Translate

Mesti Baca

Sabtu, 25 Ogos 2012

Pakatan Syaitan Adalah Barisan Nasional.


Pakatan Syaitan adalah nama yang sesuai bagi Barisan Nasional sebagaimana kata-kata Maha firaun, 'lebih baik sokong syaitan yang dikenali dari sokong malaikat yang tidak dikenali'. Syaitan yang dikatakan oleh Maha firaun ialah Barisan Nasional dan Umno sebagai tunjang kepada BN (syaitan), maka Umno adalah Iblis.

Apa pula kerja-kerja yang dilakukan oleh Pakatan Syaitan ini ialah memprovokasikan kepada ahli-ahli parti masing-masing. Umno sebagai Iblis akan menabur fitnah terhadap PAS yang mewakili umat Islam dengan tuduhan PAS menjual agama demi untuk bersama dengan DAP. Kononnya PAS sanggup menutup buku tentang 'Negara Islam' walhal PAS tidak pernah menukar dasar parti yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Kerja MCA, Gerakan dan MIC pula ialah menakut-nakutkan kaum Cina, India dan bukan Islam akan kekejaman 'Hukum Hudud'. Bukan Islam dimomokkan yang mereka akan disunatkan jika PAS memerintah. Tangan-tangan mereka akan dipotong dan mereka akan dipaksa memeluk agama Islam. Siapa yang ajar mereka tentang perkara-perkara dan keburukan pada hukum Hudud melainkan Iblis yang bernama Umno.

Kerana itulah bapak Firaun moden boleh mengeluarkan kenyataan agar menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali. Apa mereka peduli tentang akidah dan bagi mereka persetankan akidah jika ia tidak membantu mereka untuk terus memerintah.

Semua penganut agama samawi tahu apa itu syaitan dan apa itu malaikat. Mereka tahu, kenal atau pun tidak syaitan adalah mewakili kejahatan dan malaikat pula mewakili kebaikan. Kenal atau tidak, itulah realitinya walau apa pun tafsiran yang dilakukan oleh parti Islam terbesar di dunia (Umno). 

Maha firaun menyangka kenyataan itu dapat membantu Umno/BN dalam PRU13 walau pun beliau sedar kenyataannya itu telah menjerat Umno sendiri. Apa yang nak dihairankan dengan kenyataan mantan PM Malaysia itu kerana tiada istilah haram dan halal dalam kamus hidup beliau. Lihatlah siapa pemegang saham terbesar kilang arak di Filipina dan beliau sendiri mengaku akan memberi lesen judi bolasepak sekiranya beliau masih menjadi Perdana Menteri.

Akibat dari kerosakan akidah yang dimiliki oleh beliau, anak-anak, keluarga dan berjaya mentarbiahkan segelintir pengikut setianya seperti mantan KPN, Tun Hanif Omar yang boleh mengikrarkan didalam mahkamah yang judi tidak haram dan tiada dalam kitab anutannya iaitu 'Ajaran Mahathirisme'.

Doa al-Marhum Ustaz Fadhil Noor agar Mahathir dipanjangkan umur benar-benar dimakbulkan agar beliau melihat sendiri segala kerosakan akidah yang beliau sebarkan kepada pengikut-pengikutnya. Tiada haram akan judi dan arak itu melainkan ia diberi lesen oleh kerajaan dan yang menjadi ia akan haramnya ialah kerana tiada lesen dikeluarkan. 

Islam memang didaulatkan oleh iblis di negara ini seiring dengan wawasan 2020. Perbanyakkan masjid-masjid dan hiasinya secantik-cantik biar pun tiada jemaah yang datang. Untuk mencapai negara maju mengikut ajaran mahathirisme, maksiat mesti diperbanyakkan agar berbendung-bendung pelancong asing datang dan kerana itulah pusat judi terletak ditempat paling tinggi di dunia iaitu Genting Highland supaya ia dapat menyekat para malaikat dari turun ke bumi Malaysia. Bersesuaian dengan ayat malaikat yang tidak dikenali.

Rabu, 22 Ogos 2012

Karpal Singh Dan Umno Adalah 1Malaysia.


Sudah tiba masanya para pemimpin DAP memberi amaran yang keras terhadap Pengerusinya, Karpal Singh yang semakin hari semakin angkuh. Gua boleh jamin ada pemimpin dan ahli DAP sendiri tidak setuju dengan kenyataan-kenyataan melampau beliau terhadap hukum hudud. Memang beliau seorang peguam yang cukup handal di Malaysia yang mengamalkan perlembagaan Reid dan beliau bercakap atas kapasiti sebagai seorang peguam sekular.

Apa pun hujah beliau berkenaan undang-undang sekular yang digubal oleh penjajah British dengan Lord Reid sebagai pengerusi, ia bukannya tiket untuk beliau terus menghina hukum hudud. Bagaimana jika ada usul agar kaum Sikh diharamkan dari memakai tarban (lilitan di kepala), adakah beliau berdiam diri. Pasti beliau akan melenting kerana mencampuri urusan agama Sikh.

Begitu juga perasaan umat Islam apabila hukum Allah dihina sebegitu rupa oleh Benggali tua yang hanya menunggu masa sahaja untuk di langkah mayatnya jika keluarganya membenarkan, gua akan tumpang sekaki. Bagi Melayu Umno pasti bersorak kerana suara Karpal Singh benar-benar mewakili perjuangan mereka sejak ditubuhkan pada 62 tahun lalu.

Tetapi Umno dilihat semakin celaka cuba menipu rakyat konon-kononnya memang mereka mahu menegakkan hukum hudud tetapi PAS adalah penghalang kepada usaha murni mereka itu. Sepertimana Maha firaun mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat untuk bersama-sama dengan Umno melaksanakan hukum hudud.

Gua tak pasti siapa sebenarnya yang memerintah Malaysia sekarang ini atau 54 tahun yang lepas, Umno atau PAS. Jika nak seribu daya tak nak seribu dalih kerana Maha firaunlah penghalang besar kepada hukum hudud semasa beliau berkuasa sehingga memberi amaran kepada kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu agar undang-undang itu tidak di laksanakan.

Bagi gua, pergi mampus Karpal Singh, Umno, MCA dan yang sewaktu dengannya tanpa mengira apa ideologi lu all. Gua tabik kepada pemimpin DAP yang tidak mengeluarkan kata-kata seperti Karpal Singh dan pemimpin MCA yang semakin celaka. Gua dah baca kenyataan para pemimpin PAS berkenaan kenyataan Benggali tua ini tetapi gua belum dengar kenyataan pemimpin Umno terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Raja Porno tentang hukum hudud.

Jika Lemah Semangat, Jangan Tengok.


Masih hidup walau pun tubuh terputus dua dan kaki menjadi dua bahagian akibat dilanggar kereta api.

Isnin, 20 Ogos 2012

Punca Sebenar Peristiwa 13 Mei 1969, Umno Adalah Dalangnya.

 

 


"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.

"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai - parang, kayu, batang besi dan botol...

"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar...

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ..."

(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).

Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

《Semuanya karut》

Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.

Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu - yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini - mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.

"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.

Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu - yang disokong oleh polis dan tentera - untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

《Plot menumbangkan Tunku》

Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut. 

Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.

Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara - satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).

Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak - 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.

Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah 

pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.

"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang 
membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa...saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."

《Jumlah korban tidak diketahui》

Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.

Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.

Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.

Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.

"Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.

Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.

Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.

Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja".

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...