Translate

Mesti Baca

Jumaat, 11 Mei 2012

Calon Boleh Menang Atau Calon Benar-Benar Bersih, Umno/BN Semakin Bercelaru.


Bersediakah Umno hadapi PRU13 bulan depan?

ULASAN Sambutan ulangtahun ke-66 Umno selama tiga hari mulai hari ini, menjadi tumpuan utama, bukan sahaja di kalangan ribuan ahli Umno yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil mulai hari ini, tetapi juga rakyat di seluruh negara yang mengharapkan ucapan presiden parti itu malam ini, akan menyingkap sesuatu jawapan terhadap penantian mereka selama ini.

Dan ia adalah jawapan kepada persoalan bilakah pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Mereka mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi 'bayangan' mengenai tarikhnya.

Di kalangan ahli Umno, apa yang menjadi tumpuan utama perhatian mereka ialah sejauhmana persediaan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum yang dianggap paling perit yang pernah dihadapinya selepas merdeka.

Dan sudah tentulah antara ahli Umno yang datang itu termasuk mereka yang membawa harapan besar agar dilantik semula bertanding dalam PRU13 dan mereka juga yang berharap akan tersenarai sebagai 'calon boleh menang'.

Sebelum ini, pemilihan calon dalam Umno, tidaklah sesukar sekarang. Sebelum ini, mereka yang menyandang jawatan di peringkat bahagian, terutamanya ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Pemuda dan Wanita merupakan pilihan utama sebagai calon parti. Kerana itulah kita dapat melihat pertandingan merebut jawatan parti di peringkat bahagian begitu sengit sekali, dengan banyak pihak yang 'ditangkap' dan 'dihukum' kerana terbabit dalam politik wang untuk membeli undi.

Namun kini, bila Najib mencanangkan tentang hasrat parti itu untuk menyenaraikan 'calon boleh menang' dalam PRU13, maka ia sudah tentunya membuat penyandang jawatan di peringkat bahagian berada dalam kegusaran berdepan dengan kemungkinan sama ada akan dipilih atau diketepikan.

Pada masa yang sama, ia turut menyemai harapan baru kepada ahli-ahli Umno yang dilihat berkebolehan dan diterima masyarakat setempat untuk dipilih sebagai calon mewakili parti.
Itu satu masalah yang perlu ditangani oleh pucuk pimpinan. Sekiranya calon-calon yang dipilih nanti tidak terdiri daripada penyandang jawatan di peringkat akar umbi, sudah pastinya unsur merajuk yang boleh mengakibatkan perbuatan sabotaj mungkin berlaku.

Masalah kedua yang dihadapi oleh Umno sekarang ialah sukar untuk mengatakan sama ada parti itu cukup kuat dan cukup bersedia untuk berdepan dengan PRU13 yang perlu diadakan menjelang bulan Mac tahun depan.

Apakah Umno sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila sekarang? Angin bertiup kencang yang mengatakan PRU13 akan diadakan pada hujung bulan Jun atau awal Julai ini.

Kekalahan 'psikologi'

Walaupun Najib mempunyai sehingga awal tahun depan untuk memanggil PRU13, tetapi jika beliau berbuat demikian, ia akan dilihat sebagai satu "kekalahan psikologi' kepada Umno. Ini kerana rakyat akan beranggapan Umno tidak berani turun ke gelanggang PRU13 lebih awal kerana tidak pasti tentang peluang untuk menang, khususnya mengembalikan penguasaan dua pertiga di Parlimen dan merampas semula Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Serta kemampuannya untuk mempertahankan Perak, yang dirampas dari Pakatan Rakyat ekoran dua ADUNnya keluar parti.

Ini ditambah pula dengan pemberian durian runtuh RM500 kepada keluarga yang berpendapat di bawah RM3,000 serta agihan saguhati kepada bekas anggota pasukan keselamatan dan pasukan beruniform yang lain.

Umumnya, kekuatan BN terletak pada Umno dan disokong oleh anggota-anggota parti komponen dalam gabungan tersebut. Begitu juga dengan kedudukan Sabah dan Sarawak yang sentiasa menjadi 'penyelamat' kepada BN untuk kekal berkuasa.

Apabila BN menang besar pada 2004, Umno memperolehi sekitar 100 kerusi Parlimen dan gabungan itu kekal berkuasa dengan majoriti besar di Dewan Rakyat. Malah di Kelantan pun ketika itu, PAS kekal dengan hanya majoriti kerusi tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada 2008, apabila berlaku tsunami politik, Umno memenangi sekitar 70 kerusi parlimen manakala parti-parti komponennya yang lain di Semenanjung khususnya MCA, Gerakan dan MIC kalah teruk. Dan Sabah dan Sarawaklah yang menjadi penyelamat untuk BN kekal tetapi itupun masih belum cukup untuk mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Malah, BN tumbang di Pulau Pinang kepada Pakatan. Gerakan kalah kesemua kerusi dan yang tinggal ialah 11 kerusi yang kesemuanya diwakili oleh ADUN Umno.

