Translate

Mesti Baca

Selasa, 5 Mac 2013

Kedutaan Malaysia Tutup Ekoran Bantahan Warga Filipina.


Rakyat Filipina yang berang berkumpul di hadapan kedutaan Malaysia sejam selepas serangan oleh pasukan tentera negara awal pagi tadi ke atas rakan mereka yang menceroboh ke Sabah.

Kedutaan negara di Manila ditutup jam 7 pagi tadi, sebaik sahaja serangan ke atas penceroboh warga Filipina yang mendakwa diri mereka sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu, lapor menerusi saluran berita ABS-CBN di laman rasmi mereka.

Laman tersebut melaporkan kira-kira 100 rakyat Filipina — penganut Katolik dan Islam — berkumpul bagi menyatakan bantahan ekoran serangan ke atas penceroboh Sulu dan menyatakan sokongan kepada Kesultanan Sulu terhadap tuntutan ke atas Sabah, manakala kira-kira 50 anggota polis memantau keadaan.
Kumpulan tersebut dilapor membakar gambar besar Presiden Filipina Benigno Aquino III dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang berjabat tangan, lapor oleh  Radio DZMM dalam laman ABS-CBNnews.com yang turut memaparkan klip video pendek di dalam laman mereka.

Saluran radio tersebut berkata bantahan tersebut berpunca dari ketidakpuashatian ke atas kerajaan Filipina kerana tidak mengambil pendirian dalam membuat tuntutan keatas Sabah.

Bantahan jalanan tersebut berakhir selepas sejam setengah.

Dalam perkembangan terkini, pasukan keselamatan Malaysia yang terdiri daripada unit tentera udara, tentera darat dan pasukan polis telah melancarkan operasi serangan ke atas tempat pesembunyian penceroboh dan ia disahkan oleh Najib sendiri dalam ucapannya ketika perhimpunan Ulama, Umara dan Asnaf hari ini.

The Star Online melaporkan bahawa peperangan bermula antara militan bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan awal pagi ini. Tembakan telah didengar dan jet pejuang telah dilihat mengelilingi sekitar ladang Felda Sahabat. Letupan didengar selama 40 minit di Kampung Tanduo, lapor akhbar tersebut.

Sekumpulan 200 lelaki bersenjata, yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu, telah menceroboh pada 9 Februari lalu bagi menuntut Sabah.
MInsider
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata semalam tujuh lagi batalion telah dihantar ke Sabah sejak Sabtu, dengan lima di Lahad Datu dan masing-masing satu di Sandakan dan Tawau.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...