Translate

Mesti Baca

Khamis, 14 Jun 2012

Jika Lu Tak Bersalah Kenapa Takut Sangat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Mahathir semakin takut jika Pakatan Rakyat menang kerana beliau tahu yang beliau tidak akan terlepas dari didakwa tentang kekejaman, salah laku dan penyalahguna kuasa selama 22 tahun memerintah negara. Menurutnya, perkara paling menakutkannya adalah penyalahgunaan kuasa oleh PR dengan menggunakan pertuduhan palsu untuk meletakkannya di dalam penjara walaupun beliau tidak bersalah. Betul ker yang beliau adalah seorang rejim yang cukup bersih dari melakukan kesalahan.

Kata Mahathir, perkara ini akan diinspirasikan oleh kejadian yang menimpa pemimpin Mesir, Hosni Mubarak dan Libya, Muammar Gaddafi di mana mereka diburu, ditangkap dan dihukum jika Pakatan Rakyat menang pada PRU13 nanti. Andaian ini menunjukkan yang Mahathir sudah yakin Umno/BN akan tumbang selepas 12 penggal menzalimi, menindas, menipu, merompak rakyat marhaen dan beliau adalah bapak segala kejahatan tersebut.

Mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tentang perkara ini beliau menulis dalam blognya “Dia betul. Saya takut. Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti yang sudah ditunjukkan seorang pemimpin besar pakatan dengan menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya,” 
 

Katanya lagi, sepanjang pemerintahannya, beliau sentiasa berhati-hati agar tidak menyalahgunakan kuasa kerana menyedari beliau akan akan bersara dan kehilangan kuasa di suatu tahap. "Jika saya menyalahgunakan kuasa, para pengkritik sudah tentu teruja mendedahkannya dan berusaha membawa saya ke penjara. Malah ia pernah dicuba beberapa kali".

“Sejak bersara, saya telah disoal siasat oleh polis dan Pejabat Peguam Negara beberapa kali. Saya juga hadir di hadapan tribunal yang bertanya dan mempersoalkan segalanya, termasuk wakil Majlis Peguam. Setakat ini tiada (tindakan)  boleh dikenakan terhadap saya,” katanya. Bukan kerana tiada tindakan diambil tetapi kerana Umno/BN masih berkuasa dan beliau masih lagi kebal dari undang-undang. Selagi Umno/BN memerintah, selagi itulah beliau bebas sebebasnya tanpa siapa berani menyentuhnya.

Inilah kata-kata seorang separuh Melayu yang mudah lupa kerana menurut dari apa yang beliau katakan, beliau menjangkakan yang Pakatan Rakyat akan memerintah mengikut apa yang telah beliau lakukan selama 22 tahun menjadi rejim penindas. Jika beliau merasakan yang beliau adalah bekas Perdana Menteri yang paling bersih, kenapa beliau begitu takut. Hanya orang yang bersalah sahaja yang akan membayangkan kesalahannya. Bak kata pepatah, 'Berani kerana benar dan takut kerana salah'.

Seperti yang katakan, gua cukup tidak setuju dengan politik dendam tetapi kesalahan Mahathir cukup besar bagi rakyat Malaysia. Beliau bukan sahaja menindas tetapi sampai ke tahap membunuh rakyat Malaysia dan tangannya masih merah dengan darah-darah para Syuhadah Memali dan peristiwa Lubuk Merbau. Mempergunakan Petronas untuk menyelamatkan syarikat-syarikat milik anak-anaknya. mungkin Anwar cukup tahu tentang perkara ini kerana beliau adalah menteri kewangan ketika itu.

Dalam isu MSC milik Mirzan, beliau terang-terangan menyalahguna kuasa dengan mengarahkan Petronas mengambil alih syarikat Mirzan dengan nilai RM 2 bilion tanpa mengambil kira penilaian sebenar. Dikatakan yang Mirzan menangis mendayu-dayu agar beliau di selamatkan dari muflis semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Kerana sayangkan anak, maka jadilah Mahathir Bapa Mirzan. Ini mungkin baru 1 peratus daripada keseluruhan kesalahan yang beliau lakukan. Dosa-dosa Mahathir terhadap rakyat Malaysia terlalu besar semasa beliau menjadi diktator. Semoga beliau sempat bertaubat sebelum ajal menjemputnya kerana Allah itu Maha Pengampun tetapi dosa beliau terhadap penganaiyaannya pasti akan dituntut di Padang Mahsyar nanti.

