Translate

Mesti Baca

Ahad, 17 Mac 2013

Jerat Mengena: Najib Dikhianati Oleh Orang Yang Berada Disekelilingnya.


Najib bukan seorang yang hebat dalam berpolitik walaupun beliau seorang pemidato yang bagus dan bahasa Inggerisnya cukup baik jika di bandingkan dengan pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Jika mengikut pemerhatian gua tentang ilmu gerak badan, beliau bukan seorang pemimpin yang tegas dan beliau boleh diketogerikan sebagai seorang yang dikawal dan bukannya seorang yang mengawal. Beliau boleh dikatakan sebagai boneka kepada Mahathir, seorang yang menganggap dirinya masih berkuasa walau pun beliau hanyalah ahli biasa dalam parti Umno Baru.

Kejatuhan pemerintah Barisan Nasional yang diterajui oleh Najib sudah nampak pada tanda-tandanya. Najib dilihat sebagai pemimpin yang cukup lemah sehinggakan wang rakyat terpaksa digunakan untuk membayar kepada syarikat perunding APCO untuk menaikkan imej beliau yang teruk tercalar kerana beliau bukannya seorang ahli politik sejati seperti bapanya. Beliau adalah ahli parlimen paling muda yang mana sokongan itu disebabkan karisma bapanya dan PAS ketika itu berada dalam Perikatan. Ayat paling mudah ialah beliau adalah bidang terjun selepas kematian bapa, Tun Abdul Razak.

Dilantik sebagai Menteri Besar Pahang yang paling muda dalam sejarah dan dari sini timbullah manusia yang bernama Rosmah Mansor. Rosmah Mansor berjaya mencairkan hati Najib sehinggakan beliau menceraikan isteri pertamanya yang berasal dari kerabat diraja Terengganu. Ada khabar-khabar angin mengata yang Najib telah dibomohkan oleh Rosmah yang gila kepada kemewahan dan pangkat. Sudahlah sang isteri diceraikan dek kerana Rosmah Mansor, tidak cukup dengan itu beliau dituduh hilang akal/gila untuk mengesahkan yang perceraian Najib itu adalah betul kerana pemimpin besar takkanlah beristerikan orang hilang akal. 

Jarum Rosmah Mansor benar-benar mengena sedangkan ketika itu beliau masih bergelar isteri orang. Dikatakan yang Najib membayar satu jumlah yang cukup besar agar sang suami menceraikan isterinya Rosmah Mansor. Orang boleh menipu tetapi sejarah tidak akan menipu melainkan ia memakan masa sikit untuk mendengar kebenarannya. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal apabila sang isteri yang suka berboros memegang kunci peti besi sang suami maka beraya sakanlah beliau.

Selepas Najib beristerikan Rosmah, perjalanan politik Najib boleh dikata diolah oleh Rosmah sendiri kerana Najib memang seorang yang lemah. Rosmah sanggup ke Hong Kong membeli berutas-utas jam tangan berjenama yang bernilai ratusan ringgit semata-mata untuk menyogok pemimpin-pemimpin tertinggi Umno agar nama Najib mesti didahulukan untuk jawatan yang Najib tandingi. Apa yang Rosmah inginkan memang berjaya walaupun jika mengikut percaturan politik, beliau belum lagi layak untuk memimpin. 

Adakah Najib yang menjadi Perdana Menteri ke 6 betul-betul dari mandat rakyat?. Umum mengetahui mandat yang Najib pegang adalah mandat daripada Pak Lah walau pun beliau dikatakan lemah tetapi beliau lebih bermaruah daripada Najib, malah Mahathir sekali pun. Kerana itulah Najib bermain teka teki untuk pembubaran parlimen. Beliau tahu pada pilihan raya umum kali ini adalah yang terakhir untuk Umno memerintah. Adakah lu ingat Najib mendapat kajian-kajian ini dari orang yang berada disekelilingnya, jawabnya tidak. Setiap pemerintah kuku besi di dunia akan mendapat risikan daripada pihak polis dan tentera kerana risikan dari dua agensi ini boleh dikatakan cukup tepat.

