Translate

Mesti Baca

Ahad, 7 April 2013

Cicak Dan Rosmah.


Kenapa gua gunakan tajuk 'Cicak dan Rosmah', kenapa tidak 'Cincin belian dan Rosmah' atau 'Gelang Permata dan Rosmah' atau 'Beg berjenama dan Rosmah' kerana jika diikutkan banyak lagi isu yang berkait rapat dengan Rosmah Mansor, isteri kepada Najib mantan Perdana Menteri Malaysia. Gua sebenarnya tidak memusuhinya walau pun gua tahu apa yang beliau lakukan semasa beliau masih lagi bergelar isteri orang. Sebelum beliau berkahwin dengan anak Tun Abdul Razak Hussein bekas Perdana Menteri Malaysia ke 2, yang mengikut khabar-khabar angin ia melibatkan wang yang banyak untuk tebus talak.

Apa yang gua marahkan kerana beliau yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan dan beliau hanyalah isteri kepada mantan Perdana Menteri atau lebih tepat sebagai suri rumah sepenuh masa untuk suaminya telah menyalah gunakan kedudukannya dengan mengelarkan dirinya sebagai 'First Lady Of Malaysia (FLOM). Sedangkan gelaran itu secara mutlak adalah dimiliki isteri ketua negara iaitu Raja Permaisuri Agong

Bukan sekadar merampas gelaran, malah beliau menyalah guna kedudukannya sebagai isteri mantan PM dengan menubuhkan satu seksyen 'FLOM' di Putrajaya yang terletaknya pejabat Perdana Menteri. Didalam pejabatnya yang tertera tulisan FLOM, beliau mempunyai pengarah, setiausaha, pegawai tadbir urus, kerana sebagaimana terdapat didalam kementerian-kementerian yang berada di Putrajaya. Begitu hebatnya kuasa yang dimiliki oleh manusia yang bernama Rosmah Mansor.

Jika kita melihat kepada susunan keutamaan persekutuan, YDP Agong menduduki tempat pertama dan diikuti Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri ke 6, TPM ke 7, Speaker Dewan Negara ke 12, Speaker Dewan Rakyat ke 13, Peguam Negara ke 18, Ketua Pembangkang ke 28 mengatasi Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang menduduki tangga ke 29. Di mana pula kedudukan Rosmah Mansor dalam senarai ini, jawapan tiada langsung tetapi kuasa beliau mengalah kuasa yang dimiliki Najib yang berstatus PM Malaysia (mantan).

Kenapa beliau begitu berkuasa dan pihak berwajib bukan tak tahu skandal-skandal beliau yang terlalu banyak tetapi mereka tetap takut untuk mengheret Rosmah Mansor untuk siasatan. Jalan terbaik untuk rakyat Malaysia mengetahui semua skandal beliau dan para pemimpin tertinggi Umno/BN ialah dengan memberi undi anda kepada Pakatan Rakyat. Dengan cara itu sahajalah kita dapat mengetahui salah laku, salah guna, rasuah mahu pun pembunuhan jika ada. Kita akan disajikan sikap dan sifat sebenar Imelda Rosmah Mansor.

Cara pegawai penyiasat untuk mendapat bukti dari Rosmah Mansor memang cukup mudah, letak beliau didalam bilik siasatan yang penuh dengan cicak. Pasti semua jenayah dan apa sahaja kesalahan beliau akan terbongkar kerana Rosmah Mansor memang takut kat cicak. Bukan gua mereka-reka cerita tetapi Rosmah Mansor sendiri mengakui yang beliau cukup takut pada cicak. Dalam duk tulis-tulis ni, kita ambil sedikit pedoman tentang cicak mengikut Islam kerana ianya terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Maka marilah kita renung sejenak berkaitan dengan cicak dan gua pun bukannya ahli agama macam Dolloh Saamah, Fahtul Bari, Mat Nor, Masitah atau yang sewaktu dengannya yang diakui pakar agama tersohor Umno.

Hadith Nabi S.A.W:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan baginya seratus kebajikan, jika dua pukulan baginya tidak sebagaimana yang pertama dan jika tiga pukulan tiada baginya sebagaimana dua pukulan.
(HR Muslim) 
Dari Ummu Syarik radhiallahu ‘anha; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk membunuh cicak. Beliau menyatakan, “Dahulu, cicak yang meniup dan memperbesar api yang membakar Ibrahim.”
(HR. Muttafaq ‘alaih).

Dari Sa’ad, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk membunuh cicak, dan beliau menyebut (cicak) sebagai haiwan fasiq (pengganggu).
(HR Muslim)

Membunuh cicak sunat hukumnya. Ia adalah sunnah Nabi. Kepada yang tidak peka terhadap sunnah nabi, ada yang mempersoalkan perkara ini. Antara katanya mengapa kita harus membunuh cicak sedangkan ia ada gunanya untuk kita terutama dalam memakan serangga seperti nyamuk dan sebagainya.

Namun setiap kata Nabi adalah dari Allah. Setiap perintah Allah pasti ada hikmahnya samada yang nampak di mata dan fikiran kita mahupun yang tersembunyi dan tidak mampu terfikir dek aqal fikiran kita.

Antara hikmah membunuh cicak yang mampu terfikir oleh kita:

Cicak ini binatang yang mengganggu. Lihat sahaja tabiat buruk membuang najisnya. Ia akan berak dan kencing di merata tempat di rumah kita, malah di masjid juga. Tabiat buruk ini amat mengganggu kita terutamanya dalam beribadat kerana najisnya akan menyebabkan ibadah kita seperti solat tidak sah.

Cicak ini haiwan yang jelek perilakunya. Mengikut kisahnya semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud, semua binatang lain berusaha memadamkan api. Tapi tidak dengan binatang cicak ini. Ia meniup lagi api sehingga api menjadi semakin besar. Akhlak yang buruk ini dikeji oleh Allah.

Allah memberikan bermacam-macam cara untuk kita mendapat pahala sehinggakan membunuh cicak juga diganjariNya.

Untuk kita berfikir bahawa Allah lah yang maha mengetahui kebaikan di sebalik suruhan itu.

Jadi, sebagai umat Islam yang patuh pada ajaran Allah dan umat Muhammad yang sayangkan Nabinya usahlah dipertikaikan suruhan bunuh cicak ini. Kita buat kita dapat pahala. Jadi apa nak di persoalkan lagi?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku tak dpt bayangkan camna Rosmah disoalsiasat oleh polis. Mesti dia ckp camni.. Ah.. Maklumlah..tuan2 tengok muka saya ni ada ke macam penjahat? Agak2 dia pakai rambut palsu kembang cam biasa dia pakai tu semasa disoal siasat polis diBukit Aman.. tak sabo aku..

888jackaroo berkata...

suami dia kalu Xjd PM pun dah kaya dah... harta bapak dia pun tak habis mkn agaknya. jd, apa la masalahnya dia nk beli brg juta2 tu. duit dia ada... jgnlh kerana kita dilahirkan tak berapa nk kaya, kita menahan org lain yang berada supaya ikut macam kita ni... mkn nasi dgn ikan bilis je hari2. p/s: org yang gaji rm 2000 sebulan pun ada yg mampu beli beg mahal2... ni semua nafsu. janji ada wang.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...