Translate

Mesti Baca

Jumaat, 3 Februari 2012

Konsep al-Wasatiyyah


Mutakhir ini perkataan al-Wasatiyyah diwar-warkan, menggantikan slogan Islam Hadhari yang ditenggelamkan entah di mana dan tidak diketahui sampai ke mana. Jangan terjebak dengan apa yang disebut oleh ucapan Sayyidina Ali K.W.

كلمة حق أريد بها باطل
(Kata-kata yang benar dijadikan tujuannya kebatilan)

Kebenaran yang mutlak tanpa dipertikaikan ialah kenyataan daripada Allah. Marilah kita berpegang kepadanya.

Firman Allah (maksudnya):

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)

Dari sini bertolaknya konsep al-Wasatiyyah. Perkataan al-Wasatiyyah (الوسطية) dalam bahasa Arab adalah daripada  perkataan al-Wasat(الوسط)  yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan. Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik./Baca lagi.....

Antara Rosmah Dengan Sirleaf, Siapa Lebih Bagus...!!!



 WANITA ini pernah dipenjarakan pada tahun 1985 oleh diktator Afrika paling kejam, Samuel Doe selama sedekad. Sengsara itu berterusan apabila pengganti Samuel, Charles Taylor menuduhnya sebagai penderhaka dan mengheretnya sekali lagi ke penjara.

Sesungguhnya, perjalanan karier Ellen Johnson Sirleaf, 74, sebelum dilantik menjadi Presiden Liberia tidak mudah. Beliau meniti cabaran yang bukan calang-calang./Baca lagi.......

Khamis, 2 Februari 2012

Siapa Sebenarnya Tali Barut Yahudi....!!!!!!


Gua Bantah TGHH Tak Bertanding Kerana Beliau Calon Terbaik Untuk Jawatan Perdana Menteri.

 
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib telah secara terbuka membantah sekeras-kerasnya hasrat presiden parti itu untuk berundur, menegaskan mahu melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.
Harun berkata Hadi yang mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang adalah pemimpin harapan beliau untuk mengetuai kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat nanti.
"Saya tidak setuju beliau (Hadi) berundur, saya bercita-cita nak lihat beliau jadi perdana menteri. Kalau beliau berundur dan tidak bertanding pilihan raya umum ke-13 maka tidak capai hasrat kita (lihat Hadi jadi perdana menteri).
"Sebab itu saya secara peribadi tidak setuju beliau berundur, kalau Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 beliau akan jadi perdana menteri dan menegakkan semula Islam," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
Hadi menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada pilihan raya umum ke-13, menyatakan mahu memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.
Hadi menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan Pakatan Rakyat beliau termasuk, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.
Umno mendakwa pengumuman Hadi itu membuktikan terdapat krisis dalaman parti Islam tersebut.
Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh pula meminta Hadi agar mengubah pendiriannya kerana Pakatan Rakyat mampu memenangi pilihan raya umum ke-13.
Tambah Harun, Hadi mampu membawa perubahan kepada Malaysia dan menjadi seorang ketua negara yang baik, menambah tidak mahu "memikirkan sekiranya Anwar dilpilih mengetuai Pakatan Rakyat."
"Kalau menang beliau (Hadi) boleh jadi perdana menteri, soal Anwar saya tidak tahu kerana dalam kepala saya presiden PAS akan menjadi perdana menteri.
"Ramai ahli tidak bersetuju beliau berundur kerana masih yang mahu melihat beliau bertanding dan memimpin," katanya.
Beliau menambah akan mengadakan pertemuan dengan Hadi secara peribadi untuk membincangkan perkara itu.
"Saya akan berdepan dengan beliau secara peribadi tapi saya tegaskan tidak bersetuju cadangan beliau mahu berundur," katanya menambah parti akan memutuskan pendirian sekiranya Hadi benar-benar serius.
Mandat semasa kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional hanya akan berakhir April 2013.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih merahsiakan tarikh pilihan raya umum ke-13 namun BN dan Pakatan Rakyat telah menggerakkan jentera masing-masing sebagai persediaan.

Isnin, 30 Januari 2012

CEO NFC Atau NFCorp Yang Arah Shamsulbahrin Rasuah Polis, Gua Tunggu Jawapan Dari Perkosa.


PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berikutan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, mendakwa ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail telah diarah seorang pegawai NFC untuk merasuah pihak polis bagi menutup siasatan terhadap skandal pusat penternakan lembu tersebut.
Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini berkata, pihaknya difahamkan bukti tersebut dikirim melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) oleh pegawai tersebut kepada Shamsulbahrin.
"Shamsulbahrin telah membuat satu laporan polis bahawa terdapatnya arahan supaya merasuah pihak polis untuk menutup siasatan terhadap NFC.
Menurut Zuraida, berdasarkan laporan polis yang dibuat Shamsulbahrin pada 27 Januari lalu, ahli perniagaan tersebut mengakui telah menerima tekanan melalui telefon oleh pegawai NFC supaya merasuah pihak polis untuk menutup kes skandal NFC.
Selain itu, pelantikan tersebut jelas Shamsulbahrin bertujuan untuk menjadikannya "kambing hitam" isu skandal NFC.
"Antara perkara yang dipersetujui antara Shamsulbahrin dan (pegawai NFC) adalah memperkemaskan penyata akaun dan kewangan NFC, agar tidak berlaku syak semasa siasatan forensik perakaunan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan pihak polis.
"Shamsulbahrin dibayar RM2.2 juta untuk tujuan itu dan direkodkan sebagai "bayaran kepada perunding dan penasihat media dan komunikasi korporat" dalam rekod akaun NFC.
Berdasarkan perjanjian tersebut jelas Zuraida, antara perkara yang dipersetujui dan diatur adalah pesanan 200 ekor lembu dara dari Afrika, Datuk Salleh dipertemukan dengan pegawai tertinggi Bukit Aman bagi memudahkan siasatan dan "menguruskan" pegawai polis dan SPRM.
"Apabila akaun dan aset NFC dibekukan, Salleh telah menuduh Shamsulbahrin cuba menipu dan kemudian  memerangkapnya, disusuli satu siasatan dan pembekuan ke atas akaun syarikat dan isterinya," tambahnya.
"Shamsulbahrin juga menjelaskan, siasatan yang dijalankan ke atasnya berunsurkan politik yang mana, beliau merasakan dirinya telah dianiaya oleh pihak berkuasa bagi menutup skandal NFC," tambah Zuraida, dan menegaskan, walaupun maklumat tersebut sudah berada dalam tangan pihak berkuasa, namun, sehingga kini, tiada tindakan susulan diambil.
Sehubungan itu, Zuraida menegaskan, SMS yang diterima Shamsulbahrin itu menjadi bukti kukuh terdapatnya cubaan merasuah pihak polis oleh Salleh bagi menutup siasatan terhadap NFC. MInsider

Pengumuman: Link Untuk Blog Yang Ada Pautan.

Mulai 1 Feb 2012, gua hanya kan memaparkan blog yang mebuatkan link blog gua kat blog mereka tanpa mengira ideologi politik mereka. Gua tak kata blog GANR ini terkenal walau pun gua akui blog ini mempunyai pembaca yang setia. Banyak blog-blog dari Pakatan yang gua linkkan dalam blog gua agar gua dapat membantu serba sedikit untuk menarik pembaca memcaca artikel mereka tetapi apabila gua menjenguk diblog mereka, hampas mereka untuk linkkan blog gua kat blog mereka.

Jika itulah keadaannya, bodoh ler gua kerana mungkin mereka akan merasakan yang mereka hebat kerana mungkin mereka rasa blog mereka adalah blog ikan jerung dan gua punya tahap blog ikan bilis. Bak kata orang, 'lu tolong gua, gua tolong lu' dan yang amat malangnya banyak blogger dari Umno/BN yang linkkan blog gua di blog-blog mereka. So, gua akan buang semua blog-blog yang tidak membuat pautan pada blog gua. Gua rasa perkara ini cukup adil kepada sesiapa sahaja. 

Gua janji, 88 blog yang membuat puatan pada blog gua, gua akan utamakan hatta blog Papagomo sendiri pun. Maka sekarang pun gua sudah mula melakukan pembersihan dalam blog gua dengan membung blog-blog yang tiada pautan kerana perkara cukup senang untuk diketahui dalam zaman yang serba canggih nih.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...