Translate

Mesti Baca

Khamis, 26 Januari 2012

Lu Jahil, Gi Belajar Semula. Bukan Gua Kata Tapi Umno Yang Kata.

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAN), Malaysia, menasihatkan penasihat agama menteri besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin, supaya kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.

Kenyataan Mohd Kamal Sadin, seperti mana dilaporkan di dalam media, di dalam forum di ibu pejabat MCA yang mengkritik Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

Sebagai contoh, takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab.

Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebegai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan.

Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.

ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam Umno supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.

ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seperti mana yang dilaporkan dalam media.

Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah.



Ini sekor lagi yang rasa beliau jenis UlarMamak konon-konon dia hebat sampai kata kat Malaysia tak ada ulama. Lu sape sampai hebat sangat dan gua boleh kata realitinya seorang yang jahil tentang Islam. Lu tak payah pakai title Ostad ler jika lu tak kenal siapa dia Dr HAMKA, seorang ulama yang diiktiraf oleh dunia dan pengarang kitab Tafsir Al-Azhar. Apakah lu tidak pernah mendengar cara Dr HAMKA mengajar....!!!!! Beliau mengajar dengan mengajar pun penuh dengan lawak jenaka agar pendengar tidak mengantuk dan merasa selesa. Memang hebat ler 40 barua-barua muda yang baru masuk Umno baru nak jadi pencacai. 

Gua ada tengok di Youtube yang diedarkan oleh sekor lagi pencacai yang bernama 'abuaqif', boleh ganti Utusan Meloya dan Berita Hairan dialam siber. Ustaz yang bagus adalah ustaz yang dapat membawa pendengar kembali kejalan yang di redhoi kerana mereka mengajar dan dalam masa yang sama mereka sendiri pun belajar. As-Syahid Iman Hasan al-Banna mengajar dan mengajak umat Islam di Mesir kembali kepada Islam dengan memasuki bar-bar dan tempat maksiat. Lu hebat lagu mana gak, baru balik dari univesiti Timur Tengah dah berlagak pandai dan alim tetapi sebenarnya lu adalah ularmamak-ularmamak yang menjual agamanya dengan harga yang murah.
Mungkin ini salah seorang diantara 40 barua-barua muda yang baru nak jadi pencacai. Gua mula-mula ingat mat saleh mana pulak yang pandai betul cakap bahasa Melayu.Konon nak tunjuk betapa berilmunya mereka (40 barua muda) dalam ugama dan puak-puaknya adalah barua yang ada class dan moden. Lu jangan cakap tentang Islam jika penyertaan lu all kedalam Umno adalah hasil dari ugutan Umno terhadap lu all. Macam mana lu nak bersama Islam jika baru dapat ugutan akan disiasat oleh pihak polis, lu all dah terketar-ketar kepala lutut.


Mungkin lu all kata, lu all masuk Umno kerana lu rasa ada ruang untuk melakukan pembaikpulih dalam Umno. Jika itu kata lu all, maka celakalah lu all kerana lu tak boleh ubah Umno tetapi Umno sendiri akan ubah lu all jadi talibarut sekular. Lu boleh bagi nama UlarMamak mana yang dapat membaikpulih Umno dari dalam?. Gua tak nampak ada ularmamak yang dapat mengubah Umno melainkan semuanya tersungkur termasuk ler Anwar Ibrahim sendiri. Umno nih parti yang dah rosak sampai ke usus dan dr pakar kata tak boleh pulih dah melainkan dikuburkannya. lu sape nak ubah Umno jika Umno sendiri pun terkapai-kapai membawa umat Islam kejalan kecelakaan.

Kerana dengki terhadap Ustaz Azhar Idrus (ustaz kampung), maka keluar ler fatwa yang pengajaran Ustaz Azhar adalah sesat dan tiada halaqah kerana penuh dengan lawak jenaka. Biasa ler no, masih hingusan lagi dan baru-baru nak cari pengikut. Bagaimana pendengar nak dengar lu punya halaqah jika lu tiada roh (daya tarikan) dalam majlis ilmu lu all. So, gua cadangkan agar lu all pergi berambus ke Al-Azhar dan ke univesiti Islam semula agar mendalami semula ilmu agama lu. Lu sama lu punya boss (Fathul Bari) mungkin boleh mula dengan Kitab Fathul Bari.

Selasa, 24 Januari 2012

Gua Semakin Gila Dan Sasau Dengan Tingkahlaku Rosmah.

