Translate

Mesti Baca

Sabtu, 25 Februari 2012

Kekuasaan Allah S.W.T.

Diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. hendak menciptakan langit dan bumi, lebih dahulu menciptakan suatu benda berwarna hijau yang besarnya beberapa kali ganda besar langit dan bumi. Kemudian dengan kekuasaanNya, Allah melihat benda itu dengan pandangan yang tajam sehingga berubah menjadi air dan Allah melihat pula pada air itu, maka mendidihlah air itu dan muncullah dari padanya buih dan wap serta selalu bergerak kerana takut kepada Allah s.w.t. Dari sebab itu air akan selalu bergerak sampai hari kiamat.

Dan selanjutnya Allah menciptakan langit dari wap dan menciptakan bumi dari buih. Kemudian Allah mengutus salah satu malaikat dari bawah Arsy turun kebumi sehingga masuk dibawah bumi yang sebanyak tujuh maka diletakkanlah bumi diatas pundaknya, sedang tangannya yang satu dibahagian timur dan tangan yang satunya dibahagian barat kedua-duanya terbeber memegangi tujuh bumi dengan kencangnya.

Kedua kakinya tidak mendapatkan sesuatu untuk berpijak, maka Allah menurunkan seekor sapi jantan dari Syurga Firdaus yang bertanduk tujuh puluh ribu dan bersendi/kaki empat puluh ribu. Maka kaki malaikat tadi menginjak punggung bagian lemak (bagian punggung yang menonjol) sapi, namun telapak kakinya belum dapat menapak. Maka Allah menurunkan batu mutiara hijau dari tingkat syurga yang paling tinggi; berat mutiara hijau itu perjalanan lima ratus tahun dan Allah meletakkannya diatas punggung sapi sampai kebahagian ekor belakangnya, sehingga kedua telapak kaki malaikat sampai boleh menginjak tepat pada sapi tersebut.

Sedangkan tanduk sapi tersebut kelihatan menonjol keluar dari bagian bumi. Sapi tersebut dilaut dan dia bernafas setiap hari dua kali. Apabila sapi itu bernafas, maka air laut menjadi pasang dan apabila dia menahan nafasnya maka air laut menjadi surut kembali.

Sapi tersebut tidak mendapatkan sesuatu untuk berpijak, maka Allah menciptakan batu sebesar tujuh langit dan bumi sehingga kaki sapi itu memijak pada batu itu dan batu itu pun berayun belum terletak pada sesuatu apapun. Maka Allah menciptakan seekor ikan besar yang bernama 'Nun' panggilannya 'Yalhub' dan laqubnya 'Bahmuut'. Kemudian Allah meletakkan batu tadi diatas punggung ikan itu sedang seluruh badannya kosong sama sekali. Dan ikan itu diatas laut, dan laut itu dimata/pusar angin dan angin itu diatas kudrat dan kekuasaan Allah.

Kata Ka'abul Akhbar: "Sesungguhnya iblis telah masuk didalam badan ikan yang diatasnya terdapat bumi keseluruhannya, pohon-pohon, bermacam-macam binatang dan lain sebagainya, serta berkata ikan itu, 'Lemparkanlah saja dari punggungmu segala sesuatu yang memberatkan kamu".

Ka'ab berkata: "Sesungguhnya ikan sudah bermaksud akan melaksanakan, akan tetapi Allah mengutus seekor binatang kecil yang masuk kedalam rongganya dan sampai kepada otaknya, maka melonjaklah ikan minta perlindungan kepada Allah dari binatang tadi. Dan Allah pun mengizinkan binatang itu, maka keluarlah binatang itu".

Kata Ka'ab seterusnya: "Sesungguhnya ikan itu masih melihat kepada binatang dan binatang itupun masih melihat kepada ikan. Sehingga bilamana ikan itu akan berbuat sesuatu, maka binatang itupun kembali masuk kerongga ikan seperti semula".
Ikan ini, ialah yang dijadikan sumpah oleh Allah dalam firmannya;
نٓ‌ۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ (١)
"Nuun, demi qalam dan demi apa-apa yang mereka tulis"
Surah al-Qalam
 Telah benarlah Allah Yang Maha Agung. Waa'llahualam.

Khamis, 23 Februari 2012

AS Dan Nato Minta Maaf Bakar Al-Quran, Tetapi Umno Sudah Lama Hina Al-Quran.


