg melayu kerja dalamnya sekarang ini tertindas. org2 mereka kerja tak seberapa, gaji lagi lebih dr kita. bayangkn jika PR memerintah. buatnya dia tukar polisi, tak perlu ada bumiputera dlm company2 dia, mcmana? mana saya nk kerja? kelulusan da la tak seberapa...

888jackaroo berkata...

cadangan saya adalah, berhenti adalah jln terbaik.. bukak kelas tuisyen. jika tak ikhlas, merungut2 ni pun Xguna jugak. tak berapa nk berkat gaji tu... kata org la.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...