Translate

Mesti Baca

Selasa, 17 Julai 2012

Memang Papaporno Fasik Lagi Celaka Bila Polis Menafikan Ada Laporan Tentang Kes Liwat DSAI.

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesahkan masih belum ada sebarang laporan liwat dari seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah blog semalam.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini, PDRM masih belum lagi menerima sebarang laporan mengenai pertuduhan liwat yang membabitkan ketua pembangkang itu.

"Setakat ini kami (PDRM) masih belum menerima sebarang laporan.

"Terima kasih," jawabnya ringkas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Semalam sebuah blog yang dikaitkan dengan Umno melaporkan bahawa terdapatnya laporan polis oleh mahasiswa yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.

Pada 9 Januari 2012, mahkamah telah membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.

Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Anwar masih belum berjaya oleh kerana mantan timbalan perdana menteri itu kini berada di Jakarta, Indonesia.

Sebelum ini, blog tersebut seringkali menulis pertuduhan-pertuduhan yang tidak berasas menghentam pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan menggunakan perkataan lucah dan kesat.

Walaupun telah banyak laporan polis dibuat terhadap penulis blog tersebut, sehingga kini masih belum ada tindakan diambil penulis blog tersebut.

Harta Miliki Pemimpin Umno, Keluarga, Anak-Anak Dan Para Kroni Mereka.


Mungkin ramai yang tidak mengetahui akan kekayaan sebenar bekas-bekas mantan PM/anak-anaknya dan juga pemimpin Umno/BN yang lain. Gua pun tidak dapat mengagak secara tepat tentang kekayaan mereka dan gua cuba mengongsi bersama-sama dengan lu all.

Kekayaan Mahathir dan anak-anaknya
  • Banglo di banjaran bukit di The Mines bernilai berbelas juta.
  • Banglo di Subang bernilai hampir 8 juta.
  • Banglo di Langkawi yang dibina oleh Ting Phek Khing di mana bilionner ini tidak akan membina banglo yang kurang dari 5 juta.
  • Banglo di Country Height yang kini didiami oleh anaknya, Mirzan.
  • Banglo terbaru beliau di Bukit Tinggi yang dibina oleh Vincent Tan dengan kos sebanyak 21 juta (mungkin kerana budi yang dibayar kepada Mahathir kerana membantu beliau menjadi bilionner).
  • Mahligai yang dibeli dengan menggunakan nama Daim. 
  • Mahligai di Vancouver dibeli dengan nama anaknya Mirzan.
  • Mahligai di Florida dibeli atas nama beliau sendiri.
  • Memiliki sebuah ladang di Argentina.
  • Beliau juga memiliki sebuah resort di Amerika.
  • Akaun bersama dengan Daim di bank Switzerland yang mencecah 1 bilion.
  • Menyelamat syarikat perkapalan Mirzan yang hampir muflis dengan diarah kepada Petronas dengan kos 2 bilion.
  • Mirzan memiliki saham bernilai 726.5 juta di syarikat yang di senaraikan di KLSE.
  • Mokhzani pula memiliki saham yang 624 juta.
  • Mokhzani dikatakan memiliki kekayaan yang berjumlah RM 1.6 bilion.
  • Simpanan tetap Siti Hasmah di Israeli Nasional Bank di Singapura USD 4 juta (RM 12.8 juta)
  • Simpanan tetap Siti Hasmah di Israeli Nasional Bank di Singapura USD 8 juta (RM 25.6 juta)
  • Simpanan tetap Siti Hasmah di Israeli Nasional Bank USD di Singapura 5.5 juta (RM 17.6 juta)
  • Simpanan tetap Siti Hasmah di Israeli Nasional Bank di Singapura USD 9.8 juta (RM 31.36 juta)
  • Simpanan tetap Siti Hasmah di Israeli Nasional Bank di Singapura USD 5 juta (RM 16 juta)
  • Simpanan tetap Siti Hasmah di Israeli Nasional Bank di Singapura USD 6.65 juta (RM 21.28 juta)
  • Simpanan tetap Marina Mahathir di Israeli Nasional Bank di Singapura USD 13 juta (RM 41.6 juta)
  • Simpanan tetap Marina Mahathir di Israeli Nasional Bank di Singapura USD 12.5 juta (RM 40 juta)
  • Simpanan tetap Marina Mahathir di Israeli Nasional Bank di Singapura USD 15 juta (RM 48 juta)
  • Simpanan tetap Mokhzani Mahathir di Israeli Nasional Bank di Singapura USD 15.5 juta (RM 49.6 juta)
  • Konglomerat San Miguel yang dikuasai Mokhzani Mahathir telah membeli 65 peratus kepentingan Exxon Mobil pada harga RM 1.89 bilion dan menukar menukar nama stesen minyak kepada Petron. 
Mahathir sebagai penasihat Petronas telah menyalah guna kedudukan beliau dengan memaksa MAS menerima Petron sebagai pembekal bahan api selama 6 bulan. Sebagai penasihat Petronas yang dibayar gaji yang tinggi, beliau sepatutnya melebihkan Petronas daripada syarikat Petron milik anaknya Mokhzani. Oleh itu Petronas patut memecat Mahathir kerana ia telah menjadi pengkhianat terhadap perniagaan Petronas dengan menyalurkan rahsia perniagaan Petronas. Sejak menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir telah mempergunakan Petronas seperti milik emak bapaknya sepertimana dilakukan oleh Najib sekarang ini sehinggakan syarikat yang kaya tunai ini terpaksa membuat hutang sebanyak 15.6 bilion. 
Perkara ini benar-benar mengejutkan pakar-pakar ekonomi tentang apa yang berlaku kepada Petronas. Sedangkan Petronas adalah penyumbang terbesar pendapatan negara sebanyak 45 peratus melalui cukai yang dibayar dan ia tidak termasuk pengambilan tunai secara tidak betul oleh rejim Mahathir, rejim Pak Lah dan rejim Najib.
Bersambung......

