Translate

Mesti Baca

Sabtu, 9 Jun 2012

Matlamat Menghalalkan Cara, Inilah Mazhad Seekers.

 
Jangan pandang Mak Ecah sebelah mata beb! Dia punya taste pun dasyat gak! Bro Muzafar, aku amik gambo kau kat facebook. Banyak yang lagi panas, tapi gambo ini pun kira terhangat di pasaran. Ada juga orang tanya aku samada kau ni straight atau apa? Aku hanya jawab 'lu hensem'.
Seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, 3 orang lelaki yang Mak Ecah berfantasi untuk ber 'foursome' adalah dengan saya, Zelmey Yusof dan Muzafar Kaisar Ishak.
Bersama seorang penerbit dokumentari bernama Hirmie dari Singapura. DVD tentang pembongkaran beberapa kajian paranormal akan diterbikan pada bulan Ogos nanti. Tetapi pasaran hanya terdapat di Singapura sahaja. 

Jumaat, 8 Jun 2012

Bomoh-bomoh Pilihan Raya

 Hishamuddin Rais

Di Malaysia ini kita tidak tahu bila pilihan raya akan dijalankan. Kalau di zaman Mahathir Mohamad dahulu, kita berpilihan raya apabila Mahathir telah mendapat ilham.
Ini bukan kenyataan fitnah. Orang ramai selalu terbaca tentang ‘menunggu ilham' yang datangnya dari mulut Mahathir sendiri.

Di zaman Abdulalh Badawi keadaan agak lucu. Ada pemerhati politik mendakwa bahawa tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Khairy Jamaludin - menantu Abdullah.
Ini tidak betul. Yang sahih ialah tarikh pilihan raya hanya diumum setelah Perdana Menteri Abdullah terbangun dari mimpinya.

Di zaman Najib Razak ini, bila pilihan raya akan dijalankan menjadi lagi pelik. Mengikut surah Haji Desas bin Lebai Desus, tidak ada sesiapa yang tahu tarikh pilihan raya kecuali Rosmah Mansor.
Amat pelik bunyinya. Lagi pelik dari ilham Mahathir. Lagi menakjubkan dari mimpi Abdullah Badawi.

Mengikut surah yang semakin tersebar, Rosmah Mansor akan mendapat tarikh ini dari Guru Ji yang akan menilik bintang-bintang di langit dan melihat perjalanan cakerawala di alam semesta.
Pak bomoh dari Mumbai ini akan menasihatkan Rosmah Mansor bila saat dan ketika yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya. Saat dan ketika yang molek berpilihan raya ialah apabila bintang kelahiran Anwar Ibrahim mula tergelincir.

Ini bukan perkhabaran fitnah. Jangan lupa bagaimana seluruh jantung negara berdebar-debar apabila tarikh 11 haribulan sebelas, tahun dua ribu sebelas hampir sampai.
Debaran jantung ini berpunca dari Najib Razak sendiri yang percaya bahawa angka sebelas ini membawa ong. Najib dikatakan taksub dengan angka 11. Sebenarnya bukan Najib seorang sahaja menteri kabinet yang pecaya ada angka-angka khusus yang akan membawa tuah. Lihat Menteri Pertahanan Zahid Hamidi yang gila dengan angka 38, hinggakan semua kereta yang dimiliki memakai angka yang sama.

Di sini saya ingin menyebarkan maklumat bahawa pengunaan nujum dan bomoh untuk menetapkan tarikh pilihan raya ini bukan hanya amalan di Malaysia.
Di Afrika, peranan bomoh dalam politik harian cukup besar. Emperor Bokassa dari Afrika Tengah menggunakan khidmat bomoh siang dan malam. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Idi Amin Dada di Uganda dan Mobuto Sese Seko dari Congo.

Kita juga jangan buat-buat lupa pada satu ketika dahulu bomoh juga telah memainkan peranan yang penting dalam realpolitik di Eropah.
Sila buka kitab sejarah Revolusi Bolshevik 1917. Selain dari nama Lenin dan Trotsky kita akan berjumpa dengan nama Rasputin. Jantan yang berselindung di belakang agama ini ialah seorang bomoh yang mempengaruhi Emperor Nicholas dan pemaisuri Alexandra.

Mungkin ramai yang akan bertanya kenapa agaknya para politikus ini menggunakan khidmat bomoh. Untuk persoalan ini jawabnya cukup senang. Khidmat bomoh ini diperlukan kerana semua kerajaan dan pentabiran di negara-negara ini tidak mendapat sokongan ramai. Kerajaan yang bersikap ganas dan zalim memerlukan bomoh.
Emperor Bokassa dan Idi Amin menjadi pemimpin negara kerana merampas kuasa. Manakala Mobuto dinaikkan oleh rampasan kuasa Agensi Perisikan Pusat (CIA). Emperor Nicholas di Russia dibenci oleh rakyat hingga berlaku revolusi.

