Translate

Mesti Baca

Isnin, 19 November 2012

Gua Tak Nampak Yang Haji Hadi Gilakan Jawatan PM.


Setengah dari pihak cukup seronok apabila wakil Dewan Ulama mahu Haji Hadi patut menjadi Perdana Menteri Malaysia jika PR berjaya menawan Putrajaya. Walau pun ianya ditulis secara tersirat, tetapi gua boleh agak yang mereka cuba memperlekehkan Haji Hadi. Ada kala mereka secara tidak langsung menjadi lidah tak rasmi kepada Umno celaka sebagaimana isu yang sekarang ini menjadi berita utama di media massa pencacai yang mengutuk TGNA tentang isu murtad.

Seingat gua yang mengenali secara langsung Haji Hadi, beliau pernah menyatakan kepada para sahabatnya yang beliau 'mungkin' tidak sempat melihat Islam tertegak di bumi Malaysia ini. Ini cerita akhir 80' an ketika isu 'Amanat Haji Hadi' dan peristiwa pembunuhan as-Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya di Kg Memali. Beliau bukannya seorang yang gila kuasa macam sesetengah pemimpin yang ada atau seorang yang gila kekayaan kerana beliau sendiri pun memang sudah kaya pun sebelum menjadi pemimpin PAS, Adun, MP, atau MB.

Walau pun gua bukan ahli PAS, gua cukup mengagumi keperibadian beliau dan gua akan mempertahankan beliau kerana gua pernah melihat kehebatan beliau sebagai seorang yang alim dengan izin Allah s.w.t. Jika diberi pilihan antara beliau dengan Anwar, gua tetap melebihkan beliau kerana beliau adalah pemimpin yang bersih dari mana-mana skandal. 

Gua pasti beliau sendiri akan menolak jawatan PM secara peribadi tetapi jika ianya adalah satu arahan dari PAS dan PR, mungkin beliau akan menerimanya secara berat hati. Bagi orang yang beragama, itu adalah amanah yang cukup berat untuk dipikul sebagaimana TGNA yang menolak untuk jawatan MB Kelantan ketika PAS berjaya menumbangkan BN pada 1990. Sehinggakan pemimpin tertinggi PAS terpaksa ke Kota Bahru untuk memujuknya kerana TGNA adalah calon terbaik kerana kezuhudannya terhadap agama.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...