Translate

Mesti Baca

Sabtu, 23 Jun 2012

Bagaimana Tahan Di Seksa Oleh...!!!!

Di sini gua lampirkan beberapa cara penyeksaan yang dilakukan oleh pihak penjara dan Polis Raja Di Malaysia terhadap tahanan mereka. Ini bukan rekaan gua untuk memburuk-burukkan pihak yang terlibat kerana gua sendiri mengalaminya. Kejahatan mereka tiada tolak bandingnya dan ia boleh disamakan dengan apa yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Majoriti mereka adalah Melayu tetapi tidak Islam kerana mereka cukup marah terhadap para tahanan yang berpegang kuat pada Islam ketika para tahanan diterjah dalam berbagai cara seperti deraan fizikal, akal dan fikiran. Mereka akan cuba memesongkan akidah para tahanan dan mereka akan berbangga sesama mereka andainya tahanan tersebut lari dari landasan Islam kerana tidak tertahan akan seksaan yang mereka hadapi.
  • Tahanan disuruh berdiri dengan sebelah kaki selama berjam-jam sambil mereka ketawa sesama sendiri melihat tahan yang sudah tidak bermaya.
  • Tahanan disuruh berdiri di atas tin susu kosong dengan tangan didepakan sehingga boleh dilihat corak bulat di kaki tahanan yang kesakitan tanpa belas kasihan.
  • Tahanan dipaksa berjalan seperti kambing berjalan iaitu mengunakan siku dan lutut di tengah padang yang mempunyai batu kerikil sehingga berdarah dan tiada rawatan diberikan untuk kelukaan itu.
  • Para tahanan dipaksa berbaring di atas padang takraw tanpa beralas ditengah terik matahari tanpa diberi minum dan adakalanya seksaan itu dilakukan dari tengah hari sampai kepetang.
  • Para tahanan dipaksa melakukan senaman secara komando dipadang yang terik tanpa henti dan sekiranya tahanan pengsan jasad mereka akan ditendang secara beramai-ramai.
  • Tahanan dipukul dengan mengunakan getah paip dan juga guni yang dibasahkan dengan untuk memekup muka tahanan agar lemas.
  • Mereka memukul secara beramai-ramai tahanan dengan menyarungkan guni ke kepala tahanan supaya tahanan tidak dapat menahan pukulan-pukulan yang entah dari mana datangnya (Penyeksaan ini dialami oleh penulis sendiri).
  • Tahanan akan dikurung didalam sel secara berseorangan dalam keadaan bertelanjang bulat.
  • Tahanan tidak diberi makan dan minum sampai kelaparan demi menganggu emosi tahanan.
  • Tahanan tidak dibenarkan melakukan solat dan kerana itulah mereka ditelanjangkan tanpa seurat benang ditubuh mereka dan tiada kemudahan air untuk para tahanan yang beragama Islam.
  • Para penyiasat akan melakukan tekanan terhadap tahanan secara bergilir-gilir tanpa dibenarkan tidur dan adakalanya siasatan itu berlarutan selama 3 sehingga 4 hari berturut-turut.
  • Mereka akan mencerca ideologi dan agama para tahanan walau pun mereka sendiri adalah Islam.
  • Ada yang sampai ke tahap mempersendakan Islam dengan kata-kata 'mana tuhan kamu jika ada di mana dia dan kenapa tuhan kamu tidak membantu kamu kerana kamilah tuhan kamu yang boleh membantu kamu. Tuhan kamu tidak dapat membantu kamu kerana hanya kamu sahaja yang boleh membantu kamu'.
  • Ada kala para penyiasat menyuruh tahanan yang disoal siasat agar memanggil mereka dengan gelaran 'Tuhan', 'Dewa', Tun', 'Tan Sri', Datuk Sri', 'Datuk' demi menunjukkan yang nasib para tahanan terletak ditangan mereka kononnya merekalah yang akan menentukan kedudukan mereka, dibebaskan atau di ISAkan.
  • Mereka mengugut para tahanan yang mereka akan merogol isteri dan anak-anak perempuan para tahanan jika mereka masih berdegil tidak mengaku kesalahan yang sengaja di ada-adakan itu.
  • Mereka mengugut tahanan agar mengaku segala kesalahan yang mereka cipta itu jika ingin dibebaskan dan jika tidak, mereka akan ditahan selama mana yang mereka suka. 
  • Para penyiasat akan menekan akidah para tahanan agar mereka menjadi lemah kerana itulah 'Matlamat Menghalalkan Cara' menjadi pegangan para penyiasat polis yang mana majoriti yang terlibat dalam penyiasatan/penyiksaan para tahanan sudah lama murtad demi menjadi pencacai sial Umno celaka.
Para tahanan yang ditahan dibawah akta ISA Laknatullah telah memberi Polis Raja Di Malaysia untuk menahan selama 60 hari untuk melakukan siasatan (sengaja dicipta untuk kepentingan pemimpin Umno celaka) dam mesti memperolehi arahan tahanan reman dari mahkamah. Setiap reman hanya untuk 2 minggu sahaja dan polis akan terus memohon arahan reman sehingga cukup 60 hari. Selepas selesai siasatan selama 60 hari (sebenarnya skrip siasatan telah siap sebelum tahanan ditahan lagi) oleh Polis Raja Di Malaysia maka permohonan akan dihantar kepada Menteri Dalam Negeri menahan terus tahanan tersebut dibawah ISA selama 2 tahun tanpa perbicaraan dan ia akan diperbaharui setiap 2 tahun oleh KDN. Tahanan ISA boleh ditahan selama mana yang Polis Raja Di Malaysia dan KDN kehendaki dan ada tahanan ditahan selama 26 tahun.

