Translate

Mesti Baca

Isnin, 14 Januari 2013

Berapa Lama Lagi kita Akan Hidup?.


Salam perjuangan buat pejuang-pejuang dalam usaha yang tak berbelah bagi untuk menegakkan syariat Islam di negara ini.  Seperti lu all, gua mungkin bukan contoh yang terbaik untuk diikuti kerana semasa muda gua bergelombangan dengan segala maksiat yang ada di muka bumi ini. Jika hendak dihitung akan dosa-dosa gua, mungkin gua sendiri tidak dapat menghitungnya kerana terlalu banyaknya dosa yang telah gua lakukan. Lokap dan penjara adalah rumah kedua gua dan hampir satu perempat dalam kehidupan gua adalah dipenjara.

Gua sedar setiap saat yang gua lepasi tidak sesekali akan berpatah balik dan jika masa itu boleh berpatah balik, pasti gua tidak akan mempersia-siakan walau satu saat pun. Gua sedar dan tahu yang Allah itu Maha Pengampun kepada hamba-hambanya yang ikhlas. Adakah gua termasuk didalam golongan-golongan itu memandangkan neraca timbangan gua pasti senget kepada kejahatan daripada kebaikan jika gua timbang mengunakan dacing milik Barisan Nasional.

Setiap malam gua merenung akan kejahatan yang gua lakukan dengan hati yang penuh ketakutan sehinggakan bulu-bulu roma gua merengang kerana betapa takutnya gua akan azab yang akan menanti gua di akhirat nanti. Jika gua seorang awam yang mungkin ada melakukan dosa kepada beberapa orang dengan sengaja atau pun tanpa sengaja, bagaimana pula pemimpin negara yang mengawal jutaan rakyat dibawah mereka. Jika gua sendiri tidak tenang dengan dosa-dosa gua, bagaimana pula dengan pemimpin yang hidup bagai raja, mencuri, merompak khazanah negara yang diamanahkan kepada mereka.

Bagi gua yang sudah meningkat usia, gua rasa betapa cepatnya masa berlalu kerana 40 atau 60 atau 80 atau 100 tahun hanyalah umpama beberapa saat sahaja di sisi Allah s.w.t. tetapi kerana kesombangan kita sebagai hambanya merasakan hidup selama 80 tahun adalah satu masa yang cukup lama. Bagi pemimpin yang telah menjadikan kuasa dan harta adalah tuhan mereka, maka mereka cuba menunjukkan betapa angkuh dan berkuasanya mereka terhadap rakyat yang dianggap sebagai hamba-hamba yang boleh diperbodohkan dengan sedikit imbuhan.

Bagi orang beriman dunia ini adalah neraka bagi mereka berbanding dengan kaum yang tidak bersyukur seperti keturunan 'Islam pada Baka, 'Islam pada keturunan', 'Islam pada Nama', mereka tahu segala amalan mereka akan dihitung setiap perkara yang mereka lakukan baik kejahatan atau pun kebaikan tetapi kerana mereka telah bertuhan kepada kemewahan, kebendaan, kedudukan, pangkat maka dunia ini adalah syurga bagi mereka. Adakah mereka menyesal akan apa yang mereka lakukan semua itu, jawabnya tidak kerana bagi mereka halal dan haram akan menyusahkan hidup mereka untuk maju. Sebab itulah mereka menolak Islam secara total walau pun ada berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat fitrah, solat dan mengerjakan haji tetapi itu hanya sebagai menunjukkan kepada masyarakat yang mereka pun Islam.

Hakikatnya mereka-mereka inilah yang menolak secara bersungguh menentang syariat Islam dari tertegak di negara ini. Kelakuan mereka melebihi apa yang dilakukan oleh penganut agama lain sehinggakan penentang-penentang syariat Islam tidak perlu bekerja keras dalam melaksanakan agenda mereka. Lu pun mesti tahu siapa pemimpin-pemimpin yang gua maksudkan kerana mereka masih lagi menjadi Raja kepada Raja-Raja Melayu yang sudah tidak bertaring lagi kerana telah dicabut oleh si Maha firaun yang agung abad 20.

