Translate

Mesti Baca

Jumaat, 10 Februari 2012

Surat Terbuka Untuk Hasan Ali.

Hasan Ali
Assalammuallaikum wbt.


YB Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang saya hormati,


Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.


Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan./Baca lagi......

Rabu, 8 Februari 2012

Kaya Lu Shahrizat, Anggaran RM 173,000 Sebulan Untuk Bayaran Ansuran.


Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC./Baca lagi.....

Isnin, 6 Februari 2012

Maaf Hasan Ali, Gua U-Turn Sokongan Gua Terhadap Lu.

Orang akan kata, 'lu sape dan hebat sangat ker lu punya pengaruh' apabila gua mengundur diri dari menyokong Dr Hasan Ali. Gua rasa ini artikel pertama gua setelah gua lakukan U-Turn daripada menyokong segala tindak tanduk dan kenyataan beliau setelah beliau menolak dari merayu kepada Majlis Syura. Dulu gua memang menyokong beliau dan kerana itulah gua tidak menulis artikel menghentam beliau dan gua memilih untuk berdiam diri./Baca lagi.....

Ahad, 5 Februari 2012

'Lampu Hijau' Bagi Lynas Cetuskan Bantahan Baru.


 


Kira-kira 2,000 penduduk sekitar Kuantan semalam berhimpun  di pantai Teluk Cempedak sebagai membantah tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng.

NONEBermula sejak 5 petang semalam, penunjuk perasaan yang berpakaian kemeja-T anti-Lynas hitam dan kuning membawa bersama kira-kira 1,000 belon dalam warna yang sama.

Mereka diminta untuk menulis hasrat mereka pada cebisan kertas sebelum dilekatkan pada belon-belon berkenaan sebelum dilepaskan.

Antara mesej itu berbunyi: "Hentikan Lynas, Radiasi Lynas? Tidak, terima kasih saja!". Satu lagi sepanduk panjang dalam bentuk kaligrafi Cina berbunyi: "hapuskan racun, jadikan negara kita gembira dan sihat,"

Dalam usaha mewujudkan kesedaran kepada orang ramai, para penunjuk perasaan juga memberi belon kepada orang ramai.

Pengerusi Selamatkan Malysia, Hentikan Lynas (SMSL) Tan Bun Teet, ketika dihubungi malam tadi, berkata keputusan AELB meluluskan lesen TOL telah mengabaikan sentimen tempatan yang mencetuskan kemarahan rakyat yang berhimpun itu.

"Malam ini, ramai yang datang, pantai penuh sesak dengan orang," katanya.

NONEMenurut beliau juga, jumlah belon yang dibawa juga tidak mencukupi kerana pihaknya tidak menjangkakan sebegitu ramai orang akan akan datang.

Tan juga berkata demonstrasi yang diadakan malam semalam berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tiada sebarang kehadiran polis atau pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuantan yang dikesan, berbanding perhimpunan lalu, di mana khemah penganjur digeledah dan orang ramai diarahkan bersurai.

Beliau juga memberitahu pada Rabu ini, kumpulannya akan mengutus surat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, bagi menuntut AELB, yang terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya supaya menarik balik lesen TOL itu.

NONE"Kami akan beri tujuh hari kepadanya untuk jawab. Jika surat kami tidak dibalas dalam tempoh berkenaan, kami akan memfailkan semakan kehakiman dengan mahkamah," katanya.
Hadir bersama pada acara malam semalam adalah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersama keluarganya. Malaysiakini

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...