Rabu, 20 Jun 2012

Apa Malang Di Kedah Dan Apa Pula Malang Di Selangor...!!!

ULASAN Melihat kepada keadaan semasa yang kurang 'menyenangkan khayalak ramai' ekoran beberapa kenyataan berhubung isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor; Faekah Husin yang mempertikai kepimpinan Timbalan Presiden KEADILAN (PKR) YB Azmin Ali sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP), saya berasa bertanggungjawap untuk menyatakan ketegasan parti bahawa semua kepimpinan di dalam organisasi negeri, baik dari kedudukan Menteri Besar, anggota Exco apatah lagi Setiausaha Politik  hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.

Tiap perbezaan pendapat perlu diselesaikan dalam semangat organisasi parti yang dipimpin Majlis Pimpinan Pusat.

KEADILAN Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana dengan jelas ia melanggar etika parti. 

Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif Menteri Besar untuk melantik Setiausaha Politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi KEADILAN yang berjuang bersama sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat.

Kenyataan twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang mengecam Kerajaan Negeri Selangor di twitter #kamisayangpkr agar berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikir perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian 'malang' yang berlaku di Kedah.

Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul. Perbuatan 'menyerang' kepimpinan secara terbuka adalah satu tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.

Saya nyatakan bahawa saya sedia mengatur pertemuan semuka untuk mengenalpasti apakah masalah dan saranan akar umbi KEADILAN bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang mungkin tidak sesempurna pada pandangan mata kepimpinan parti.

Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehinga perlu melantik pegawai lain bagi membantu tugasan Dato Menteri Besar, maka kerajaan negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera. Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tindakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti.

Saya mengharap rakan-rakan perjuangan dalam KEADILAN dan Pakatan Rakyat umumnya berjiwa besar dalam mendepani percubaan Umno yang senantiasa mengambil peluang dengan 'sedikit perbezaan pendapat' yang mungkin wujud di kalangan kita.

Setakat hari ini, visi ke Putrajaya dipandu dengan cukup baik oleh Pengarah JPRP Yb Azmin Ali dan acuan keikhlasan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mentadbir negeri wajar digabungkan menjadi satu 'gerombolan meriam' ampuh untuk mara ke Putrajaya.
 
Namun jika dalam perjalanan ini, ada satu dua meriam yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan meriam baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan. Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini.

Kepada semua pihak saya seru agar memberikan tumpuan bagi menghadapi PRU 13 yang akan diadakan pada bila bila masa sahaja.

Ayoh, tekadkan semangat, bulatkan matlamat dan nampakkan muafakat dalam perjuangan kita untuk menumbangkan Umno BN!

