Translate

Mesti Baca

Selasa, 31 Disember 2013

Yang Bodoh Adalah Yang Mengundi BN Kerana Itulah Negara Diambang Kemuflisan.

Yang digelar bodohlah yang telah menyedarkan rakyat akan kedurjanaan pemerintah merompak harta rakyat.

Anak siapa yang hidup mewah dari hasil korupsi sang bapa

Nazri: Demontrasi Tindakan Bodoh, Tak Matang

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkan demonstrasi terhadap kerajaan sebagai satu tindakan yang "bodoh" dan "tidak matang".

Menurutnya, majoriti rakyat Malaysia sudah bosan dan jelak dengan tindakan sedemikian rupa.

"Pemimpin mereka, Anwar Ibrahim sudah hampir 70 tahun, tetapi mereka (Pakatan Rakyat) masih bertindak tidak matang," kata Nazri pada sidang media di Kuala Lumpur petang ini.

Beliau merujuk kepada perhimpunan membantah kenaikan harga barang yang dianjurkan Gerakan Turun Harga Sara Hidup (TURUN) di Dataran Merdeka malam esok.

Pakatan Rakyat sehingga kini menafikan sebarang penglibatan dalam menganjurkan acara itu, namun secara prinsipnya menyokong tindakan tersebut.

Kerajaan Persekutuan kini menuduh penganjur mahu menggunakan acara itu untuk "menggulingkan kerajaan".

Perhimpunan Hanya Buang Masa, Kata Shabery

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rancangan untuk menghimpun rakyat untuk berarak di jalanan pada malam 31 Dis ini adalah satu perbuatan yang sia-sia serta membuang masa dan tenaga.

Beliau berkata negara mempunyai sistem iaitu Parlimen untuk menyatakan ketidakpuasan kepada kerajaan selain melalui media massa kerana kerajaan bersedia mendengar dan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.

"Saya rasa yang pergi itu (sertai perhimpunan) akan membuang tenaga...kita ada sistem Parlimen, mereka boleh bersuara dalam Parlimen, dalam media massa dan sebagainya, kerajaan sedia mendengar, kita akan sesuaikan (keperluan orang ramai)...kita jelaskan," katanya kepada pemberita selepas program bantuan sekolah kepada mangsa banjir di Kemaman di Kemaman hari ini.

Beliau berkata adalah lebih baik masa dan tenaga itu digunakan untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini kerana ia lebih berfaedah daripada membuat bantahan di jalanan.

Menurutnya, kerajaan kasihan kepada sesetengah rakyat yang telah ditipu pembangkang sehingga sanggup berhimpun di jalanan dan kali ini sekali lagi rakyat cuba ditipu semata-mata untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Himpunan guling kerajaan itu dirancang diadakan pada Selasa malam di Dataran Merdeka di ibu negara oleh badan bukan kerajaan, disebarkan melalui laman sosial Facebook dan Twitter.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan berusaha untuk memberi setiap keluarga mangsa banjir seunit televisyen dan barangan lain seperti peti sejuk yang kini merupakan antara barang keperluan dan bukan lagi lambang kemewahan.

"Dalam sistem telekomunikasi, televisyen bukan sesuatu yang mewah tetapi keperluan untuk orang dapatkan maklumat dan sebagainya. Dulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) beri komputer 1Malaysia, dalam konteks sekarang kita bagi televisyen," katanya.

Beliau berkata pihak SKMM akan cuba mengagihkan set televisyen tersebut secepat mungkin dengan anggaran keseluruhan ialah kira-kira 30,000 unit untuk mangsa banjir di Terengganu dan Pahang.

"Satu keluarga satu, cuba dalam masa sebulan, stok yang ada kualiti, munasabah untuk 30,000 keluarga," katanya.

Ahmad Shabery juga berkata sebanyak 12,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Kemaman yang terjejas banjir akan menerima bantuan persekolahan.

Pada majlis hari ini, Yayasan Al-Bukhary dan beberapa NGO termasuk Kelab Putera 1Malaysia dan Puteri Umno menyampaikan bantuan pakaian dan beg sekolah kepada 3,839 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, DUN Kijal dan DUN Chukai manakala esok pula kepada 4,733 penerima di DUN Air Putih manakala bakinya dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pemberian insurans kepada penjawat awam yang terjejas banjir boleh membantu meringankan beban mereka yang telah banyak kerugian harta benda.

Ahad, 29 Disember 2013

Tahukah Anda Yang Rosmah Mula Memindahkan Aset-Aset Beliau.

Ketika ini negara heboh tentang pembelian hartanah yang bernilai RM 110 juta oleh anak beliau. Adakah beliau terlalu kaya sehingga mampu memiliki aset yang bernilai tinggi itu tanda tiada siapa di belakang beliau. Maka sedarlah wahai rakyat marhaen yang Rosmah telah mula mengeluarkan aset-aset beliau ke luar negara dengan menggunakan nama anak-anaknya.

Adakah beliau sudah menghidu akan kejatuhan suaminya, Najib bakal bermula sejak BN tidak lagi popular dengan kajian terbaru Merdeka Centre. Kajian itu telah meletakkan populariti Najib telah menjunam sebanyak 10 mata dari 62 peratus kepada 52 peratus. Mungkin beliau sudah mendapat maklumat ini daripada SB-SB yang melapor terus kepada beliau.

Jangan kita terkejut jika akan berlaku lagi pembelian-pembelian pada masa akan datang. Isu pembelian aset bernilai RM 110 juta ini pun disebabkan kebocoran yang tidak disengajakan. Ini pembelian yang rakyat marhaen ketahui, bagaimana pula yang masih lagi menjadi rahsia. Mungkin aset yang beliau miliki diluar negara selain Amerika lebih banyak dari yang kita ketahui dan tidak mustahil aset-aset beliau bernilai berbilion.

Itu berkaitan dengan aset, bagaimana pula dengan simpanan tunai yang beliau miliki di bank-bank pesisiran pantai yang pasti beliau memiliki berbilion  tanpa siapa yang mengetahui secara terperinci akan nilainya yang sebenar. Di antara sebab beliau dan para pemimpin Umno/BN memilih bank-bank diluar negara ialah disebabkan kerahsiaan yang cukup ketat untuk pihak pembangkang membongkarnya.

Inilah di antara sebab beliau lebih kerap berada diluar negara daripada berada didalam negara kerana semua ini ada sebab-sebabnya dan jangan kita tertipu dengan lakonan beliau yang kononnya pemergian beliau adalah kerana jemputan. Tidak mustahil beliau mendapat nasihat daripada isteri-isteri kepada rejim yang memerintah agar jangan menyimpan harta yang mereka curi itu berada didalam negara kerana ia akan dapat dikesan. 

Curi, samun atau rompaklah sebanyak mana pun yang engkau mampu tetapi kamu pasti ingat akan pengadilan di Padang Mahsyar nanti di mana harta-harta yang kamu miliki tidak akan mampu menolong kamu untuk menjawab. Sekaya mana pun kamu di dunia dengan berpakaian jutaan nilainya dan ditambah pula dengan penghiasan yang bernilai puluhan juta, kamu akan tetap dikebumikan dengan kain yang berwarna putih.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...