Translate

Mesti Baca

Jumaat, 12 April 2013

Apabila Si Katak Perasan Pengaruh Cukup Besar Dan Boleh Mengalahkan Calon PKR Dan BN.


Patut ler tempat gua dua tiga hari nih asyik hujan jer, rupa-rupanya ada seekor katak dari Behrang perasan pengaruh beliau masih hebat mengalah calon PKR dan BN walaupun beliau akan bertanding sebagai calon bebas. Katak yang bernama Jamaluddin Mohd Radzi akan bertanding sebagai calon bebas untuk mempertahankan kerusi Dun yang dimenangi atas tiket PKR pada PRU 12 yang lepas.

Betul ker yang beliau cukup yakin dapat menambat kembali hati pengundi yang memenangkan beliau atas tiket PKR. Beliau dengan sedikit angkuh berkata, "Sekiranya (bertanding) antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), BN (Barisan Nasional) dan saya sebagai calon Bebas, saya yakin saya akan menang tetapi ia satu pertarungan sengit."

Dalam pada itu beliau masih mempunyai niat agar BN dapat memberi beliau laluan kononnya, "Sekiranya saya guna lambang BN untuk lawan calon PKR, saya akan menang dengan majoriti lebih 5,000 dan mungkin jumlah itu adalah yang tertinggi di Perak," katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli borang pencalonan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Perak di Ipoh hari ini. 

Bila ditanya sama ada beliau berminat untuk bertanding atas tiket BN, beliau berkata "Kalau kita nak bertunang pun kena ada orang masuk meminang, mana boleh kita menawarkan diri. Sekiranya ada pihak yang memberi tawaran saya akan fikirkan. Selama hari ini pun saya bekerja untuk BN dan Perak pun adalah di bawah BN, tidak mustahil saya penyokong kuat BN."

Hebat betul si katak yang sedar diri nih, dia ingat dengan jasanya yang berjaya menumbangkan kerajaan Perak yang sah, Umno pasti akan membalas budinya. Mesti Najib kata haramjadah punya ex-Adun nih apa dia ingat aku tak bayar ker, tiap bulan aku bagi RM100,000. Itu pun nasib baik aku bayar ansur-ansur, aku aku bayar penuh pasti dia akan melompat balik ke PR.

Pada Februari 2009, Jamaluddin bersama tiga lagi Adun PR bertukar menjadi katak dengan mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN, sekali gus memberi laluan kepada BN membentuk kerajaan di Perak. Sehinggakan Adun Jelapang dan keluarganya terpaksa berpindah kerana tidak tahan disebabkan tempat tinggalnya menjadi tempat pembuangan sayur dan sampah oleh masyarakat Cina yang marah kerana berpaling tadah. 

Dikatakan yang beliau mendapat bayaran penuh 3-5 juta dari tauke Berjaya Group berbanding dengan Jamaluddin dan Jailu yang dibayar secara ansur-ansur oleh Najib and the geng. Betapa besarnya cita-cita si katak Behrang minta Najib calonkan semula beliau dengan janji beliau akan menang dengan majoriti 5000. Gua rasa pemimpin Umno Behrang cukup berbulu dengan katak yang tak sedar diri nih. Samalah dengan tok guru katak dari Pasir Mas dan Zulkulim yang merasakan mereka cukup berpengaruh dalam arena politik di Malaysia dan Najib mesti calonkan katak-katak ini jika BN masih ingin berkuasa dengan mandat 5 tahun lagi.

Gua cukup tergelak sampai terguling-tergolek bila mengetahui cita-cita besar mereka nih. Gua ingat mereka hanya sebagai penceramah kepada kerusi-kerusi memandang jasa-jasa mereka kepada BN sehingga mendapat habuan wang dan pangkat, rupa-rupanya tengah melobi diri sendiri kat Najib agar mereka menjadi calon. Buduh punya katak...... kwek... kwek.... kwek,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak sembang sape pun boleh...tgu keputusan lps mengundi..masa tu katak2 akan tahu betapa tgginya langit dan rendahnya bumi..

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...