Translate

Mesti Baca

Sabtu, 14 Julai 2012

Terkini: Peserta Disekat.

Seramai kira-kira 5,000 peserta Himpunan Oren mula berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
NONEKumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.

Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.
NONETidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.

Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang menganjurkan perhimpunan tersebut semalam dilaporkan berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan tersebut.
Koordinatornya Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.

GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Jumaat, 13 Julai 2012

Bahasa Mudahnya..... Dah Nak Mampus Baru Ingat Kami.

Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka. 

Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama. 

“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu. 

Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini. 

Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini. 

Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya. 

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. 

"Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara,” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. 

"Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak,” Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.

Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah. 


Aspan Alias

BICARA ABU NAWAS: MOHON SAHABAT BLOGGER HEBAHKAN BERITA INI

BICARA ABU NAWAS: MOHON SAHABAT BLOGGER HEBAHKAN BERITA INI: DAH LAMA ABU NAWAS TAK MENULIS, BUKAN MALAS NAK MENULIS TAPI TERLALU SIBUK DENGAN TUGAS, TAPI BILA TERBACA BLOG SAHABAT KARMIC..( http://n...

Isu Panas: Siapa Sebenarnya Rosmah Mansor Yang Sebenar?. (Bhg 8)

Berasal dari Negeri Sembilan. Orangnya kecil molek, berkulit cerah dan mempunyai tahi lalat besar di pipi.  Tahi lalat saiz duit siling lima puluh sen. Mengikut cerita orang-orang tua itu adalah tahi lalat bertuah. Kerana tuah tahi lalat itulah agaknya beliau dapat berkahwin dengan Datuk Seri Haji Najib Tun Razak.

Tetapi, sekarang khabarnya tahi lalat bertuah itu sudah dibuang. Khabarnya beliau pergi buat “plastic surgery” di Jepun. Banyak ribu RM juga habis. Tidak apalah kerana semua PM Najib yang tanggung. Duit rasuah yang PM Najib dapat dari Vincent Tan pun tidak habis. Duit balak tidak usah kira, tidak luak sikit pun.

Rosmah seorang wanita berpelajaran tinggi. Dapat ijazah dalam dan luar negeri. Bijak orangnya dan petah bercakap. Gaya dia bercakap memang boleh pikat hati orang, terutama kaum lelaki. Sayang kelulusannya disalahgunakan. Kelulusan tinggi digunakan untuk memancing orang-orang lelaki yang sudah beristeri dan berpangkat serta kaya-raya.

Menurut cerita mereka yang pernah tidur dengan Rosmah, sebagai teman permainan dan teman tidur beliau tidak menjemukan. Dia pandai bergaya dan “fashionable”.  Senyuman dan jelingan boleh membuat lelaki hidung belang dan buaya seperti Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik dan PM Haji Najib Tun Razak melutut kepadanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengh Tunku Kursiah, Seremban. Mengikut kawan-kawan yang sama bersekolah dengannya, beliau terkenal sebagai pelajar yang ego dan suka menunjuk-nunjuk. Tidak punya ramai kawan rapat di kalangan pelajar-pelajar perempuan. Tetapi punya ramai teman lelaki. Pantang nampak lelaki kacak dan berada. Sejak di sekolah menengah lagi sudah selalu bertukar-tukar pasangan.

Sebagai gadis lincah, kalau boleh dianggap masih gadis semasa menuntut di Universiti Malaya, beliau sangat popular dan terkenal di kalangan penuntut lelaki. Beliau menjadi Ahli Persatuan Kesuma dan aktif dalam pertunjukkan-pertunjukkan kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak universiti. Secara peribadi dikatakan beliau ini sangat periang dan peramah.

Di antara Rosmah dengan Rahim Thamby Chik, mereka sudah berkenalan sejak di kampus lagi tetapi hanya sebagai kawan kenalan biasa sahaja. Rahim Thamby Chik juga terkenal   dengan sifat buaya di kampus. Ada juga orang kata Rosmah ada taruh hati pada Rahim. Tapi perangkapnya tidak mengena. Rahim terlepas dari perangkap Rosmah.

Sesudah bertunang dengan Aziz, bekas suaminya beliau masih lagi berpoya-poya dengan lelaki lain. Beliau sungguh hebat dan “hot”. Pantang disapa oleh lelaki terutama yang kacak-kacak.

Dikatakan juga Rosmah suka main “jim ramy” dengan anak-anak lelaki Raja Nong Chik.  Semasa itu beliau berminat kepada salah seorang anak Raja Nong Chik bernama Salleh.  Ini setelah jadi isteri Aziz. Betul ke?

Ramai orang tidak sangka macam mana Aziz boleh tersangkut hati dengannya. Semasa di kampus lagi beliau sudah di cap sebagai jamban.  Aziz budak baik dan lemah lembut orangnya.  Dikatakan dia berkahwin dengan Aziz atas dasar suka sama suka.