Betul ker Ghani 4 Tahil Talang Bermuka-Muka.


Adakah Peguam Negara Abdul Gani Patail memainkan peranan dalam pembocoran dokumen sulit berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas menteri Rafidah Aziz 15 tahun lalu?

Terdapat kemungkinan besar, dengan mengambil kira tindakan Anwar Ibrahim membuat empat laporan polis berasingan ketika ditahan di penjara Sungai Buloh antara Julai hingga Ogos 1999, kata bekas Ketua Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim.

NONETerdapat khabar angin bahawa Gani, ketika itu ketua pendakwaraya di Pejabat Peguam Negara, memberikan dokumen yang dikelaskan sebagai "rahsia" kepada Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri.

Mat Zain ketika itu baru dinaikkan pangkat sebagai ketua CID Kl selepas daripada tugasnya di Melaka. Beliau dipertanggungjawab mengendalikan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat Anwar.

Laporan itu, berhubung salah guna kuasa, dibuat terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas peguam negara Mohtar Abdullah dan Gani sendiri.

Laporan itu kebanyakannya menyentuh skandal Perwaja Steel melibatkan bekas ketua syarikat Eric Chia, Rahim, Rafidah dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin - kesemuanya rapat kepada 'musuh' Anwar, Dr Mahathir.

Anwar dalam laporannya mendakwa Dr Mahathir, Mohtar dan Gani tidak mengambil sebarang tindakan terhadap empat pihak yang didakwa terlibat dalam amalan rasuah bernilai jutaan ringgit.Malaysiakini

Bravo... Umno Semakin Sial Kerana Setaraf Dengan Rejim Israel.


Kesian sungguh gua kat polis negara ini kerana demi menjaga kepentingan Umno celaka, mereka sanggup disamakan dengan kekejaman rejim Israel Latnatullah terhadap penduduk Palestin. Gua pun tahu tahap pemikiran pegawai tinggi PDRM apabila mereka diprovokkan oleh pemimpin Umno celaka yang rakyat Malaysia akan mengulingkan kerajaan pada perhimpunan Bersih 3.0 dengan botol air mineral dan garam.

Maka sebanyak 967 butir bom pemedih mata dilancarkan terhadap 3,000 (anggaran media pencacai) peserta Bersih. Tidak cukup dengan itu seramai 9,274 anggota polis telah dikerah untuk menghalang peserta  dari merampas kuasa ke atas negara yang berpendudukan seramai 28 juta. Kononnya mereka takut Arab Spring akan menjalar ke Malaysia pula selepas tumbangnya rejim Algeria, Mesir dan mungkin juga Syria.

Inilah provokasi Umno celaka sehinggakan Majlis Fatwa Kebangsaan pun diseret bersama agar mengeluarkan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 yang dianggap tidak berjaya oleh pemimpin Umno celaka. Maka keluarlah fatwa cacarmarba yang mengatakan perhimpunan itu adalah haram disisi Islam kerana menentang pemerintahan Najib Haramjadah yang bertetapan dengan Piagam Madinah. 

Tut-tut-tut-tut, entah dari mana muncul pula kenyataan dari ustazah yang bercukur kening dengan menyatakan bahawa Bersih 3.0. tidak difatwakan haram tetapi ia adalah fatwa nasihat daripada Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini punya kes ler yang buat gua betul-betul pening kepala memikirkannya. Inilah kenyataan banggang dari pihak Umno celaka yang kesudahannya, 9,274 anggota polis dengan kekuatan 967 bom pemedih mata dan 3,000 peserta Bersih 3.0. yang menjadi mangsanya.

Gua nak nasihat sikit kat menteri yang jaga parlimen, menteri yang jaga KDN, ustazah kening bercukur atau mana-mana pemimpin Umno celaka yang banggang, lu nak jadi bodoh jadilah selama mana pun tapi jangan lu cuba nak memperbodohkan rakyat yang semakin cerdik. Lu nak kipas sampai tercabut lengan sekali pun lantak lulah pasal lu tetap akan diangkut naik Black Maria bila sampai masanya.

