Translate

Mesti Baca

Jumaat, 18 Januari 2013

Talqin Buat Tun Mahathir Bin Mohamed.


Sesungguhnya doa orang yang teranaiya terus diangkat kepada Allah s.w.t. dan apatah lagi doa itu dipohon oleh ulama yang takut kepada Allah s.w.t. agar dipanjangkan umur Mahathir Mohamed untuk beliau melihat akan kerosakkan yang beliau lakukan terhadap Islam dan rakyat Malaysia. Memang doa al-Marhum ulama itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t.yang mana walaupun beliau sudah mencecah 88 tahun, kesihatannya tetap dalam keadaan baik. Ini bukan bermakna kerana beliau mempunyai pasukan doktor-doktor yang hebat tetapi Allah s.w.t. telah menunjukkan akan kekuasannya dengan mengangkat doa hambanya yang tawaduk dalam perjuangan untuk menegakkan Islam dibumi Malaysia ini. Maka dengan ini gua bacakan talqin buat manusia perosak yang bernama Mahathir Mohamed agar beliau sempat kembali bertaubat sebelum pintu taubat tertutup buat beliau dialam musafir ini..

Bismillah hir rah man nir rahim

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji
siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepadaorang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,
melainkan zat Allah Taala. Iaitu Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum,
manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai Mahathir Bin Wan Tempawan, wahai Mahathir Bin Wan Tempawan, wahai Mahathir Bin Wan Tempawan,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai Mahathir Bin Wan Tempawan, apabila datang
kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu
Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah
kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai Mahathir Bin Wan Tempawan, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
 
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
 
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,
janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
 
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap:
"La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah"


Wahai Mahathir Bin Wan Tempawan tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Mahathir Bin Wan Tempawan, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasenya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa
akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. 

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah
Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan
akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima
segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
 
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun
wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...