Translate

Mesti Baca

Khamis, 17 Mei 2012

Skandal Scorpene: Najib Memang Ada Kaitan Dengan Semua Hal.


Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500 juta dan pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau.

Inkuiri berkamera yang diketuai hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire, yang cukup berpengalaman dalam kes korupsi dan hak asasi manusia, akan cuba membongkar samada syarikat pertahanan Perancis, DCNS dan rakan projeknya Thales International telah membayar rasuah untuk mendapat kontrak pada 2002 untuk membekal dua kapal selam Scorpene kepada tentera laut Malaysia.

Inkuiri tersebut adalah berdasarkan penyiasatan selama dua tahun dan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.

Kontrak tersebut dimeterai ketika Najib masih menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian khusus diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh kawan karib dan penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda.

Pegawai berkuasa Perancis telah memaklumkan bahawa mereka sangat berminat terhadap dua bayaran yang dibuat oleh pembuat senjata Perancis.

Satunya berjumlah Euro 114 juta yang dibayar kepada syarikat Malaysia bernama Perimekar untuk kemudahan pengangkutan.

Pada waktu itu, Perimekar dalah dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.

Pihak majistret Perancis juga ingin mencari kebenaran di sebalik pembayaran Euro 36 juta kepada sebuah syarikat bernama Terasasi, yang pada asalnya dikorporatkan di Malaysia sebelum dipindahkan pendaftarannya ke Hong Kong, di mana berdasarkan Asia Sentinel adalah antara 142 syarikat yang mendaftar di Wan Chai.

Pengarah berdaftar Terasasi adalah Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.

Persoalan mengenai pembelian kapal selam menjadi hangat dan tajam pada Oktober 2006 selepas cebisan mayat model Mongolia dan penterjemah Altantuya Shaariibuu dijumpai di hutan di luar Kuala Lumpur.

Beliau telah ditembak di kepala dan terdapat cubaan untuk memusnah mayat beliau dengan bom C4 milik tentera.

Altantuya merupakan bekas kekasih Razak Baginda dan beliau kali terakhir dilihat di luar rumah kekasihnya yang menimbulkan situasi tidak senang.

Beberapa tahun yang lalu, Altantuya merupakan seorang model di Perancis dan pada2004 beliau mengiringi Razak Baginda sebagai penterjemah semasa beliau merunding kontrak Scorpene.

Dalam satu surat tulisan beliau yang dijumpai selepas beliau dibunuh, menyatakan beliau ingin berdepan dengan Razak Baginda dan menuntut USD 500 juta sebagai harga untuk menutup mulut beliau dalam kontrak pembelian Scorpene.


(Aktivis Suaram dan peguam mereka [kanan sekali] di Perancis)

Kes ini tidak dapat diendahkan oleh mahkamah Malaysia, yang dikuasai golongan politik.

Walaupun Razak Baginda dan dua orang bekas pengawal Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa dengan pembunuhan, keputusan kes tersebut adalah pincang dan tidak menjawab banyak persoalan.

Dalam satu drama mahkamah yang menakjubkan, Razak Baginda tidak dipanggil untuk menjawab tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, dan dilepaskan dan kini tinggal di Britain.

Para pengawal peribadi Najib telah menerima padah dan telah dijatuhkan hukuman mati. Mereka sedang dalam proses rayuan tetapi pendengaran telah ditangguhkan.

Spekulasi berkata pendengaran itu tidak akan berlaku sehingga lepas pilihanraya umum yang bakal tiba, dijangka Jun, di mana jika Najib dan kerajaannya mengekalkan kuasa, dijangka satu cara akan difikirkan untuk membalas kesetiaan pengawalnya.

Selepas gagal mendapat penyiasatan penuh ke atas skandal Scorpene di Malaysia, ramai aktivis hak asasi manusia dan keluarga Altantuya telah meletakkan harapan kepada penyiasatan Perancis.

Namun demikian, terdapat sedikit kekecewaan apabila mengetahui bahawa hakim Le Loire dan Tournaire hanya boleh menyiasat tuduhan rasuah dan bukan pembunuhan Altantuya.