Sekarang ini semua arahan mesti datang dari Mahathir walau pun beliau hanya ahli biasa. Najib benar-benar telah dijerat oleh orang-orang yang berada disekelilingnya siang dan malam. Sebagai contoh mudah, banyak program-program beliau di sabotaj oleh kakitangan beliau sendiri. Baik dari segi berpakaian dalam satu-satu acara mestilah bersesuai dengan programnya. Jika acara berbasikal tak kan Najib pakai baju Melayu, mestilah beliau bertreksut baru betul. Kerajaan bayar gaji beribu-ribu sebulan kepada pegawai perunding imej untuk PM, tapi kerja macam bangsat. Lu kena ingat sikit Najib, orang yang ada di sekeliling lu yang tahu segala pergerakan lu akan tikam lu dari belakang. 

Gua memang anti Umno/BN tetapi gua tetap hormat lu sebagai PM gua dan gua sendiri kasihan kat lu dengan apa yang telah orang-orang yang lu percayai lakukan kat lu. Lu kena ingat yang mereka itu sekarang ini menerima arahan langsung dari Mahathir untuk mengkambing hitamkan lu. Teknik yang Mahathir cukup suka lakukan pada musuh-musuhnya. Lu sendiri tengok dengan fitnah-fitnah yang melampau terhadap pembangkang dan pemimpinnya, adakah lu yang arahkan. Semuanya untuk meletakkan lu di kandang orang salah, jika lu memang dianaiya gua tetap akan tolong lu walau pun parti lu adalah musuh gua kerana gua bukan seperti cybertroop yang mengharapkan imbuhan untuk melakukan perkara-perkara fitnah.

Lu all jangan bermain di fikiran lu tentang benarkah BN akan kalah pada PRU13 kali nih, jawabnya memang betul BN akan bungkus. Sebab itulah pertama kali dalam sejarah negara, pemerintah cukup takut untuk membubarkan parlimen. Lu tengok dulu-dulu dengan sekarang, Umno/BN cukup seronok untuk mengadakan pilihan raya umum mahu pun pilihan raya kecil. Gua tak mau main teka teki kerana apa yang ada dalam fikiran gua, sudah berada banyak aset-aset pemimpin-pemimpin Umno/BN telah dibawa keluar dari negara. Kenapa sempadan negara begitu longgar kawalannya sehinggakan pengganas-pengganas dari kesultanan Sulu berjaya melepasinya dengan begitu mudah sekali. Bagi gua inilah antara klu-klu yang sedang berlaku di negara sekarang ini.


Siapa sebenarnya Mahathir

Kerana perwatakan yang ada pada Najib membuatkan Mahathir cukup selesa untuk menaikkan karier politik anaknya, Mukhriz. Walaupun Mukhriz dicanangkan oleh Umno sebagai calon Menteri Besar Kedah jika BN dapat menawannya kembali daripada PR tetapi berita itu memang tidak disenangi oleh Mahathir. Jika menjadi MB Kedah, bermakna Mukhriz terpaksa bertanding di DUN sedangkan itu bukan kemahuan Mahathir kerana beliau mahu Mukhriz bertanding di kawasan parlimen. Cita-cita besar Mahathir ialah untuk menjadikan anaknya kejawatan yang lebih tinggi sekurang-kurangnya berjawatan Menteri penuh jika tidak sebagai calon Perdana Menteri.

Semua orang politik tahu akan cara Mahathir berpolitik, beliau akan terus menyerang jika sesuatu perkara yang dilakukan oleh kerajaan tidak disenanginya. Perletakkan jawatan Perdana Menteri oleh Tunku, Hussein Onn dan Pak Lah adalah kerja tangan Mahathir semuanya, baik secara terus terang mahu pun cara berselindung. Beliau cukup tahu tentang skandal-skandal yang dilakukan oleh Rosmah Mansor, tetapi kenapa beliau tidak menyerang dan beliau boleh dikatakan langsung tidak menyebutkannya. Apa yang beliau lakukan mesti ada sebab-sebabnya.