Semasa berkerja dengan Island & Peninsular Bhd, sebagai PRO, Rosmah berkesempatan bergaul dan berkenalan dengan ramai VIP, termasuk menteri-menteri dan timbalan menteri, perangai buruk lamanya kembali semula. Beliau mengambil kesempatan dari tugasnya yang membolehkan dia selalu pergi “out-station” dengan membuat pertemuan-pertemuan sulit dengan lelaki terutama VIP yang diminatinya. Rosmah dilantik jadi pengurus kerana dapat banyak projek bagi pihak syarikatnya. Senang dapat projek kerana sanggup gunakan dirinya sebagai umpan. Bossnya Azwa sangat sayang padanya dan menaikkan pangkatnya.

Mengikut kata kawan-kawannya, Rosmah pernah berkata satu hari nanti, dia mesti berkahwin dengan orang besar.  Dia gila kedudukan dan gila pangkat. Cita-citanya berjaya bila dia dapat mengahwini PM Najib walaupun sebagai isteri yang kedua ataupun lebih tepat sebagai perampas suami orang.

Seorang kawan memberitahu, pernah seorang Datin, isteri bekas seorang Menteri yang sekarang dikatakan sudah menjadi salah seorang Naib Presiden UMNO memberitahunya, semasa Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri mengadakan sidang mesyuarat di Sarawak, dalam masa rehat beberapa orang Timbalan Menteri dan Menteri telah bercakap tentang Rosmah. Mereka buat perbandingan sesama mereka tentang pengalaman masing-masing dengan Rosmah.

Kesimpulan dari cerita itu membuktikan seolah-olah kebanyakkan dari mereka telah meniduri Rosmah. Rosmah yang sekarang ini sudah menjadi isteri PM Najib yang sah. Apakah ini sudah  jodoh?  Kasihan Najib.  Kalau cerita ini benar, Rosmah bolehlah juga dianggap sebagai janda tidak rasmi kepada ramai lelaki atau “spare tyre” mereka.

Isteri yang lebih cantik, lebih setia ditinggalkan dan ambil pulak bekas sisa-sisa orang.  Macam sudah tidak ada perempuan lain untuk diambil sebagai isteri.

Dari cerita orang yang rapat dengan Rahim Thamby Chik, sebelum Rosmah diperkenalkan kepada Najib beliau adalah teman seranjang Rahim.  Rosmah berharap dapat kahwin dengan Rahim. Rahim ini hebat orangnya dan bukan calang-calang lelaki. Rosmah tidak dapat tundukkan Rahim disebabkan Rahim lebih bijak darinya. Rahim tahu PM Najib suka perempuan-perempuan seperti Rosmah. Mereka satu kem. Kem buaya darat. Mengikut cerita kononnya dalam dia sudah jadi isteri Najib, dia tetap masih berjumpa Rahim.  Betul ke? Kalau betul, jahat sungguh perempuan ni…

Untuk melepaskan dirinya dari Rosmah, Rahim cepat-cepat paskan Rosmah kepada PM Najib.  Dia memberi pengakuan kepada Rosmah, jikalau dia baik dengan PM Najib, dia boleh dapat kawasan balak. Negeri Pahang banyak balak, Melaka mana ada apa.

Rahim bukan mudah dikenakan orang. Di Negeri Melaka ketika dia menjadi Ketua Menteri, dialah raja. Mengikut cerita orang-orang Melaka kononnya beliau pernah menghalau Pegawai-pegawai Majlis Ugama Melaka dan Polis dari bilik hotelnya di Hotel Ramada. Mereka datang  menyerbu ke bilik hotel itu apabila menerima laporan ada orang berkhalwat. Apabila sampai ke bilik itu, yang di dapati berkhalwat pulak ialah Ketua Menteri Melaka sendiri, Rahim Thamby Chik dengan seorang gadis jurujual.

PM Najib walaupun buaya besar seperti Rahim Thamby Chik, kena dengan Rosmah dia kalah dan terduduk. Lupa diri, lupa anak bini. Balak Pahang pun habis dia berikan kepada Rosmah.  Hotel Hyatt Kuantan menjadi tempat mereka bercikaro tidak kira siang atau malam setiap kali Rosmah datang ke Kuantan.

Apabila PM Najib ke Kuala Lumpur, mereka bercikaro pulak di Hotel Shangri-la kerana PM Najib tinggal di situ dan pejabat Rosmah di Bangunan SPK berhampiran dengan hotel itu.
Sejak dia mengadakan hubungan sulit secara haram dengan PM Najib, dia lupa terus kepada suami dan anak-anaknya.

Mengikut cerita orang, Rosmah, PM Najib dan Toh Puan Rahah masa pergi ke Mekkah kali kedua, mungkin untuk membuang dosa kononnya, semasa dia berjalan mengelilingi Kaabah, dia dikatakan terkena balingan batu yang tidak tahu dari mana arah datangnya.

 Kredit: Ada Aku Kesah

Khamis, 12 Julai 2012

Selongkar Terhangat: Siapa Rosmah Mansor Yang Sebenar? (Bhg 7)

Kali ni wa cuba nak mengimbas kembali beberapa kisah menarik untuk disatukan berkisar tentang betapa hebatnya Wanita Pertama Malaysia@FLOM. 