Maka bermulalah pelbagai analisa dibuat oleh kalangan parti-parti BN dan juga para akademik mengenai punca kekalahan teruk BN ketika itu. Dan antara punca utamanya sehinggakan Umno dan BN ditewas di sekitar 30 kerusi parlimen pada 2008 ialah kerana perbuatan sabotaj ahli-ahli parti itu sendiri.

Mengapa itu berlaku. Ia antaranya ekoran tindakan kepimpinan Umno pusat menukar calon-calon yang dikemukakan oleh pihak bahagian - yang merupakan penyandang jawatan - dan digantikan dengan muka-muka baru, termasuklah calon payung terjun di tempat lain. Ia juga dikaitkan dengan pasukan tingkat empat di Perdana Menteri ketika itu, yang dikatakan mencongak barisan calon BN, khususnya dari Umno. Dikhabarkan pasukan tingkat empat itu sudah tidak ada lagi.

Maka dibuatlah kesimpulan, jika parti itu tidak mengetepikan pemimpin akar umbi ini, maka peluangnya untuk kembali menang adalah lebih cerah. Dan pucuk pimpinan menekankan bahawa pihak bahagian akan diberi peranan utama dalam pemilihan calon yang boleh menang. Namun Ini pun masih merupakan satu andaian, sama ada itukah sebenar punca kekalahan calon-calon Umno dahulu.

Namun apa yang nyata, kekuatan Umno sebenarnya terletak di kawasan luar bandar. Boleh dikatakan sebahagian besar kerusi yang dimenanginya sama ada pada 2004 ataupun 2008 adalah dari kawasan tersebut.

Maka tidak hairanlah jika pentadbiran perdana menteri kini memberi tumpuan utama ke kawasan-kawasan berkenaan, termasuklah tanah guguran FELDA.

Kecenderungan pengundi muda

Dalam usahanya untuk mengukuh dan mengekalkan sokongan rakyat di kawasan luar bandar, namun Umno juga dilihat gusar apabila memikirkan kecenderungan pengundi muda untuk menyokong pembangkang. Ini dilihat daripada kejayaan calon-calon pembangkang untuk menang di kerusi bandar dan pinggir bandar, dalam jumlah yang mampu menafikan BN penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Mengapa itu terjadi. Mungkin kita boleh menuding jari kepada Umno sendiri. Kerana sebelum ini penyandang jawatan parti di peringkat bahagian merupakan pilihan utama menjadi calon, maka ada yang menghalang golongan muda, yang dilihat mampu menggugat kedudukan mereka, daripada menyertai parti itu.

Tindakan itu secara tidak langsung telah menjauhkan golongan muda daripada Umno dan sejarah perjuangannya. Malah, tindak-tanduk segelintir pemimpin bahagian yang menyekat mereka daripada menyertai Umno, kini telah memakan diri sendiri, di mana golongan muda kini beralih minat kepada parti pembangkang, terutamanya saingan utama Umno, iaitu PAS.

Kerana itulah, ada yang beranggapan sekiranya BN tidak mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada 2008, kemungkinan ia akan kecundang terus sekiranya lebih ramai pengundi muda didaftarkan sebagai pengundi yang jumlah mereka mencecah ratusan ribu orang.

Dan kini mereka sudahpun mendaftar untuk mengundi dalam PRU13, maka bagaimanakah peluang BN kali ini. Soalan ini agak merisaukan kerana pengundi atas pagar yang dianggarkan sekitar 30 peratus jumlah pengundi keseluruhannya, tidak dapat dibaca hati nulari mereka.

Tarikh pilihan raya

Oleh itu, BN dilihat begitu berhati-hati dalam menentukan tarikh pilihan raya kali ini. Sudah pastinya BN, khususnya Umno, akan memastikan tarikhnya tidak akan menyebabkan penduduk luar bandar sukar untuk keluar mengundi. Jadi pastinya ia akan mengelak mengadakan PRU13 semasa musim banjir. Kebiasaannya, musim tengkujuh bermula pada bulan September sehingga awal tahun depan.

Begitu juga dengan musim umat Islam mengerjakan ibadat Haji. Malah, penulis yang baru pulang mengerja ibadat Umrah kira-kira sebulan lalu, dimaklumkan oleh petugas Tabung Haji di Mekah bahawa jumlah rakyat Malaysia yang mengerjakan Umrah sepanjang tahun, juga begitu ramai sekali.