Apabila pintu-pintu taubat mereka telah ditutup rapat oleh nafsu mereka, apa sahaja teguran dari alim ulama yang muktabar ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apa yang amat malangnya ialah ada di kalangan mereka yang cerdik agama pun sama terjebak kerana mata-mata mereka telah buta dengan kemewahan yang diperolehi dan yang tiada istilah halal atau haram kerana bagi mereka hanya istilah 'Halang' sahaja yang wujud dalam kitab anutan mereka. Demi keduniaan, mereka sanggup menghalalkan yang haram yang mengharamkan yang halal. Didalam kelompok mereka ada satu golongan yang dipanggil ulama muda atau ayat ringkasnya ILMU.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bagaimana ulama-ulama muda yang merasakan diri mereka cukup hebat sehinggakan Iman Ghazali pun diperlekehkan oleh budak-budak hingusan ini. Inilah golongan yang paling pengecut yang pernah gua jumpa kerana mereka masuk Umno pun disebabkan ada ura-ura yang kelompok mereka ini sedang dalam pemerhatian pihak polis untuk di ISAkan, Oleh kerana terlalu takut di ISAkan maka mereka telah pergi penyembahkan Umno akan tidak di ISAkan dengan janji yang mereka akan mengumumkan kemasukan beramai-ramai ke dalam parti syaitan yang dikenali. Mengikut janji mereka yang ketuai oleh Fathul Bari, seramai 44 ulama muda akan menyertainya tetapi tiba-tiba tak sampai 20 orang sahaja yang hadir.

Berbalik kepada cerita gua, seperti yang gua katakan yang gua bukanlah insan yang baik sepertimana ulama-ulama muda Umno yang berilmu tinggi tuh. Gua bagaikan sebiji kelapa komeng dalam setandan kelapa tetapi gua tidak pernah menentang sesiapa sahaja atau parti mana pun yang cuba menegakkan hukum Islam di negara ini. Gua sedar yang gua adalah jahil, sentiasa meninggalkan solat meninggalkan puasa tetapi gua sentiasa membantu Islam pada setiap pilihan raya kerana walau sejahil mana pun gua, ada sekumit perasaan dihati gua yang gua tidak akan sesekali menyekutukan Allah s.w.t. Gua sedar yang gua tidak layak ke syurga tetapi gua takut akan azab nerakaNya.

Bagi gua yang jahil ini, gua merasakan ucapan Haji Hadi yang telah dinaik tarafkan oleh tali barut Umno menjadi 'Amanat' telah banyak menyedarkan umat Islam di Malaysia akan batas-batas Iman. Ucapan beliau 33 tahun yang lepas telah berjaya menembusi ajaran sesat yang sudah berakar umbi didalam masyarakat Melayu/Islam hasil daripada dakyah songsang Umno. Umno mengajar Melayu yang politik dan agama tidak boleh bersama atau politik suku agama suku kerana itulah ajaran dari bapak Umno (British) yang berpandukan kepada agama Kristian. Mereka memisahkan gereja dari pemerintahan lalu ajaran ini diserapkan kepada anak-anak emas mereka (pemimpin Umno) yang dihantar belajar di England untuk disebarkan setelah kepada orang-orang Melayu sekembalinya mereka ke Malaya. Setelah ianya berjaya, barulah kemerdekaan diberikan kepada Malaya. 

Satu perlembagaan untuk Malaya telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang dipengerusikan sendiri oleh Lord Reid. Maka bermulalah agama Islam didagangkan dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara, setiap bangsa Melayu secara rasmi adalah Islam dan kerjaya Sultan/Raja adalah ketua agama di negeri masing-masing. Lalu slogan yang amat terkenal dari Umno ialah 'Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam' biarpun hidup mereka lebih kebaratan dengan memiliki bar-bar dan minuman keras menunjukkan status seseorang itu. Yang paling malang ialah ketua Agama yang amat memalukan dengan bermacam-macam skandal, hidup dengan penuh dengan kemaksiatan dengan zina, mabuk tanpa mengira waktu sehingga sampai ke tahap membunuh rakyatnya sendiri. Apakah layak manusia seperti ini menjaga dan menjadi ketua agama Islam bagi negeri-negeri tanpa merasa takut akan azab yang menanti mereka nanti. Mungkin mereka merasa yang mereka cukup kebal daripada hukuman dunia tanpa memikir yang hukuman di akhirat lebih dahsyat tanpa kita sendiri tidak boleh membayangkan dengan akal fikiran kita.

Sedarlah wahai pemimpin dan para pencacai yang mengharapkan sedikit habuan dunia, mati itu benar,  hidup selepas mati itu benar, padang Mahsyar itu benar, Neraka itu benar, Syurga itu benar, azab Allah s.w.t. terhadap makhluknya itu benar.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...