Translate

Mesti Baca

Sabtu, 7 Julai 2012

Selongkar Terhangat: Isteri Pertama Najib, Tengku Puteri Zainah Adalah Kerabat Di Raja Kelantan. (Bhg 2)

Ni sambungan dari kisah isteri PM Malaysia yang wa post semalam. Kisah ni pun wa korek dari pakcik google jugak. Pasni mungkin ada versi lain pulak dari pihak Umno.


YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Perdana Menteri yang jugak dahulu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.


Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja Kelantan.

Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.

Walaubagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara beliau dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987, 25 tahun yang lalu.


Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.

Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan tanpa pengetahuan beliau.

Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.Cuma selepas suaminya dilantik menjadi Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel.

Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, 32 tahun, Puteri Nerlisa, 28 tahun dan Mohd. Naziffuddin, 25 tahun.

Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah. Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987

Dan pada malam menjelang Hari Raya itu jugak lah PM Najib dan Rosmah pergi ber'honeymoon' di Eropah. Dan menjadi pertama kali nya Nizar, Puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka disisi.
Bersambung.......

Jumaat, 6 Julai 2012

Selongkar Terhangat: Isteri Pertama Najib, Puteri Zainah Iskandar. (Bhg 1)



Semua orang tahu Datin Hajah Rosmah Mansor atau lebih di kenali sebagai BikMama@FLOM ialah isteri kedua Dato Seri Hj Najib Razak, PM Malaysia. Janda PM Najib pulak ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama PM Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi PM Najib. Wanita pertama yang berada di kiri PM Najib diatas pelamin yang kilau gemilau suatu ketika dahulu. Wanita pertama yang menjadi teman tidur PM Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan PM Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar PM Najib untuk ke pejabat.


Walaupun ada kuasa yang cuba untuk menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak Perdana Menteri itu, Mohd Nizar, Puteri Norlisa dan Mohd Nasifuddin.


Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat wal afiat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan PM Najib masih terpapar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai PM Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-galanya dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya bersama PM Najib.


Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam kamus hidup PM Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut PM Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani PM Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa PM Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yie lah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.


Mungkin ada juga yang tak tahu bahawa bekas suami Datin Hajah Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM1. Manakala anak perempuan Datin Hajah Rosmah Mansor bersama Farid Ismeth pulak ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Datuk Dr Fazley.


1.) PM Najib menuduh isteri dia yg pertama, Puteri Zainah binti Iskandar mempunyai penyakit sawan gila babi, untuk membolehkan dirinya berkahwin dgn Rosmah Mansor?

2.) Anak dah 3 boleh jatuh hati dgn suami org lain dlm keadaan dia isteri org dan mak budak dah 3 anak? 
Bersambung.....

Kerana Ketamakan Dan Keborosan Rosmah, Najib Haramjadah Akan Memikul Segala Kesalahannya.