Semakin hari semakin meluat gua dengan Rosmah Mansor yang amat suka mengejar populariti murahan. Gua semakin sasau kerana Rosmah Mansor cukup tenang dengan kelakuannya. Gua cukup malu dengan Rosmah Mansor yang dimalukan oleh masyarakat antarabangsa dengan gelaran yang mereka berikan kepada Rosmah Mansor sebagai 'First Lady Of Shooping'. Gua semakin gila bila Rosmah Mansor kata beliau sentiasa cuba dimalukan dengan perkara-perkara yang beliau tidak lakukan. Gua semakin hilang akal apabila memikirkan dari mana Rosmah Mansor yang merupakan seorang surirumah sepenuh masa kepada Najib boleh berbelanja ratusan ribu sehari dan tinggal di hotel 14 bintang dengan bayaran puluhan ribu untuk satu malam. Dan yang kat bawah ini membuatkan gua terpaksa memakai topeng bila berjalan keluar rumah kerana malu kepada Mat Indon, Mat Bangla dan pelancong asing. Lu sendiri tonton dan lu sendiri fikir kenapa gua semakin gila dan sasau.

Khalid Samad Kata Bijak Tapi Gua Kata PAS Kena Buli.

Tindakan MB ambil alih portfolio Islam bijak, kata Khalid Samad


 
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan akhbar Berita Harian terhadap tindakan Menteri Besar Selangor mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam adalah tidak berasas.
Menurut Khalid, tindakan yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim itu merupakan langkah untuk memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan portfolio berkenaan sebagai sasaran mudah.
Tambahnya, ahli jawatankuasa negeri baru (exco), Dr Ahmad Yunus Hairi, adalah ‘orang baru’ yang belum berpengalaman menguruskan portfolio tersebut.
“Portfolio hal ehwal Islam itu merupakan lubuk Umno BN untuk menyerang PAS, jadi tindakan yang dibuat menteri besar adalah tindakan yang wajar,” jelas Khalid ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.
Tambah Khalid (gambar) lagi, tindakan menteri besar itu juga bertepatan pada masanya memandangkan tempoh untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.
“MB Khalid ambil alih supaya meringankan beban Dr Yunus kerana tugas terhadap portfolio agama berat, lagipun tempoh untuk Plihan Raya Umum ke-13 dah semakin hampir, antara tiga hingga empat bulan sahaja lagi,” tambahnya.
Jelasnya, Islam tetap relevan dalam semua portfolio, dan portfolio belia yang dipegang Dr Yunus itu juga merupakan portfolio yang penting.
“Portfolio yang dipegang Dr Yunus itu merupakan tugas beliau sebelum ini, melalui portfolio itu PAS akan dapat lebih mendekati belia di negeri ini.
“Saya bersetuju dengan tindakan yang dibuat menteri besar, kerana saya melihat tindakan itu akan mengurangkan konflik antara menteri besar dan Sultan,” tambahnya lagi.
Khalid turut membidas kenyataan Ibrahim Ali yang menyatakan tindakan menteri besar itu mempunyai motif politik pembangkang.
“Exco agama bukan terlibat secara langsung terhadap serbuan ke tempat-tempat hiburan dan sebagainya, PAS juga tidak menganggap itu sebagai tindakan utama, sebaliknya lebih kepada pendidikan.
“Kenyataan Ibrahim Ali itu pandangan peribadi beliau, PAS lebih mengutamakan aktiviti pembangunan di masjid dan surau-surau berbanding menyerbu lokasi-lokasi hiburan,” tambahnya membidas kenyataan Presiden Perkasa itu.
Menurutnya lagi, insiden-insiden serbuan itu biasanya dilakukan atas arahan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam, dan tidak semestinya exco agama akan terlibat.MInsider

Isnin, 23 Januari 2012

Umar Abdul Aziz Tinggalkan 1 bilion Dinar, Berapa Pula Yang Umno Tinggalkan???


Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz r.a. meninggalkan 1 bilion dinar (mengikut nilai sekarang lebih kurang RM750 bilion) dalam perbendaharaan selama dua tahu setengah pemerintahannya, berapa pula Umno yang dipimpin Najib tinggalkan untuk negara. Hampir 55 tahun Umno/BN memerintah negara dan sebanyak RM 1.02 trilion dilaporkan hilang dalam masa 10 tahun terakhir ini oleh badan dunia melalui amalan rasuah, pengubalan wang haram dan bermacam-macam skandal. Mungkin yang tinggal hanyalah dua biji telor yang disimpan dengan rapi tetapi jika ianya boleh dicabut, pasti dua biji telor itu pun akan lesap.

Pemimpin Umno jangan bercakap besar dalam tadbir urus negara jika hidup mati negara dikelilingi hutang yang tidak terhitung jumlahnya. Apabila ada pemimpin DAP yang ingin mengikut jejak Khalifah Umar Abdul Aziz r.a., mereka dengan nada sombong memperlekehkannya. Sepatutnya sebagai umat Islam kita patut berbangga dengan contoh yang ditinggalkan oleh Umar Abdul Aziz r.a., apatah lagi ada pemimpin bukan Islam ingin mencontohi beliau. Inilah sikap haprak Umno yang semakin hari semakin celaka dengan memerah keringat warga marhaen./Baca lagi.........

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...