Selama ni kita cuma tau bahawa bini kedua PM Malaysia ni cukup hebat dan berhemah dalam berbelanja. Setiap kali mengiringi PM Najib membuat lawatan ke luar negara, pasti akan ada cenderahati bernilai ratusan malah jutaan RM yang akan di beli oleh bini PM Najib yang hebat berbelanja.


Dan hobi berbelanja dengan cara yang cukup berhemah ni telah diwariskan pulak kepada anak perempuan dia yang dah bertunang dengan pembesar dari negara Timur Tengah. Anak beranak kalau berbelanja boleh dibuat untuk membayar gaji berpuluh2 penjawat awam selama setahun.


Masih ingat lagi ketika PM Najib di serang chicken pox, Rosmah Mansor dengan selambanya melantik diri dia sebagai pemangku PM. Dia telah menggantikan PM Najib sebagai PM hinggakan pembesar Singapura, Lee Kuan Yew yang datang melawat Malaysia pun terpaksa membuat kunjungan hormat kepada Rosmah Mansor. Bukan ke perbuatan ini mengenepikan peranan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.


Tak dinafikan peranan seorang isteri begitu penting untuk kejayaan suami tetapi dalam isu Rosmah Mansor ni, kelihatan segala keputusan yang dibuat oleh PM Najib mestilah mendapat perkenan dari Rosmah Mansor dahulu. Apakah layak untuk PM Najib di angkat sebagai pemimpin?


Sejarah Islam sendiri dilihat dalam pelbagai siri pemerintahan khususnya sejak pemerintahan selepas Khulafa’ ar-Rasyidin membariskan bagaimana campurtangan isteri terhadap kuasa pemerintahan seorang khalifah bahkan berlakunya komplot, percaturan, perancangan politik hatta membunuh anak-anak khalifah demi mewariskan kuasa kepada anak mereka sendiri. Bahkan ada yang membunuh suami mereka sendiri demi mengekalkan kekuasaan.


Dalam urusan pentadbiran negara, PM Najib dilihat tidak mampu untuk mentadbir dengan baik. Dan campurtangan Rosmah Mansor dalam urusan pentadbiran negara memburukkan lagi keadaan malah kredibiliti pentadbiran PM Najib semakin terhakis.


Semenjak Najib dilantik menjadi PM yang melibatkan nama dan kelibat Rosmah Mansor telah mencalitkan dan mecalarkan imej dan nama baik kepimpinan yang diterajui oleh Najib sendiri. Apakah rahsia Najib yang dipegang Rosmah semacam najib tidak boleh berkata tidak kepada Rosmah. Bermula dengan isu Altantunya, isu boros berbelanja, isu perlantikan CEO GLC dan Penjawatan Kerajaan, isu artis Bollywood dan Hollywood, isu pengagihan projek, isu First Lady Of Malaysia, isu PERMATA, isu bajet, isu Festival Busana Muslim dan isu menggantikan program rasmi PM Najib. Tidak ada protokol langsungkah kerajaan Malaysia kini atau sudah terkena penyakit ISA (Ikut Suka Aku).
Bersambung.....

Rabu, 11 Julai 2012

Selongkar Terhangat: Siapa Rosmah Mansor Yang Sebenar?. (Bhg 6)

Rosmah Mansor, isteri PM Malaysia yang paling kontroversi

Kira ni kisah sambungan dari kisah2 isteri Perdana Menteri Malaysia yang penuh dengan kontroversi yang membawa imej sebagai seorang penganut agama Islam dan isteri kepada ketua sesebuah kerajaan yang sebenar.
Malaysia dengan enam Perdana Menteri dan tujuh isteri Perdana Menteri, semenjak PM pertama, isteri kepada PM terkini, PM Najib dianggap yang paling kerap dihurungi kontroversi yang tidak putus-putus.
Jika era PM kelima, Tun Abdullah Badawi, diselar oleh seorang lagi bekas PM iaitu PM keempat, Tun Madey kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Razak pula didakwa menempatkan pejabat isteri  kedua kesayangannya di dalam bangunan yang sama.
Isteri kedua PM Malaysia, Datin Seri Hajah Rosmah Mansor ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan mewah sebagai isteri PM Malaysia apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk dia melakukan tugas. Apa bidang tugasnya, tak pulak ada portfolio yang spesifik. 

Memetik lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat dan beberapa blog yang pro kepada Pakatan Rakyat lain, isteri PM, Datin Seri Hajah Rosmah Mansor bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.


Bahagian tersebut yang hanya ditubuhkan ketika era PM terkini itu, diketuai oleh Pegawai Khasnya, Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod disamping lima lagi  pegawai lain. 


Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubahsuai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan. Sudah la umum mengetahui bahawa isteri PM Malaysia ni mempunyai citarasa yang cukup tinggi.



Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media yang pro Pakatan Rakyat. 

Bagaimanapun serangan dari pihak Pakatan Rakyat yang seakan baru menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi 'titik lemah' Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi kepadanya apabila menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta.

Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke hari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran PM Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran PM Najib.