Perdana Menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa mereka telah berjaya mengumpul lebih dari RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat.
Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Razak Baginda yang telah dipanggil oleh mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan PM Najib seperti cacing kepanasan.
“Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami,” kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.
Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Razak Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang2nya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisyen.
Jalbir merupakan saksi pertama yang akan dipanggil oleh hakim di mahkamah Perancis itu sejak perbicaraan tersebut dimulakan pada awal April. Menjadi kesalahan di sisi undang-undang di Perancis untuk mana2 pihak menerima atau menawarkan komisyen untuk mencapai perjanjian. Dua buah kapal Scorpene ini telah dibeli oleh PM Najib semasa dia menjadi Menteri Pertahanan dan ia pula disokong kuat oleh parti pemerintah, Umno walaupun ia ditentang hebat oleh rakyat awam.
Walaupun PM Najib telah menafikan wujud apa2 jenayah yang terlibat dalam perjanjian itu, Umno/BN, agensi2 kerajaan yang lain termasuk polis dan SPRM enggan melakukan apa-apa siasatan ke atas kes itu.
Ini memaksa SUARAM untuk memfailkan kes terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010, dimana jika didapati bersalah, mereka terpaksa membayar semula wang itu kepada rakyat Malaysia kerana harga yang terlalu tinggi dikenakan akibat daripada rasuah yang tercipta diatas urusan urusniaga tersebut. Ini juga akan memaksa kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap tuduhan itu.
“Sedang kita menikmati makanan diatas meja ini, satu sepina telah dikeluarkan terhadap Encik Jalbir Singh Chahl. Kes ini sedang berjalan dengan lancar,” kata Cynthia yang disambut dengan sorakan gemuruh.
SUARAM juga telah berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam yang dihadiri oleh lebih 1000 orang. Jumlah itu telah membuktikan bahawa begitu ramai yang memberi maklum balas dan menderma dengan ikhlas untuk membayar yuran guaman dari Perancis dan menyatakan perasaan mereka terhadap pembelian penuh kontroversi oleh PM Najib itu.
Bukan sahaja kapal2 selam itu didapati tidak sesuai untuk perairan Malaysia, tetapi jumlah rasuah yang besar didakwa telah diterima oleh DCNS daripada pegawai2 Malaysia, termasuk PM Najib dan Razak Baginda melalui perjanjian itu telah menghairankan rakyat.
Turut terlibat dalam skandal rasuah ini adalah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dilaporkan dibunuh apabila cuba mengugut Razak Baginda untuk mendapatkan bahagian komisyennya yang telah dijanjikan, dan ini mungkin juga telah menjadi penyebabnya.
Dua bekas pengawal peribadi PM Najib telah dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan kejam itu, tetapi ramai di Malaysia yang yakin bahawa mereka hanyalah orang suruhan dimana tuannya masih lagi belum tertangkap.
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis juga telah membocorkan maklumat yang boleh mengaitkan Altantuya dengan perjanjian kapal selam dan ini mungkin boleh memberitahu kita kenapa sebenarnya dia dibunuh.
Walaupun majlis makan malam pada hari Jumaat berjaya, pegawai2 SUARAM memberi amaran bahawa perbicaraan di Perancis ini baru sahaja bermula dan lebih banyak lagi dana yang bakal diperlukan untuk memastikannya berjalan hingga ke akhirnya.
Selepas Jalbir, semua akan menunggu pula bila mahkamah Perancis akan memanggil Razak Baginda, PM Najib dan Menteri Pertahanan semasa iaitu Zahid Hamidi untuk memberi keterangan dan bersetuju untuk memberi kerjasama ini demi membersihkan nama mereka terutamanya Razak Baginda dan PM Najib.
“Kami menyokong apa jua usaha demi membanteras rasuah,” kata ketua pengarah SUARAM, E Nalini.

Khamis, 5 Julai 2012

Akhirnya Uncleseekers Dan Teman Wanitanya Ditahan Reman 4 Hari.


 

Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas susulan penahanan lelaki tersebut di plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas pengendali blog berkenaan.

Perintah tahanan reman juga dikeluarkan ke atas seorang wanita berusia 26 tahun yang turut ditahan dalam operasi tersebut, laporBernama.

Menurut polis, kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak ketika 
dihubungi Malaysiakini berkata pasangan tersebut ditahan pada kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Al-Attas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor, katanya.

Tiga puluh individu pada Ahad lalu dilaporkan menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas pengamal paranormal itu supaya berhubung penyiaran tulisan kontroversi dalam blog tersebut.

Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog berkenaan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan Johor serta penjawat awam kerajaan Johor. 

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.

Statistik di blog berkenaan menunjukkan ia telah menerbitkan tulisan sejak Julai 2008 dan kini menerima kunjungan hampir 10 juta pembaca.

Ia antara lainnya menerbitkan 64 bahagian tulisan berhubung isu yang didakwa melibatkan keluarga Istana negeri tersebut.

Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya diTwitter. MK

Akhirnya Uncleseekers Ditahan....!!!!!


Setelah mengeluarkan artikel bersiri yang bertajuk 'Sultan Johor dan Kerabatnya', Uncleseekers dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis di Senawang, Negeri Sembilan pada jam 10.30 malam tadi. Beliau tidak sempat menyiarkan siri ke 65 'Sultan Johor dan Kerabatnya' yang pada pendapat gua artikel itu mungkin sudah disiapkan cuma belum dipaparkan pada blognya.

Berita penangkapan beliau telah disiarkan oleh beberapa blog tetapi ia tidak dapat dipastikan dan menurut cerita Uncleseekers telah dibawa oleh polis ke Johor untuk ditahan di Balai Polis Nusajaya setelah laporan polis telah dibuat keatas beliau oleh 30 individu. Gua pun malas nak komen banyak memandangkan berita penangkapan belum betul-betul dapat disahkan.

