Translate

Mesti Baca

Jumaat, 1 Februari 2013

Mahathir Mula Mengalami Ilusi Merampu.


Mahathir telah mula menggelabah dengan keadaan politik negara menjelang PRU13 nanti dan ketakutan beliau sudah tidak dapat diselindungi lagi. Selepas menuduh penglibatan Tunku, sekarang beliau menuduh bekas Timbalannya pula terlibat dengan 'Projek IC' yang cukup mengemparkan itu. Kenapa beliau terlalu takut dengan Umno Baru yang beliau asaskan selepas berjaya menghalang Umno lama dengan menggunakan mahkamah?. 

Beliau bukannya seorang yang ambil peduli tentang Umno walau pun beliau beliau tahu PRU13 adalah pilihan raya yang pasti akan membuatkan BN hilang kuasa mereka selepas 55 tahun memerintah secara kuku besi. Beliau hanya takut akan nasib beliau dan anak-anaknya dari dipenjarakan di atas segala dosa-dosa beliau selama 22 tahun menjadi diktator. Beliau telah menjadikan anak-anaknya kaya raya yang mana kekayaan beliau dan anak-anaknya tidak dapat disahkan dengan tepat.  Yang pasti beliau adalah bekas Perdana Menteri terkaya didunia dengan aset yang mencecah berbilion USD.

Inilah mimpi buruk yang beliau alami setiap malam sebelum ajal datang menjemput kerana kejatuhan Umno/BN bermakna kejatuhan beliau dan anak-anaknya. Selama 22 tahun beliau menyalah guna kuasa untuk kepentingan beliau dan anak-anaknya sehinggakan anak-anaknya tersenarai sebagai Melayu terkaya di Malaysia. Hanya seorang diktator yang zalim sahaja akan memikirkan perkara-perkara ini dan beliau tahu yang rakyat tetap akan membicarakan beliau di mahkamah rakyat dengan penuh keadilan.. 

Kerana itulah beliau berasa bertuah kerana ISA telah dimansuhkan dan tidak akan merasai kejahatan akta ISA yang beliau salah gunakan semasa beliau seorang diktator.  Tangan-tangan beliau masih lagi berlumuran dengan darah-darah rakyat dan musuh politik beliau walaupun dari penglihatan kasar ia tiada lagi kat tangan beliau. Inilah ketakutan yang menghantui sang diktator tua yang bernama Mahathir Mohamed. Walau pun gua cukup anti dan marah kat beliau, pemimpin-pemimpin Umno/BN, gua masih mempunyai kewarasan agar beliau, anak beranak, keluarga, kroni-kroni dan para pencacai sial tahap celaka agar mereka diberi keadilan walau pun gua sendiri tidak mendapatnya semasa era beliau bermaharajalela.

Anwar Terlibat Langsung Dalam Projek IC, Dakwa Dr M

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan)," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas).

Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil. MK


Pembangkang Akan Tangkap Lawan Jika Menang

Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.

NONEBerucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat
desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.

"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."

Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.

"Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.MK

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...