Selasa, 12 Jun 2012

Bila Firaun Tua Bercakap Tentang PRU13, Najib/Rosmah Mula Kepanasan. (Bhg 2)


Najib mula bermain teka-teki untuk membubarkan parlimen walaupun timbalannya, Muhyiddin berkata yang PRU13 tidak lama lagi tetapi tidak terlalu dekat. Inilah pertama kali dalam sejarah yang Umno Celaka terlalu takut untuk mengadakan pilihan raya selepas 1999. Mungkin sifu Najib Haramjadah, si Firaun tua belum memberi petanda kepadanya kerana rejim Najib Haramjadah belum berjaya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau benar-benar bersih dari skandal. Ini lebih kepada kenyataan Muhyiddin yang bersifat penyampai Firaun tua disebabkan kegagalan Najib Haramjadah menjawab isu-isu dan dakwaan-dakwaan yang di bangkitkan oleh Pakatan Rakyat.

Ketakutan rejim Najib Haramjadah akan kehilangan kuasa turut dirasai oleh semua pemimpin Umno/BN, kroni dan para pencacainya. Mereka tahu jika Umno/BN tewas pada kali ini maka mereka akan hilang segalanya dan segala kejahatan mereka akan dibongkar satu persatu dan pasti tiada siapa yang akan terlepas, walhal si Firaun tua yang meniti usia. Mungkin Firaun tua akan sempat menyaksikan anak-anaknya bergari selepas menikmati kemewahan hidup hasil rompakan yang beliau lakukan semasa 22 tahun memerintah negara. Bagi gua, gua tidak suka dengan dendam politik tetapi gua ingin lihat keadilan tertegak tanpa mengira ideologi seseorang baik Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat.

Seperti cabaran Muhyiddin  terhadap Anwar berkenaan pengawalan 20 akaun induk yang bernilai RM 3 bilion, beliau pun patut mendedahkan akaunnya sendiri kerana ketika mula dilantik menjadi menteri pusat sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau tidak sekaya sekarang sehingga anak bini mampu bermewah walau pun tidak semewah dan sehebat Bik Mama. Elok sangatlah perkara ini di bangkitkan oleh Anwar kerana beliau banyak tahu tentang skandal para pemimpin Umno/BN memandangkan beliau bekas orang no.2 dalam kerajaan Maha Firaun.  Jika era Maha firaun, beliau cukup suka menyimpan pemimpin yang bermasalah supaya beliau boleh buat ugutan jika ada penentangan daripada orang bawahnya tetapi apa yang Najib Haramjadah ada untuk melakukan ugutan demi menyelamatkan beliau, Bik Mama, anak-anaknya, adik-beradiknya dan kroni-kroninya.

Rejim Najib Haramjadah semakin hari semakin terdesak demi mengekalkan rejimnya untuk penggal ke 13 dan jangan hairan jika Najib Haramjadah dan Bik Mama melakukan perkara-perkara yang diluar dari kebiasaannya, seperti fasa kedua Beli Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 lagi. Itu dalam keadaan kerajaan tidak berduit sepertimana yang dikatakan oleh Najib Haramjadah terhadap kakitangan awam berkenaan kenaikan gaji yang lebih tinggi. Jika RM 500 menjadi pertaruhan rejim Najib Haramjadah untuk meraih simpati, ia masih belum cukup dari apa yang beliau songlapkan untuk kemewahan Bik Mama dan anak-anaknya. Pastikan RM 500 diambil kerana itu adalah duit rakyat dan bukannya dari poket Najib Haramjadah ataupun poket Bik Mama.

Mungkin juga kerana belum ada petunjuk oleh bomoh dari India yang memungkinkan diadakan pilihan raya kerana itulah Firaun tua belum memberi lampu hijau untuk diadakan pilihan raya atau jika boleh, mungkin Najib Haramjadah ingin menyimpan terus pilihan raya dari diadakan agar beliau terus berkuasa. Permainan Najib Haramjadah ini bukan sahaja tidak boleh diterima, malah ia cukup menjengkelkan parti komponen Barisan Nasional. Tidak mustahil Najib Haramjadah akan melakukan tawar menawar dengan Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya diadakan demi menyelamatkan beliau, Bik Mama, anak-anaknya dan adik-beradiknya. Kita tunggu dan lihat sahaja kerana PRU13 tetap akan diadakan walaupun Najib Haramjadah cuba menyimpannya.