Gua pun tak dapat kepastian tentang penangkapan Uncleseekers oleh pihak polis, adakah kerana laporan polis oleh 30 individu itu atau pun arahan dari pihak Istana Johor yang sudah tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Uncleseekers sehingga ianya menjadi cerita bersiri yang cukup panjang iaitu 64 siri. Ianya boleh diandaikan masih banyak siri-siri yang akan menyusul jika penangkapan Uncleseeker tidak dilakukan oleh pihak polis.

Inilah cara undang-undang di Malaysia yang masih berpandukan kepada kasta yang mana bila rakyat marhaen menyoal maka jawapan dari kasta tertinggi ialah tangkap sipenyoal kerana kasta tertinggi tidak dapat menjawab. Kita baca apa yang ditulis oleh blogger MSO....

Susupan pagi: Pencerap hantu ditangkap polis
Akhirnya blogger yang menggunakan nama samaran Uncleseekers atau Syed Abdullah Syed Hussein Alattas telah ditahan polis malam tadi. Syed Abdullah yang sebelum ini merupakan pimipin kepada sebuah team pencerap hantu dikehendaki polis ekoran pendedahan berani beliau dalam blognya mengenai cerita-cerita di istana Johor.

Semua orang menggeleng kepala dan ada yang memuji keberanian Syed Abdullah 'menyerang' istana Johor. Paling mengujakan bagaimana Syed Abdullah boleh bertahan untuk beberapa minggu atau bulan dari ditahan polis. Saya sendiri ditanya oleh banyak orang mengenai keberanian Syed Abdullah namun tidak sedia untuk mengomennya urusan keberanian dan integriti adalah urusan peribadi.


Malam tadi satu PM masuk ke box saya  meminta saya memberi ulasan berhubung keberanian Uncleseekers tetapi saya menjawabnya tidak perlu mengulas mengenai itu. Kedua subjek itu, Uncleseekers dan istana Johor tidak menarik minat saya. Sebab itu kalau ada rakan-rakan tag cerita fasal beliau dan menyertakan sekali ULR alamat blog untuk dilayari saya membuangnya.


Isu Syed Abdullah kita serahkan kepada polis untuk menguruskannya. Kalau benar apa yang ditulis itu boleh menjejaskan institusi raja-raja khasnya dan meruntuhkan kekuatan dan integriti Melayu, ia wajar diambil tindakan dan penulis seperti itu perlu juga diawasi. Cuma satu diharapkan jangan tahan Syed Abdullah begitu saja jauh sekali hanya untuk mengancamnya agar tidak menulis, tetapi bawa ke mahkamah dan pihak terbabit harus menyamannya untuk membolehkan Syed Abdullah menjawab segala dakwaan dan tuduhan beraninya itu.


Dalam pada itu saya mendapat tahu pihak polis sedang mengesan dan mencari beberapa orang lagi blogger "liar" maksudnya blogger yang tidak mempedulikan etika dalam penulisan atau yang menulis dalam kotak berwarna malam di waktu malam. Diingatkan kepada blogger berkenaan berhati-hati jangan sampai diserkup polis atau anda perlu mengubah segera irama penulisan anda biar beretika.

Sama-sama kita tunggu apa pula 'keberanian' Syed Abdullah nanti. Saya percaya selepas selesai disoalsiasat oleh polis beliau akan mencatatkan pengalaman itu untuk para penjenguk blognya. [wm.kl.9 am. 05/07/12] -http://www.msomelayu.blogspot.com/

Rabu, 4 Julai 2012

Gua Semakin Pening

Gua pun semakin berbulu melihat kemewahan yang sengaja untuk tontonan rakyat betapa kayanya Kerabat mereka dalam keadaan rakyat marhaen semakin hari semakin tersempit dengan sara hidup yang melampau. Bila elektrik yang gua gunakan dari RM120 sebulan dan bila sampai bil baru dah jadi RM160. Gua mula melakukan penjimatan dalam penggunaan elektrik secara total, ingatkan turun ler ke angka RM100-120 tetapi yang terbaru kurang beberapa RM sahaja untuk mencecah RM200. Apa hal nih wahai kerajaan yang semakin celaka menganaiya rakyat. Sudah ler segala perbelanjaan lu all rakyat yang tanggung sampai nak mampus, lu senang-senang nak tunjuk kekayaan lu. Lu ni apa hal nih jika nak tolong rakyat, tunjukkanlah sikap yang terpuji. Gua tahu lu ada Darjat tetapi lu kena ingat Darjat lu akan dikira kerana sekarang ini pun lu punya kaki sebelah dah kat neraka. Kalau nak menunjuk atau berlagak, agak-agak ler. Gua sound tak kira sape le PM ker, lu Rosmah ker atau pun lu berketurunan darah putih.

uncleseekers: Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64): Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64) Tan Sri Abdul Gani bin Patail Apa dah jadi.... Semua yang dibuat dan dirancang tak menjadi? Letak ...

