Translate

Mesti Baca

Sabtu, 1 September 2012

AYatollah Khamenei Selar PBB.


Ayatollah Ali Khamenei, Pemimpin Agung Iran (gambar), memulakan sidang kemuncak Pergerakan Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement) dengan menyelar "pemerintahan diktator yang jelas" oleh  Majlis Keselamatan PBB dalam ucapannya.

"Majlis Keselamatan PBB mempunyai struktur yang tidak rasional, tidak adil dan benar-benar tidak demokratik, dan ini adalah satu pemerintahan diktator yang jelas," katanya.

Iran yang  sedang dalam proses perbincangan dengan PBB berkenaan program nuklearnya, menghadapi empat set resolusi Majlis Keselamatan yang mengenakan sekatan ke atas Iran kerana meneruskan program pengayaan uranium.

Khamenei menyatakan bahawa "bilik kawalan dunia [Majlis Keselamatan] adalah di bawah kawalan pemerintahan diktator oleh sesetengah negara Barat" – merujuk kepada ahli-ahli tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Perancis, Britain dan Amerika Syarikat.

Televisyen Iran menunjukkan Ban kelihatan terkejut dan bingung ketika mendengar Khamenei menyampaikan ucapannya.

NAM telah lama menjuarai isu reformasi dalam PBB dengan mengambil kuasa dari Majlis Keselamatan dan memberi kuasa tersebut kepada Perhimpunan Agung PBB, di mana ahli-ahli PBB diwakili dengan lebih baik.

Kritikan Khamenei ke atas pimpinan tertinggi PBB itu adalah berikutan satu mesyuarat yang telah dihadiri beliau dengan Ban pada Rabu lalu di mana pemimpin PBB terus terang memberitahu Iran untuk mengambil langkah-langkah konkrit untuk menyelesaikan isu nuklear.

Isu nuklear


Khamenei juga memberitahu perwakilan bahawa "Saya menegaskan bahawa Republik Islam Iran tidak pernah mengusahakan senjata nuclear," sambil menggelar senjata nuklear sebagai "dosa besar yang tidak boleh dimaafkan".

Tetapi dia berkata Iran "tidak akan melepaskan hak untuk mengusahakan tenaga nuklear yang aman".

Ban menggesa Iran untuk mematuhi resolusi PBB dengan membendung aktiviti nuklearnya, mengatakan bahawa retorik antarabangsa yang makin memuncak mengenai isu ini menjadikan isu ini berpotensi tinggi membawa kepada "peperangan".

Beliau berkata, Iran perlu membina keyakinan dalam program nuklearnya dengan "sepenuhnya mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB dan bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency."

Jika tidak, beliau mengingatkan,"perang mulut ini dengan cepat mampu bertukar menjadi perang keganasan".

Beliau tiba di Tehran Rabu lalu dan bertemu Khamenei dan Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran.

Ban juga tidak mengelak dari menarik perhatian Iran tentang hak asasi manusia di Iran, menyatakan "kebimbangan serius" berkenaan perkara itu. HarakahDaily

Rabu, 29 Ogos 2012

Eksklusif: Tiada Konspirasi Jatuhkan Musa Hassan.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Ramli Yusuff bertegas bahawa tidak ada konspirasi di pihaknya untuk menjatuhkan bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

NONESebaliknya, beliau mendakwa, Musa yang menaruh dendam
terhadapnya dan mendakwa seorang individu yang ditangkap pada Oktober 2006, digunakan untuk mereka-reka pembohongan terhadapnya apabila beberapa pegawai kanan bersaing untuk jawatan timbalan ketua polis negara.


Beliau mendakwa, individu tersebut yang ketika itu ditahan di bawah Ordinan Darurat, telah digunakan untuk memfitnahnya pada 2006, dengan tuduhan bahawa individu itu telah merasuahnya dan beberapa pegawai polis kira-kira lapan tahun yang lalu.

Dakwaan tersebut, katanya, telah mendorong siasatan dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ironinya, kata Ramli, walaupun beberapa pegawai polis didakwa telah turut dikaitkan, tetapi hanya beliau (Ramli) sahaja yang disiasat, yang mendorong kepada tuduhan dibuat terhadapnya.

Oleh itu, katanya, untuk mengatakan beliau telah cuba untuk menjatuhkan Musa dengan membuat semua dakwaan ini adalah tidak wajar.

Ramli memberitahu demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Individu tersebut tidak pernah dikemukakan oleh BPR, yang
mengetuai pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Ramli di Kuala Lumpur, untuk membuktikan dakwaan bahawa Ramli telah menerima rasuah.


musa hassan mahmood adam ismail omar 080910 igpIni membawa kepada mahkamah sesyen untuk melepaskan Ramli tanpa dipanggil untuk membela diri.

Menurut Ramli, Musa bekerja di bawahnya di Jabatan Siasatan Jenayah (CID) selama enam tahun, dan dia bertanggungjawab dalam kenaikan pangkan Musa sebanyak dua kali.

Setelah sebahagian besar kariernya bersama CID, kata Ramli, beliau pernah membantu supaya Musa tidak ditukar menjadi ketua siasatan jenayah Perlis selepas Musa membuat rayuan. MKini

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...