Apa perlunya khidmat bomoh untuk mereka? Kenapa Najib percaya kepada angka 11? Soalan ini akan membuka persejarahan politik negara kita. Jangan ketawa atau mengeleng-gelengkan kepala apabila membaca apa yang saya surahkan di sini.

Di Indonesia, 17 Ogos dipilih kerana ditarikh itu rakyat Indonesia yang mengangkat senjata telah berjaya menghalau Belanda. Di Rusia, 17 Oktober dipilih kerana di saat itu Revolusi Bolshevik telah berjaya menghalau Czar dan Czarina dan Lenin telah mendirikan sebuah republik.
Di tanah besar China mereka merayakan 1 Oktober kerana di hari itu Republik Rakyat China diisytiharkan oleh Mao Tse Tung pada tahun 1 Oktober 1949. Tarikh-tarikh ini diambil kerana sejarahnya.

Bagimana pula dengan Tanah Melayu? Untuk warga yang peka pasti akan teringat bagaimana sekali sekala kita terbaca dari media arus perdana tentang sejarah tarikh pengistiharan British memberikan pentabiran ini kepada United Malay National Organisation. Sila jangan ketawa kerana di Tanah Melayu tarikh 31 Ogos telah dipilih oleh bomoh... Opss, maaf bukan bomoh.

Tarikh 31 Ogos telah ditemui setelah menilik bulan dan bintang. Orang yang menilik bulan dan bintang ini pula dikatakan tidak lain dan tidak bukan ialah ayahanda kepada Abdullah Badawi. Sayangnya ilmu menilik bintang dan bulan ini tidak turun kepada Abdullah Badawi maka terpaksalah Pak Dollah kita tidur untuk memimpikan tarikh pilihan raya.

Justeru, dalam budaya United Malay National Organisation, khidmat bomoh ini bukan sesuatu yang asing. Ini bukan fitnah dari saya. Ini bukan cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Sesiapa yang rajin membaca dan mentelaah akan menyedari bahawa apa yang saya tulis ini adalah fakta sejarah. Ini bukan sejarah silam. Ini berlaku pada tahun 1993 dahulu.

Cuba ingatkan kembali kepada kisah perjuangan seorang penyanyi yang hanya sempat mengeluarkan sebuah album. Malah klip videonya pernah disiar oleh televisyen kita.
Perempuan cun, langsing dan berambut panjang ini gagal menjadi penyanyi pop tetapi bejaya menjadi bomoh. Khidmatnya dikatakan amat amat diperlukan oleh orang-orang politik dalam United Malay National Organisation terutama ketika di tahun pemilihan dan tahun pilihan raya.

Sejarah membuktikan betapa Datuk Mazlan Harun seorang ADUN dari Batu Talam, Pahang yang percaya kepada kuasa tongkat Sukarno. Dengan memiliki rotan pendek yang pernah tersepit di celah ketiak Bung Karno,
YB kita ini berharap dia akan terus dipilih sebagai calon untuk menjadi ADUN. Yang terserlah bijak di sini ialah bomoh Mona Fendy. Minah cun ini cukup faham tentang keberahian politikus Melayu Islam.

Dari fakta perbicaraan kes Mona Fendy ini orang ramai difahamkan bahawa memang ramai politikus United Malay National yang menggunakan khidmat bomoh. Yang diketahui umum hanya seorang berdua tetapi hakikatnya pastilah lebih ramai lagi.

Apa sangkut pautnya fakta sejaran ini dengan pilihan raya umum ke-13? Untuk menjawab soalan ini, para pembaca yang budiman wajib menonton kembali klip video bertajuk "Rosmah Perempuan Puaka" di Youtube.
Dari klip bersejarah ini kita semua diberitahu oleh adik wanita itu  sendiri bagaimana sang kakak telah menggunakan khidmat bomoh. Klip ini juga memuatkan pengakuan isteri bekas tuan speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Bekas isteri tuan speaker ini mungkin tidak sedar bahawa dirinya bukan sahaja membocorkan rahsia wanita itu. Pengakuan ini cukup jelas membuktikan bahawa dia sendiri pernah bersama wanita berkenaan mencari segala macam khidmat bomoh.
Di sini saya ingin menerangkan betapa para pemerhati politik dari luar negara gagal memahami politik Malaysia. Para wartawan dari akhbar dan majalah luar telah beberapa kali memberikan ramalan tentang tarikh pilihan raya.
Banyak pemerhati dari luar yang mengkaitkan tarikh pilihan raya dengan keadaan ekonomi dunia, dengan harga minyak dan dengan kejayaan Najib membuat beberapa kenyataan yang mungkin dilihat menuju ke landasan demokratik.