Selangor Akan Saman MCA Dalam Isu Talam.

 

Kerajaan Selangor memutuskan mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA dan pihak yang menuduh berkenaan penyelewengan RM1 billion berhubung isu Talam Corporation Bhd, kata menteri besar.

NONE"Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik kerajaan Selangor," kata Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan, bertali leher).

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri, tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, Khalid berkata pihaknya akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat.

MCA semalam mendedahkan dokumen yang menunjukkan Selangor menggunakan lebih RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat Talam melalui proses perakaunan rumit.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Chua Tee Yong mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak menjelaskan perkara sebenar berhubung usaha memungut hutang melibatkan Talam itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa jumlah tersebut bukanlah skandal RM1 bilion yang disebutnya sebelum ini.

Selangor akan menyediakan kertas putih menerangkan penyusunan semula hutang Talam dalam Bajet 2013 pada November ini. MK

Keganasan Politik: PR Anjur Penubuhan JK Bersama.

 

Pakatan Rakyat menggesa supaya sebuah jawatankuasa bersama ditubuhkan untuk menangani masalah peningkatan kegansan politik yang semakin membimbangkan.

Pemimpin DAP, Ronnie Liu berkata insiden keganasan politik telah mencapai tahap "yang menakutkan" dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan sudah menjadi seperti satu perkara biasa.

Beliau mengambil sebagai contoh kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz sama ada Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana didakwa menderhaka.

kerinchi pantai dalam pkr ceramah 250512"Beberapa NGO telah menganjurkan supaya sebuah jawatankuasa 
bersama ditubuhkan dengan dianggotai ahli politik daripada kedua-dua belah pihak, bagi menyelesaikan masalah tersebut, dan kita bersetuju dengan mereka," kata Liu yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor, semalam.

ADUN Meru, Abdul Rani Osman juga mengadu bahawa berbelas-belas laporan polis telah dibuat terhadap insiden keganasan politik tetapi tidak membawa sebarang hasil.

Ini termasuklah satu laporan mengenai insiden Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dikatakan diserang dari belakang oleh seorang aktivis PERKASA di Teluk Bahang pada hari Ahad.

Dalam kejadian itu, kata Rani, pihaknya telah mengambil gambar dan mengenal pasti penyerangnya, namun tiada tuduhan dikenakan terhadapnya.

NONE"JikA seorang ketua menteri boleh diserang sedemikian rupa, 
bayangkan bagaimana rakyat biasa akan dilayan," kata Rani, yang juga ketua PAS Selangor.

Satu lagi insiden lain yang dibangkitkan oleh wakil-wakil Pakatan itu, ialah perbuatan melontar telur dan batu sewaktu satu ceramah di kawasan pilihan raya Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai, serta serangan terhadap dua pemimpin DAP di Klang, sehingga terpaksa dirawat di hospital. MK

Selasa, 3 Julai 2012

Uncleseekers: JMF- Relevan Atau Tidak.


Sekadar hiasan


Email yang aku terima dari Kamal Hisham untuk kita kongsi bersama maklumatnya


Peguam Kamal Hisham Jaafar

Johor Military Force (JMF)- Relavan atau Tidak ? 

Kajian Segera Perlu dilaksanakan

Kenapa Negeri Johor perlu ada tentera JMF ? Ini bertindih dengan fungsi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). JMF hanyalah di dalam kategori Perkhidmatan Sokongan di dalam Senarai Perkhidmatan Kerajaan, setaraf kategori Pengawal Keselamatan (Security Guard).

Betulkan JMF tidak berfungsi atau berperanan penting semasa Perang Dunia dulu, hinggakan kem nya( Kini Majidee Camp) diambil alih dan diguna oleh British.? Manakah mereka semasa rakyat berjuang?