Akan tetapi, 10 hari yang lepas, Suaram Malaysia telah diberikan kebenaran untuk memberikan penerangan kepada hakim secara peribadi. 

Jurucakap Suaram berkata mereka telah menceritakan skandal Scorpene ini daripada konteks politik Malaysia dan memberikan hakim senarai saksi-saksi yang dikehendaki.

Antara senarai itu ialah Razak Baginda, dan telah ada laporan bahawa hakim akan cuba mengeluarkan subpoena terhadap beliau daripada Britain.

Tetapi akan ada yang tidak mengendahkan senarai itu, termasuk nama Najib.

Namun begitu, ayah Altantuya, Setev Shaariibuu berkata beliau ingin ke Perancis daripada Mongolia dan percaya perbualan terakhir bersama anak perempuannya akan dapat menghubungkan segala titik yang tergantung dalam skandal Scorpene ini kepada hakim di sana.

Selamat Hari Guru Dan Jangan Berguru Dengan Yang Buat Senaman Punggung.

Jom guru-guru kita turunkan boneka Rosmah ini pada PRU akan datang.

Mungkin gua terlambat sikit untuk mengucapkan hari guru kepada 412,720 warga pendidik dan juga guru-guru pra-persekolahan. Jasa lu all memang besar buat rakyat Malaysia dalam membawa negara ke era perubahan dari rejim Najib/Rosmah dan para kroni-kroninya yang semakin hari semakin celaka. Gua berani kata, bekas-bekas tentera yang melakukan senaman punggung di hadapan kediaman Ambiga bergurukan pencacai Umno. Siapakah bekas-bekas tentera yang telah memalukan anak-anak mereka di khalayak ramai ini dengan diketuai oleh seorang askar pencen yang membeli gelaran 'Datuk' dengan harga RM250,000 ?.

NONE 












 Askar pencen yang diketuai oleh Mohd Ali Baharom, juru jual gelaran 'Datuk'.

Guru yang baik adalah guru yang mengajar dengan kebenaran dan bukannya guru munafik yang menjadi pencacai kepada rejim Najib/Rosmah dan kroni-kroni celakanya demi sedikit habuan dan pangkat. Laungan berani 'Bersih' terhadap Najib di London oleh beberapa individu menunjukkan yang mereka mempunyai guru yang bagus. Memang Najib patut dimalukan walau pun ada suara-suara sumbang yang menyarankan agar siasat individu dan jika pelajar tajaan, para barua ini menyuruh kerajaan tarik balik tajaan. Apa dia ingat duit tajaan itu mak bapak dia punya ker, konon memalukan nama Malaysia. Kalau laungan 'Bersih' tiada kedengaran pun, nama Malaysia tetap dah busuk seperti bangkai.

Tetapi sayang sungguh dengan guru-guru yang telah dikerah kudrat mereka dengan berbagai pekerjaan yang mengalah buruh kasar. Mereka dipergunakan mengikut kehendak sesetengah pengetua yang kononnya untuk kecemerlangan sekolah masing-masing sehingga pelajaran murid terabai demi memburu nama sang pengetua. Ada pengetua yang langsung tidak masuk mengajar dan kerjanya ialah memburuh paksakan para guru sepertimana yang dilakukan oleh rejim Najib/Rosmah. Lu pandai bodek pengetua, maka senanglah lu dengan waktu mengajar akan dipendekkan dan lu punya beban pun akan kurang,

NONE
 





















 Inilah Mahaguru Umno paling hebat dan setiap kata-katanya menjadi rujukan penganut Umno celaka. Gua punya anak pandai berniaga, lu pasal dia boleh beli kilang arak.

Gurulah yang menjadi tukang kebun, buruh am dan juga kerani. Ada setengah kerani sekolah pula mengalah pengarah lagaknya sedangkan guru adalah pegawai mereka jika mengikut pangkat. Gua banyak mendengar keluhan guru-guru yang tertekan dengan kerja-kerja pentadbiran yang terpaksa mereka lakukan yang mana ianya adalah tugas kerani sekolah. Gua tak boleh bayangkan jika kerja 9 jam untuk guru-guru menjadi kenyataan. Lu nak harapkan Muhyiddin Yassin, jangan harap ler kerana beliau bukannya tahu apa itu tugas guru. Semua kerjanya dilakukan oleh para baruanya dan jika beliau benar-benar perihati tugas guru, beliau patut turun padang mendengar sendiri keluhan para guru tanpa kehadiran pengetua.