Sementara itu, Free Malaysia Today pula dalam satu temu bual bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Teng Chang Khim dengan nada sinis Teng turut mencadangkan agar Rosmah bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Disamping itu, keputusan PM Najib meletakkan Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini juga 'dibaca' sebagai tindakkan bagi membolehkan Rosmah lebih berperanan jauh dalam hal ehwal yang membabitkan pentadbiran kementerian tersebut.


Status Sharizat yang hanya sebagai Senator yang bukanlah  dipilih rakyat sebaliknya dilantik PM Najib telah memaksa Sharizat  untuk hanya bertindak sebagai timbalan atau penasihat kepada Rosmah Mansor sahaja.

Malahan Rosmah turut diberikan kuasa untuk mengendalikan program Permata yang sepatutnya lebih relevan jika diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang  mana menterinya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.


Pernah, ketika Rosmah berada di Arab Saudi, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Pelajaran Arab Saudi, Putera Faisal Bin Abdullah Bin Mohamad Al-Saud Royal Suite, Intercontinental Hotel di sana sekaligus seolah-olah membelakangkan peranan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran.


Bagi kebanyakkan penyokong Pakatan Rakyat, Rosmah dianggap menghina Islam apabila menjadi penaung Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo, Monaco yang memperagakan 'busana muslim' memaparkan nama Nabi Muhammad dalam keadaan terbalik dan mendedahkan aurat wanita.
Sementara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedahkan Rosmah dikatakan telah menginap di Hotel Atlantis, Dubai yang menelan belanja sebanyak 120,00 dirham atau kira-kira RM100,000 untuk satu malam.  
Kontroversi tidak putus2 yang melibatkan Rosmah juga mungkin merumitkan lagi PM Najib apabila kos perbelanjaan isterinya itu ke luar negara dikatakan mempunyai signifikan terhadap peningkatan 40 peratus peruntukkan perbelanjaan lawatan JPM ke luar negara seperti yang pernah diumumkan dalam Parlimen dahulu. 
Keputusan Najib dalam belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah  RM111 juta bagi  Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen yang mewakili Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada keputusan-keputusan PM Najib yang menyentuh isterinya itu dibuat berdasarkan nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihatnya termasuk syarikat penasihat komunikasinya, APCO itu atau pun terpaksa menolak nasihat tersebut bagi memberi laluan kepada isterinya itu.

Bersambung....

Selasa, 10 Julai 2012

Selongkar Terhangat: Siapa Rosmah Mansor Yang Sebenar?. (Bhg 5)


Kontroversi pembunuhan Altantuya Sharibuu.
 
Posting yang ni pun boleh di kira sebagai sambungan dari siri2 posting wa yang membabitkan sejarah awal pembabitan isteri pertama PM Najib. Boleh klik sinisini dan sini sebagai rujukan. Bukan niat nak buka aib individu tertentu tetapi sebagai rujukan dan pengenalan kepada rakyat siapa watak2 mereka ini sebenarnya di sebalik peristiwa2 yang telah berlaku.

Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan PM Najib Razak, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu dan dijatuhkan hukuman mati.
Sebuah akhbar Perancis mendakwa Timbalan Perdana Menteri pernah bertemu mangsa pembunuhan misteri, Altantuya Sharibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.
Dalam laporan Liberation pada 5 March 2009, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama dengan mangsa dan mereka berdua jugak didakwa sebagai pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya. Bagaimanapun tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bahan bukti tapi baru2 ini negara turut di gemparkan dengan pendedahan gambar yang kononnya gambar milik PM Najib bersama Altantuya Sharibuu. 
PM Najib yang pada ketika itu dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu dengan wanita Mongolia itu, seorang model yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. PM Najib jugak pernah bersumpah bahawa dia tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pakatan pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setelah menjalani proses pendakwaan di mahkamah, keputusan kes bunuh tersebut telah mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) yang jugak pengawal peribadi PM Najib bersalah. Sedikit kekeliruan yang tak berjawab hingga kini ialah, siapakah mastermind, yang merancang kejadian bunuh tersebut.
Manakala Abdul Razak Baginda, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu pulak dibebaskan daripada sebarang pertuduhan jenayah membabitkan isu wanita Monggolia tersebut.
Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak2.
Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan misteri wanita itu ada hubung kait dengan komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan yang di ketuai oleh PM Najib pada ketika itu.
Pendedahan pembunuhan misteri ini jugak telah di muat naikkan dalam blog oleh penulis blog popular, Raja Petra Kamarudin melalui blognya, Malaysia Today.Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk 'Abuse of Power by the Deputy Prime Minister'.
Pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang PM Najib telah campur tangan dan berkepentingan sendiri dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi.
Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Hajah Rosmah Mansor turut hadir di tempat pembunuhan tersebut. Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011 setelah tidak sehaluan lagi dengan Ketua Pembangkang yang jugak rakan rapat beliau satu ketika dulu.
Wa salin terjemahan laporan yang di buat oleh media Perancis, Liberation French Newspaper pada 5 Mar 2009 oleh Arnaud Dubus.
Shaaribuu Setev marah dan kecewa. Di sebalik wajahnya yang muram itu tersirat suatu keazaman yang kuat. Orang tua berumur 60 tahun ini bertekad untuk lawan. Tertulis segalanya di air muka dan tumpuan pandangan beliau. “Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Dan mereka tidak pun mengeluarkan sepatah perkataan memohon maaf,” kata professor di bidang saikologi di University of Mongolia itu. 
Pembunuhan anak perempuan beliau, Altantuya Shaaribuu, berlaku pada Oktober 2006. Ini sesatunya pembunuhan yang lain dari yang lain di rantau di mana pertikaian perniagaan atau perselisihan politik kadangkalanya diselesaikan dengan senapang. Segalanya sekitar kes ini, yang bermula pada 2002 apabila syarikat Perancis, Armaris, menjual tiga kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu billion Euro, adalah luar dari kebiasaannya.
 