Adakah mereka hanya jaga keluarga Sultan sahaja?.

Adakah betul tujual asal penubuhan JMF hanya satu kebetulan sahaja bukanlah untuk mewujudkan satu pasukan Tentera Negeri yang menjaga keselamatan rakyat?

Adakah Betul JMF ditubuh hanya untuk menyelamatkan Sultan Johor yang telah disaman di England kerana melakukan pecah janji atau tak jujur pada janji nya kepada seorang wanita ?, Ini berkaitan kes Mighell vs The Sultan of Johor? Adakah benar dari fakta kes itu, sudah pasti Sultan akan kalah kes , jadi dia cuba mengguna taktik berbelit sedikit iaitu mengunakan alasan " raja berkedaulatan atau sovereign " sebagai cara lepaskan diri dari tindakan mahkamah. 
Gambar hiasan

Adakah benar JMF ditubuhkan kerana untuk membolehkan alasan " raja berkedaulatan" digunakan di Mahkamah yang mana ia perlu dibuktinya dengan  melengkapkan  ciri ciri sebuah Negeri Berdaulat, antaranya wujudnya sebuah negeri dan raja itu ada sejumlah askar sendiri sera beberapa syarat-syarat lain, Maka tertubuhlah JMF yang penuh bersejarah yang amat dibangga-banggakan walaupun  tujuannya hanya untuk menyelamatkan muka Sultan pada masa itu. Ini lah yang patut dikaji, banyak juga perkara lain perlu disemak semula.

Cadangan bagi membubarkan JMF telah pun dibuat Bacaan pertama di Parlimen semasa krisis Perlembagaan tetapi tiada Bacaan kedua dibuat, persoalannya kenapa polisi Kerajaan Malaysia terhadap JMF ini tidak konsisten. Keputusan yang hendak membubarkan JMF telah dibuat  dan dBacaan Pertama juga di Parlimen telah dibuat .Persoalan dan soalan berikut harus jawap bagi membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa Kosisten dalam Polisi pentadbiran Negara ini :-.


1) Kenapa benarkan kem baru dibina di tapak berhampiran RTM? Hingga Projek Membina Rumah Anak Yatim (Letter of Intent telah dikeluarkan)di tanah rizab Majlis Agama Islam Johor dibatalkan dan tanahnya diambil untuk kegunaan JMF. Kesian anak anak yatim, kemana mereka nak mengadu?.
Gambar hiasan

2) Benarkah Sultan mohon tambahan jumlah anggotanya hampir 2 kali ganda dari jumlah anggota yang dibenarkan? Hingga Menteri XXXXX diberi hadiah atau cuba dirasuah dengan 2 motosikal berkuasa tinggi? Tetapi Menteri XXXXX bukan mudah dibeli dan sangat professional di dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang Menteri.

3) Kenapa Polis Diraja Malaysia memberi atau menyerahkan banyak senjata api yang disimpan (bagi tujuan pelupusan) di Stor Shah Alam diserah kepada JMF? Tidakkan ini satu tindakan yang merbahaya, kerana JMF hanya pasukan sokongan sahaja di dalam senarai Perkhidmatan Kerajaan dan bukannya pasukan tentera.

Gambar hiasan

Betulkah Ketua Polis Johor dihadiahkan Motosikal berkuasa Tinggi bagi membantu melobi bagi pihak JMF mendapatkan senjata senjata dari Polis Malaysia hingga jumlahnya terlalu banyak dan tidak selaras dengan jumlah anggota JMF yang dibenarkan undang-undang.?

4) Kenapa benarkan JMF sering menggunakan kemudahan latihan di kem Komando di Mersing? Siapakah yang membayar kos untuk semua latihan mereka?

