Translate

Mesti Baca

Rabu, 20 Februari 2013

Bab 1: Individu Yang Ingin Ditemui Oleh Askar Diraja Kesultanan Sulu.

Satu teka teki telah dimainkan oleh pihak kerajaan tentang individu yang ingin ditemui oleh kumpulan yang mencerobohi Lahad Datu. Sebenarnya individu itu tidak berada di malaysia malah beliau kini masih lagi berada di negara Filipina. Inilah individu yang diperkatakan itu bertetapan dengan kenyataan pihak polis yang beliau akan dibawa secepat mungkin. Seperti sidang media yang dilakukan oleh Ketua Polis Sabah, Sultan Sulu Sultan Jamalul Kiram III Bin Datu Punjungan akan datang ke Sabah dalam sedikit masa lagi untuk menamatkan krisis pencerobohan ini.

Sultan Jamalul Kiram III Bin Datu Punjungan memberi arahan kepada tenteranya agar bertahan.


Shafie Apdal kerana beliau adalah keturunan etnik Sulug melalui datuknya dan etnik Sama-Bajau melalui ibunya.
atau

Pendekal Amin Mulia, beliau berketurunan Iranun dan datuknya berasal dari Teluk Ilana, Mindanao yang bergabung dengan etnik Taguimah, Buranun dan Sama-Bajau Balangingi dari Sulu.

Tidak mustahil isu ini akan menjadi isu antarabangsa memandangan kerajaan cuba mentembunyikan fakta sebenar mengenai krisis ini. Ini kerana kerajaan tidak bertindak keatas kumpulan penceroboh ini dan jika ianya berlaku kepada negara-negara lain didunia, pasti mereka akan diperangi habis-habisan memandangkan kedatangan mereka bersertakan senjata. Sebuah negara yang berdaulat tidak akan membiarkan walau seinci pun wilayah mereka dicerobohi.  Jika mengikut sejarah apa yang yang berlaku kepada kumpulan Maumunah, mereka diperangi habis-habisan dan para pemimpin mereka telah dibicarakan dan dihukum mati oleh mahkamah atas dakwaan cuba memerangi DYMM Yang Dipertuan Agung.  Mereka yang dihukum adalah rakyat Malaysia sendiri berbanding dengan kumpulan yang mencerobohi negara adalah bukannya rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, mereka juga diberi layanan VIP.

Siapa sebenarnya Sultan Sulu

Kesultanan Sulu mewujudkan Pewaris Kedua sebagai "Penyelamat dan Penyambung" kepada Kesultanan Sulu, iaitu sekiranya hak Kesultanan Sulu berakhir di tangan Pewaris Pertama. Sejarah perkara ini perlu dilihat kembali kepada semasa pemerintahan Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732. Putera sulung Sultan Badaruddin-I yang bernama Datu Lagasan menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan gelaran Sultan Azimuddin @ Alimuddin I. Tetapi selepas pembaptisan baginda oleh para paderi Sepanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin (The Christian Sultan of Jolo). Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin / Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin dan keturunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama Kristian.

Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya, Raja Muda Datu Bantilan, yang merupakan putera Sultan Badaruddin I yang kedua. Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila dan diberi sambutan dan layanan yang baik oleh para pegawai Sepanyol dan para Jesuit Kristian. Semasa ketiadaan Sultan Azimuddin @ Alimuddin I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga 1763.