Impak “Kes Altantuya” di Perancis, Malaysia dan Mongolia masih belum memuncak ke tahap sepenuhnya. Pembunuhan wanita Mongolia berumur 28 tahun itu adalah akibat dari bayaran komisyen atau “commission” sebanyak Euro 114 juta atau lebih kurang RM 570 juta  yang dibayar oleh Armaris kepada pihak tertentu di Malaysia. Pembayaran “commission” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia dalam parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetuskan berbagai perkembangan yang berakhir dengan pembunuhan Altantuya dan lesapnya beberapa orang saksi utama kes pembunuhan tersebut.
Laporan polis Malaysia yang disediakan pada 19 November 2006 dan yang telah dirahsiakan sehingga sekarang ini, mendedahkan dengan terperinci bagaimana wanita muda, Altantuya dari keturunan golongan atasan Asia itu, telah dibunuh. Dalam laporan polis tersebut tercatit keterangan salah seorang yang melakukan pembunuhan itu, iaitu seorang anggota polis Cawangan Khas Malaysia bernama Sirul Omar yang mengikut arahan seorang pegawai polis di sebuah balai polis berhampiran dengan tempat kejadian. 
“Bila wanita Cina melihat pistol saya, beliau telah merayu agar jangan dibunuh sebab beliau mengandung. Azilah (pegawai atasan Sirul) telah memegang dan melempar wanita itu ke bumi. Saya terus menembak sebelah kiri mukanya. Azilah menanggalkan pakaian wanita tersebut dan memasukkannya ke dalam karung plastic hitam. Melihat tangan wanita itu masih bergerak-gerak, Azilah mengarahkan saya tembak lagi, dan saya lakukan. Lepas itu kami usung mayat wanita itu ke dalam belukar. Azilah mengikat bahan letupan dikaki, perut dan kepala, dan kami letupkan wanita itu”.
 Ini merupakan pengesahan bertulis yang pertama mengenai pembunuh-pembunuh Altantuya.
.
Pendedahan laporan polis ini dalam surat khabar Perancis, Liberation, merupakan berita terkini dalam drama yang sungguh menarik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, dukun Mongolia, dan ahli-ahli politik Malaysia. Kes ini boleh meletup bukan saja kepada kerajaan Malaysia, sebab Timbalan Perdana Menteri Najib Razak (yang dijadualkan akan menjadi Perdana Menteri akhir bulan March ini) disyakki terlibat dalam kes pembunuhan ini, tetapi juga ianya akan memalukan DCNS, syarikat Perancis yang membina kapal-kapal tentera. Syarikat usahasama Perancis Sepanyol, Armaris, yang menjual dua kapal selam jenis Scorpene dan satu jenis Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, telah dimilikki oleh DCNS pada tahun 2007.
Dengan kecantikan yang mempersona dan bersophistikasi itu, Altantuya mengingatkan kembali kepada Mata Hari Timur Jauh (ejen wanita dizaman Perang Dunia Kedua). Beliau dibesarkan di Saint Petersburg (Russia), dan menuntut di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Selain dari Bahasa Inggeris,beliau fasih dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Altantuya ditakdirkan bertemu Abdul Razak Baginda di Hong Kong pada tahun 2004. 
Razak Baginda adalah pakar kajian bidang keselamatan dan Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, iaitu pusat kajian yang pro-kerajaan Malaysia. Kasih sayang telah cepat terjalin antara keduanya. Altantuya yang dipanggil ‘Tuya’ oleh kawan-kawannya menjadi penolong yang berguna kepada Razak Baginda, terutamanya membantu Razak Baginda menterjemahkan bahasa Russia kepada Inggeris.
Altantuya muda dan cantik rupawan, sementara Baginda kacak,  kaya dan merupakan tokoh terkenal di kalangan golongan elit Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi kerana beliau amat karib dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Najib Razak (Razak Baginda juga adalah penasihat kepada Najib di bidang hal ehwal keselamatan). Razak Baginda berlegar-legar dalam kumpulan elit eksklusif di Kuala Lumpur dengan kadangkalanya didampingi oleh isterinya yang sah.
Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Razak Baginda membuat lawatan bersama ke Eropah dan melancung ke Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan menaikki kereta Ferrari merah kepunyaan Razak Baginda. Menginap di hotel-hotel termahal dan makan malam di restoran-restoran terkemuka. Lawatan tersebut bukan hanya bertujuan pelancongan; kontrak pembelian kapal selam sudah ditandatangani pada 2002, tetapi beberapa perkara penting masih perlu diselesaikan. “Kami tahu bahawa Razak Baginda diperalatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai orang tengah untuk berunding perolehan kelengkapan senjata, terutamanya senjata yang berat-berat,” tegas seorang pakar bidang keselamatan serantau.
Pada hujung bulan Mac 2005, pasangan tersebut (Altantuya dan Baginda) berada di Paris di mana mereka telah bertemu Najib Razak. Suatu foto menunjukkan tiga sekawan itu di sebuah kelab eksklusif di Paris. “Tuya tunjuk kepada saya foto tersebut. Beliau terangkan salah seorang dari lelaki dalam foto itu adalah teman lelaki beliau, Abdul Razak Baginda, dan lelaki seorang lagi adalah ‘big boss’, Najib Razak. Saya tanyakan samada mereka adik beradik kerana persamaan pada nama mereka, tapi dia jelaskan bukan, dan Najib adalah ‘Perdana Menteri’, kata Amy , sahabat baik Altantuya. 
Menurut seorang detektif peribadi, yang sekarang bersembunyi di India, Tuya yang cantik itu kadangkala menjadi perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri setelah  dikenalkan kepada Najib oleh Razak Baginda pada hujung 2004.