5) Bilakah kali terakhir atau pernahkah senjata-senjata JMF dan milik keluarga diraja diaudit? Tidak risaukah mereka boleh merbahayakan Negara jika berlaku krisis Perlembagaan.?
Gambar hiasan

6) Kenapa JMF perlu Unit Khas yang bongkak dikenali sebagai JMF Elite Forces? yang mengiringi anak-anak raja hingga ke Shopping Complex di Kuala Lumpur dan merata tempat yang penuh bersenjata dan bercemin mata hitam. Ini membuatkan rakyat meluat dan meloyakan. Kenapa anak raja yang baru setahun jagung diiring dengan begitu ramai JMF apabila berjalan, hingga jumlahnya melebihi jumlah pengawal yang mengiringi Yang DiPertuan Agong.? Apabila ada majlis-majlis  bersama rakyat JMF Elite Forces berlari-lari macam orang sakit perut dan terjun  sebelum kenderaan mereka berhenti macam cerita movie barat tentang kisah pengiring-pengiring Presiden Amerika.
Gambar hiasan

Mengikut sejarah, reputasi JMF sebagai kaki pukul dan berlebih-lebih dari kerabat memang tidak dapat dinafikan. Sebagai contoh di dalam Kes Konflik Pribadi Sultan Johor dengan saya, JMF digunakan masuk kedalam pejabat saya di Johor Bahru dan merampas fail-fail berkaitan Sultan .  JMF juga diletakkan di hadapan rumah saya, mengekori saya kemana-mana saya bergerak. Lebih menjijikkan ialah JMF mengeliling rumah saya  bagi membuat gempar dan menakutkan saya dan keluarga. Undang-undang apa dan kuasa apa yang JMF gunakan?.

Gambar hiasan

Pernah satu ketika, Almarhum Sultan Iskandar menumpu kepada satu hobi iaitu mengumpul meriam-meriam lama. Tunku Mahkota di dalam usaha mengambil hati bapanya pada masa itu telah membawa 2 trak JMF ke Kuala Lumpur dengan secara notis Ketua Pengarah Muzium untuk pergi ke Muzium Negara Kuala Lumpur dan katanya nak melawat Muzium, tetapi sampai di sana, Tunku Mahkota dan JMF terus pergi ke bahagian stor dan mengambil 23 Meriam lama dan dibawa balik ke Johor, maka terpingga-pinggalah Ketua Pengarah Muzium kerana tidak tahu nak buat macam mana.
Gambar hiasan


JMF juga, telah digunakan bersama Polis Johor untuk merampas Meriam lama dari satu galeri milik seorang lelaki berbangsa Cina di Kota Tinggi yang Galerinya mempamirkan barangan antik termasuk meriam lama, senapang lama dan beberapa barangan antik. Galeri itu telah dikepung dan meriam lama miliknya dirampas. Bila Pemilik galeri itu cuba membantah tindakan tersebut, dia telah diberi amaran oleh Pegawai Persenjataan IPK Johor ASP Suguman agar tutup mulut, jika tidak dia akan buka kes terhadap lelaki tersebut kerana menyimpan senjata api lama tanpa lesen dan menakutkan lelaki tersebut bahawa dia  boleh dikenakantuduhan serta hukuman yang berat.

Nasib baik ada saya ada di Johor Bahru pada keesokkan harinya. Bila mendapat tahu meriam lama tersebut telah diambil secara paksa. Saya  telah cuba menyelesaikannya dengan cara yang terbaik dan telah berjumpa dengan lelaki Cina tersebut berbincang dengan cara baik agar meriam lama yang telah diambil satu hari sebelum itu dibeli dengan harga yang murah dan perjanjian bertulis ditanda tanganni.


Ini kerana saya  tidak mahu Almarhum Sultan Iskandar  mengetahui cara bagaimana meriam yang di hadiahkan kepadanya itu didapati dengan cara paksa pada asalnya  oleh Tunku Mahkota pada masa itu. Cuba bayangkan  apakah akan terjadi jika lelaki  Cina itu membuat "Press Conference di akhba-akhbar Cina?"

JMF juga banyak terlibat di dalam beberapa pergaduhan-pergaduhan di antara kerabat dan orang awam. Kes-kes yang berlaku di Pulau Rawa baru-baru ini boleh dinilai, adakah pengawal Pribadi Sultan akan bertidak kasar kepada pelancong tanpa arahan? Rasanya di tulis salah laku JMF terlalu banyak dan ceritanya sudah benci didengar rakyat Johor.

Kerajaan Persekutuan harus campur tangan segera ditakuti  JMF akan atau menjadi duri dalam daging , jika benar desas desus ada pihak tertentu cuba bawa Johor keluar dari Malaysia ianya akan menghasilkan konfliks sangat besar dan susah untuk dikawal oleh Kerajaan. Kalau neger-negeri lain boleh maju tanpa JMF, kenapa nak kekalkan JMF? Tepuk dada tanya Iman.

Uncleseekers 

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...