Translate

Mesti Baca

Rabu, 7 November 2012

Soalan Cepu Emas Buat Mahathir Bengang.

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

NONEMinggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan 
kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi SapuraKencana.
Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata:
"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.
"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."

azlanSapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa 
saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, 'screenshot' lamanweb menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta. MK

Terkini: Obama Menang Untuk Penggal Ke 2 Sebagai Presiden AS.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menang dalam pilihan raya jawatan itu sekali gus mencatat sejarah sekali lagi dengan menafikan wujudnya pemulihan ekonomi lembap dan kadar pengangguran yang tinggi untuk menundukkan pencabar Republikan, Mitt Romney.

"Ini berlaku (menang) kerana anda (penyokong). Terima kasih." kata Barack Obama dalam Twitter sebaik kekal sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi. 

Obama berada di Chicago manakala lawannya, Mitt Romney di Massachusetts ketika keputusan pilihan raya awal menunjukkan Obama berjaya mengekalkan penggal keduanya di Rumah Putih.


Obama menewaskan Mitt Romney di lima daripada enam negeri atas pagar iaitu di Ohio, Wisconsin, Iowa, Pennsylvania dan New Hampshire, sekali gus meletakkan beliau memperolehi 274 undi pemilih, iaitu melebihi 270 undi yang diperlukan untuk memenangi Pilihan Raya Presiden AS ke-57 ini.
Romney pula memperolehi 201 undi pemilih dan satu-satunya negeri atas pagar yang dimenanginya ialah di North Carolina, menyebabkan harapan calon Republikan itu untuk menjadi Presiden berakhir.
Secara teori, Obama diramalkan memenangi semula kerusi Presiden AS bagi penggal kedua.


11:45 P.M. SUMMARY (based on AP results):
* 270 electoral votes needed to win *

President Obama has won re-election with 274 electoral votes, winning Maine, New Hampshire, Vermont, Massachusetts, Rhode Island, Connecticut, New York, New Jersey, Pennsylvania, Ohio, Delaware, Maryland, Michigan, Illinois, Minnesota, Iowa, New Mexico, Colorado, Washington state, Oregon, California, and Hawaii.
He is leading in Virginia, Florida, and Wisconsin.

Mitt Romney has 200 electoral votes, winning Indiana, Kentucky, West Virginia, Tennessee, North Carolina, South Carolina, Georgia, Alabama, Mississippi, Arkansas, Louisiana, North Dakota, South Dakota, Missouri, Nebraska, Kansas, Oklahoma, Texas, Wyoming, Utah, Arizona, and Idaho.
He is leading in Montana.


 Suasana di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur yang mengikuti perkembangan pilihan raya presiden secara langsung dari Amerika Syarikat.

 David French dari Columbia dan anaknya Austin Sedih setelah kekalahan Mitt Romney.

 
Penyokong Obama meraikan kemenangannya.

Obama memelukkan isterinya selepas disah menang untuk penggal kedua.

Selasa, 6 November 2012

Utusan Meloya Paling Banyak Bayar Saman.


RASA kasihan juga bila baru-baru ini Utusan Malaysia membebel bila dilarang masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk membuat liputan. Maka, bila tidak puas hati dengan larangan itu, dituduhnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng fobia. Mana tidaknya, kalaulah kita dikejar orang gila, pun akan fobia juga.

Maka berkokoklah Awang Selamat memperli Ketua Menteri, Lim Guan Eng, “berani kerana benar, takut mungkin kerana salah”. Senang cerita beginilah, kalau nak jadi akhbar rasmi UMNO, ishtihar sajalah. Tak payah nak berselindung lagi dengan lesen akhbar harian, pembaca pun dah naik muak dan meluat.

Guan Eng bukan takut kerana salah atau berani kerana benar. Masalahnya, bila diberi muka kepada Utusan Malaysia masuk membuat liputan, silap gaya; kalaulah yang dicakap  itu emas, dilaporkannya pula sebagai besi buruk. Kan hodoh benar bunyinya tu1.

Utusan Malaysia ‘raja spin’

Bukannya kita tidak tahu, sebelum ini pun bos Utusan Malaysia pernah ajar blogger UMNO untuk  spin-putar belit berita. Kata Zaini Hassan Ketua Pengarang Utusan Malaysia tersohor itu, “Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta supaya memihak kepada kita, itu okay.”

Maka sebab itulah tidak hairan kalau Utusan Malaysia kalah banyak saman. Baru-baru ini Utusan Malaysia kalah kepada Lim Guan Eng sendiri, kenalah bayar RM200,000. Sebelum itu juga pernah cuba membatalkan saman mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syad Hussin Ali yang menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta tetapi gagal. Utusan Malaysia juga pernah kalah saman dengan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, pada 2009 pula, Utusan kalah saman kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai isu “Pak Janggut”.

Suka Cabai Burung memetik kata-kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, “Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya,” katanya berseloka.

Banyak kali kalah saman tapi tak serik dan tak sedar diri

Bayangkan, siapa saja yang tak pernah kena fitnah dengan Utusan Malaysia, hampir kebanyakan pimpinan Top 10 Pakatan Rakyat biasa difitnah malahan sezuhud-zuhud Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang duduk di rumah papan buruk itu pun pernah dituduh ‘makan suap.’ Tidak serik dengan saman, bermula semalam, mereka keluar lagi fitnah baru ke atas Ahli Pafrlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa, Nurul Izzah kata; Melayu bebas pilih agama?

Utusan cipta rekod

Adegan kalah saman Utusan Malaysia itu menyimpulkan kepada kita beberapa pencapaian utama akhbar propaganda UMNO itu sekitar sedekad ini.

Pertama, Utusan Malaysia menjadi akhbar pertama di Malaysia yang paling banyak disaman, kedua Utusan Malaysia paling banyak kalah dalam kes tuntutan saman dan ketiga, berjaya menjadi akhbar paling banyak kena minta maaf untuk mengelak bayar tuntutan saman.

Kita tunggu dan lihat saja nanti. Utusan Malaysia kena ingat, bab tabur fitnah ini bukanlah kebebasan bersuara yang wajar. PR perjuangkan kebebasan menyuarakan pendapat, kritikan dan cadangan dengan cara yang demokratik. Bukannya kebebasan bersuara untuk membuat fitnah sana-sini. Utusan Malaysia agaknya kena masuk balik sekolah wartawan kot. –  Roketkini.com

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...