Isnin, 16 Julai 2012

Umno Pada Saat-Saat Kejatuhan Apabila Bukti Dikatakan Tohmahan

 
Jentera penerangan Umno dan Barisan Nasional (BN) peringkat bahagian perlu diperhebatkan lagi termasuk usaha mewujudkan ‘media troopers’ menangkis tohmahan yang sering dilemparkan pembangkang melalui media sosial.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang menggunakan media sosial menyerang dan memfitnah Umno dan BN dengan isu-isu negatif yang boleh meracuni pemikiran rakyat.
“Oleh yang demikian, Umno dan BN perlu mendekati kumpulan pelayar media sosial agar hal yang sebenar dapat diperjelaskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Pergerakan Wanita Umno bahagian Bagan Datoh di Wisma Umno di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata penjelasan perlu dilakukan kerana kira-kira 17 juta daripada 28 juta penduduk negara ini lebih cenderung mendapat maklumat menerusi media sosial daripada media arus perdana.
Beliau berkata ‘media troopers’ adalah saluran yang cukup penting bagi membetulkan dakwaan yang digambarkan oleh pelayar media pembangkang.
“Oleh sebab itu, adalah penting untuk kita mengaktifkan kumpulan ‘media troopers’ kita bagi membetulkan keadaan.
“Saya yakin anggota Pemuda Umno dan BN boleh melakukannya kerana sekarang ini ia merupakan satu kumpulan kecil dan saya berterima kasih kepada ‘media troopers’ yang ada tetapi masih tidak mencukupi,” katanya.
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengambil inisiatif menjawab segala permasalahan yang timbul melalui media sosial yang dikendalikannya secara peribadi.
“Oleh kerana permasalahan yang ditimbulkan bukan hanya berkaitan dengan soal parti dan kerajaan tetapi melibatkan perkara-perkara yang lain,” katanya. — Bernama

Ahad, 15 Julai 2012

Perdana Menteri Rosmah Memulakan Tugas Rasmi.