bakar quran 
KABUL - Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Nato mengambil tindakan segera untuk memohon maaf atas tindakan mereka membuang dan membakar beberapa naskhah al-Quran sementara beratus-ratus rakyat Afghanistan berhimpun di pekarangan pangkalan tentera udara Bagram dekat sini, hari ini.
Sementara butiran mengenai kejadian itu belum jelas, pegawai tertinggi tentera AS dan Nato di Afghanistan menawarkan permintaan maaf dan menjanjikan satu siasatan dalam usaha mengawal kemarahan.
AS menggerakkan serangan udara ke atas negara itu pada 2001 dan mengekalkan pasukan tenteranya selepas pemerintahan Taliban digulingkan.
"Saya memberi anda jaminan. Saya beri jaminan, ini bukan sesuatu yang disengajakan," kata Jeneral John Allen dalam satu kenyataan, demikian menurut portal Guardian dari UK, hari ini.
Beberapa naskhah al-Quran yang diambil dari penjara di pangkalan udara itu diserahkan untuk tujuan pembakaran lewat semalam.
Tindakan itu disedari oleh pekerja-pekerja Afghanistan, kata pegawai-pegawai negara itu dan Barat.
Membakar dokumen-dokumen buangan adalah satu perkara yang biasa disaksikan di pangkalan-pangkalan udara di Afghanistan.
Ketua polis, Bekzad berkata, beberapa naskhah al-Quran juga dibuang bersama banyak kertas yang sudah tidak digunakan lagi.
Seorang jurucakap bagi pasukan perikatan, Lef Kol Jimmie Cummings berkata, kitab suci itu telah tersilap dihantar, tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Ahmad Zaki Zahed, ketua majlis perbandaran Parwan berkata, sebanyak 17 naskhah al-Quran dapat diselamatkan.
Sesetengah mereka yang berhimpun di pekarangan pangkalan udara membawa senapang memburu yang lama, selain ada yang menggunakan lastik dan membaling batu ke arah pangkalan udara selama beberapa jam. Malah, mereka juga melaungkan slogan "jahanam Amerika".
Kumpulan yang hadir dianggarkan antara 2,000 dan 3,000 orang dan pihak polis diletakkan di sepanjang jalan menuju ke arah pangkalan udara itu, demikian menurut ketua polis wilayah Parwan, Jeneral Mohammad Akram Bekzad.
Tindakan merosakkan atau membakar kitab suci al-Quran satu isu yang sangat sensitif di Afghanistan dan kadangkala mencetuskan keganasan dan adakalanya  membawa kepada rusuhan maut pada masa-masa lalu.
Tindakan seorang pastor membawa al-Quran di AS tahun lalu turut mencetuskan kemarahan dan keganasan di Afghanistan.SH

Rabu, 22 Februari 2012

PAS tolak Israel, terserah kepada Anwar untuk terima atau tidak, kata Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan menambah terserah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terima atau tidak pendirian parti Islam itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.
“Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine.
“Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat,” katanya yang mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi semalam.
Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.
Kata Menteri Besar Kelantan ini, PAS sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama tidak mengiktiraf kewujudan Israel menambah terserah kepada Anwar sama ada mahu menerima pendirian parti Islam itu.
“Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin.
“Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram,” katanya.
Minggu lalu, Nik Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal(WSJ).
Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.
Bagaimanapun Anwar selepas pertemuan semalam berkata  beliau tidak akan menyamanWSJ berhubung kenyataannya menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel kerana laporan itu adalah tepat.
“Kenapa saya perlu saman WSJ? Mereka letak perkataan ‘contingent’ (tertakluk pada syarat) dalam laporan itu,” katanya menambah Nik Aziz memahami penjelasan mengenai isu Israel itu.TMI

Selasa, 21 Februari 2012

Skandal Lynas: PAS Kerah Kekuatan Ke Kuantan

PAS Pahang mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya dari semua 14 kawasan di negeri itu untuk turun ke demonstrasi membantah loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan Ahad ini.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manPesuruhjaya PAS negeri Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub sendiri telah mengesahkan kehadirannya bagi mengetuai penyokong mereka.

"Saya juga mendapat berita bahawa ahli kita dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut memberi komitmen untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

"Tetapi saya tidak pasti jumlahnya," katanya, purata 1,000 ahli bagi setiap kawasan di Pahang akan hadir dalam perhimpunan tersebut.

Tuan Ibrahim (kiri) yang juga ketua penerangan PAS berkata, selain beliau, kepimpinan tertinggi PAS negeri turut hadir dalam perhimpunan itu.

Perhimpunan membantah kehadiran kilang itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan.

NONEPAS T'ganu turut sokong
Perhimpunan kedua itu dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, di samping pelbagai lagi programserentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur.

Selain disertai parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa.

Sementara itu kepimpinan PAS Terengganu juga akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu, termasuk pesuruhjayanya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu.

"Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara.

NONE"Jadi kita bertindak (membantah) sebelum berlaku apa-apa (kemudaratan). Kalau dah berlaku, tak berguna," katanya ketika dihubungiMalaysiakini pagi ini.

Walaupun ia melibatkan isu nasional, Yahya menggesa penyokong parti itu dapat datang seramai mungkin, khususnya dari kawasan berdekatan Kuantan seperti Kemaman dan Dungun.Malaysiakini

Isnin, 20 Februari 2012

Perang Blogger Pencacai Sudah Bermula, Gua Tumpang Sekaki.

Benarkah si celaka ini dibayar RM 1 juta setahun oleh pemimpin Umno?