 Shuhaimi Shafiei

Selasa, 19 Jun 2012

Isu Plat WWW1: Nizar Hanyalah Tempat Melepaskan Dendam Politik..

Gua rasa sahabat gua Musafirlalu banyak menulis berkaitan isu WWW1 yang di bida dengan harga RM 520,000 dan gua menyokong penuh penulisan beliau dan juga teguran Nizar terhadap Sultan Johor. Malah kenyataan dari TMJ melalui twitternya menunjukkan seolah-olah Raja atau Sultan mempunyai kuasa mutlak tanpa siapa dibenarkan menasihati mereka.

Didalam twitternya TMJ menulis, "Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja. Jangan hidup dalam mimpi. bangun dan hadapilah kenyataan. Belajar menghargai apa yang anda ada dan bersyukur. Sesungguhnya tidak ada penawar kepada kebodohan".

Apa makna ini semua melainkan satu teguran dari TMJ tetapi adakah TMJ sedar jika Raja boleh menegur, adalah Raja sendiri tidak boleh ditegur dan kerana ditegur maka yang menegur dituduh menderhaka kepada Raja. Adakah Nizar menegur perkara yang buruk terhadap Raja yang dikatakan maksum itu. Jangan diungkit tentang Singapura kerana TMJ patut sedar tentang sejarah dan siapa yang menjual Singapura kepada penjajah British demi mengekalkan kuasa yang semakin kurang. TMJ patut membaca 2 dari 96 perkara yang diusulkan oleh Mahathir di Dewan Rakyat pada 18 Januari 1993 untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Pejabat dan rumah Nizar diserbu pihak polis.

Demi menunjukkan kemurkaan terhadap Nizar, Sultan Johor telah bertitah kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'.  Tidakkah Raja sedar bahawa Nizar adalah pemimpin yang dilantik oleh rakyat dengan cara yang sah sebagai wakil mereka untuk menegur, membela, memberi pandangan tanpa mengira status seseorang itu berbanding dengan Raja yang dilantik secara turun menurun.

Di manakah kewajarannya untuk rakyat jika segala kelakuan baik atau buruk Raja yang mereka sanjung tidak boleh diperkatakan. Jika mereka menegur Raja maka mereka akan dituduh menderhaka dan pihak polis mula bertindak secepat kilat sebagaimana dialami oleh Nizar yang mana pejabat dan rumahnya diserbu hanya kerana teguran pendek beliau didalam laman twitternya. Sedangkan baginda sendiri bertitah, 'Tiada rakyat maka tiadalah rajanya'.

Jika di bandingkan antara isu serangan pengawal peribadi dan pencerobohan kapal layar baginda oleh pelancong dari Singapura dengan isu plat WWW1, ia tidaklah sebesar mana pun kerana ini semua adalah mainan kotor dari pemimpin Umno. Kenapa di perbesar-besarkan isu ini kerana mengikut perkiraan saya, ia adalah dari kesenambungan dendam yang tidak berkesudahan terhadap Nizar yang melakukan 'Sembah Derhaka' terhadap Sultan Perak berkaitan isu perampasan kuasa yang jahat kerajaan PR Perak oleh Umno.

Mungkin dari provokasi Umno yang Nizar adalah boneka DAP semasa beliau menjadi MB Perak. Jika benar tentang perkara ini maka amat malang bagi rakyat Malaysia kerana Raja-Raja Melayu telah dipermain-mainkan oleh Umno demi menyambung ajal mereka yang hampir tiba. Apakah Raja-Raja Melayu tidak mengambil iktibar akan penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh Umno semasa mereka cukup kuat. Di mana Raja-Raja melayu ketika itu, adakah mereka sehebat sekarang dengan mengeluarkan kemurkaan terhadap pemimpin Umno. Rakyat yang berani adalah rakyat yang takut kemurkaan Allah s.w.t. daripada kemurkaan Raja-Raja Melayu yang bersifat keduniaan. Bagi saya, Raja yang baik adalah Raja yang sentiasa berlapang dada apabila ditegur dan bukannya Raja yang menunjukkan kekuasaan di atas muka bumi Allah s.w.t. ini.

Al-Fatihah: Exco Pahang, Tan Aminuddin Meninggal Dunia.



 Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak

Allahyarham adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Peneroka Felda Negeri meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak, manakala anak sulungnya sudah  meninggal dunia.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor dibawah pengawasan doktor pakar dilaporkan tenat semalam dan masih dibantu dengan mesin sokongan pernafasan sebelum ini dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Anak saudaranya, Saiful  Azman Mokhtar Affendi, bapa saudaranya itu dikatakan turut mengalami komplikasi penyakit lain termasuk jantung dan kencing manis dimasukkan ke Hoshas kerana mengalami cirit birit dan muntah muntah serta badannya lemah.

Tan Aminuddin adalah Ketua UMNO Bahagian Maran menjadi wakil rakyat sejak lima penggal dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar adalah anak jati Chenor.

Beliau adalah  anggota EXCO paling kanan dan lama berkhidmat dalam kerajaaan negeri selain Menteri Besar.

Sementara itu, isterinya kini turut mendapat rawatan di hospital yang sama akibat tekanan darah tinggi

Akhirnya Dr Mohamed Morsy Menang Sebagai Presiden Mesir Yang Baru.



Presiden baru Mesir, Dr Mohamed Morsy (gambar)meletakkan semua jawatannya dalam FJP dan Ikhwanul Muslimin Mesir bagi membolehkan beliau menjadi presiden kepada semua rakyat Mesir.

Langkah yang disifatkan sebagai satu tindakan berani ini bertujuan membolehkan beliau diterima sebagai pemimpin untuk semua rakyat Mesir tanpa mengira parti atau kumpulan rakyatnya.

Di Dataran Tahrir, ribuan rakyatnya meraikan kemenangan Morsy, jurutera yang mendapat pendidikan dari Amerika itu, dengan menyifatkan kemenangan ini sebagai berakhirnya regim Mubarak secara rasmi.

Namun, kebimbangan terus disuarakan pelbagai pihak apabila tentera Mesir melalui Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) dua hari sebelum mengundi membuat peraturan untuk mengehadkan kuasa ketua negara yang bakal diambil Morsy.

Golongan Islam dan Liberal terus menentang tindakan ini dan menyifatkan ia satu "military coup".

"Tentera mengalihkan kuasanya kepada tentera," menjadi tajuk muka depan akhbar bebas,  al-Masry al-Youm.

Dalam pengundian pusingan kedua untuk jawatan presiden ini, Morsy mengalahkan bekas Perdana Menteri Mesir terakhir di era Mubarak, Ahmed Shafik dengan undi 52 berbanding 48 peratus dari kalangan 50 peratus pengundi yang keluar mengundi.

(Antara ribuan rakyat Mesir yang memenuhi Dataran Tahrir bagi meraikan kemenangan Morsy)

Shafik adalah bekas Ketua Tentera Udara Mesir sebelum dilantik menjadi perdana menteri terakhir oleh Mubarak.

Tindakan tentera mengisytiharkan kuasa ketua negara yang terhad adalah satu tindakan yang mencabar demokrasi yang cuba mahu bertunas di negara itu.

"Tindakan yang mengganggu demokrasi dan revolusi," kata bekas diplomat dan juga pemenang anugerah Nobel,  Mohamed ElBaradei melalui Twitternya.

Sementara itu, kemenangan Ikhwan selepas puluhan tahun dibentuk disambut dengan penuh kegembiraan oleh gerakan Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia.
 
(Dr Syed Azman, Penolong Setiausaha Agung PAS yang menjadi pemerhati pilihan raya turut meraikan kegembiraan rakyat Mesir)

Namun ia disambut dengan penuh curiga oleh kumpulan sekular termasuk negara-negara barat yang bimbang dengan brand Islam Ikhwan.

"Saya mengundi Morsy tetapi saya tidak boleh kata saya gembira dengan kemenangannya, " kata seorang penganggur, Mohamed Mahmoud, 28 sebagaimana dilaporkan Reuters.

"Saya masih takut kedua-duanya dan apa yang mereka akan buat. Saya tidak mahu negara Islam atau negara baru Mubarak," kata beliau merujuk kepada Morsy yang mewakili kumpulan Islam dan Shafik yang mewakili Mubarak. HarakahDaily

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...