Kisah ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya mendapat tahu bayaran wang komisyen oleh syarikat Perancis-Sepanyol, Armaris, sudah diterima di sebuah akaun bank di Kuala Lumpur. Ianya dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat milik Razak Baginda. Altantuya bergegas ke Kuala Lumpur untuk menuntut bahagian beliau dari Razak Baginda. Beliau mendakwa beliau berhak menerima Dollar Amerika 500,000.00 dari wang komisyen tersebut. Razak Baginda dan Altantuya telah berpisah sebelum itu sebagai pasangan kekasih.  Rosmah Mansor, seorang peniaga wanita yang amat ditakuti dan adalah isteri kepada Najib Razak, kerana rasa cemburunya terhadap Altantuya telah membantah sebarang bayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan diiringi dua wanita rakyat Mongolia, seorang darinya adalah dukun untuk pukau Razak Baginda jika dia enggan membayar wang pembahagian komisyen tersebut. Untuk beberapa hari Altantuya menganggu-gugat bekas kekasihnya itu.
Pada 18 Oktober, Razak Baginda sudah tidak tahan lagi dengan gelagat telatah Altantuya yang setiap hari mengacau di depan rumahnya. Razak Baginda menghubungi Musa Safrie, pegawai aide de camp Najib Razak. 
Pada 19 Oktober 2006, sejurus sebelum jam 9 malam, dua pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadri dan dan Sirul Omar, telah dihantar ke hadapan rumah Razak Baginda di mana Altantuya sedang menjerit-jerit. Mereka mendapat arahan untuk ‘hapuskan wanita Cina itu’. 
Mereka telah menculik Altantuya, bawa Altantuya sejauh sepuluh kilometer dan menembak Altantuya beberapa kali. Seterusnya mereka memusnahkan jenazah Altantuya dengan bahan letupan C 4, jenis bahan letupan yang hanya boleh didapati dari Kementerian Pertahanan. Kemasukkan Altantuya ke Malaysia telah dipadamkan dalam rekod imigresen Malaysia. Maka kelihatanlah seolah-olah Altantuya tidak pernah melawat Malaysia, malah tidak ada kesan langsung yang tinggal mengenainya.
Tidak ada jenayah yang tak akan terdedah. Pemandu teksi yang membawa Altantuya tidak mengambil ringan melihat Altantuya yang belum membayar sewa teksi secara seharian itu diculik di depan matanya. Pemandu teksi itu telah mencatit nombor pendaftaran kereta penculik, dan membuat laporan polis di balai terdekat. Beberapa hari kemudiannya, polis mengenalpasti kereta yang digunakan oleh penculik itu adalah kereta kerajaan. 
Pendedahan telah berlaku berterusan yang mana Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri pun tidak berdaya hendak menyekatnya. Najib cuba menutup kes tersebut. Beberapa jam sebelum Razak Baginda ditahan, Najib menghantar SMS kepada dia: “Saya akan menemui Ketua Polis Negara jam 11.00 pagi ini..masalah akan selesai. Buat bertenang”. Beberapa jam kemudiannya, Razak Baginda ditangkap bersama-sama dua pegawai polis dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.
Dalam perbicaraan mahkamah yang dianggap mencurigai oleh ramai pemerhati, Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan mengarah pembunuhan Altantuya dan dilepaskan dalam bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh menjalankan pembunuhan tersebut telah dihadapkan di mahkamah. Jika tersabit kesalahan, hukumnya adalah hokum mati. Keputusan mahkamah ditetpakan pada 9 April 2009.
Beberapa ribu batu dari Kuala Lumpur, iaitu di Ulaan Batur, ibu negeri Mongolia, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya cuba menahan kemarahan beliau. Kepada beliau dan keluarga, pembebasan Razak Baginda merupakan simbol ketidakadilan proses kehakiman Malaysia. “Kerajaan Malaysia tidak pun menjawab beberapa surat dari Kementerian Luar Mongolia,”kata beliau.
Bila Shaaribuu pergi ke Parlimen Malaysia untuk menemui Najib, Timbalan Perdana Menteri itu telah cabut lari melalui pintu belakang. Kes Altantuya telah menjadi bahan penting dalam percatuan politik Malaysia antara Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Setakat ini, Najib berjaya menepis, tetapi pembunuhan Altantuya kekal bagaikan pedang yang terhunus dileher Najib.
Suatu aspek yang masih amat tersembunyi dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Zainal Abidin Zin, mengaku dalam Parlimen bahawa Armaris telah menyuap Euro 114 juta kepada syarikat Perimekar. Beliau menegaskan ianya bukan rasuah, tetapi kononnya bayaran untuk “perkhidmatan sokongan dan koordinasi”.
Adakah telah berlaku rasuah sepertimana yang telah berlaku dalam kes perolehan kapal perang oleh Taiwan juga dari syarikat Peranchis DCNS? DCNS, sebuah syarikat swasta yang dibiayai dari wang kerajaan, menolak sebarang temubual. “Tiada siapa pun boleh membuat komen tentang kes ini,” jawab  pegawai perhubungan syarikat tersebut di Paris. 
Suatu dokumen yang boleh mengaitkan Altantuya dengan syarikat Perancis tersebut adalah surat jaminan dari Abdul Razak Baginda untuk membolehkan kekasihnya memperolehi visa untuk memasukki zon Schengen (dalam mana Perancis adalah negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permohonan dari seorang yang telah dikurniakan gelaran Legion d’Honneur. Tetapi peranan Altantuya dalam perundingan perolehan kapal selam itu masih belum terbongkar dengan tepat. Agensi-agensi perisikan mendapati latarbelakang Altantuya menakjubkan, dan FSB Russia (dulunya KGB) sedang mengikuti kes Altantuya dengan rapi.
Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulong Altantuya yang berumur 12 tahun, begitu dihantui oleh kematian emaknya. Altanshagai, anak yang bongsu berumur 5 tahun dan cacat otaknya, masih belum memahami yang beliau tidak akan lagi menemui emaknya. “Dia menanyakan emaknya setiap waktu dan akan duduk bersujud dikerusinya sepanjang hari. Setiap petang saya memberinya gula-gula dan memberitahunya emaknya yang telah memberikan kepada saya untuk memberikan kepadanya,” kata Shaaribuu Setev, datuk kepada kedua anak lelaki tersebut. 
Berhubung dengan Razak Baginda pula, beliau kini tinggal senang lenang di United Kingdom bersama keluarga beliau. Razak Baginda tidak pernah menyuarakan sepatah perkataan kesal terhadap pembunuhan ke atas wanita yang telah berkongsi hidup dengan beliau selama dua tahun itu.
Bersambung......