Amat sedih bila baca blog rakan saya yang menyatakan betapa sedih dia bila ada rakan yang sepatutnya berjuang dengan dia, berlagak seperti samseng kerana mendapat sokongan pemimpin dalam parti tidak terhingga sampai langit dan bulan tidak di kenali. Dah lah kita semua sudah tahu bahawa dia pow kiri kanan sampai perut sudah buncit seperti Humpty Dumpty tetapi Blogger perut buncit ini mungkin tidak baca bahawa bila dia jatuh dan pecah di bawah, semua tentera bala nya tidak dapat cantumnya kembali lagi.

Dalam dunia alam maya baru ini, kita terdiri dalam tiga golongan, yang berjuang Fisabilillah, yang berjuang kerana digaji seorang Pemimpin dan yang Blogger Lintah, yang akan pow kiri kanan tidak kisah dari mana dan tidak kisah apa yang keluar. Blogger Lintah yang tidak heran dengan parti kerana kebanyakkan daripada mereka bukan ahli parti dan tidak tahu maksud perjuangan. Ada seorang yang sudah dilantik oleh Kepimpinan Kedah yang jelas jelas adalah ahli PAS seumur hidup. Tetapi di ambil juga oleh kepimpinan Kedah kerana mungkin dia dapat jadi Trojan Horse untuk parti menang, tetapi trojan horse yang menulis melagakan semua tidak boleh menjamin masa depan satu parti kalau budaya ini di bawa kepada melagakan Pemimpin.

 
 Inikah pemimpin yang difisabilillahkan oleh para blogger pencacai celaka lagi sial?
 Atau pun pemimpin Islam Umno ini?

Pejuang Fisablillah yang berjuang tanpa imbuhan atau fikir akan dapat apa apa sampai di akhirat bila dia boleh jawab apa dia buat untuk Agama Bangsa dan Negara. Beribu di alam maya yang ada dalam kumpulan masing masing tidak berbeza dari kepimpinan sekarang dan dalam parti pembangkang. Setiap satu ada pendirian masing masing tetapi hakikatnya adalah kesayangan dia kepada parti lebih daripada Blogger yang perutnya buncit hanya memikir tentang diri dia sendiri tanpa ada kasih atau sayang terhadap parti yang menjunjung depan kakinya.

Dulu di bayar lima ribu sebulan untuk jatuhkan seorang pemimpin, sekarang di bayar sampai sejuta setahun untuk menjadi Trojan Horse dalam parti untuk malagakan semua sampai parti pembangkang dengan senang akan menjejak kaki ke dalam Putrajaya. Blogger yang perutnya buncit, yang di panggil Mammuu oleh rakan lintahnya tetapi tidak faham bahawa yang mengelilinginya sekarang hanya menunggu dia di heret ke muka pengadilan bersama sahabat karibnya untuk meluangkan masa di lokap Kamunting selepas Pilihanraya UMUM ke 13. Tak perlu beragak agak kerana kes demi kes yang di bawa terhadap rakan nya, ada juga nama Blogger perut buncit di bawa sebagai saksi pendakwa. Saksi pendakwa untuk sabitkan rakan nya sekali supaya dia tidak perlu lama di dalam, dan tidak perlu bayar berjuta dalam kes fitnah.

Beratus kali Ketua Penerangan sudah beri taklimat supaya yang ingat dia hebat, rendah kan diri, turunkan tempo dan fokus kepada menang Pilihanraya UMUM ke 13, tetapi di dalam satu parti di mana perebutan kuasa dan budaya cantas terlalu meleluasa, bagaimana kita boleh hapuskan, kalau bukan dengan parti kalah dalam PRU 13 nanti. Hanya dengan kekalahan berikut, boleh beri kepimpinan kuasa untuk buang semua anasir jahat yang melanggar syariat dan hukum demi membuncitkan lagi perut mereka hanya pentingkan diri mereka sendiri, dan puak puak yang berlagak seperti mereka sudah jadi Perdana Menteri negara.

Blogger Lintah ini sudah berlagak seperti samseng. Apa yang mereka tidak tahu adalah apa sebenarnya samseng dan bagaimana kalau samseng itu bertindak ? Mereka tidak faham kerana duduk dalam kumpulan yang berlagak hari hari seperti mereka adalah dewa seperti ketua pakatan mereka. Ahli PAS seumur hidup di Kedah, Perak sudah hancur kerana di lagakan Blogger perut buncit ini, dan Selangor berada dalam keadaan amat kritikal kerana semua dana sudah di makan perut buncit ini. Sampai yang perlu berjuang tidak dapat dana sampai tiga puluh sebulan untuk bayar broadband umobile mereka. Kerana berjuta sudah habis kenyangkan Blogger Perut Buncit yang sudah lupa langit dan bumi di mana.
Jatuhkan semua pemimpin yang bersekongkol dengan mereka. Ini saja cara untuk menyelamatkan parti Agama dan Bangsa.

Sumber : Blogger Pencacai Tembak Kurang Tepat

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...