Ahad, 10 Jun 2012

Nafsu Sarakah Yang Dimiliki Bekas Perasuah Umno.

 
Ingat Isa Samad maka ingat bagaimana beliau dilucutkan jawatan sebagai Naib Presiden Umno oleh Biro Disiplin Umno kerana rasuah undi. Kalau diri pemimpin Umno seperti Isa hidup bergelombang dengan perkara yang tidak baik, tabiat itu bukan senang untuk dilupakan apatah lagi hasil dari kerja-kerja mungkar diberi makan kepada anak bini. Lihat dari apa yang berlaku kepada anak Nazri Aziz yang berfoya-foya dengan arak dan betina-betina disekelilingnya, bak kata pepatah 'bukan salah ibu mengandung tetapi salah asuhan'. Baca 'Antara Nakbah Palestin Dan Tanah Felda' 

Bagaimana seorang perompak, penyamun class dunia yang sudah disabitkan bersalah oleh partinya sendiri diberi kepercayaan untuk menjaga aset yang bernilai RM 30 bilion (Dikatakan Felda mempunyai aset bernilai RM 20 bilion dengan tunai RM 10 bilion). Maka melelehlah air liur sang penyamun kerana setia memegang rahsia skandal seks pemimpin Najib Haramjadah dan mengikut maklumat, gambar-gambar itu masih dimiliki oleh Isa Samad, pesalah rasuah. Maka Islam akan menjadi musuh mereka buat selama-lamanya.

Kerana itulah pemimpin Umno dan kaum kerabatnya tidak akan redha Islam ditegakkan dibumi Malaysia ini. Inilah Melayu yang mengaku Islam tetapi mempunyai dendam yang tidak kesudahan terhadap agama yang dianutinya. Satu perkara yang tidak dapat kita dengar dari penganut Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, Majusi atau penganut-penganut agama lain yang menentang agama mereka sendiri kerana Umno memegang ideologi 'Malaysia Boleh' atau pun '1Malaysia' yang dipelopori oleh Najib Haramjadah.

Mungkin kita belum nampak lagi ada anak pemimpin Umno celaka yang hidup berlandaskan Islam sebagai pedoman hidup tetapi kita sudah nampak Sultan dan kerabat Raja Melayu yang  yang sudah kembali kepada 'Tali Allah' dan ada rakyat marhaen mengelarkan mereka sebagai 'Wali Sultan'. Hidup di Alam Musafir ini hanyalah sementera sebagai mencari bekalan untuk dibawa ke Alam Akhirat. Apakah mereka menyangka hidup mereka ketika ini cukup lama berbanding dengan hidup abadi setelah di bangkitkan di Padang Mahsyar nanti. 

Memang kita tidak boleh menghukum seseorang itu kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Ikrar yang kita lakukan selama 5 kali sehari yakni: 
"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Kuhadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sesekali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam".
Tidakkah hebat akan ikrar yang mereka laung-laungkan untuk menunjukkan yang mereka adalah hamba yang soleh dan mereka juga adalah orang Islam yang total. Jika Allah s.w.t. sendiri pun mereka boleh membelakangkannya, apalah yang kita nak harapkan sebagai rakyat marhaen. Inilah wajah pemimpin Umno total, inilah perangai mereka, sikap mereka, sifat mereka, hidup mereka mati mereka dan anak bini mereka adalah musang berbulu ayam.

Amat celakalah bagi rakyat marhaen yang masih menyanjungi pemimpin dan parti Umno hanya demi RM 500 yang di taburkan sedangkan mereka telah merompak trilion RM dari rakyat tanpa disedari mereka. Kerana itulah Umno busuk sampai ke usus seperti kata mantan PM Umno sendiri yang merasakan dirinya dipinggirkan. Jika kata-kata hikmah Hang Jabat dan peristiwa 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang' sebagai propaganda Umno terhadap Raja-Raja Melayu, kenapa ia tidak diambil iktibar buat pemimpin dan parti Umno sendiri. Sudah ramai pemimpin Umno keluar parti dan menyertai rakyat marhaen, bagaimana pula dengan karat-karat biru yang tiada apa-apa jawatan dalam parti masih memeluk erat pemimpin Umno. Lu sendiri fikir ler jika lu ingin melihat masa depan lu punya anak cicit tergadai dinegara sendiri.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...