Pandangan-pandangan dan analisa politik ini ada salah dan ada benar. Mengikut kajian ilmu politik moden maka pastilah kedudukan turun naik ekonomi yang akan menjadi penentu tarikh pilihan raya.
Analisa sebagini amat tepat untuk negara-negara Eropah Barat telah memasuki era pasca Rasputin. Tetapi menggunakan pendekatan ilmu politik moden yang sama untuk memahami keseluruhan politik Malaysia pasti satu kesilapan besar.

Untuk memahami lebih dalam politik kontemperori Malaysia biar saya bawa para pembaca kembali ke zaman Rasputin. Sosok ini hanyalah satu-satunya bomoh yang kewujudannya tercatit dalam sejarah moden Eropah. Malah apa yang dilakukan oleh Rasputin ketika berkhidmat dalam Istana Czar Nicholas juga telah dirakamkan oleh sejarah.

Rasputin boleh keluar masuk istana tanpa larangan. Pemaisuri Alexandra mempercayai Rasputin lebih dari mempercayai penasihat rasminya. Ketika Putera Alexei gering, Pemaisuri Alexandra bukan mencari khidmat doktor tetapi telah meminta Rasputin mengubati anakandanya. Lelaki berambut dan berjanggut panjang diyakini oleh keluarga Czar Nicholas kerana Rasputin dikatakan memiliki ilmu mistik yang dapat melihat masa depan.

Rasputin wujud di detik-detik akhir sebelum monarki dihapuskan di Rusia. Ketika itu rasuah dan penyalahgunaan kuasa sedang berleluasa. Siapa yang kaya dialah yang betul. Di Rusia ketika itu ada dua hukum - satu untuk yang memerintah dan satu lagi untuk yang diperintah. Tidak ada hukum hakam yang dapat mengusik puak yang memerintah.

Apakah para pembaca yang budiman tidak dapat melihat persamaan antara Rusia sebelum menjadi republik dengan apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita hari ini?
Jika para pembaca telah dapat menggambarkan Rasputin keluar masuk ke istana Czar Nicholas dengan menaiki kereta kuda, cuba pula bayangkan bomoh Ji dari Mumbai yang dikatakan keluar masuk dengan Mercedez ke rumah rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Kemudian cuba bayangkan rupa bentuk muka Guru Ji yang sedang menilik bulan dan bintang untuk mencari tarikh terbaik untuk Najib mengadakan pilihan raya. Jika masih tidak yakin dengan perbandingan dan tanda-tanda yang saya tulis ini maka sila cari kembali akhbar harian minggu lalu. Buka dan baca berhati-hati. Lihat dan teka berapa ramai agaknya Guru Ji dan Rasputin sedang menjerit-jerit, berdoa dan berbaiah di bangunan PWTC.

Jangan lupa, sebelum Czar Nicholas dan Permaisuri Alexandra cuba melarikan diri dari istana, mereka juga telah berbaiah dengan Rasputin.
Apa yang membezakan Rusia di zaman Rasputin dengan Malaysia di zaman Guru Ji hanyalah satu - lembu di Rusia pada tahun 1917 tinggal dalam kandang manakala lembu di Malaysia pada thun 2011 menginap dalam kondo.Malaysiakini

Bila Firaun Tua Bersuara Tentang PRU13, Najib/Rosmah Mula kepanasan.

Bila mantan memanda menteri yang selalu mudah lupa (nyanyuk) memberi amaran yang negara akan menjadi huruhara pada PRU13 nanti secara tidak langsung ia adalah satu signal buat Najib/Rosmah yang mereka akan kehilangan kuasa dan kemewahan. Tilikan ahli nujum yang merasakan semua tilikannya adalah betul dan sebetul-betulnya ada kebenarannya. Beliau tahu kerana beliau adalah mahafiraun yang paling ditakuti selama 22 tahun memerintah negara secara kuku besi. Tika itu, semua pemimpin-pemimpin tertinggi Umno kehilangan telur masing-masing kerana mereka hanyalah pemimpin 'Yes Boss'. 

Doa seorang ulama ulung negara, al-Marhum Ustaz Fadhil Noor telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. agar umur si firaun tua ini dipanjangkan supaya beliau dapat melihat segala kerosakkan yang dilakukannya sebelum Tan Sri Izrail a.s. yang pasti tidak makan rasuah akan menjemput firaun tua ini. Kekayaan anak-anaknya belum cukup untuk merasuah Tan Sri Izrail a.s. dari menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah s.w.t. kerana hamba Allah s.w.t. ini bukannya macam Najib atau Rosmah atau Shahrizat atau Shapie Apdal atau pun pencacai-pencacai celaka yang sanggup menghina Allah dan RasulNya dengan hanya bayaran RM 2,000.

