Translate

Mesti Baca

Ahad, 21 April 2013

Calon Dan Amanah.


Ada yang berebut untuk menjadi calon, untuk apa semua ini sehinggakan ada yang terasa hati apabila nama mereka tidak dicalonkan sehingga sanggup meninggalkan parti dan bertanding sebagai calon bebas. Adakah kita sudah menjadi hamba dunia demi mencapai kemewahan dunia yang fana ini. 

Sedarlah wahai saudaraku akan amanah yang bakal kamu pikul untuk dikumpulkan dan diadili di Padang Mahsyar nanti. Jika kamu tahu betapa beratnya amanah itu, kamu pasti akan menolaknya walau pun kamu diberi setimbun wang dan harta. 

Berbahagialah orang yang berjaya dengan amanah yang diberikan dan celakalah kepada sesiapa yang mempermain-mainkan amanah itu. Sesungguhnya amanah itu berat wahai saudaraku sehingga kamu tidak mampu memikulnya.

Apabila pemikiran duniawi melebihi akhirat, mereka merasakan politik itu satu permainan di dunia tanpa mereka sedari ialah amanah agama yang mereka perlu bawa ke alam kubur. Walau hebat mana ilmu yang ada, ia tidak sedikit pun dapat membantu mereka mengadap Raja segala Hakim Yang Maha Adil. Mulut-mulut mereka bukan lagi sebagai penolong mereka untuk berhujah.

Sejarah Islam telah memperlihatkan bagaimana Iman-Iman Besar umat Islam menolak jawatan yang diamanahkan kepada mereka oleh para Khalifah. Mereka sanggup di seksa, dipukul, dipenjara dan ada yang dibunuh kerana mereka sedar bahawa amanah itu terlalu berat untuk mereka pikul.

Kita pula berebut-rebut ingin memegang amanah tanpa kita mengetahui akan kesannya di akhirat nanti. Demi Allah, Tuhan Sekalian Alam aku berlindung dengan namaMu agar aku tidak diberi amanah untuk dipikul. Biarlah aku bekerja dengan kudrat yangku miliki demi menegakkan agama dan perintahMu..... Amiiiiin.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...