Isteri Rosmah, Najib menguruskan rumahtangga beliau di Sri Perdana ketika suaminya Rosmah mengetuai delegasi Malaysia melakukan lawatan sambil kerja ke Dubai. Beliau cuba dikenali di sebilangan dunia Arab yang mana sejak tahun lepas lawatan kerja beliau lebih tertumpu ke Timur Tengah selepas beliau kurang disenangi oleh blok Eropah sejak skandal Scopene terbongkar. Kes yang membawa kepada pembunuhan warga Mongolia, Altanttuya yang dibunuh dengan kejam oleh 2 anggota UTK yang menjadi pengawal peribadi isterinya, Najib Tun Razak. 

Kes ini sedang dikemukakan kepada mahkamah Perancis untuk pendengaran setelah pihak keluarga si mati tidak berpuas hati dengan pembebasan orang kanan Najib, Razak Baginda. Walau pun ada khabar-khabar angin mengatakan yang Perdana Menteri Rosmah sendiri berada ditempat kejadian bersama-sama dua anggota tentera berpangkat Let.Kol sebelum mayat itu diletupkan menggunakan C4 milik tentera, tetapi ia tidak dapat dibuktikan.

Dengan berita ini maka benarlah apa yang di perkatakan oleh orang-orang politik yang Najib hanyalah boneka kerana kuasa tertinggi terletak ditangan suaminya, Rosmah Mansor. Rosmah Mansor yang cukup sinonim dengan pembomohan benar-benar telah berjaya membomohkan isterinya, Najib dan mantan Perdana Menteri ke 4 Mahathir separuh Melayu yang mudah lupa.  Jika dulu beliau suka menggunakan bomoh kelas menengah, tetapi sekarang beliau suka menggunakan perkhidmatan bomoh daripada India. Mungkin kerana itulah Mahathir yang cukup pedas kritikannya pada Pak Lah sehingga terpaksa melepaskan jawatan kepada Najib tetapi beliau mati kutu apabila berhadapan dengan PM Rosmah. 

Kerana kehebatan bomoh dari India yang dibayar tinggilah isterinya, Najib boleh menang tipis pada PRU10 kepada calon PAS Haji Ramli Mohamed dengan majoriti 241 undi. Mengikut cerita, isterinya sebenarnya telah tewas kepada calon PAS di parlimen Pekan tetapi dengan kehebatan bomoh tersebut tiba-tiba jatuh dari langit (dengan helikopter) 2 karung kertas undi yang memutamadkan kemenangan Najib. Gua rasa apa yang diceritakan oleh MP  Lembah Pantai, Nurul Izzah tentang sindiran seorang bekas pegawai SPR ada kebenarannya.

Gua pun dah tahu apa nak jadi dengan negara ini jika boneka Rosmah terus diberi kuasa untuk memerintah pada PRU13 nanti. Jika rakyat Malaysia hendak mengetahui cerita sebenar tentang Skandal Scorpene, Skandal Rosmah, Skandal Najib, Skandal pemimpin Umno/BN dan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Rosmah, Mahathir/keluarga dan pemimpin yang lain ialah dengan menjatuhkan rejim Rosmah/Najib yang menerajui parti Umno/BN. Apa yang pasti, kekayaan yang dimiliki oleh mantan Perdana Menteri Mahathir dan anak-anaknya sahaja melebihi RM 10 bilion. Gua nak tanya pemimpin bawahan Umno, jika Mahathir dan anak-anaknya boleh mengumpul harta sebanyak itu, berapa lu all sudah kumpul. Takkan lu all tak dengki dengan mereka walaupun si Mamat Kutty itu kata yang anak-anaknya pandai berniaga. Lu sendiri fikir ler....

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...