BN juga perlu memastikan kedudukan sokongan untuknya di Sabah dan Sarawak. Kesilapan menentukan tarikh atau menangani isu-isu penting di kedua-dua negeri itu boleh membawa padah kepada BN. Sumber

Selasa, 8 Mei 2012

Kerana Borosnya Rosmah, Najib Terpaksa Menjadi Penyamun Terhormat.


DS Rosmah Mansor atau panggilan manja dari gua, Bik Mama adalah First Lady Of Malaysia (FLOM) paling terkenal didunia berbanding dengan first lady-first lady dari negara kuasa besar. Beliau bukan sahaja berkuasa dibelakang Najib yang menjadi bonekanya untuk memerintah Malaysia, tetapi beliau juga adalah First Lady Of Shopping (FLOS). Beliau adalah kuasa pembeli yang paling menguntungkan sesiapa sahaja yang berurusan dengannya.

Setiap kali beliau menjejak kakinya kemana-mana butik, pasti pemilik butik itu akan menjadi jutawan segera dengan senyuman yang menawan. Nama beliau cukup mekar bermain-main dibibir para pereka fesyen tetapi tidak dimata para pereka fesyen di Perancis kerana FLOS tidak berani memasuki negara itu dan lu all pun faham-fahamlah kenapa jadi begitu. Perancis adalah negara yang cukup-cukup diidamkan oleh Bik Mama untuk dilawatinya sehinggakan setiap malam beliau bermimpi.

Kerana selera besar Bik Mama, Najib terpaksa menjadi penyamun terhormat. Setiap pembelian untuk negara pasti perkataan pertama yang keluar dari bibir merahnya ialah, berapa peratus komisen lu boleh bagi kat gua? Baca Sini. Setiap negara yang merundingkan peniagaan dengan kerajaan Malaysia pasti akan memenuhi tabung Bik Mama. Bukan Najib sahaja, hampir setiap menteri kabinet beliau turut terlibat dengan skandal rasuah sebagai mana seorang pelakon yang tidak terkenal boleh beli sebuah banglo RM 3 juta dan ubahsuai sahaja RM 1 juta. Walau pun menteri tersebut menafikan perkara ini tetapi ia sudah menjadi buah mulut dunia artis dan wartawan. Lu sendiri baca kat bawah tentang pendedahan Jingga 13 tentang keborosan Bik Mama.

SKANDAL FIRST LADY OF SHOPPING ( FLOS ) : BUKTI BARU SAHKAN PERBELANJAAN BOROS ROSMAH MANSOR , SIASATAN TERHADAP RAJA REZZA SHAH DAN NAJIB RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

JINGGA 13 sekali tampil mengemukakan bukti tambahan serta dokumen setelah laporan rasmi kepada SPRM pada 26 Januari 2012 di SPRM Selangor , Shah Alam dan aduan terhadap Pengerusi Festival Fesyen Islam Raja Rezza Shah dan Perdana Menteri Malaysia merangkap suami Rosmah Mansor , Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan Skandal FLOS Rosmah Mansor berbelanja mewah sejumlah RM 325,000 ( A$ 100,000 ) di Butik milik pereka fesyen Karl Kapp di 

Padington , Sydney dan mendiami hotel mewah berharga RM 65,000 ( A$ 20,000 ) semalam di Darling Hotel , Sydney , Australia .

JINGGA 13 mengemukakan beberapa bukti tambahan bagi membuktikan sikap boros dan mengesahkan segala dakwaan serta tuduhan yang cuba dinafikan oleh Rosmah Mansor termasuk kenyataan yang dibuat oleh Raja Rezza Shah yang bertujuan mempertahankan Rosmah Mansor yang dilihat bercanggah dengan kenyataan Karl Kapp dan laporan wartawan fesyen Patty Huntington melalui emel yang membuktikan FLOS Rosmah Mansor berbelanja sakan yang tidak diketahui sumber pendapatan wang yang cukup besar membeli-belah di butik Karl Kapp sepertimana dilaporkan akhbar Australia Sydney Morning Herald oleh kolumnis Andrew Hornery . 

Berikut antara tambahan bukti dan aduan oleh JINGGA 13 kepada pihak SPRM untuk siasatan dan tindakan :

Laporan portal Malaysiakini  bertarikh 2 Februari 2012 berjudul “Penulis blog dedahkan e-mel ‘belanja sakan’ Rosmah . 

Laporan artikel daripada frockwriter blog oleh wartawan fesyen Patty Huntington bertarikh 1 Februari 2012 berjudul “Close encounters of the KL kind” yang menjelaskan secara terperinci berkaitan skandal tersebut serta membuktikan dakwaan Rosmah Mansor berbelanja besar adalah benar .

