Diantara salah satu dari 27 syarat
ceramah yang disyaratkan kepada YB Teresa Kok jika ingin dapat kebenaran
berceramah ialah Unit Amal tidak dibenarkan membantu pihak PDRM menjaga
lalulintas. Mengikut akta himpunan aman yang beri digubal oleh parlimen
ialah notis mestilah diberi kepada pihak polis 10 hari sebelum ceramah
dilakukan. Kejayaan HKR112 yang lepas benar-benar menyakitkan hati para
pemimpin Umno yang semakin celaka. Mereka merasakan yang salah satu dari
dua keris bersilang lambang parti mereka tepat menekam hulu hati mereka
sehinggakan mereka mempergunakan kuasa mutlak milik mereka dengan
mengarahkan agar pihak PDRM mempergunakan segala tipu muslihat agar
tiada lagi himpunan Aman besar dari PAS, PKR, DAP dari Pakatan Rakyat
boleh diadakan lagi.
Maka
jalan terbaik untuk menjaga periuk nasi/gaji dari disekat oleh kerajaan
firaun, PDRM telah mengariskan 27 syarat yang mesti dipatuthi oleh PR.
Bagi kerajaan Firaun dan sekutu-kutunya dibenarkan mengadakan seberapa
banyak ceramah selagi mereka mampu tanpa terikat dengan 27 syarat-syarat
itu. Gua berani kata yang ceramah Umno/BN adakan tidak terikat dengan
syarat-syarat ini kerana merekakan Firaun, Firaun mana boleh kena ikut
syarat pasal mereka yang gubal akta itu hanya untuk pihak PAS, PKR, DAP
dan PR sahaja supaya mereka mendapat kesulitan untuk turun naik pejabar
PDRM..
Ini
gua nak story kat bro-bro yang bersama dengan PDRM berpangkat besar
yang bersemayam diatas Bukit Aman agar tolong buka sikit minda lu all.
Gua tahu kuasa lu cukup besar didalam negara tetapi mesti ingat, lu all
nih duk kat bumi mana. Bumi ini milik Umno/BN ker, bumi ini milik
Mahathit yang mudah lupa ker, bumi ini milik pemimpin Umno ker sampai lu
tak ingat dunia. Walau besar mana pangkat kat bahu yang terletak
bermacam bintang, keris bersilang, lingkaran bunga padi, itu belum masuk
pingat-pingat yang ada kat dada sampai senget dada kat sebelah kiri.
Sedarlah walau umat yang mengaku Islam, bahasanya bumi yang pijak dan
agung-agungkan itu adalah milik Allah s.w.t. dan lu all hanya diberi
amanah untuk memakmurkannya dengan sebaik-baiknya.
Bodoh
atau cerdik apabila datang satu kumpulan untuk membantu lu agar lu
dapat menjalankan tugas-tugas lu dengan lebih lancar. Gua pun tak faham
dengan bos-bos pengat lu all, bagaimana mereka menolak pertolongan tanpa
meminta bermacam-macam elaun. Mereka (Unit Amal) dengan ikhlas membantu
lu agar dapat meringgankan beban dan tekanan yang lu all hadapi dari
bos-bos kamu yang hanya mengarah dari bilik berhawa dingin dengan kerusi
yang empuk.
Unit
Amal hanya cuba membantu dengan bantuan yang ikhlas dari seorang Islam
tanpa mengharap apa-apa ganjaran dari pihak kerajaan. Mereka tidak
pernah menyusahkan pihak polis tetapi yang sebaliknya polis pula yang
menyusahkan Unit Amal. Jangan kata nak ucap terima kasih kerana membantu
tetapi mereka dipukul dengan cotar dan dihumbangkan kedalam Black
Maria. Unit Amal bukannya nak ambil kuasa polis tetapi sekadar membantu
penyokong PAS dan PR agar mematuhi segala undang-undang yang ada tetapi
kerana kejahatan sudah menguasai fikiran ditambah dengan arahan kejam
dari KDN, maka mereka dikambing hitamkan.
SEJARAH UNIT AMAL
Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.
Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.
Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan.
Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005.
Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.
Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastic dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.

Dah diberi kebenaran berhimpun pun masih tak puashati. Agaknya kalu dah duk putrajaya pun masih ada yg terbuku dihati. Inilah manusia yg tak tahu bersyukur dan lupa diri. Org cuba buat yg terbaik diperlekehkan. Org yg terang2 jual agama diagungkn. Semuanya pasal politik. Cuba2lah buat penilaian dr sudut hasil kerja fizikal. Siapa yg bnyk beretorik(cakap2 dan janji) tp xde hasil. Dok pusing nk buat projek itu ini tp hampir semuanya TIPU. Tipu tipu tipu. Masyaallah kenapa ada org yg masih mahu menyokong penipu? Mgkin ada org kjaan juga tak sempurna tp top management dia ada usaha nk majukn negara. Yg sembang curi duit rakyat tu sape2 pun bole ckp. Kemukakan bukti. Dah berapa ramai pegawai2 dn ahli politik dihadap ke mahkamah atas dasar salahguna kuasa. Kalu sabit masuk penjara. Serupa juga mana2 pemimpin yg salahlaku. Adakah PR dianggotai malaikat belaka? Akhir kata cukup2lah nk menjatuhkan kjaan je keje. Lebih baik beri sumbangan yg berfaedah utk negara. Hati bersih, pahala dpt dosa mengata org pun kurang. Wassalam.
BalasPadam