Lu boleh lihat bagaimana si firaun tua ini meninggalkan generasi yang beliau didik seperti Naib Ketua Pemuda Kampar sebagai tontonan terbaru yang sanggup bermain dengan sumpah berkaitan isu laungan 'Hidup DAP' dan menjemput DS Nizar melalui handphonenya bersama-sama beliau untuk membongkar kejahatan Umno dek kerana tak dapat projek pasir. Tiba-tiba beliau membuat U-Turn dalam sidang media dengan mengatakan DS Nizar berbohong kerana beliau tidak membuat panggilan pun dan DS sendiri datang tanpa dijemput. 

Mungkin kerana amukan beliau membuatkan projek pasirnya diluluskan atau ada habuan lain dari Kudeta Zambry. Dengan nada teresak-esak sebagaimana lakonan firaun tua, beliau dengan rendah hati kembali kepangkuan Umno celaka. Inilah antara para celaka tahap sial yang sanggup melakukan fitnah demi sedikit habuan dunia walau pun adegan ini boleh ditonton di Youtube. Gua rasa, gua sendiri tidak sanggup melakukannya walau berapa pun upahnya. Gua tak tahu ler bagaimana jika DS Nizar bermunajat kepada Allah s.w.t. diatas fitnah-fitnah ini kerana doa-doa orang-orang yang dianaiya/dizalimi akan dimakbulkan kerana ia terus diangkat tanpa dihijabkan. Lu sendiri tonton bagaimana sicelaka Zamhuri haramjadah...
U-Turn dari Zamhuri haramjadah

Bersambung......

Isnin, 4 Jun 2012

Dalil-Dalil Kenapa Umno Celaka Patut Dikuburkan, Jika Lu Masih Sokong Juga Dengan Lu-Lu Pergi Mampusss....!!!!!!

Sebahagian dari dalil-dalil kenapa lu all akan jadi bodoh melebihi lembu kondo jika fakta-fakta yang dipaparkan ini, lu masih menyokong, mendewa, mempertuhankan Umno, Najib/Rosmah dan para pemimpin/calon dari BN. Ada otok fikir ler dengan sebaik-baiknya kerana itulah akal kita Allah s.w.t. letak ditempat paling atas pada anggota tubuh kita dan bukannya ditapak kaki atau kepala lutut lu. Tak boleh ker lu all renung buat sesaat akan kehancuran yang dilakukan oleh pemimpin yang menjadi penyamun 'class dunia' dan gua tak nafikan banyak juga kebaikkan yang diberikan oleh rejim Najib/Rosmah tetapi masih tidak memadai jika dihitung dengan RM 1.07 trilion yang hilang diera 3 PM terakhir yang bermula dengan Mahathir. Jika angka sebesar itu diserahkan kepada pemimpin yang amanah, pasti rakyat Malaysia adalah rakyat yang paling bertuah.

Apabila kerajaan mempunyai tunai yang berlebihan, maka tidak akan berlaku krisis hutang, kegawatan ekonomi seperti negara-negara yang hebat didunia. Ringgit kita menjadi mahal (kukuh) dan harga barang-barang keperluan termasuk minyak pula murah. Tapi apakan daya, negara telah berada dilandasan yang paling teruk kerana mereka (Umno) menjadikan khazanah negara bagai milik mak bapak dia punya. Gua tak pernah menjumpai rumah pemimpin Umno/BN seperti kediaman rakyat marhaen kerana nama pun Umno celaka, pergi mana-mana pun tetap celaka jadinya. Bagi lu all...... lu sendiri fikir ler..


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.


2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011
  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). 

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billionuntuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.
Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.
34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.
Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.
Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.
55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)
(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. 

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.

74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

76.  Skandal Shapie Afdal dengan pelakon yang tak cukup cari makan sudah cukup membuatkan Umno semakin kepanasan. Apa tidaknya tiba-tiba RM 3 juta jatuh dari langit untuk beli banglo, RM 1 juta untuk ubah suai walau pun ianya dinafikan oleh menteri tersebut dan artis itu pula apabila ditanya, dia kata suaminya akan datang sesaki sekala. Shafei kata artis itu bukan isterinya dan betul maka betullah tetapi jika salah, maka akan jatuh 1 talak keatas pernikahan mereka. Memang desas-desus mengatakan sebanyak RM 100 juta telah masuk kepoket Shafie. 
BERSAMBUNG....

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...