Dua (2) e-mail bertarikh 16 januari 2012 , diterima oleh Patty Huntington yang dihantar oleh kakitangan Little Hero , Holly Beer bertajuk “Malaysia’s First Lady coverts Carl Kapp” yang membuktikan segala dakwaan adalah benar dan wujud percanggahan kenyataan dan pembohongan oleh Raja Rezza Shah , Carl Kapp dan Datuk Seri Najib Tun Razak . 

Aduan terhadap Raja Rezza Shah :

Laporan malaysiakini.com bertarikh 31 Januari 2012 berjudul “Festival Fesyen Islam: Rosmah tak ‘belanja sakan’ di mana kenyataan Raja Rezza Shah adalah bercanggah dan wujud pembohongan apabila menyatakan 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli belah Carl Kapp di Paddington , Sydney , Australia adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London berbanding email yang diterima oleh Patty Huntington daripada Holly Beer , kakitangan Little Hero . 


Berdasarkan interview antara Carl Caap dan Holly Beer dia percaya sebahagian wanita yang datang adalah keluarga dan tidak ada orang lain yang membuat pembelian selain daripada Rosmah Mansor . 


Berdasarkan kenyataan Carl Kapp , beliau melakukan ukuran badan pakaian mengikut ukuran badan Rosmah Mansor dan Rosmah Mansor yang masuk ke dalam studio tersebut dan memilih fabrik . Adalah tidak munasabah stok atau bekalan untuk kedainya di London kesemua 61 helai tersebut berukuran saiz badan Rosmah Mansor. 


Dalam email oleh Holly Beer tidak sama sekali menyebut tentang Festival Fesyen Islam , penganjurnya atau butik Raja Rezza Shah di London . Bermakna Raja Rezza Shah terbukti berbohong demi menyelamatkan Rosmah Mansor . 

Aduan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak , Perdana Menteri Malaysia merangkap suami Rosmah Mansor :

Laporan oleh kolumnis Andrew Hornery bertarikh 21 Januari 2012 dalam akhbar Australia Sydney Morning Herald bertajuk “Super Kerr now a model citizen” ( rujuk laporan SPRM pada 26 Januari 2012 oleh Jingga 13 ) menyatakan bahawa Rosmah Mansor dan Najib Razak telah tinggal di Penthouse di Darling Hotel , Sydney berharga RM65,000 ( A$20,000 ) semalam dan tidak dinyatakan berapa lamakah mereka menginap di situ . Dari manakah wang begitu banyak digunakan oleh Najib Razak dan Rosmah Mansor berbelanja mewah dan juga  tinggal di hotel mewah tersebut ? Siasatan wajib dilakukan terhadap dari mana sumber wang diperolehi oleh Najib Razak untuk tinggal dalam hotel yang sangat mewah tersebut . 


Email oleh Holly Beer mengesahkan bahawa Carl Kapp telah berjumpa dengan Rosmah Mansor dan Najib Razak di Casino Penthouse Hotel Darling . 


Kenyataan Najib Razak dalam Malaysiakini.com bertarikh 2 Februari 2012 bertajuk “Laporan Rosmah ‘belanja sakan segaja direka’-PM “ terbukti berbohong apabila email tersebut menyatakan bahawa Najib Razak juga turut berada di penthouse tersebut malah diperkenalkan kepada Carl Kapp . 
Kenyataan Najib Razak mempertahankan isteri beliau Rosmah Mansor dilihat cuba mempengaruhi terhadap siasatan laporan SPRM yang dibuat terhadap Rosmah Mansor . 
Dalam artikel oleh Patty Huntington tersebut juga ada menyatakan wujud pembayaran di mana tercatat “Kapp added that he paid upfront for the order”. Adalah amat pelik jika Najib Razak tidak mengetahui wujudnya pembayaran pada hari tersebut dan adakah ianya direka ?

Berdasarkan bukti baru tersebut JINGGA 13 mendesak agar laporan terperinci dibuat terhadap skandal FLOS ini oleh pihak SPRM tanpa sebarang prejudis serta telus , adil dan profesional . Pihak SPRM wajar mengambil keterangan terhadap kolumnis Andrew Hornery , pereka fesyen Carl Kapp , wartawan fesyen Petty Huntington dan kakitangan Little Hero Holly Beer bagi membantu siasatan berkaitan kes tersebut . 

JINGGA 13 juga mendesak agar siasatan diambil terhadap Raja Rezza Shah dan Datuk Seri Najib Razak yang bersekongkol dan berbohong bagi tujuan menyelamatkan Rosmah Mansor yang ternyata ‘belanja sakan’ . 

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator Jingga 1


Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...