Translate

Mesti Baca

Khamis, 21 Mac 2013

Semakin Hari Semakin Terserlah Penipuan Rosmah.

Baru tahu rupa-rupanya cincin itu berada di Malaysia selama satu tahun tetapi benarkah yang cincin itu sudah tiada di dalam negara. Semakin hari semakin terang dan jelas penipuan yang dilakukan oleh Rosmah kerana beliau sendiri mengatakan yang cincin itu dibawa masuk untuk dipamerkan kepada VVIP dan hanya beberapa minggu sahaja berada di Malaysia sebelum ianya dibawa keluar ke Singapura. Apakah lu all sudah lupa akan cerita tentang cincin keramat ini yang mana hikayatnya berbelit- belit kerana sang pengarangnya ialah Rosmah Mansor.

Jauhnya sungguh bakal besan Rosmah datang untuk menatap cincin semahal itu dan bergilir-gilirlah Rosmah dengan bakal besannya mengadap cincin belian yang antara termahal di dunia. Apa ni Rosmah, sekejap lu kata cincin itu pameran untuk VVIP sahaja, sekejap keluar berita yang cincin itu milik bakal besan lu bila lu cuba  menyelamatkan diri dari tuduhan yang cincin itu milik lu. Sekejap lu kata kata lu menabung dari kecil untuk membeli cincin itu, gua pun naik gila. 

Sekarang nih lu duk jaja cerita tentang perhiasan mewah yang lu duk pakai hari-hari kononnya adalah hadiah daripada individu yang lu tak mahu sebut namanya demi menjaga hati individu tersebut. Betul ker wujud individu yang lu katakan itu atau lu memang cuba menipu orang ramai untuk menutup sikap boros lu. Gua tahu dan ramai tahu akan sikap lu tentang perhiasan mahal yang lu miliki bukan sumbangan dari individu yang lu sebutkan itu tetapi memang lu sendiri yang beli dar hasil komisen-komisen yang lu dapat dari syarikat yang mendapat projek kerajaan.

Jika nak bandingkan komisen kapal selam yang lu dapat, jangan kata satu malah lu boleh beli 20 bentuk cincin belian yang bernilai 24 juta itu. Lu kena ingatlah yang lu tu bukan isteri orang kampung yang tidak dikenali tetapi lu adalah isteri Perdana Menteri Malaysia dan siap dengan gelaran 'First Lady Of Malaysia'. Maka marilah kita mengambil kata-kata Sifu Mahathir, 'lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali', akhirnya kita berjumpa dengan syaitan yang dikenali berkeliaran merompak, menyamun, membunuh, menipu dan segala-galanya. Gua ada kutip cerita tentang lu di Malaysiakini, so mailah kita pakat-pakat baca........

Rosmah: Tak manis tolak hadiah mahal

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan bahawa beliau kelihatan mewah kerana memakai perhiasan yang dihadiahkan oleh para tetamunya, demi menjaga hati individu berkenaan.

Katanya, tidak manis sekiranya pemberian mahal ditolak, dan ia menjadi pembaziran sekiranya barang kemas tersebut, termasuk cincin, jam dan perhiasan diri itu disimpan dalam peti besi.

"Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan berasa kecil hati," katanya.

Rosmah dalam buku biografinya terbitan Yayasan Amanah Perdana itu juga mendakwa tidak mahu bermegah-megah dengan pemberian tersebut.

"Takkanlah saya mahu menghebohkan kepada semua orang bahawa orang itu beri saya jam, orang itu beri saya beg tangan dan sebagainya. Itu sudah riak namanya, seperti mahu menunjuk-nunjuk," katanya.

Jelasnya, sebagai isteri perdana menteri mahu kelihatan kemas dan terhias apabila mengenakan perhiasan berkenaan, yang turut melibatkan barangan yang dibelinya sendiri.

"Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana apabila saya selekeh akhirnya saya dikritik," tambahnya yang bimbang akan diejek apabila masyarakat melihat penampilannya seperti itu.

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata cincin kontroversi berharga RM24 juta yang dibawa masuk ke negara ini pada April 2011 untuk dilihat bakal bisannya Maira Nazarbayev, dikembalikan kepada syarikat penjual barang kemas itu setahun kemudian.

Katanya, cincin itu sampai ke Malaysia pada 16 April 2011 dengan satu penerbangan dari New York, dan dikembalikan semula ke ibu pejabat syarikat tersebut pada 13 Mei 2012.

"Kisah saya membeli cincin berlian berharga RM24 juta itu adalah tidak benar sama sekali. Ia adalah fitnah.

"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya," katanya dalam tulisan berbentuk soal jawab dalam buku biografinya yang dilancarkan hari ini.

Buku biografi Rosmah berharga RM150 terbitan Yayasan Amanah Perdana itu ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa buku Rosmah ni perlu dilancar dua kali? Sebab Baucer Buku 1 Malaysia... nak promosi buku tak laku pada student... yelah nilai baucerkan RM250.

Tanpa Nama berkata...

dia ingat melayu mudah lupa sptmana kata madey.. melayu ameno ya mudah lupa sbb bodo mcm lembu...

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...