Sebagai contoh tentang perilaku bekas Sultan Johor yang mana beliau cukup tahu dan arif, beliau langsung tidak menegur akan salah laku Al-marhum. Bukan sahaja tidak menegur, malah beliau menuruti segala kehendak Al-marhum tanpa sedikit pun membantahnya. Tetapi apa kesudahannya, beliau mengerahkan para jeneral-jeneralnya dengan menyerang Raja-Raja Melayu dan menggubal akta di parlimen dengan menarik balik semua kekebalan Raja-Raja Melayu termasuk juga mengecilkan gelaran Yang Dipertuan Agong.

Jika di zaman Pak Lah beliau menyerang Pak Lah, anak menantunya dan kekuasaan budak-budak di tingkat empat yang dikaitkan dengan KJ. Jika di bandingkan dengan KJ yang berjawatan Naib Pemuda Umno, tetapi Mahathir pula mantan Perdana Menteri yang hanya berjawatan sebagai ahli biasa Umno. Beliau boleh memerintahkan semua setiausaha-setiausaha Najib untuk mengadap beliau di Putrajaya dan semua ketua-ketua bahagian Umno seluruh negara telah dipanggil dengan notis 24 jam. Siapakah Mahathir yang begitu berkuasa walau pun tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam Umno. 


Di mana perginya kejantanan Najib yang dikelaskan sebagai orang nombor satu dan Rosmah Mansor yang dikatakan lebih berkuasa sehinggakan Mahathir pun tidak berani menegur segala perbuatannya dan mengikut protokol negara, Rosmah Mansor tiada apa-apa peranan pun melainkan hanya sebagai isteri Perdana Menteri. Adakah Mahathir menegur Rosmah Mansor yang mengambil gelaran yang dimiliki Permaisuri Agong sebagai 'First Lady Of Malaysia' malah mempunyai jabatan beliau sendiri di Putrajaya dibawah seksyen FLOM dan mempunyai kakitangan sendiri yang digajikan oleh kerajaan. Mereka-mereka yang berkuasa mesti ingat, diam-diam Mahathir mesti ada agenda yang cukup besar.

Lu tanya gua tentang Mahathir, gua pasti akui yang Mahathir adalah seorang politikus yang cukup licik dan bagi gua jika gua jumpa ular dan Mahathir, pasti gua akan pukul Mahathir dahulu sebelum gua pukul ular. Gua cukup masak dengan Mahathir walau pun gua tidak cukup rapat dengannya. Mahathir adalah manusia yang tidak boleh dibantah apa yang beliau katakan dan apabila beliau bercakap, tiada siapa yang berani membantah kerana semua telur-telur pemimpin Umno/BN akan tenggelam. Lu cakap, lu kutuk, lu maki apa pun kat beliau, umpama lu bercakap dengan tiang lampu ler.

Kalau Mahathir berjanji, lu jangan terlalu berpegang pada janjinya kerana mungkin ia akan U-Turn 360 darjah. Sebagai contoh mudah apabila Mukhriz dicalonkan untuk bertanding di parlimen Jerlun pada PRU12, apa Mahathir kata..!!! Beliau tidak akan sesekali berkempen untuk Mukhriz kerana beliau ingin anaknya berdiri di atas kaki sendiri tetapi kesudahannya, Mahathir sendiri berkampung di parlimen Jerlun sehingga keputusannya di isytiharkan. Beliau berceramah siang dan malam semata-mata untuk melihat Mukhriz menang dengan menolak semua jemputan ceramah selain daripada parlimen Jerlun. Inilah manusia yang munafik, yang mudah lupa, penghidap sindrom penafian, anti Islam, menghina Allah dan Rasul Nya. Sekarang kita dipertontonkan 'Projek IC Mahathir' di Sabah dan kesannya mula menampakkan hasilnya dengan kematian 10 perajurit kita ditangan pengganas Sulu. Inilah perbuatan secara langsung Mahathir terhadap rakyat Malaysia, pasti beliau akan menggunakan salah satu senjatanya iaitu 'sindrom penafian'.

Ya Allah....... Panjangkan umur si munafik ini agar ia melihat kejahatan yang telah beliau lakukan.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...