Isnin, 9 Julai 2012

Gua Sokong Saranan Musafirlalu 'Tabung Untuk Blogger'.


Tabung Blogger Untuk Menghadapi PRU13.

Kami bukan kaya sepertimana blogger-blogger upahan Umno yang ada dibayar secara bulanan dan ada yang dibayar secara tahunan dan yang pasti blogger pencacai tahap 1 akan dibayar puluhan ribu siap mendapat perlindungan dari pemimpin Umno/BN dan pihak berkuasa. Mereka tidak boleh disentuh walau sebanyak mana pun laporan polis dibuat kerana mereka memiliki kekebalan dari undang-undang.

Blogger Pakatan Rakyat tidak memiliki apa yang diperolehi oleh blogger-blogger pencacai terutamanya dari kem Umno. Semua perbelanjaan untuk segala bil-bil dan peralatan adalah dari poket blogger Pakatan tanpa dibantu sehinggakan ada tak mampu membayar bil talipon kerana tiada sumber untuk membantu blogger-blogger Pakatan Rakyat.

Sumbangan yang dilakukan oleh pengendali laman-laman sesawang dari Pakatan Rakyat seperti tidak diendahkan oleh pucuk piumpinan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP. Mereka langsung tiada pertahanan untuk membela mereka jika mereka ini disaman, ditangkap atau didakwa demi mempertahankan segala serangan yang dilakukan oleh Blogger upahan Umno/BN.

Mereka inilah barisan hadapan dalam menghadapi segala fitnah-fitnah yang direkacipta oleh blogger pencacai. Kami sedar parti dalam Pakatan Rakyat bukannya banyak tunai sebagaimana dimiliki oleh Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno. Pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu menanya sumbangan blogger-blogger (PR) tetapi tanya pada diri sendiri apa sumbangan parti terhadap blogger/pengendali laman sesawang yang bekerja keras mempertahankan Pakatan Rakyat.

