Translate

Andainya Gua Mampu ......

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan Yang Maha Esa Lagi Maha Perkasa. Bantulah saudara-saudara kami dibumi Palestin dan diseluruh dunia. Hancurlah Israel dan sekutu-sekutunya sebagaimana Engkau menghancurkan tentera Abraham dengan Burung Ababiil. Berilah kemenangan kepada hamba-hambaMu yang berjihad dijalanMu tanpa merasa gentar kerana janji keSyahidan sedang menanti mereka. Lahanat buat mereka yang berfatwa bahawa tiada Jihad dibumi Palestin



Mesti Lihat

Khamis, 14 Mac 2013

Perkara Penting Bagi Para Pengundi Pada PRU13.


Pilihan Raya Umum

Apa akan berlaku.....
  1. Kakitangan awam akan dipantau oleh SB-SB.
  2. Risalah propaganda akan diletakkan pada setiap rumah.
  3. Risalah yang berbaur fitnah akan di taburkan serata tempat.
  4. Khatib-khatib akan disediakan teks untuk khutbah Jumaat yang disediakan terus dari Jakim.
  5. Calon-calon akan menunjukkan muka mereka setelah 5 tahun menghilangkan diri.
  6. Calon akan berseloka dengan anda seperti anda dengan beliau bersaudara.
  7. Janji........ Itu adalah perkara paling wajib untuk anda, tetapi ia hanya kosong semata-mata.
  8. Segala permintaan anda sebelum ini, akan disalahkan pada pekerjanya kerana tak sampai kat tangan beliau.
  9. Calon akan tidur di atas tikar getah sahaja walau pun diberi tilam.
  10. Sanggup makan nasi bungkus bersama-sama anda walau pun sebenarnya tengkuk beliau rasa nak termuntah.
  11. Kelemahan orang Melayu apabila si calon menepuk belakang bahu dengan menyelit RM50 ke poket, dengan serta merta maki hamun terhadap calon itu akan hilang serta merta.
  12. Calon tidak lokek untuk bergambar dengan anda walau pun beliau cukup menyampah kat anda.
  13. Anda akan dipanggil dengan nama yang hanya saudara mara dan kawan terdekat sahaja memanggilnya untuk menunjukkan kepada anda yang beliau memang mengenali anda walau pun beliau memang tidak mengenali anda langsung pun.
  14. Jika tandas anda baru siap dibina, panggil ajer calon tolong rasmikan, pasti ia tidak akan menolak walau pun beliau cukup menyampah.
  15. Calon Islam akan sentiasa berjemaah di seluruh surau/masjid yang ada di kawasannya.
  16. Inilah peluang anda untuk mendapat wang lebih kerana peruntukkan memang dah ada dan pastikan anda kaut sebanyak yang boleh.
  17. Anda jangan marah kat calon yang mempunyai title menteri kerana mereka sentiasa sibuk, sebagaimana saya sendiri tidak pernah berjumpa dengan MP kawasan saya walau pun dah 4 kali pilihan raya berlalu. Itu pun tunjuk dalam TV sahaja apatah lagi beliau memegang jawatan Menteri.

Apa perkara yang patut anda lakukan....
  1. Lihat jadual di bilik-bilik gerakan Umno/BN akan jadual lawatan calon-calon.
  2. Jika bermotosikal atau berkereta, pastikan minyak ditakuk merah.
  3. Elak memasak untuk keluarga anda kerana anda hanya perlu kebilik gerakan mereka untuk mengambil nasi bungkus yang telah disediakan. Jika lauknya tak sedap jangan malu-malu terus komplen.
  4. Pastikan segala permasalahan anda di selesaikan sebelum pilihan raya selesai, jika tidak anda sendiri fikirlah.
  5. Semak nama anda dan tempat mengundi dengan betul.
  6. Jangan sesekali beri I/C anda kepada para petugas.
  7. Selidik dahulu berita yang anda terima.
  8. Berkawan baik dengan petugas bahagian kewangan kerana ia pasti menguntungkan anda.
  9. Seperti biasa musim pilihan raya adalah musim anda akan mendapat durian runtuh.
  10. Pastikan fulus dan fulus dan fulus dan fulus terus ke poket anda kerana anda cukup penting bagi mereka.
  11. Walau sebanyak mana pun fulus anda terima, pastikan untuk anda untuk Pakatan Rakyat.
  12. Bawalah handphone buruk atau yang dah rosak sambil menunjuk-nunjuk kat calon akan kesusahan anda kerana masalah hp yang selalu meragam, jika nasib anda baik mungkin boleh dapat hp baru.
Setakat inilah dulu tip-tip yang gua sarankan lu, jika ada masa gua akan bagi tip-tip yang kaw-kaw kerana duit itu bukan bakal calon punya. Semua dana yang dimiliki oleh Umno/BN datangnya dari badan-badan dan ahli-ahli keparat yang akan mendapat balik pelaburan mereka dengan projek-projek besar selepas pilihan raya. Tapi sekarang nih gua sendiri pun tak tahu Umno/BN ada cukup dana atau tidak kerana ramai penyumbang merasa gelisah disebabkan mereka yakin yang Umno/BN akan tewas. Jika Umno/BN tewas maka mereka tidak akan mendapat balik pulangan yang mereka laburkan itu.

Ada khabar-khabar angin bertiup kencang di kalangan peringkat tertinggi yang mereka sedang membawa  aset-aset mereka keluar negara. Mereka cukup sedar jika BN kalah, kemungkinan aset-aset mereka akan dibekukan untuk siasatan. Kerana itulah Pakatan Rakyat akan memperkasakan SPRM dan menubuh segera Mahkamah Rasuah disebabkan semua rakyat Malaysia dan dunia luar tahu yang rasuah dan Umno/BN ibarat 'Isi Dengan Kuku'. Gua pun tak pasti cukupkah sel-sel dipenjara untuk menyumbat para perasuah politik, pembunuhan politik dan penyalah guna kuasa yang masih bebas berkeliaran di dalam negara.

Memang betul apa yang dikata oleh Medey yang Pakatan Rakyat akan menutup dan mengetatkan lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan negara dari dibolosi oleh pemimpin-pemimpin yang korup. Tidak ketinggalan si Medey dan anak-anaknya yang menjadi kaya raya selepas 22 tahun Medey memerintah secara kuku besi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahaha. Idea yang sgt bijak. Patut diamalkan para pengundi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Paling Popular