Takhta kesultanan Sulu kemudianya digilirkan antara beberapa pewaris daripada Keluarga Pertama dan Kedua ini. Hinggalah kepada Sultan Sulu yang terakhir daripada Keluarga Kedua iaitu Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Namun, memandangkan usia beliau yang telah lanjut dan tua, beliau kemudian menyerahkan takhtanya kepada seorang pewaris daripada Keluarga Pertama iaitu Sultan Jamalul Azam. Takhta Sultan Sulu kemudiannya dimonopoli sepenuhnya oleh Keluarga Pertama yang kemudiannya dikenali dengan nama keluarga 'Kiram'. Memandangkan tempoh Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo menaiki takhta tidak sampai seminggu, nama baginda sering digugurkan dalam senarai salasilah Sultan-sultan Sulu hingga menyebabkan hak keturunan Keluarga Kedua dinafikan dan tidak diketahui oleh para pewaris daripada Keluarga Pertama pada hari ini. Waris daripada Keluarga Kedua ini kemudian dikenali dengan nama keluarga 'Maharajah Adinda' dan mereka masih mempunyai hak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu jika ia termansuh disebabkan oleh tindakan daripada Keluarga Kiram ini.

Petunjuk daripada Geran Pajakan Penyerahan Kekal Sabah

Penjanjian antara Sultan Sulu Dengan Gustavius Baron De Overback. Ini adalah salinan kerana penjanjian asal adalah dalam tulisan jawi.

Dalam geran yang ditandatangani bagi pajakan secara kekal bagi wilayah Sabah, dinyatakan sebanyak empat kali perkataan "Pewaris dan Penyambung" atau dalam Bahasa Inggerisnya "The Heir and Successor". "Pewaris" yang dimaksudkan disini ialah Keluarga Kiram yang ketika itu memonopoli jawatan Sultan Sulu, sementara "Penyambung" yang dimaksudkan ialah Keluarga Maharajah Adinda, yang berhak untuk menuntut kembali takhta Kesultanan Sulu sekiranya terjadi apa-apa perkara yang menyebabkan ianya termansuh oleh Keluarga Kiram. Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala". Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak boleh lagi mempersoalkan apatahlagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri Sabah. Kuasa yang boleh dipohon oleh para waris Sultan Sulu yang benar-benar berhak hanya dari segi tuntutan wang pajakan semata-mata.
Pulau / Sepoh Janggi

Keturunan Waris Kesultanan Sulu merupakan saudara kepada Kesultanan Brunei. Sultan Mohammmad Hassan, Sultan Brunei ke-9, telah menyerahkan satu "Lambang Pusaka”, iaitu belahan biji benih Coco De Mer, yang dipanggil di Sulu sebagai "Pulau Janggi", dan di Brunei sebagai "Sepong/Sepoh Janggi". Pulau Janggi ini telah diberikan kepada Putera Bongsu / Pangiran Shahbandar Maharajalela, yang telah dihantar untuk menjadi Sultan Sulu sekitar tahun 1600 dengan gelaran Sultan Mawalil Wasit I.

Pulau Janggi @ Sepoh Janggi (Coco de Mer) ini hanya diamanahkan kepada Keluarga Maharaja Adinda, bukan kepada Keluarga Kiram atau Shakiraullah". Ini bertujuan sebagai bukti akan kesahihan hak pewaris kedua sebagai pewaris dan penyambung kepada Kesultanan Sulu (The Heirs and Successors). Juga merupakan pewaris yang sememangnya berkelayakan sepenuhnya untuk menuntut hak ke atas Wilayah dan Harta Milik Kesultanan Sulu iaitu sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi kepada Sultan Sulu daripada “Pewaris Pertama”.

Bayaran sewaan yang dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada Sultan Sulu pada 2003 berjumlah 77,442.36

Pulau Janggi @ Sepoh Janggi ini telah dipulangkan ke Muzium Brunei oleh Pewaris Maharajah Adinda yang bernama Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh pada 4 Mei 1978 dan telah disahkan kebenarannya oleh Pengarah Muzium Brunei pada masa itu. Pihak Muzium Brunei telah mengesahkan ketulenan Barang Pusaka tersebut dan mengesahkan hanya “Pewaris Kedua” sahaja yang berhak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu yang telah kosong pada hari ini.

Bersambung kerana banyak lagi pendedahan akan dilakukan oleh pihak kami.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...