Sudah lama saya mengajukan pertanyaan ini kepada parti tetapi ianya seperti tidak diendahkan. Memang kami ikhlas demi perjuangan menegakkan kebenaran yang menangkis segala fitnah dari kerajaan tetapi kami juga perlu menyara hidup keluarga kami kerana ada diantara kami yang berblog sepenuh masa, ada yang separuh masa disebabkan ada mulut yang perlu disuap setiap hari.

Oleh itu saya meminta sokongan daripada rakan-rakan blogger agar menyokong saranan untuk mengisi 'Tabung Untuk Blogger' dari parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat. Memang kami memerlukan dana untuk terus bekerja keras menghadapi fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat. Memandangkan Pilihan raya umum sudah tidak lama lagi dan ianya akan dibubarkan bila-bila masa dari sekarang kutipan dana untuk blogger tidak boleh ditangguhkan lagi.

Insyaallah saya akan panjangkan perkara ini kepada PAS Pusat, PKR Pusat dan DAP Pusat agar diambil perhatian segera. Kepada sesiapa yang sudi baik dari individu mahu pun parti, sumbangan anda boleh terus disalurkan ke akaun CIMB Islamic no. 0813-0000069-10-0. Kami akan melantik sekumpulan blogger untuk menguruskan 'Dana Untuk Blogger' agar blogger Pakatan boleh terus berkarya tanpa memikirkan bayaran-bayaran bil dan sara hidup walaupun tidak semewah blogger pencacai. Sekurang-kurangnya dana ini dapat membantu serba sedikit masaalah kewangan yang kita hadapi.

Selongkar Terhangat: Siapa Rosmah Mansor Yang Sebenar?. (Bhg 4)


Sejarah dan asal usul Rosmah Mansor

Ni sambungan dari kisah isteri pertama PM Najib. Dalam posting wa yang sini dan sini, wa cuma nak jelaskan bahawa yang sepatutnya menjadi isteri pertama PM Najib bukan lah Rosmah Mansor seperti yang di ketahui kini.


Oleh itu, wa korek pulak siapakah wanita 'hebat' yang berjaya merampas PM Najib dari tangan isterinya yang sah, malah PM Najib sanggup meninggalkan anak bini dia hanya kerana ingin membina hidup bersama Rosmah Mansor.


Datin Paduka Seri Hajah Rosmah Mansor ialah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Abdul Razak namun beliau bukanlah isteri yang pertama bagi PM Najib. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) semasa di era pemerintahan Umno/BN di Selangor dulu.


Beliau merupakan isteri yang kedua bagi PM Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau jugak mempunyai seorang anak, Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Farith Ismeth Amir, pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM. Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Ramai yang tidak mengetahui kisah sebenarnya bagaimana Rosmah Mansor berjaya mendapatkan PM Najib dari bekas isterinya, Tengku Puteri Zainah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu PM Najib adalah MB Pahang pada usia yang terlalu muda. Menurut maklumat, Rosmah Mansor senantiasa berkunjung ke pejabat MB Pahang untuk bertemu PM Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Datuk Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.

Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah Mansor akan mengadap PM Najib, dan setiap kali itulah jugak lah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB Pahang, lain-lain orang tidak dibenarkan masuk. Kejadian dan mungkin boleh di kategorikan sebagai skandal itu berlaku agak lama, hinggakan PM Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu untuk  mengalihkan kenderaan rasmi MB untuk membuktikan bahawa beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah Mansor datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.


Hubungan pelik Rosmah Mansor  yang datang ke pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri PM Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka dengan alasan itu akhirnya, PM Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah Mansor setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah Mansor yang sah ketika itu.


Entah berapa harga yang telah dibayar oleh PM Najib pun tidak pasti, mungkin ratus ribu RM atau juta RM agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah Mansor memiliki PM Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah Mansor untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah Mansor kerana memiliki lelaki seperti PM Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat satu ketika dulu.


Hasratnya untuk menjadi wanita nombor satu tercapai seketika tatkala isteri bekas Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah Mansor sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan.


Rosmah Mansor terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang langkah PM Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah Mansor sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.


Akhirnya kini, Rosmah Mansor sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana PM Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan di media ketika beliau berada bersama PM Najib dalam mana-mana acara rasmi.


Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar PM Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah Mansor tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".


Katanya itu masih terpahat di minda dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah Mansor. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya PM Najib.


Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin PM Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".


Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh PM Najib dalam pakatan pembangkang.


Terdapat juga khabar angin mengatakan Tun Madey ada memberi "kata dua" kepada PM Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Tun Madey tahu siapa Rosmah Mansor dan apakah kaitannya dengan skandal-skandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.
Bersambung.......

Ahad, 8 Julai 2012

Selongkar Terhangat: Siapa Rosmah Mansor Yang Sebenarnya?. (Bhg 3)


Latar Belakang

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ialah isteri Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL).


Beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau mempunyai seorang anak Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Farith Ismeth Amir. Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Permulaan Kerjaya Dalam Politik


Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zainah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat, Rosmah sentiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.

Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.


Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal).

Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.

Kejayaan dan sumbangan



Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan.

Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.



Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi.

Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".



Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.



Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".

Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA.



Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?. Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini. 

Bersambung.....

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...