Inilah guru contoh yang berjaya mendidik anak mengikut lunas-lunas Islam.

Guru sentiasa mengajar kita agar amanah, bukannya buat rasuah. Guru mengajar kita agar jujur, bukannya menjadi penipu sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Umno/BN. jika guru itu alim, mereka melarang kita melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam tetapi lihatlah bagaimana kehidupan pemimpin Umno, isteri-isteri mereka, anak-anak mereka, kroni-kroni mereka dan para pencacai-pencacai mereka yang bergelombang dengan maksiat. Anak-anak mereka pula macam celaka dengan lagak yang amat meloyakan, tanpa rasa malu tangan berpeluk dengan betina jalang dan tangan kiri memegang wiski. 
Ada duit bagi jangan tak bagi nanti tak mampu nak Botoxkan wajah.

Bagi mereka, ajaran baik guru-guru sudah ketinggalan di era moden dan sudah tiada perkataan haram dalam kamus hidup mereka kerana yang ada hanyalah 'Halang' sahaja. Jika mengikut agama, maka hidup akan mundur dan inilah waktunya untuk berfoya-foya tanpa mengira muda atau tua bangka. Kerana meninggalkan ajaran guru-gurulah para pemimpin rejim Najib/Rosmah menjadi penyamun terhormat dengan menabur hasil rompakan kepada kaum kerabat, perempuan simpanan, jantan simpanan dan sebagainya.

Lu sendiri fikir ler wahai rejim Najib/Rosmah kerana lu pasti akan diadili oleh rakyat pada pilih raya sebelum lu diadili di Padang Mahsyar nanti. Bagi gua, guru adalah aset yang penting demi kesenambungan hidup selagi kita mengikuti ajaran para guru dan alim ulama. Jangan jadi macam para pencacai rejim Najib/Rosmah demi kemegahan yang sementara. Gua tabik spring kat guru-guru.

Rabu, 16 Mei 2012

Banyaknya Lu Punya Duit Tunai: Shafie Apdal Patut Saman, Jika Berita Ini Salah.


Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sekali RM100,000... saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta.

"Bila masuk ke dalam bank, baru saya tahu dalam beg itu, yang saya bawa ada RM1 juta... Itu nilai paling besar pernah saya bawa," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

NONENoor Azman berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung nilai transaksi yang paling maksimum pernah dimasukkan ke dalam akuan pelakon tersebut.

Noor Azman (gambar kanan) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya pagi ini, Noor Azman berkata transaksi tersebut berlaku pada tahun lalu.

Noor Azman berkata sepanjang tiga tahun bekerja beliau selalu membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank.

"Saya tidak pernah membawa duit itu, sendiri... Saya membawa dengan Zahida Rafik sekali. Saya tidak akan dibenarkan membawa duit, sendiri," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang masalah dengan Zahida itu, Noor Azman berkata sebelum meletak jawatan beliau mempunyai "pertelingkahan" ekoran berlakunya sesuatu perkara dan ia dimaklumkan kepada Shafie.

Bagaimanapun, selepas itu beliau meletak jawatan kerana "tidak seronok bekerja" susulan berlakunya perkara itu.

Noor Azman yang juga anggota Pemuda Pandan menegaskan tidak mempunyai "pertelingkahan" dengan Shafie yang juga naib presiden parti itu sekalipun sudah lama tidak menghubungi pemimpin itu.

Turut hadir dalam sidang media itu beberapa pemimpin kanan PKR antaranya Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya dan dua ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan R Sivarasa (Subang).

Ibu saudara Noor Azman yang juga penyanyi terkenal tahun  1980-an, Dayangku Intan serta suaminya turut hadir dalam sidang media tersebut. Malaysiakini

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...